You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN TAWAR

09310 KUALA KETIL, KEDAH

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PRASEKOLAH


BILANGAN 3 TAHUN 2017

Tarikh : 21/11/2017
Masa : 1.30 – 3.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Tawar
Kehadiran :

Bil Nama Jawatan


1. Pn. Zalilah binti Md. Zain Guru Besar( Pengerusi)
2. En. Norizam bin Md Noor Naib Pengerusi I
3. Pn. Siti Zamrah binti Ahmad Naib Pengerusi II
4. En. Anuar bin Ahmad Naib Pengerusi III
5. Pn. Suhaiza binti Sulaiman Setiausaha
6. Pn. Siti Munirah binti Roslan Bendahari
7. En. Osman bin Abdullah Sani AJK
8. Pn. Hjh. Siti Salwa binti Ramli AJK
9. Pn. Siti Rosmawati binti Abdullah AJK

Tidak Hadir (Bersebab) :

Bil Nama
1. -

Urus Setia Mesyuarat :

Bil Nama Jawatan


1. Suhaiza binti Sulaiman Setiausaha

1 PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua AJK Pengurusan Prasekolah.

1.2 Pengerusi mengucapkan tahniah kerana guru dan pembantu dapat mengendalikan kelas
Prasekolah dengan baik dan tiada masalah bagi sepanjang sesi persekolahan.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Cadangan : Pn. Shahidah


Sokongan : Pn. Suhaiza

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT

3.1 Pengerusi memaklumkan bahawa Prasekolah telah mengikuti perancangan takwim yang telah
ditetapkan dengan baik.

Tindakan : Guru Prasekolah dan PPM


4 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU / LAPORAN

4.1 Pengerusi mengucapkan tahniah di atas kejayaan melaksanakan program yang melibatkan
ibubapa/penjaga iaitu Program Sukaneka dan Sambutan Hari Lahir.

4.2 Pengerusi memaklumkan fail-fail pengurusan perlulah dikemaskini dan pastikan dokumen yang
perlu ada dalam fail dibuat dan dilengkapkan pada waktu cuti.

4.3 Pengerusi memaklumkan guru perlu menyediakan Takwim Perancangan 2018 dan dibentangkan
dalam mesyuarat yang akan datang.

4.4 Pengerusi mengingatkan laporan aktiviti-aktiviti tahunan dibuat dan disimpan dalam fail.

4.5 Pengerusi memaklumkan beliau telah melihat dan memeriksa kerja-kerja penyelenggaraan di
kelas prasekolah. Kerja penyelenggaraan hampir siap dan dapat disiapkan sebelum cuti. Beliau
meminta guru prasekolah memeriksa semula dan membuat laporan kepada beliau untuk
tindakan.

4.6 Pengerusi mengingatkan kelas prasekolah dikemaskan semasa tempoh cuti sebagai persediaan
menerima kehadiran murid semasa sekolah dibuka. Guru dan pembantu juga perlu kenalpasti
meja dan kerusi yang rosak untuk dibaiki.

4.7 Pengerusi mengingatkan segala kunci bilik-bilik khas ditinggalkan di pejabat untuk mengelakkan
sebarang masalah.

4.8 Pengerusi mengingatkan buku-buku kerja dan latihan diserahkan kepada murid-murid.

4.9 Pengerusi memaklumkan guru perlu menyediakan draf alat bantu belajar untuk tahun 2018 dan
serah pada Pembantu Tadbir.

4.10 Pengerusi memaklumkan peralatan yang rosak perlu diambil nombor dan diserahkan kepada
pejabat. Untuk memohon peralatan baharu, hapuskira perlu dibuat pada peralatan yang rosak.

4.11 Profil Kejayaan Sekolah 2017


4.11.1 Dokumentasi kejayaan bagi setiap acara yang disertai murid-murid prasekolah.
4.11.2 Dokumentasikan anugerah yang diberikan kepada murid.
4.11.3 Maklumat yang perlu dimasukkan ialah nama murid, acara dan pencapaian murid dan
gambar.

Tindakan : Guru Prasekolah dan PPM

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Pn. PK HEM memaklumkan Buku Rekod Kehadiran tidak boleh ditampal. Maklumat di bahagian
belakang perlulah ditulis dengan lengkap. Jika terdapat kesilapan, potong dan perlu
ditandatangani.
Tindakan : Guru Prasekolah

5.2 Beliau juga memaklumkan Buku Rekod Kehadiran perlu disimpan dalam pejabat.

5.3 Beliau juga menggalakkan murid-murid prasekolah dibiasakan untuk membersihkan kelas.
Cadangan beliau Jadual Tugasan dibuat dan dilaksanakan kepada murid-murid prasekolah.

Tindakan : Guru Prasekolah dan PPM


5.4 Beliau memaklumkan permohonan secara dalam talian iaitu ke Tahun 1 dan kemasukan ke
Prasekolah. Iklan permohonan ialah pada bulan April hingga Jun. Bagi murid-murid yang tercicir,
boleh terima secara manual dan dibawa dalam mesyuarat pemilihan.

Tindakan : Guru Prasekolah dan PPM

5.5 Pengerusi meminta guru dan pembantu harus bekerjasama dalam menjalankan tugas-tugas di
kelas Prasekolah dan mengharap Prasekolah akan menyertai pelbagai program dan pertandingan
yang menjadikan Prasekolah SK Tawar lebih cemerlang dan terbilang.

Tindakan : Guru Prasekolah dan PPM.

6 PENUTUP
6.1 Mesyuarat ditangguh pada jam 3.00 petang dengan ucapan terima kasih kepada semua yang
hadir.

6.2 Mesyuarat yang akan datang ialah pada 27 Disember 2017, jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat SK
Tawar.

Urus Setia
Setiausaha,
Jawatankuasa Pengurusan Prasekolah

Tarikh : 22.11.2017

You might also like