You are on page 1of 1

Mohd Karafi bin Md Salleh

BK35 Kampung Pulau Tambun,


Jalan Pekan-Kg Marhum,
26600 Pekan, Pahang.

Pengarah
IKM Tan Sri Yahaya Ahmad
Kawasan Perindustrian Peramu Jaya
26600 Pekan, Pahang. 15 Januari 2021

Tuan/Puan,
KEBENARAN BERCUTI/TIDAK HADIR ATAS BENCANA BANJIR
Merujuk kepada perkara di atas, saya, Pensyarah Program Senibina, no gaji: 231950, no. k/p: 790403-01-
5645 ingin memaklumkan dan memohon kebenaran bagi cuti berikutan bencana banjir yang berlaku di
kawasan kediaman saya. Saya telah tidak hadir berkerja pada 14 – 15 Januari 2021 berikutan paras air
yang naik di sekeliling rumah menyukarkan saya untuk keluar berkerja.
2. Bencana/kejadian banjir yang berlaku di kawasan kediaman saya iaitu Pulau Tambun dan
kawasan sekitar telah mula kritikal sejak 9 Januari 2021. Namun keadaan paling kritikal bermula pada
malam 13 Januari sehinggalah dijangka tamat pada 17 Januari 2021 berikutan fenomena air pasang
besar yang berlaku di kawasan persisiran Pantai Timur Malaysia.
3. Laporan pasang surut air laut ini boleh didapati/dirujuk di
https://www.jupem.gov.my/halaman/stesen-tanjung-gelang-pahang-1 atau
https://www.met.gov.my/forecast/marine/fishery/Co003.
4. Saya berharap pihak pengurusan IKM TSYA akan dpt mempertimbangkan permohonan dan
kebenaran untuk bercuti/tidak hadir berkerja pada tarikh terbabit atas seba-sebab yang dinyatakan di
atas dengan bersama sokongan/pengesahan pihak berwajib yang dikehendaki.
Segala kerjasama dan kerprihatinan pihak tuan/puan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Yang Benar,

Mohd Karafi bin Md Salleh

You might also like