You are on page 1of 3

SAYEMBARA BAHASA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PERTANDINGAN MENCIPTA PANTUN BERTEMAKAN “COVID-19”

TERMA DAN SYARAT

1. PENDAHULUAN

Program ini diadakan bersempena dengan Dekad Bahasa Kebangsaan yang


bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kecintaan terhadap bahasa
kebangsaan dalam kalangan warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Ia merupakan anjuran Perpustakaan Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan
Malaysia (IPKKM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

2. OBJEKTIF

2.1 Meningkatkan penguasaan Bahasa Kebangsaan serta menggalakkan


penggunaan bahasa yang betul.

2.2 Meningkatkan kecintaan terhadap Bahasa Kebangsaan dalam kalangan


warga KKM.

2.3 Memupuk minat membaca dan kreativiti berbahasa dalam kalangan


anak-anak warga KKM.

3. SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Terbuka kepada semua warga KKM kecuali kakitangan Perpustakaan


IPKKM.

3.2 Diadakan secara dalam talian.

3.3 Peserta dikehendaki menghantar lima (5) rangkap pantun empat (4)
kerat melalui e-mel rasmi ke bahasa.kkm@gmail.com.

3.4 Pantun adalah bertemakan “Covid-19” mengikut kreativiti tanpa


melibatkan isu-isu sensitif.

3.5 Peserta hendaklah menggunakan Bahasa Kebangsaan.

3.6 Pantun yang dihantar adalah karya asli dan tidak pernah
dipertandingkan di mana-mana pertandingan pantun.

3.7 Hanya satu (1) penyertaan sahaja bagi setiap peserta.

1
SAYEMBARA BAHASA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

3.8 Penjurian akan dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.


Keputusan pengadil adalah muktamad.

3.9 Pihak penganjur akan menghubungi para pemenang melalui e-mel dan
telefon.

4. TEMPOH PERTANDINGAN

4.1 Tarikh pertandingan : 6 – 20 November 2020.

4.2 Tarikh akhir penyerahan borang penyertaan beserta pantun : 20


November 2020 (Jumaat)

4.3 Borang penyertaan yang dihantar selepas 20 November 2020 tidak


diterima.

5. HADIAH

 Tempat Pertama: Wang tunai bernilai RM700.00 + Sijil Penyertaan


 Tempat Kedua: Wang tunai bernilai RM600.00 + Sijil Penyertaan
 Tempat Ketiga: Wang tunai bernilai RM500.00 + Sijil Penyertaan

Sagu hati: Wang tunai bernilai RM50 x 10 orang + Sijil Penyertaan

6. PENAFIAN

6.1 Semua penyertaan yang dihantar adalah hak milik Perpustakaan


IPKKM.

6.2 Perpustakaan IPKKM berhak menggunakan pantun-pantun yang


dihantar bagi tujuan promosi dan pendidikan seperti poster, cetakan
risalah, buku, laman web dan sebagainya.

6.3 Pertandingan tertakluk kepada terma dan syarat. Penganjur berhak


meminda semua terma dan syarat tanpa notis.

6.4 Setiap penyertaan wajib melepasi syarat yang ditetapkan Perpustakaan


IPKKM.

2
SAYEMBARA BAHASA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada:

(I) Encik Mohd Nasrulhaq bin Mohd Diah


No.Telefon : 03-8883 3480/ 013-633 2397
E-mel : m.nasrulhaq@moh.gov.my
No. Faks : 03-8888 0073

(II) Cik Ellvinah Taguah


No.Telefon : 03-8883 2363/ 019-539 4865
E-mel : ellvinah@moh.gov.my

You might also like