You are on page 1of 4

JABATAN WARISAN NEGARA ZON TENGAH

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia


Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
Kota Tampan, Lenggong, 33400 Perak, MALAYSIA
Telefon : 05-767 9700 Faksimili : 05-767 9703

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN MENULIS ESEI BERTAJUK ‘LEMBAH LENGGONG, KE ARAH PEMBANGUNAN MAMPAN’
NAMA PESERTA NO TELEFON
NO KAD PENGENALAN JANTINA
EMAIL PESERTA UMUR
ALAMAT PESERTA

CARA PENGHANTARAN EMAIL POS WHATSAPP SERAHAN


NAMA GURU PEMBIMBING (sekiranya peserta masih bersekolah)

ALAMAT SEKOLAH/IPT

NO TELEFON SEKOLAH/IPT NO TEL. GURU/PENSYARAH


TAHAP PENDIDIKAN NO TEL. IBUBAPA
• Perlu dilengkapkan oleh peserta atau guru pembimbing
• Sila pastikan isi nombor yang boleh dihubungi dengan betul.
• Sila kemukakan esei dan borang penyertaan ini selewat-lewatnya pada 31 Mei 2021 kepada pihak
JWN ZON TENGAH.

BORANG PENILAIAN OLEH PENGADIL

BIL KRITERIA MARKAH PERATUS PEMARKAHAN JUMLAH


1. Keaslian Isi dan olahan 20 %

2. Analisis Masalah/Fakta 20%

3. Ketepatan tajuk, ejaan dan gaya tatabahasa 20%

4. Kreativiti, cadangan dan idea 25%

5. Gaya bahasa 15%

JUMLAH KESELURUHAN
• Untuk kegunaan urus setia sahaja
• TARIKH PENERIMAAN :
• PENGESAHAN NAMA PENERIMA :
SYARAT PERTANDINGAN MENULIS ESEI
‘Lembah Lenggong, Ke Arah Pembangunan Mampan’

1. Pengenalan Program :

Pertandingan menulis esei ini merupakan salah satu poket program yang dilaksanakan oleh
Jabatan Warisan Negara bersempena Sambutan Ulang Tahun Yang ke-9 Lembah Lenggong
sebagai Tapak warisan Dunia UNESCO. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
berikutan penularan wabak Covid-19 di Malaysia. Jabatan Warisan Negara telah mengambil
inisiatif bagi melaksanakan program-program secara online. Objektifnya adalah untuk menilai
tahap pengetahuan dan kefahaman serta menggalakkan masyarakat untuk menimba ilmu
pengetahuan tentang Tapak Warisan UNESCO Lembah Lenggong. Penyertaan terbuka kepada
semua lapisan masyarakat dengan menawarkan hadiah yang menarik.

2. Terma dan Syarat

2.1 Penyertaan adalah PERCUMA dan TERBUKA kepada semua Palajar Sekolah
Menengah dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Walaupun mewakili sekolah yang
sama, tiada had penyertaan bagi sesebuah sekolah. Pertandingan ini dijalankan
serentak di seluruh negara.

2.2 Setiap peserta boleh menghantar lebih daripada satu penyertaan esei dan
terjemahan tidak akan diterima. Penyertaan atas nama pihak ketiga atau pihak lain
seperti bagi pihak anak atau kawan TIDAK DIBENARKAN.

2.2. Semua penyertaan hendaklah dihantar bersama borang penyertaan yang disediakan
oleh Jabatan Warisan Negera melalui SALAH SATU kaedah :
• Hadir sendiri ke Galeri Arkeologi Lembah Lenggong
• Secara EMEL dalam bentuk PDF ke tengah@heritage.gov.my
• Melalui POS kepada Urusetia Pertandingan di Alamat di Bawah.

2.3 Tarikh penyertaan DIBUKA bermula 12 April 2021 dan tarikh TUTUP pada 31 Mei
2021

Urusetia :
Pertandingan Menulis Esei, ‘Lembah Lenggong, Ke Arah Pembangunan Mampan’
JABATAN WARISAN NEGARA
GALERI ARKEOLOGI LENGGONG
KOTA TAMPAN 33400,
LENGGONG, PERAK
tengah@heritage.gov.my +601158882077 (WhatsApp) Tel :05 767 9700
2.4 Esei adalah karya asal hasil penulisan sendiri menggunakan BAHASA MALAYSIA dan
tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana penerbitan dan bukannya ditiru/diciplak
atau plagiat.

2.5 Jumlah perkataan mestilah dicatatkan dengan tepat pada penghujung bawah sebelah
kanan esei. Format esei adalah seperti berikut :

• Di taip atas KERTAS A4 menggunakan perisian Office Word.


• Jenis aksara : ARIAL
• Saiz aksara : 12 PT.
• Langkauan baris : 1.5
• Esei perlu dihantar dalam 1 SALINAN BERCETAK pada sebelah muka setiap helaian
kertas sahaja.
• Esei yang ditulis hendaklah dalam lingkungan 2,000–2,500 patah perkataan
sahaja.
• Masukkan Header di setiap helaian yang mengandungi NAMA DAN NO.KAD
PENGENALAN

2.6 Kriteria pemarkahan yang akan digunakan dalam penilaian esei tersebut adalah
seperti keaslian Isi, olahan, ketepatan tajuk, ejaan, gaya tatabahasa, kreativiti,
cadangan dan idea dalam menganalisi masalah serta fakta.

2.7 Maklumat penyertaan hendaklah dilengkapkan pada Borang Penyertaan yang


disediakan. Bukti penghantaran tidak boleh dianggap sebagai bukti penerimaan.
Pihak urus setia tidak akan bertanggungjawab terhadap kiriman yang tidak sampai
atau rosak dalam perjalanan.

3. Hak cipta

3.1 Penganjur tidak akan bertangungjawab atas sebarang tuntutan akibat perlangaran
hasil hak cipta yang melibatkan apa sahaja terlibat seumpamanya. Peserta hendaklah
bertanggungjawab sepenuhnya sama ada sebelum, semasa atau selepas hasil karya
dihasilkan diatas sebarang perlanggaran atau tuntutan melibatkan hak cipta.

3.2 Kesemua hasil karya akan menjadi hak milik penganjur. Hasil karya adalah hak milik
Jabatan Warisan Negara dan urus setia berhak untuk menggunakannya, menyunting
dan menyiarkan dalam mana-mana penerbitan.

3.3 Penganjur berhak sepenuhnya untuk menerbitkan, mengeluarkan, memaparkan,


mengedar, menyunting, mana-mana hasil karya pemenang untuk sebarang tujuan
sama ada di dalam mahupun di luar Negara. Justeru, semua penyertaan tidak boleh
digunakan atau dimuat naik dimana-mana media sosial sebelum mendapat
kebenaran Jabatan Warisan Negara.
4. Penilaian Dan Pemenang Pertandingan.

4.1 Pengadilan dan kriteria pemarkahan berdasarkan kepada keaslian Isi, olahan,
ketepatan tajuk, ejaan, tatabahasa, cadangan, idea kreativiti dan gaya bahasa.

4.2 Tiga (3) Esei terbaik akan dipilih sebagai pemenang. Sepuluh (10) pemenang bagi kategori
saguhati. Pemenang akan dimaklumkan JWN Zon Tengah dan setiap peserta hanya layak
untuk memenangi satu (1) hadiah sahaja.

4.3 * Tawaran hadiah bagi para pemenang adalah seperti berikut:

JUARA :
Wang Tunai atau Barangan bernilai RM 1,000.00 Berserta Sijil Penyertaan

NAIB JUARA :
Wang Tunai atau Barangan bernilai RM 700.00 Berserta Sijil Penyertaan

TEMPAT KETIGA :
Wang Tunai atau Barangan bernilai RM 500.00 Berserta Sijil Penyertaan

SAGUHATI 10 PEMENANG:
Wang Tunai atau Barangan bernilai RM 200.00 Berserta Sijil Penyertaan

* Tertakluk kepada perubahan daripada pihak penganjur

5. Keputusan Penganjur Adalah Muktamad Dan Sebarang Rayuan Tidak Akan


Dipertimbangkan.

5.1 Penyertaan yang tidak mempunyai maklumat yang lengkap tidak akan
dipertimbangkan dan setiap esei yang telah dihantar tidak akan dikembalikan. Semua
keputusan yang diterima daripada Panel Hakim adalah rahsia dan muktamad,
sebarang rayuan/surat-menyurat mengenainya tidak akan dilayan.

5.2 Semua pemenang akan dijemput untuk menerima hadiah pada tarikh dan masa yang
akan diberitahu kelak oleh pihak penganjur melalui telefon/email. Sebarang kos
perjalanan atau sebarang tuntuntan / kerugian tidak akan ditanggung oleh pihak
penganjur.

5.3 Penyertaan dianggap tidak berjaya memenangi sebarang hadiah sekiranya tidak
menerima sebarang pemakluman selepas tempoh tersebut.

You might also like