You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

BANDAR UTAMA DAMANSARA (2)


Jalan BU 1/11, 47800 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-7710 5286
Faks : 03-7710 5287
e-mel : bea8658@btpnsel.edu.my
Kod Sekolah : BEA8658
Rujukan Kami : SMKBUD2 600-3/1/2 ( )
Tarikh : 18 MEI 2022

Kepada:

Ibu bapa / Penjaga,


SMK Bandar Utama Damansara (2)

Tuan,

KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA MENYERTAI AKTIVITI LUAR / KEJOHANAN


OLAHRAGA TAHUNAN / KOKURIKULUM SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (2)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk makluman tuan, aktiviti luar / kejohanan olahraga tahunan / aktiviti kokurikulum
adalah aktiviti yang WAJIB disertai oleh semua murid di bawah Kementerian Pendidikan
Malaysia (KPM). Kegagalan murid menyertai aktiviti-aktiviti ini akan menjejaskan markah
pentaksiran kokurikulum khususnya markah PAJSK murid yang terlibat.

3. Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta melengkapkan surat akuan kebenaran yang
dilampirkan bersama-sama dengan surat ini bagi membolehkan anak / anak jagaan tuan
menyertai aktiviti-aktiviti tersebut. Surat akuan kebenaran ini hendaklah dikembalikan semula
kepada pihak sekolah melalui guru tingkatan.

4. Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan, kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHD HIJAZI BIN MOHD HARAWI)


Pengetua
SMK Bandar Utama Damansara (2)
47800 Petaling Jaya
SURAT AKUAN KEBENARAN IBU BAPA / PENJAGA MENYERTAI
AKTIVITI LUAR / KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN / KOKURIKULUM
SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA (2)

Nama Ibu/Bapa/Penjaga : ………………………………………………………………………….….


No. Kad Pengenalan : ………………………………….………………………………….….…...
Alamat : ……………………………………………………………………….....….
No. Telefon : ………………………………………………………………………….….
mengaku adalah waris kepada murid bernama di bawah :
Nama Murid : …………………………………………………………………..……….
Kelas : ……………………………………………………………….….……….
No. KP/Surat Lahir : ……………………………………………………………….….……….
Sekolah : SMK Bandar Utama Damansara (2)

Saya dengan ini * memberi kebenaran / tidak membenarkan anak/jagaan saya menyertai
AKTIVITI LUAR / KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN / KOKURIKULUM anjuran SMK
Bandar Utama Damansara (2) sepanjang tahun 2022.

2. Saya faham bahawa soal keselamatan dan disiplin sentiasa diberi perhatian sewajarnya
oleh Guru/Pegawai/Urus Setia yang telah diamanahkan. Sekiranya kesihatan anak/jagaan saya
terganggu dalam masa latihan/perkhemahan atau perjalanan/semasa program, maka saya
dengan sepenuh hati membenarkan Guru/Pegawai/Urus Setia menguruskan bagi pihak saya
untuk mendapatkan rawatan perubatan.

3. Saya mengakui bahawa anak/jagaan saya * ADA / TIDAK ADA menghidap penyakit
kronik/berjangkit. Nyatakan (**jika ada) …………………….……………………….…………………..
Saya juga mengesahkan bahawa anak/jagaan saya * telah mempunyai / tidak mempunyai skim
perlindungan insurans bagi dirinya sendiri.

* POTONG YANG TIDAK BERKENAAN


** SILA SERTAKAN SURAT/LAPORAN KESIHATAN BAGI MURID YANG MEMPUNYAI
MASALAH KESIHATAN SEBAGAI RUJUKAN PIHAK SEKOLAH

Tandatangan Ibu/Bapa/Penjaga : …………………………….……………………………………….


Nama : ………………………………….………………………………….
Tarikh : ………………………………….………………………………….

DISAHKAN OLEH PENGETUA

Cap Rasmi : …………………………

You might also like