You are on page 1of 1

39

SEKOLAH KEBANGSAAN (2) JALAN SELANGOR


Jalan Padang 4/48, 46050 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03- 77829841 Faks: 03-77839841
bbb8311@moe.edu.my

Ruj. Kami : SK2JS 700-4/3/2 ( )


Tarikh : 23 November 2023

Ibu bapa / Penjaga,

SURAT PERSETUJUAN IBU BAPA UNTUK MEMBUKA AKAUN BANK BAGI TUJUAN KEMASUKAN WANG
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2024 SECARA KREDIT TERUS KE AKAUN

Merujuk kepada perkara diatas, pihak sekolah ingin mendapatkan persetujuan dan pandangan dari ibu bapa
/ penjaga berkaitan pembukaan akaun bank murid bagi memudahkan urusan pengagihan wang Bantuan
Awal Persekolahan Tahun 2024.

2. Melalui pengagihan secara kredit ke akaun, pihak sekolah akan memasukkan terus wang bantuan
berkenaan ke akaun anak tuan/puan. Ini akan memudahkan ibu bapa/penjaga kerana tidak lagi perlu hadir
ke sekolah bagi mengambil wang bantuan berkenaan secara tunai di sekolah.

3. Oleh itu, pihak sekolah ingin mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa/penjaga mengenai
perkara ini bagi memudahkan pihak sekolah untuk berurusan dengan pihak bank bagi membuka akaun
anak/jagaan tuan/puan secara berkelompok.

4. Tuan/puan diminta untuk mengembalikan semula surat ini kepada pihak sekolah pada atau sebelum
1 Disember 2023

Sekian, terima kasih

"MALAYSIA MADANI"
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

.................................................
(ROSLINA BINTI MAHARI)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan (2) Jalan Selangor.

Guru Besar,

PERSETUJUAN BAGI MEMBUKA AKAUN BANK ANAK/JAGAAN UNTUK TUJUAN KEMASUKAN WANG
BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN BAGI TAHUN 2024 SECARA KREDIT TERUS KE AKAUN

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2. Dengan ini, saya ibu bapa/penjaga kepada ……………………………………………………………...


Tahun …………………………….. bersetuju / tidak bersetuju membuka akaun bagi anak/jagaan saya untuk tujuan
seperti diatas.

Sekian, terima kasih.

……………………………………………………..
Nama :
No.K/P :

You might also like