You are on page 1of 4

PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU

SEKOLAH KEBANGSAAN PUCHONG UTAMA 3


Jalan PU 1, Taman Puchong Utama
47100 PUCHONG
SELANGOR DARUL EHSAN

No.Tel : 0380603153
Laman Web: www.skpu3.com.my
E-mail : bba8279@moe.edu.my

Ruj. Kami: SKPU3.100-13/1/4 ( )


Tarikh: 23 Mac 2023

Kepada

Tuan/Puan,

PROGRAM PENGUMPULAN DANA TABUNG PENDINGIN HAWA ’AIRCOND’ DEWAN IBNU SINA
SK PUCHONG UTAMA 3.
Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Untuk makluman semua, SK Puchong Utama 3 mempunyai bilangan murid seramai 807 orang.
Pelbagai program sekolah diadakan di dewan tertutup yang terletak di tingkat 2 bangunan Terbilang.
Dewan ini hanya dilengkapi 9 buah kipas syiling dan 12 buah kipas dinding. Lokasi bangunan yang
menghadap sinar matahari menambahkan bahang di dalam dewan apabila program dilaksanakan terutama
di waktu tengah hari.

3. Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasa baik tuan/puan untuk memberi sumbangan bagi
menampung dana memasang pendingin hawa ’Aircond’ di dewan Ibnu Sina. Segala sumbangan boleh
disalurkan ke akaun PIBG SK PUCHONG UTAMA 3 (Maybank 512772101720/ Recepient Reference:
’Aircond Collection’). Pihak sekolah juga akan mengedarkan Tabung ‘Aircond’ Dewan ke kelas-kelas bagi
memudahkan murid-murid untuk menderma. Segala kerjasama dan keprihatinan tuan/puan didahului
dengan ucapan ribuan terima kasih. ’Muafakat membawa berkat’. Sekian.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya yang menjalankan amanah,

(EFFIE AMRI BIN ABDUL MAJID)


YDP PIBG SK PUCHONG UTAMA 3

s.k :
i) Fail PIBG
ii) Fail Sekolah/FBP
ANTARA PROGRAM-PROGRAM YANG DILAKSANAKAN DI DEWAN IBNU SINA

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG/ HARI APRESIASI TAHUN 6


DAN GRADUASI PRASEKOLAH
MAJLIS PERSARAAN/TAKLIMAT/KURSUS GURU

PROGRAM PANITIA/KOKURIKULUM /HEM /MOTIVASI DAN BENGKEL UNTUK MURID-MURID

You might also like