You are on page 1of 2

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (B)


Jalan Tempua 3, Bandar Puchong Jaya
47170 Puchong. Selangor
Tel : 03 8062 0463
email : BEA8657@moe.edu.my
Ruj. Kami : SMKBPJ(B)100/9/2 /2(
)
Tarikh : 9 Oktober 2023

Kepada yang berkenaan.

Tuan / Puan,

MEMOHON SUMBANGAN PEMBANGUNAN KEBUN SEKOLAH SEBAGAI


MEDIUM PEMBELAJARAN LUAR BILIK DARJAH

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa unit Kebun Komuniti Sekolah bersama-sama


dengan unit Kurikulum SMK Bandar Puchong Jaya (B) akan mengadakan Program
Pembangunan Kebun Sekolah sebagai medium pembelajaran luar bilik darjah.

3. Program ini bertujuan untuk memberi peluang kepada murid mengaplikasi


pembelajaran secara praktikal terutama dalam mata pelajaran biologi juga reka
bentuk teknologi. Murid juga berpeluang mengasah bakat dalam menceriakan kebun
komuniti sekolah. Selain daripada itu, program ini bertujuan untuk memupuk sikap
cintakan alam sekitar dan mendidik murid menghargai alam ciptaan Tuhan.

4. Sehubungan itu, besarlah harapan kami sekiranya pihak tuan/puan dapat


memberikan sumbangan ikhlas agar program ini dapat berjalan dengan lancar.
Sumbangan boleh diberi dalam bentuk kewangan mahupun barangan seperti berikut
dinyatakan di bawah :

i. Pasu nutripot – RM20 X 10 set


ii. Sabut kelapa/cocopeats

5. Sebarang pertanyaan, pihak tuan/puan boleh berhubung dengan En. Mohd


Khairol Zailani di talian (03-80620463).

6. Segala kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan/puan didahului dengan


ucapan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(MOHAMAD RODZI BIN SHAFII)


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Puchong Jaya (B)
Jalan Tempua 3, Bandar Puchong Jaya
47170 Puchong. Selangor
Tel : 03 8062 0463
email : BEA8657@moe.edu.my
Pengetua
SMK Bandar Puchong Jaya (B)

You might also like