You are on page 1of 2

E-mail Rasmi : kea1003@moe.edu.

my

Ruj.Kami : SMKSBS:
Tarikh : 14 April 2023

Pengarah Urusan,
Celcom Axiata Berhad
Menara Celcom Axiata 82 Jalan Raja Muda
Abdul Aziz 53100 Kuala Lumpur.
(U.P En Fadzly Kamaruzaman)

Tuan,

MEMOHON SUMBANGAN KOMPUTER MUDAHALIH (NOTEBOOK) UNTUK KEGUNAAN


PELAJAR YANG MEMERLUKAN.

Dengan segala hormatnya perkara adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu pihak sekolah bercadang untuk memohon sumbangan


Notebook/Laptop sebanyak 30 buah untuk kegunaan pelajar-pelajar khususnya yang mengambil
matapelajaran ASK (Asas Sains Komputer).

3. Untuk makluman pihak tuan, Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang Baru, merupakan
sekolah luar bandar kategori B (KEA1003) yang terletak di Batu 18, Jalan Bandar Baharu, 09800
Serdang Kedah. Jumlah pelajar secara keseluruhanya ialah seramai 375 orang dan hampir 50%
adalah terdiri daripada keluarga B40 dengan pendapatan keluarga kurang RM1500 sebulan.

4. Matapelajaran ASK pada ketika ini hanya menggunakan komputer desktop yang telah
berusia melebihi 10 tahun. Peruntukan yang agak terhad menyukarkan usaha untuk menaiktaraf
desktop sedia ada memandangkan kos alat ganti yang agak mahal, menyebabkan guru terpaksa
menggunakan komputer yang usang dengan kapasiti dan kelajuan yang terhad.

5. Harapan kami sekiranya pihak kami diberi peluang untuk menerima sumbangan
laptop/notebook daripada pihak tuan, maka ianya amat bermakna kepada anak-anak pelajar yang
mengikuti matapelajaran ASK dan juga dapat dimanafaatkan oleh pelajar2 lain untuk
melaksanakan tugasan dan latihan sekolah seperti kerja kursus dan sebagainya

6. Kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan besar maknanya kepada kami dan kami
dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih

“MALAYSIA MADANI”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( SUHAIMI BIN MAHMUD)


Pengetua
SMK Serdang Baru
Serdang, Kedah

You might also like