You are on page 1of 9
PEJABAT TIMBALAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA OFFICE OF DEPUTY DIRECTOR-GENERAL OF EDUCATION MALAYSIA ‘SEKTOR OPERAS! PENDIDIKAN EDUCATIONAL OPERATION SECTOR KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA MINISTRY OF EDUCATION MALAYSIA ‘ARAS 4 BLOK £2, KOMPLEKS E LEVEL 4 BLOCK E2 COMPLEX E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN, Tel 4603-8884 9302 FEDERAL GOVERNMENT ADMINISTRATIVE CENTRE Faks — : +603-8888 6680 (62604 PUTRAJAYA Website: httpsiwww.moe.gowmyl MALAYSIA KPM.600-4/4/1 JLD (__) 2S Jun 2021 Semua Pengarah Bahagian Semua Pengarah Pendidikan Negeri YBhg. Datuk / Dr. / Tuan / Puan, PEMAKLUMAN BERHUBUNG PELAKSANAAN AKTIVITI_ ~KOKURIKULUM MINGGUAN SECARA DALAM TALIAN DAN PENGISIAN DATA DALAM SISTEM PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM BAGI TAHUN 2021 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. _ Kerajaan telah mengumumkan beberapa fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), sejak 18 Mac 2020 hingga kini, berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Situasi ini turut memberi impak kepada pelaksanaan aktiviti kokurikulum apabila ‘sekolah perlu beroperasi secara norma baharu. 3. Sehubungan dengan itu, bagi memastikan aktiviti kokurikulum tidak terjejas, semua aktiviti Kelab/Persatuan, Pasukan Badan Beruniform dan Sukan/Permainan, termasuk perjumpaan mingguan boleh dilaksanakan secara dalam talian. Inisiatif ini adalah sejajar dengan usaha pemerkasaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi tahun 2021 oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), di samping untuk memastikan murid kekal aktif dan sihat. 4. Setiap aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan secara dalam talian perlu merangkumi bahan rangsangan (pengetahuan) dan tugasan, Bahan rangsangan boleh diberi dalam bentuk video, gambar, petikan atau nota ringkas. Manakala tugasan pula boleh disediakan dalam bentuk soalan (google form), projek atau kerja kursus. Walau bagaimanapun, jadual aktiviti kokurikulum periu diselaraskan di peringkat sekolah agar tidak mengganggu waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) guru serta murid. 5. Bagi tahun 2021, Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) akan dilaksanakan seperti tahun 2020 dengan mengambil kira kehadiran perjumpaan mingguan secara dalam talian. Pentaksiran turut dibuat berdasarkan penglibatan dan penyertaan murid dalam program atau pertandingan kokurikulum secara dalam talian anjuran KPM serta agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan (NGO) / kumpulan / individu yang telah mendapat kelulusan dan pengiktirafan KPM, Jumlah perjumpaan yang ditetapkan bagi tahun 2021 adalah seperti di Lampiran 1. whe ‘Sila catatkan rujukan Pejabat ini apabila berhubung KPM.600-4/1/1 JLD_(__) 6. Untuk makluman, pengurusan sistem PAJSK hanya melibatkan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta yang berdaftar dengan sistem APDM sahaja. Sistem ini boleh diakses melalui pautan hitps://pajsk.moe.gov.my/index.php. Maklumat lanjut berkaitan pengoperasian aplikasi sistem PAJSK boleh dirujuk pada Lampiran 2. 7. Bagi sekolah swasta yang tidak berdaftar dengan sistem APDM, pihak sekolah boleh berhubung dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) masing-masing bagi tujuan pendaftaran murid dalam sistem PAJSK. 8. Pihak pengurusan sekolah perlu melaksanakan proses pentaksiran ini dengan mematuhi peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan serta tempoh masa pengisian data tersebut. Sukacita diingatkan bahawa hasil kutipan data PAJSK ini juga akan diguna pakai bagi tujuan pemverifikasian oleh pihak-pihak yang berkeperluan. Oleh itu, pematuhan terhadap prosedur yang telah ditetapkan perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang terlibat dengan proses pentaksiran ini. 9. Kerjasama serta jasa baik YBhg. Datuk/DrJ/tuan/puan adalah dimohon untuk memanjangkan pemakluman ini kepada pegawai bertanggungjawab di Bahagian, JPN, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah bawah pentadbiran YBhg. Datuk/Dr./tuan/puan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi aduan PAJSK di talian 03- 88721649 atau e-mel_aduan.pajsk@moe.gov.my. ‘Sekian, terima kasih. “PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19” “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, (DATO" HAJ! ADZMAN BIN TALIB) Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Sektor Operasi Sekolah) merangkap Timbalan Ketua Pendaftar Institusi Pendidikan dan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia MFM/mfm Sk. 1, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia Kementerian Pendidikan Malaysia 2, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ‘Sektor Dasar dan Kurikulum 3. Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia ‘Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan 4, Pengarah Bahagian Pendidikan Menengah Majis Amanah Rakyat 5. Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia LAMPIRAN 1 JUMLAH KEHADIRAN DAN PERJUMPAAN BAGI MURID TAHUN 4, 5, 6 DAN TINGKATAN 1 HINGGA TINGKATAN 5 Bilangan Perjumpaan Kelab/Persatuan | Pasukan Badan | Sukan/Permainan Beruniform Januari - Disember 2021 5 5 5 Jumlah Perjumpaan 15 Nota: 1. Jumlah bilangan perjumpaan berdasarkan jumlah minggu persekolahan semasa mengikut Takwim Persekolahan (Pindaan Penggal Persekolahan) tahun 2021 2. Perubahan yang dinyatakan di atas akan disesuaikan dengan sistem PAJSK. 3. Jumlah perjumpaan asal ialah minima 36 perjumpaan setahun. LAMPIRAN 1a JUMLAH KEHADIRAN DAN PERJUMPAAN MURID TINGKATAN ENAM SEMESTER KETIGA KOHORT TAHUN 2020/2021 Bilangan Perjumpaan Kelab/Persatuan | Pasukan Badan | Sukan/Permainan Beruniform Semester 7 (STPM 2021) 6 6 6 Semester 2 (STPM 2021) : 7 7 Semester 3 (STPM 2021) : a a 13 8 13 Jumiah Perjumpaan 39 Nota : 1. Jumlah bilangan perjumpaan berdasarkan jumlah minggu persekolahan semasa z mengikut Takwim Persekolahan (Pindaan Penggal Persekolahan) tahun 2021, Perubahan yang dinyatakan di atas akan disesuaikan dengan sistem PAJSK. 3. Jumlah perjumpaan asal ialah minima 45 perjumpaan setahun, LAMPIRAN 1b JUMLAH KEHADIRAN DAN PERJUMPAAN MURID TINGKATAN ENAM SEMESTER PERTAMA KOHORT TAHUN 2021/2022 Bilangan Perjumpaan | Kelab/Persatuan | Pasukan Badan | Sukan/Permainan Beruniform ‘Semester 1 (STPM 2022) 6 6 6 Jumlah Perjumpaan 18 LAMPIRAN 2 Yadual Operasi Sistem Pentaksiran Aktivit! Jasmani, Sukan dan Kokurikulum ({PAYSK) Tahun 2021, Perkara Tarikh Buka | Tarikh Tutup | Tindakan Pengisian dan Penolong Pengesahan Data Kanan Keahlian bag! Kokurikulum / Kelab/Persatuan, Guru Sukar/Permainan dan | 1 Wal 2021 | 31 Disember 2021 | penasihat / Pasukan Badan | Guru Kelas Beruniform di sekolah Nota: 1, Sekolah swasta yang tidak berdaftar dalam sistem APDM perlu berhubung dengan Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing bagi pendaftaran sistem PAJSK. 2. Logmasuk ke sistem PAJSK menggunakan: Login ID: KODSEKOLAH Katalaluan : Pajsk2021 LAMPIRAN 2a Maklumat Tambahan 1 Sekolah Rendah 1.1. Pengisian PAJSK melibatkan semua murid Tahun 4 hingga Tahun 6 pada tahun 2021 sahaja termasuk Murid Berkeperluan Khas. 4.2. Tempoh kiran markah PAJSK bagi murid Tahun 4 hingga Tahun 6 ialah mulai 01 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021; 1.3 Kiraan markah PAJSK bagi murid Tahun 4 hingga Tahun 6 - jumlah markah yang dikira adalah Gred Purata Terkumpul (Cummulative Grade Point Average) bagi tiga tahun. Sekolah Menengah 2.1 Pengisian Data PAJSK melibatkan semua murid Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6 (termasuk calon STPM dan STAM) pada tahun 2021 termasuk Murid Berkeperluan Khas. 2.2 Tempoh kiraan markah PAJSK bagi ‘© murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 ialah mulai 01 Januari 2021 hingga 31 Disember 2021; + calon STPM Tahun 2021 ialah sepanjang tempoh calon berada di Tingkatan 6; * calon STAM adalah lanjutan dari Tingkatan 5 dan sepanjang tempoh calon daiam STAM 2.5 Kiraan markah kokurikulum dan sukan bagi ‘© murid Tingkatan 4 hingga Tingkatan 5 - Jumlah markah yang dikira adalah Gred Purata Terkumpul (Cummulative Grade Point Average) bagi lima tahun (Sekolah Menengah); + calon STPM Tahun 2021 Jumlah markah yang dikira adalah sepanjang tempoh calon berada di Tingkatan 6 sahaja; dan © calon STAM Tahun 2021 Jumlah markah yang dikira adalah Gred Purata Terkumpul (Cummulative Grade Point Average) lanjutan daripada Tingkatan 5; Bagi calon SPM / STAM / STPM 2021, Sijil Pelaporan PAJSK hendaklah dimuat turun, dicetak dan diserahkan kepada semua calon bersama-sama dengan keputusan peperiksaan yang diumumkan mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis Peperiksaan Malaysia; Bagi murid selain calon SPM / STAM / STPM 2021, sekolah-sekolah wajib menyimpan slip secara soficopy dan perlu diserahkan kepada murid setiap tahun. (soffcopy/hardcopy) Garis Panduan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) boleh dimuat turun melalui sistem login sekolah di alamat portal https://pajsk.moe.qov.my/index.php. atau imbas kod QR : GARIS PANDUAN PAISK SEKOLAH RENDAH |ARIS PANDUAN PAISK | [ «4 SEKOLAH MENENGAH

You might also like