You are on page 1of 8

LAPORAN AKTIVITI MINGGU TRANSISI TAHUN 1 ( 2020 )

SK TAMAN BUKIT INDAH, AMPANG

PENGENALAN
Bermula pada tarikh 2 Januari sehingga 17 Januari 2020, Sekolah Kebangsaan Taman
Bukit Indah telah mengadakan Minggu Transisi murid tahun 1 untuk tahun 2020. Minggu
Transisi ini berlangsung selama 3 minggu bermula minggu pertama sehingga minggu
ketiga sesi persekolahan . Secara dasarnya, pada Minggu Transisi ini, murid tahun 1 akan
menjalani beberapa proses pembelajaran berdasarkan jadual yang telah ditetapkan oleh
pihak sekolah. Berikut ialah perincian mengenai perjalanan aktiviti dan gambar-gambar
sepanjang berlangsungnya Minggu Transisi Tahun 1 2020.

1.0 TAJUK PROGRAM


1.1 Minggu Transisi Tahun 1 2020

2.0 MATLAMAT
2.1 Mendedahkan murid-murid Tahun satu kepada suasana persekolahan sebenar.
2.2 Memberi motivasi kepada murid-murid Tahun satu pada awal sesi persekolahan
mereka.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi suntikan motivasi kepada murid-murid yang akan menempuh alam
persekolahan supaya lebih bersedia menjelangnya hari persekolahan sebenar.
3.2 Memperkenalkan suasana persekolahan dengan lebih dekat lagi dengan
membawa mereka bertemu dengan guru-guru serta melihat persekitaran sekolah
seperti bilik darjah, pusat sumber, tandas, kantin, pejabat, surau dan bilik-bilik
khas.
3.3 Mendedahkan murid tentang subjek pembelajaran yang bakal mereka hadapi
dan tatacara yang betul semasa mereka berada disekolah.

4.0 PERINGKAT PERLAKSANAAN


4.1 Program ini diadakan selama 3 minggu bermula pada 2 Januari 2020 sehingga
17 Januari 2020.
4.2 Program ini melibatkan kerjasama daripada semua guru Sekolah Kebangsaan
Taman Bukit Indah.

5.0 SASARAN PENYERTAAN


5.1 Minggu Transisi ini diadakan khas untuk murid-murid Tahun Satu yang
memulakan sesi persekolahan mereka pada tahun ini.

6.0 TEMPAT
6.1 Kawasan sekolah yang terlibat.
6.2 Kelas – kelasTahun 1

7.0 GAMBAR AKTIVITI


Aktiviti Nyanyian Lagu Sekolah

Aktiviti Nyanyian Lagu Kami Murid Baru


Aktiviti Senamrobik Murid Tahun 1

Taklimat Disiplin
Program Kerohanian

Program PHONICS
Aktiviti menghasilkan Jam Dinding

Aktiviti Sukaneka Murid


Aktiviti Mengenal Huruf Jawi

Majlis Penutup Minggu Orientasi 2020

8.0 KEKUATAN
8.1 Kerjasama dari semua pihak yang sangat baik melancarkan lagi aktiviti pada
setiap minggu.
8.2 Susunan kelas, kerusi serta meja yang kondusif membuatkan murid
berasa selesa dan seronok untuk datang ke sekolah.
8.3 Perancangan tentatif yang sesuai dengan aktiviti menjadikan program ini
berjalan lancar.

9.0 KELEMAHAN
9.1 Dewan perhimpunan sesak dengan ibu bapa pada hari pertama dan kedua
persekolahan.
9.2 Guru kelas terpaksa berada dalam kelas tahun 1 selama beberapa jam pada
hari pertama persekolahan disebabkan terdapat ibu bapa yang ingin
bertanyakan dan menyelesaikan beberapa urusan anak yang belum selesai.

10.0 PENAMBAHBAIKAN
13.1 Ibu bapa perlu dimaklumkan tentang tatacara menghantar anak-anak tahun 1
semasa Hari Orientasi.
13.2 Ibu bapa perlu diingatkan supaya menyelesaikan urusan yang penting seperti
membuat pembayaran lebih awal untuk melancarkan tugasan guru kelas
pada hari pertama persekolahan.

PENUTUP

Adalah diharapkan Minggu Transisi ini memberi manfaat kepada semua pihak terutamanya
murid-murid Tahun 1, ibu bapa serta warga pendidik dan kakitangan SK Taman Bukit Indah
serta dapat dilaksanakan lagi di tahun akan datang dengan penambahbaikan yang
dilakukan.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………. ………………………………
(NOR HAMIZAH BINTI HASHIM) (SHALWANA BINTI HUSSAIN)
Setiausaha Penolong Kanan Petang
Program Transisi Tahun 1 2020 SK Taman Bukit Indah
SK Taman Bukit Indah

Disahkan oleh,

………………………………….
(TUAN ISMAIL BIN TUAN MAT )
Guru Besar
SK Taman Bukit Indah
SEKOLAH TAMAN BUKIT INDAH
68000 AMPANG
SELANGOR

LAPORAN AKTIVITI :

MINGGU TRANSISI
TAHUN SATU 2020
TARIKH:

2 JANUARI 2020
-
17 JANUARI 2020

You might also like