You are on page 1of 2

BORANG PENULISAN SINOPSIS BUKU

(a) Nama : DURRATUL ’ALIAH BINTI DA HALIB


(b) Sektor / Unit/ Organisasi : SK SERI BAYU
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Gred Utama / P&P / AKP1 / AKP2
(d) Tarikh & Masa Pembentangan : TIADA KAITAN
(jika berkaitan)
(e) Maklumat Buku Yang Dibaca:

Bil. Perkara Catatan

1. Tajuk Buku: Serlahkan Aura Guru Super

2. Pengarang: Khuzaimah Sulaiman

3. Tahun diterbitkan: 2012

4. Diterbitkan oleh: PTS Professional Publishing Sdn Bhd


Buku Serlahkan Aura Guru Super hasil karya Khuzaimah Sulaiman, bekas
5. Sinopsis Buku
Pengetua Cemerlang Jusa C merupakan catatan pengalaman, curahan idea
Yang Dibaca:
dan perkongsian bagaimana penulis berjaya meletakkan nama sekolah SMKA
SHAMS ke mercu kecemerlangan.

Gaya persembahan buku ini sangat santai tetapi penuh berinformasi sehingga
mampu menyentuh hati sesiapa sahaja yang membacanya. Terdapat 43 ciri
kepimpinan unik dan berkesan yang merupakan aura penulis telah disampaikan
melalui penceritaan 61 buah kisah, di mana isi kandungannya adalah
berdasarkan kupasan, ulasan dan maklumat tambahan daripada petikan ucapan
dalam majlis perpisahan beliau. Sepuluh daripada 43 aura kepimpinan beliau
ialah :
1. Berwawasan
2. Motivator
3. Sumber inspirasi
4. Tegas
5. Kerja kuat
6. Membina budaya kerja berpasukan
7. Teliti
8. Menjana kecemerlangan
9. Membimbing
10. Mesra dan mudah didekati

Aura-aura kepimpinan beliau ini bukan sahaja mendapat pengiktirafan guru


penolong kanan, guru, staf sokongan, malahan turut mendapat pengiktirafan
para pelajar. Gaya kepimpinan dan sifat terpuji beliau dihormati, disegani dan
dikagumi banyak pihak.
Kata-kata nasihat, teguran yang lembut dalam ketegasan serta didikannya
meninggalkan kesan mendalam dalam diri warga sekolah khususnya pelajar.
Antaranya ialah budaya Kaizen dan “Anak yang baik mendengar kata”. Kata-
kata ataupun ungkapan ikhlas yang terbit dari hati akan menyentuh dan
meresap ke dalam hati anak didik. Selain ciri-ciri kepimpinan, penulisan beliau
turut menyentuh hal-hal kemanusiaan serta hal-hal ketuhanan. Cerita-cerita
bersulamkan nasihat dalam buku ini sesuai dijadikan panduan oleh setiap
pemimpin, pentadbir, guru dan sesiapa sahaja yang ingin mencemerlangkan diri
dan organisasinya.

6. Manfaat/ Pengajaran:
pengajaran yang
diperoleh 1. Penyayang (kita bukan sahaja perlu penyayang, tetapi juga dilihat
daripada buku penyayang)
2. Ketelitian (sentiasa bersungguh-sungguh dan teliti dalam melakukan kerja,
yang dibaca:
kerja yang teliti melahirkan hasil yang berkualiti)
3. Kesabaran  (tidak cepat melatah dalam mengambil sesuatu tindakan)
4. Ketegasan (berbaik-baik dengan orang bawahan tetapi tegas)

Aplikasi Ilmu Dalam Organisasi /P&P :

1. Menerapkan kasih sayang terhadap anak murid, elak daripada mengeluarkan


kata-kata kasar seperti mencaci, menyindir, menggertak atau mengugut murid
kerana ia akan menghasilkan murid yang berdendam.
2. Mendidik murid melakukan tugasan dengan teliti seperti dari segi tulisan
dalam subjek bahasa, pengiraan dalam subjek matematik dan sebagainya.
3. Sabar dalam menghadapi sikap dan tingkah laku murid di samping kerenah
ibu bapa, perlu tenang ketika mengambil tindakan.

7. Tandatangan:

Durratul ‘Aliah Binti Da Halib

You might also like