You are on page 1of 3

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS BIL.

1/2021
SK ORANG KAYA MUDA PAKERI PALOH

TARIKH : 9 MAC 2021


MASA : 3.00 PETANG
TEMPAT : BILIK KOKURIKULUM

KEHADIRAN :
En Hisyamuddin Bin Ahmad Rani (Guru Besar)
En Saidin Bin Bujang (GPK HEM)
En Dharma Harun Bin Abdul Kadir (GPK KOKO)
Cik Habibah Binti Jakwa (Ketua Panitia)
En Ahmad Fahmi Bin Abdul Rahman (Setiausaha)
Cik Magdelina Suffi Anak Pasang
En Mohd Elmin Bin Marishmsuddin

TIDAK HADIR BERSEBAB :-


Pn Shahirah Binti Md Hashim Taklimat PBPPP
En Dharma Harun Bin Abdul Kadir Kuarantin

AGENDA :-
1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan minit mesyuarat lepas
3. Perkara Berbangkit
4. Pembentangan Kertas Kerja / Isu / Laporan
5. Hal-hal lain
6. Penutup

1.0 Ucapan Alu-aluan


1.1 En Hisyamuddin mengucapkan selamat datang kepada semua guru dan berterima kasih di
atas kehadiran semua guru Bahasa Inggeris.
1.2 Guru Besar berharap segala aktiviti dan perancangan yang akan dibentangkan pada
mesyuarat hari ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Makluman

2.0 Pengesahan minit mesyuarat


2.1 Cadangan : En Mohd Elmin Bin Marishmsuddin
2.2 Sokongan : Cik Habibah Binti Jakwa
Makluman

3.0 Perkara Berbangkit


3.1 Tiada perkara berbangkit.
Makluman

4.0 Pembentangan Kertas Kerja / Isu / Laporan


4.1 Carta Organisasi
4.1.1 Ketua Panitia membentangkan Carta Organisasi Panitia Bahasa Inggeris bagi tahun
2021. Ketua Panitia mengalu-alukan kedatangan guru baharu iaitu Cik Magdelina
Suffi.
4.2 Takwim Panitia
4.2.1 Ketua Panitia membentangkan takwim bagi tahun 2021. Ketua Panitia menyatakan
segala aktiviti yang tertangguh pada tahun lepas akan cuba dilaksanakan pada
tahun ini dengan mengikut SOP dengan ketat.
4.3 Analisis Persekitaran, Pelan Strategik, Pelan Taktikal dan Pelan Operasi
4.3.1 Ketua Panitia membentangkan analisis persekitaran, pelan strategik, pelan taktikal
dan pelan operasi.
4.3.2 Guru Besar menyatakan bahawa pelan strategik dan pelan taktikal terbentuk hasil
daripada permasalahan yang diperolehi daripada analisis persekitaran. Guru besar
berharap Panitia Bahasa Inggeris dapat memperbaiki beberapa kesilapan daripada
pelan-pelan tersebut.
4.4 Penyelarasan RPH
4.4.1 Ketua Panitia membentangkan format RPH yang akan digunapakai oleh semua
guru bahasa Inggeris.
4.5 Perancangan Perbelanjaan PCG
4.5.1 Ketua Panitia membentangkan beberapa barang dan keperluan yang akan dibeli
dengan menggunakan PCG panitia Bahasa Inggeris.
Makluman dan tindakan

5.0 Hal-hal lain


5.1 Guru Besar menyatakan takwim bagi sesi 2021 adalah sehingga bulan Disember mengikut
takwim persekolahan.
5.2 Guru Besar juga berharap English Corner akan dikemaskini dan dimurnikan lagi.
5.3 Pelan Strategik yang dirangka tadi perlulah merangkumi pelan bagi jangka masa 3 tahun ke
hadapan.
Makluman dan tindakan

6.0 Penutup
6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang.
Makluman

Disediakan oleh, Disemak oleh,

_____________________________ _______________________
(AHMAD FAHMI ABD RAHMAN) (HABIBAH BT JAKWA)
Setiausaha Panitia. Ketua Panitia.

You might also like