You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT MINYAK

BUKIT MERTAJAM, 14000 PULAU PINANG

MINIT CURAI

Mesyuarat/Taklimat/ : Bengkel Profesionalisme Ketua-Ketua Panitia


Bengkel/Kursus Matematik Daerah Spt, Pulau Pinang.
Tarikh : 14 Mac 2018 (Rabu)
Masa : 8.00 Pagi – 1.00 Petang
Tempat :Bilik Mesyuarat, Pejabat Pendidikan Daerah
Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang
Anjuran :PPD, Seberang Perai Tengah,P.Pinang
Pengerusi :Puan Norhayati Ahmad ( Pen.Ppd Sains & MT
Rendah)

1.0 Ucapan Aluan oleh Encik Saipollizan bin Saad (Ketua Unit Akademik PPD)

1.1 En. Saipollizan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Ketua Panitia
matematik yang dapat menghadirkan diri ke mesyuarat panitia pada kali ini.
1.2 En. Saipollizan juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ahli
panitia kerana memberi kerjasama yang baik pada tahun 2017.
1.3 Tidak lupa juga, En. Saipollizan mengalu-alukan kedatangan Ketua Panitia baru
Matematik bagi sekolah-sekolah lain
1.4 En. Saipollizan memaklumkan peratus UPSR Matematik 2017 daerah SPT lulus
72.64%
1.5 KPI bagi tahun 2018 ialah 75.64%
1.6 En. Saipollizan mengingatkan Ketua Panitia tentang penyediaan headcount serta
target kuantiti dan kualiti bagi subjek Matematik

2.0 Puan Norhayati Ahmad (Pen.Ppd Sains & MT Rendah, SPT Pulau Pinang)

2.1 Puan Norhayati memberi penerangan tentang Rancangan Pengajaran


Tahunan (RPT) iaitu terdapat dua modul iaitu linear dan modular.

2.2 Kurikulum Linear ialah yang bermaksud kurikulum yang disampaikan adalah
mengikut turutan misalnya bermula daripada kandungan, hasil pembelajaran dan
seterusnya cadangan aktiviti pembelajaran.
2.3 Kurikulum Modular pulat bersifat unpacked yang merupakan satu kurikulum
yang kandunganya disusun dalam bentuk bahagian atau unit yang mempunyai
perkaitan antara tajuk..

2.4 Pihak PPD SPT telah mengedarkan salinan softcopy unpacked curriculum
melalui emel sekolah bagi pihak sekolah membuat pilihan sama ada
mengunakannya atau tidak; bergantung keputusan yang diminitkan dalam
mesyuarat panitia

2.5 Kebanyakkan sekolah yang menggunakan unpacked curriculum memberi


maklum balas positif.

2.6 Puan Norhayati memaklumkan telah mengedarkan juga salinan softcopy modul
PERMATE (untuk tahun 6) melalui emel sekolah sebagai latihan tambahan kepada
murid-murid dan perlu memberi laporan selepas UPSR hasil pencapaian murid.

2.7 Puan Nohayati meminta panitia mengadakan program berfokus di sekolah


terutamanya untuk murid lemah. Pilih dan buat senarai nama murid terlibat, catatkan
tov dan etr kemudian rekodkan pencapaian murid dalam ujian atau peperiksan
selepas program dilaksanakan

2.8 Puan Norhayati mengingatkan pemantauan atau pencerapan oleh Ketua Panitia
perlu dijalankan mengikut takwim yang dirancang oleh pihak sekolah.

3.0 Taklimat Pengurusan Panitia oleh En. Norazeen bin Raduan ( Penyelia
Matematik Rendah, Sektor Pengurusan Akademik, JPNPP)

3.1 En. Norazreen menjelaskan peranan Ketua Panitia, seperti pengurusan fail,
perancangan aktiviti , perbelanjaan dan mendapatkan maklumat terkini sebarang
perubahan pekeliling,pekeliling terbaru, program-program dasar semasa – rujuk
slide power point

3.2 Pastikan ahli panitia menyediakan JSU sebelum menggubal


soalan,melaksanakan analisa item dan post mortem selepas ujian/peperiksaan dan
difailkan
3.3 Penulisan RPH- seiring dengan RPT. Bilangan murid ialah bilangan semasa pdp.
Ruangan standard boleh ditulis nombor sahaja. Objektif mestilah yang boleh diukur
seperti menambah, menolak, menulis, menjawab, menyatakan dan sebagainya.

4.0 Taklimat Pentaksiran Bilik Darjah ( PBD) Oleh En. Muhammad Razif bin
Embi (Pen Pengawai PJPK, Sektor Pengurusan Akademik, JPNPP)

4.1 En. Razif menerangkan tentang PBD adalah satu pentaksiran yang dirancang,
dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilaporan oleh guru sekolah.

4.2 PBD dinilai berdasarkan Tahap Penguasaan (TP) menggunakan pertimbangan


profesionalisme (professional judgement) guru melalui pentaksiran sumatif dan
formatif. – rujuk slide power point.

4.3 Pastikan dokumen berkaitan difailkan, disimpan dengan rapi sebagai evidens
pentaksiran dijalankan.

4.4 Guna pelbagai kaedah pentaksiran untuk menilai tahap penguasaan murid.

4.5 Rujuk laman web rasmi Bahagian Perkembangan Kurikulum dan Lembaga
Peperiksaan untuk muat turun sebarang pekeliling, DSKP, tapak offline PBS dan
sebagainya.

Bengkel ditangguhkan pada 1.15 petang

Disediakan oleh:

--------------------------------

You might also like