You are on page 1of 2

 

MINIT MESYUARAT KALI PERTAMA KEBERSIHAN, KECERIAAN DAN KESELAMATAN (3K)


SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG TIONG, KULIM
BIL. 1/2021

Tarikh : 4 Mac 2021 (Khamis)


Masa : 12.45 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat
Kehadiran :
1. En. Shahrinnizam bin Dun (Guru Besar) - Penasihat
2. En. Madzlee bin Muhamad (GPK HEM) - Pengerusi
3. Pn. Siti Nurdiyana Ruzaini bt Jamil Azhar (S.U HEM) - AJK (Guru)
4. Muhammad Ihsan bin Ismail - Setiausaha
5. Hashimah bt Said - AJK (Guru)
6. Salina bt Razak - AJK (Guru)
7. Rosman bin Musa - AJK (Guru)
8. Mohd Hakimi bin Hashim - AJK (Guru)
9. Siti Hajar (Guru Ganti) - AJK (Guru)

1. Ucapan Aluan Pengerusi


1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan ummul kitab Al-fatihah
1.2 Berharap piawaian 3K yang dibuat mengikut standard yang telah
ditetapkan mencukupi aspek kebersihan, sistem keselamatan berfungsi
dan persekitaran yang selamat. (Contoh : Longkang ada penutup besi)
Tindakan : Makluman

2. Ucapan Penasihat
2.1 Berharap semua pihak dapat berusaha mengekalkan markah sekolah
dalam aspek 3K demi merealisasikan visi sekolah iaitu mencapai tahap
sekolah berprestasi tinggi menjelang 2025.
Tindakan : Makluman
3. Perkara yang dibincangkan
3.1 Aktiviti Tahunan Program 3K 2021
3.1.1 Suntikan vaksinasi untuk murid tahun 1 pada 24 Mac 2021.
3.1.2 Periksa longkang sekolah yang perlu diletakkan besi penutup
untuk keselamatan warga sekolah.
3.1.3 Muat turun video latihan kebakaran dan beri pada guru kelas
untuk ditunjukkan kepada murid-murid kelas pada bulan 3 dan
bulan 8.
3.1.4 Periksa pemadam api dalam kawasan sekolah untuk
memastikan pemadam api berada di tempat yang sepatutnya
dalam keadaan baik.
3.1.5 Memasang pagar bagi tanaman nenas untuk melindungi murid
daripada terkena duri apabila berada di kawasan tersebut.
Tindakan : Semua Guru,
Murid dan kakitangan
4. Penutup
4.1 Guru Besar berharap semua pihak akan melaksanakan tanggungjawab
masing-masing demi sekolah tercinta dan juga untuk anak-anak murid
hasil didikan kita supaya mereka dapat belajar dalam suasana yang lebih
kondusif dan selamat.

Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang hadir dan
mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang dengan surah Al Asr.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………………………………….. ……………………………………………………
(En.Muhammad Ihsan bin Ismail) (En. Shahrinnizam bin Dun)
Setiausaha Guru Besar
Program 3K Sekolah Kebangsaan Permatang Tiong
Sekolah Kebangsaan Permatang Tiong

You might also like