You are on page 1of 7

Sekolah Kebangsaan LKTP Ulu Penggeli,

Jalan Kasawari, Felda Ulu Penggeli,


Kluang, Johor.

BULAN ANTIDADAH
PERINGKAT SEKOLAH
2019

“Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita”

Tarikh : 3-10 Mac 2019


Tempat : SK LKTP Ulu Penggeli
PENGENALAN
Sambutan Bulan Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras arahan
Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan Dadah untuk
menyokong Sambutan Bulan Anti Dadah Peringkat Kebangsaan. Aspek pendidikan dan
pencegahan dadah amat penting memandangkan generasi pelapis negara khususnya, kini
berdepan dengan ancaman gejala dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran
tentang bahaya bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan
komuniti masyarakat.
Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat
memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap penglibatan murid-
murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang berkualiti yang mampu menjadi
pemimpin dan menyumbang kepada pembangunan sosial negara sekaligus memberikan
kesejahteraan kepada komuniti dan masyarakat. Program ini juga di buat selaras dengan Dasar
dan Matlamat Pendidikan Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah
merealisasikan “Sekolah Bebas Dadah”.

1.0 RASIONAL
Program tersebut ditumpukan di sekolah kerana hasil kajian menunjukkan penagih
dadah mula mencuba dadah ketika mereka masih di bangku sekolah lagi iaitu dalam lingkungan
Bulan Anti Dadah merupakan salah satu daripada sistem sokongan sekolah ke arah menangani
gejala sosial yang melibatkan kalangan pelajar sekolah. Program ini harus dapat memupuk
semangat jati diri pelajar yang seterusnya dapat membentuk nilai murni, budi pekerti yang
mulia dan terpuji, kerohanian yang luhur dan memiliki perasaan cinta serta sayang kepada diri,
keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara.

2.0 OBJEKTIF
2.1 Untuk memastikan murid-murid mempraktikkan gaya hidup sihat.
2.2 Untuk mendidik murid-murid tentang keburukan dadah seawal peringkat sekolah
rendah lagi.
2.3 Menyemai dan menanam sikap untuk membenci dan menjauhkan diri daripada dadah.

3.0 NAMA PROGRAM


Bulan Antidadah Peringkat Sekolah 2019.

4.0 TEMA
Komuniti Kita, Tanggungjawab Kita.

5.0 TARIKH & HARI


Pelancaran - 3 Mac 2019 (Ahad)
Aktiviti - 3 - 7 Mac 2019
Penutup dan penyampaian hadiah – 10 Mac 2019 (Ahad)

6.0 TEMPAT
SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang.

7.0 SASARAN
7.1 Semua murid SK LKTP Ulu Penggeli
7.2 Semua guru dan kakitangan
7.3 Semua pekerja
7.4 PIBG

8.0 JAWATANKUASA PROGRAM

JAWATANKUASA INDUK:
PENGERUSI
EN. NORIZAM BIN MOHD. JUNID
(Guru Besar SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang)

TIMBALAN PENGERUSI
PN. SITI ZARINA BINTI MD. ZAHAR
(GPK HEM SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang)

NAIB PENGERUSI 1
PN. HJH ZALINA BINTI ZAINON
(GPK 1 SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang)

NAIB PENGERUSI 2
PN. NORLILI BINTI HASHIM
(GPK Kokurikulum SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang)

SETIAUSAHA
PN. SITI NUR FAHDZIHA BINTI KHYAR
(Ketua Unit PPDa, SK LKTP Ulu Penggeli, Kluang)

BENDAHARI
PN. JURIANA BT WAGIMUN
JAWATANKUASA PELAKSANA:

PENGACARA MAJLIS PELANCARAN DAN PENUTUPAN


EN. MOHD JAMIL BIN HJ LADISMA

BUKU PROGRAM
EN. AZIRUL BIN ALI DAUD

JEMPUTAN
PN. SITI ZARINA BT MD. ZAHAR

JURUGAMBAR
EN. SYAHRULL NAZRI BIN SUMAN

HADIAH
PN. ASFARIZA BT MOSTAFFA
PN. FATIMAH BT SUMAIRI

GIMIK PELANCARAN
PN. ROHAYATI BT MALIKE
PN. MARDIYYAH BT AHMAD

KAWALAN MURID
SITI HARYAANIE BT HASSAN
GURU BERTUGAS MINGGUAN

PERSIAPAN TEMPAT DAN PA SISTEM


YM TENGKU ZAINUDIN BIN TENGKU ABDULLAH
EN. MOHD ZAIDI BIN OTHMAN

PENGELOLA PERTANDINGAN DEKLAMASI SAJAK


EN. MOHD NORFAZLI BIN MOHD SHARIF
PN. FAZILAH BT OTHAMAN

PENGELOLA KUIZ, BIG BOOK, PAMERAN AADK DAN CERAMAH


PN. SITI NUR FAHDZIHA BT KHYAR

PENGELOLA PERTANDINGAN MENULIS ESEI


EN. HAIRUL AZUAN BIN AHDAN

PENGELOLA PERTANDINGAN MEWARNA DAN MELUKIS POSTER


PN. LOGESWARY A/P RAMASAMY (TAHAP 1)
PN HJH NORRAFIDAH BT YAHYA (TAHAP 2)

JURI SUDUT ANTIDADAH


PN HJH ZALINA BT ZAINON
PN NORLILI BT HASHIM
9.0 TENTATIF PROGRAM

BIL TARIKH AKTIVITI TINDAKAN


1. 3.3.2019 Pelancaran program. PN. SITI NUR FAHDZIHA
2. 3.3.2019 Pameran dan ceramah AADK Johor. PN. SITI ZARINA
3. 3- 7.3.2019 Pertandingan kuiz. PN. SITI NUR FAHDZIHA
4. 5.3.2019 Menulis esei. EN. HAIRUL AZUAN
5. 6.3.2019 Pertandingan deklamasi puisi. EN. MOHD NORFAZLI
6. 3-7.3.2019 Pertandingan mewarna dan melukis poster. PN. LOGESWARY
7. 3-7.3.2019 Pertandingan sudut anti dadah antara kelas. EN. MOHD NORFAZLI
8. 3-7.3.2019 Pertandingan Big Book Saya Benci Dadah. PN. SITI NUR FAHDZIHA
9. 10.3.2019 Majlis penyampaian hadiah. PN. SITI NUR FAHDZIHA

TENTATIF MAJLIS PELANCARAN BULAN ANTIDADAH PERINGKAT SEKOLAH 2019


7:20 pagi Bacaan doa.
Nyanyian lagu Bangsa Johor dan Lagu Sekolah.
Lafaz Ikrar Rukunegara dan Ikrar Murid.
7:30 pagi Ucapan guru bertugas.
7:35 pagi Majlis Pelancaran Bulan Antidadah Peringkat Sekolah 2019 dimulakan.
7:40 pagi Bacaan Perutusan oleh Pn Siti Zarina bt Md Zahar, GPK HEM SK LKTP
Ulu Penggeli.
7:45 pagi Ucapan En Norizam bin Mohd Junid, Guru Besar SK LKTP Ulu Penggeli.
7:50 pagi Gimik pelancaran.
7:55 pagi Lafaz Ikrar Antidadah
8:00 pagi Persembahan murid.
8:05 pagi Taklimat Bulan Antidadah Peringkat Sekolah 2019 oleh Pn Siti Nur
Fahdziha bt Khyar, Setiausaha Program.
8:10 pagi Bersurai
10:00 pagi hingga Pameran oleh AADK Kluang.
1:00 tengah hari
10.0 kos
BIL PERKARA KUANTITI KOS (RM) JUMLAH (RM)

1. Gimik pelancaran 1 20 20
2. Jamuan VIP 10 5 50
3. Cenderahati penceramah dan AADK 2 15 30
3 PERTANDINGAN KUIZ (TERBUKA)
TEMPAT PERTAMA 1 5 5
TEMPAT KEDUA 1 4 4
TEMPAT KETIGA 1 4 4
TEMPAT KEEMPAT 1 4 4
TEMPAT KELIMA 1 4 4
TEMPAT KEENAM 1 3 3
TEMPAT KETUJUH 1 3 3
4 PERTANDINGAN MEWARNA (TAHAP 1)
TEMPAT PERTAMA 4 5 20
TEMPAT KEDUA 4 4 16
TEMPAT KETIGA 4 4 16
5 PERTANDINGAN MELUKIS POSTER (TAHAP 2)
TEMPAT PERTAMA 3 5 15
TEMPAT KEDUA 3 4 12
TEMPAT KETIGA 3 4 12
6 PERTANDINGAN DEKLAMASI PUISI (TERBUKA)
TEMPAT PERTAMA 1 5 5
TEMPAT KEDUA 1 4 4
TEMPAT KETIGA 1 4 4
TEMPAT KEEMPAT 1 4 4
TEMPAT KELIMA 1 4 4
7 PERTANDINGAN MENULIS ESEI (TAHAP 2)
TEMPAT PERTAMA 3 5 15
TEMPAT KEDUA 3 4 12
TEMPAT KETIGA 3 4 12
8 PERTANDINGAN SUDUT ANTIDADAH 1 20 20
9 PERTANDINGAN BIG BOOK (BERKUMPULAN)
TEMPAT PERTAMA 1 15 15
TEMPAT KEDUA 1 10 10
TEMPAT KETIGA 1 10 10
JUMLAH 280

11.0 SUMBER KEWANGAN


11.1 PIBG : RM 100
11.2 Panitia Pendidikan Seni : RM 50
11.3 Bimbingan dan kaunseling : RM 130
JUMLAH : RM 280
12.0 PENUTUP

Besarlah harapan kami sekiranya program ini berjalan dengan lancar dan mampu memberi
impak yang besar kepada semua warga SKUP dan mencapai objektif dalam usaha memberi kesedaran
untuk mencegah dan menghapuskan dadah. Semoga usaha murni ini mendapat sokongan dari semua
pihak dan memberi manfaat sepenuhnya kepada murid-murid khususnya. Jutaan terima kasih kami
ucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program ini, sama ada secara langsung
mahupun tidak langsung.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

…………………………………… ……………………………….......
SITI NUR FAHDZIHA BT KHYAR SITI ZARINA BT MD. ZAHAR
Ketua Unit PPDa 2019 Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
SK LKTP Ulu Penggeli SK LKTP Ulu Penggeli
86000 Kluang, Johor. 86000 Kluang, Johor.

Diluluskan oleh,

……………………………….......
NORIZAM BIN MOHD. JUNID
Guru Besar
SK LKTP Ulu Penggeli
86000 Kluang, Johor.

You might also like