You are on page 1of 23

Kreativiti dan Inovasi dalam

Perniagaan

Objektif
Memahami aspek kreativiti dan inovasi
dalam perniagaan
Mengetahui kaedah berfikir secara kreatif
dan inovatif
Mengenal pasti strategi yang dapat
menggalakkan kreativiti dan inovasi

Definisi
Kreativiti:
Schermerhorn, Hunt dan Osborn (2003)
kreativiti melibatkan perkembangan yang
tiada tolok bandingnya dan merupakan
jawapan kepada sesuatu masalah yang
bakal diperoleh. Kreativiti amat mustahak
dalam bertindak balas kepada masalah
yang kompleks dalam persekitaran
perniagaan

Definisi
Inovasi:
Setelah menjalani proses kreatif dan
memperoleh penyelesaian terbaik, usahawan
kemudiannya melakukan aplikasi inovasi.
Inovasi ialah kunci kepada kejayaan sesebuah
perniagaan. Menurut Kenicki dan Williams
(2003), inovasi ialah kaedah menghasilkan
produk baharu, produk dan perkhidmatan yang
lebih baik. Ini bermakna setiap organisasi sama
ada berasakan keuntungan atau tidak, tidak
boleh berpuas hati denga apa-apa yang ada.

Proses Kreativiti
(Kuratko dan Hodgetts, 2004)
Empat fasa dalam proses kreativiti:
1. Pengumpulan pengetahuan
-bersedia mengumpulkan maklumat dengan
melakukan penyelidikan yang berkaitan
melalui pembacaan, perbincangan dengan
rakan sekerja, menghadiri seminar, bengkel
dll.
2. Inkubator
pembangkitan idea yang kreatif sangat penting
tanpa mengira punca sumbernya

Proses Kreativiti
(Kuratko dan Hodgetts, 2004)
3.

4.

Idea
Fasa ini menarik dalam proses kreativiti. Fasa ini juga
dikenali sebagai faktor eureka. Seorang usahawan
boleh memperoleh idea menyelesaikan masalah
secara tidak sengaja, cth. Semasa makan, berjalan dll
Penilaian dan pelaksanaan
Usahawan menukar idea tersebut kepada realiti. Pada
peringkat ini ia memerlukan keberanian, disiplin diri,
keyakinan yang tinggi dan ketekunan. Apabila idea
muncul dari fasa ketiga, usahawan perlu mengubah
idea tersebut dan menukarkannya kepada bentuk idea
kepada bentuk idea yang terakhir dan jelas.

Kepentingan Membina Idea yang


Kreatif
Pemikiran kreatif boleh mewujudkan
peluang-peluang perniagaan daripada
masalah, kesulitan dan sumber dan
situasi yang terhad. Usahawan perlu
mengeksploitasi peluang ini untuk menjadi
suatu rancangan perniagaan.

Kepentingan Membina Idea yang


Kreatif
Untuk menjadi seorang yang kreatif,
usahawan perlu mempunyai kemahiran
berfikir yang khusus. Pemikiran kreatif ini
perlu disulami dengan pemikiran inovatif
yang boleh mengeksploitasi idea menjadi
rancangan perniagaan yang konkrit.

Ciri Individu yang Kreatif


1. Merendah diri dan bangga diri dalam
waktu yang sama
2. Mempunyai perasaan yang amat kuat
terhadap kerja mereka dan dalam masa
yang sama merupakan seorang yang
objektif
3. Berani untuk mencuba idea yang baharu
4. Bersifat terbuka apabila menerima
kritikan

Ciri Individu yang Kreatif


5. Mempunyai kombinasi sikap suka bermain dan
pada masa yang sama berdisiplin atau
bertanggungjawab
6. Mempunyai kawalan diri yang baik
7. Mempunyai matlamat, tidak tergesa-gesa dan
mampu membuat pertimbangan rasional
dalam sebarang keputusan
8. Sanggup mengambil risiko yang telah dikenal
pasti

Teknik Menjana Idea Kreatif dan


Inovatif
1. Percambahan fikiran
a. Lagi banyak idea lagi baik
b. Semua idea perlu diterima walaupun kelihatan tidak
logik
c. Gunakan idea daripada kumpulan lain untuk
memperoleh input yang lebih banyak
d. Kritikan atau penilaian tidak dibenarkan

2. Analogi paksaan
Teknik ini amat berguna dalam menjana idea.
Secara paksa boleh membantu membina
pandangan baharu dan jalan alternatif yang
lain.

Teknik Menjana Idea Kreatif dan


Inovatif
3.

4.

Pelaksanaan (do it)


-perlu menganalisis masalah dengan memastikan
soalan yang betul telah diajukan. Masalah yang besar
haruslah dipecahkan kepada bahagian-bahagian yang
kecil dan diringkaskan.
Peta minda
-Teknik ini membolehkan seseorang menggunakan
gambar atau perkataan untuk mengurus dan membina
pendapat secara tidak linear. Kaedah ini boleh
digunakan untuk membangunkan produk baharu,
menyelesaikan masalah, merancang strategi dan
membangunkan sesuatu proses.

Teknik Menjana Idea Kreatif dan


Inovatif
5. Kumpulan nominal
a. teknik senarai sifat -kesesuain kos,
fungsi, perkhidmatan dan keselamatn
b. teknik tarikh luput -menetapkan
tempoh tertentu untuk memberikan
tekanan kepada individu menerbitkan
idea kreatif.
c. teknik asosiasi -melibatkan hubungan
mental antara dua objek ataupun idea

d. teknik asosiasi mendesak -teknik


perkaitan yang menggabungkan dua
objek atupun lebih yang berbeza
sama sekali
e. Teknik dua kata -menyenaraikan
kata grasa alternatif bagi setiap kata

Teknik Menjana Idea Kreatif dan


Inovatif
teknik sensori -menggunakan deria
sensitif dengan menghasilkan
kerjasama yang bersifat simbiotik dan
kreatif pada persekitaran
g. teknik ke matahari -memperbaiki
produk dan menyelesaikan masalah
yang bersifat umum dengan
mengaitkan matahari sebagai punca
tenaga.
f.

Teknik Menjana Idea Kreatif dan


Inovatif
h. teknik rangsangan imej
-menekankan penggunaan daya
imaginasi dengan menggunakan
pelbagai sumber bergambar
i. teknik produk kontra
-menggunakan kata kerja dan
antonim bagi menerbitkan
alternatif lain

Teknik Menjana Idea Kreatif dan


Inovatif
j. teknik songsang -menerbalikkan
idea lama kepada idea baharu
dengan menunjukkan sifat
berlawanan sama sekali dengan idea
lama
k.teknik senarai semak menggunakan kata kunci senarai
semak dan menggabungkannya
dengan soalan-soalan provokatif.

Jenis Inovasi
1. Penciptaan mencipta produk,
perkhidmatan atau proses yang baharu.
Inovasi ini mestilah yang asli atau tidak
pernah dicuba
2. Peluasan-penambahan atau tambahan
kepada produk, perkhidmatan atau
proses yang sedia ada

Jenis Inovasi
3. Duplikasi- proses membuat pendua terhadap
produk, perkhidmatan atau proses sedia ada
dengan bukan sekadar meniru, tetapi
menambah dari segi fungsi tambahan keapda
produk, perkhidmatan atau proses sedia ada
4. Perpaduan- proses untuk menggabungkan
bahagian-bahagian lain untuk menjadi satu
produk atau aplikasi yang baharu dengan
mengambil kira beberapa idea yang sedia ada

Halangan kepada Kreativiti dan


Inovasi
1. Terdapat organisasi yang tidak
menggalakkan inovasi atau menolak
sebarang perubahan
2. Kekurangan sumber merupakan
halangan kepada inovasi
3. Terdapat pihak pengurusan yang
menghalang atau mengawal
kakitangannya daripada menjadi lebih
kreatif

Halangan kepada Kreativiti dan


Inovasi
4.
5.
6.
7.
8.

Takut untuk mencuba


Takut untuk melakukan kesilapan
Motivasi yang salah atau silap
Takut pada kegagalan
Kurang yakin dan percaya kepada diri
sendiri

Strategi untuk Kreativiti dan Inovasi


1. Mengenal pasti kebolehan dan
kemampuan sendiri agar tidak
menghalang proses kreatif dan inovatif
2. Menukar persepsi dengan melihat
masalah sebagai peluang dan
mempunyai jalan penyelesaian yang
terbaik

Strategi untuk Kreativiti dan Inovasi


3. Menukar budaya organisasi dengan
menggalakkan kakitangan menjadi lebih
kreatif dan inovatif. Ganjaran akan diberi
kepada kakitangan yang kreatif
4. Sanggup menghadapi kegagalan dan
mencari jalan penyelesaian untuk
mendorong kemajuan dalam syarikat*

You might also like