You are on page 1of 3

BAHAGIAN A

[30 markah]

Setiap soalan mengandungi empat pilihan jawapan A,B,C & D. Bulatkan satu jawapan
terbaik bagi tiap-tiap soalan.

1. Pilih penerangan yang tepat tentang inovasi.


A. Pengubahsuaian produk sedia ada supaya menjadi lebih baik, menjimatkan, bertenaga
dan mesra pengguna.
B. Kaedah dan proses mencari jalan untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang
baharu serta belum pernah wujud sebelumnya.
C. Pengaplikasian ilmu Sains dan Matematik dengan menggunakan sumber semula jadi
untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem.
D. Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang untuk menghasilkan
sesuatu produk yang memberi impak kepada kehidupan.

2. Rajah 1 menunjukkan sebuah idea reka bentuk.

Rajah 1

Bagaimanakah idea reka bentuk produk di atas dijana?


A. Menukar saiz objek
B. Menterbalikkan kedudukan
C. Meniru daripada persekitaran
D. Menterbalikkan fungsi sesuatu alat

3. Tandakan jawapan pada formula mengira jumlah kos pengeluaran yang betul.
A. Kos bahan – kos upah + kos overhed
B. Kos bahan + kos keseluruhan + kos overhed
C. Kos bahan + kos upah + kos overhed
D. Kos bahan + kos upah + kos jualan

1
4. Antara berikut yang manakah menunjukkan lakaran perspektif tiga titik ?

A B C D

5. Rajah 2 menunjukkan reka bentuk sistem fertigasi.

Rajah 2

Namakan reka bentuk sistem fertigasi itu?


A Sistem fertigasi gegelang B Sistem pengairan titis
C Sistem fertigasi jejari D Sistem hidroponik

6. Berikut adalah senarai tugas bagi suatu bidang dalam reka bentuk fesyen.
 Memberi khidmat nasihat dan perundingan kepada pelanggan
 Biasanya bekerja di stesen televisyen iaitu perunding kepada artis, pelakon dan wartawan
 Bertindak sebagai penata gaya bagi meningkatkan imej dan personaliti pelanggan

Apakah bidang kerjaya yang berkaitan dengan tugas di atas?


A. Pereka fesyen C. Pelukis fesyen
B. Perunding imej D. Tenaga pengajar fesyen

2
7. Antara berikut yang manakah masalah inventif?
A. Aisyah menambah buah strawberi sebagai hiasan pada kek yang dihasilkannya.
B. Diana mengasah mata penselnya yang tumpul dan dia dapat menulis dengan kemas.
C. Halimah menambah getah pada penutup balang kuih tetapi ini menyebabkan balang kuih
terlalu ketat dan susah dibuka.
D. Zahid mengasah pisaunya yang tumpul dan dia dapat memotong sayur dengan cepat.

8. Analisis fungsi bertujuan untuk mengenal pasti...


A. sistem pada sesebuah produk
B. konsep produk yang direka cipta
C. hubung kait antara produk dengan reka bentuk
D. peranan produk dan fungsinya

9. Berdasarkan pernyataan di bawah, apakah jenis pemisahan yang digunakan?

A. Kaedah pemisahan saiz


B. Kaedah pemisahan masa
C. Kaedah pemisahan ruang
D. Kaedah pemisahan waktu

10. Penerangan konsep di bawah ini menerangkan cadangan prinsip inventif pemisahan ruang...

A. kualiti setempat C. pengantara


B. penyarangan D. tidak simetri

You might also like