You are on page 1of 15

BAHAGIAN A (15 MARKAH)

Jawab semua soalan

1. Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri tekstur?


A Terbahagi kepada tiga kumpulan
B Mempunyai pandangan tiga dimensi
C Mempunyai permukaan yang licin, kasar atau kesat
D Mempunyai ruang yang dikelilingi oleh garisan, warna dan nilai

2. Rajah 1 menunjukkan prinsip kontras yang digunakan untuk menyerlahkan perbezaan.

Rajah 1
Antara berikut ciri elemen manakah yang digunakan dalam prinsip kontras tersebut?
A Saiz
B Ruang
C Bentuk
D Tekstur

3. Rajah 2 menunjukkan objek yang dihasilkan menggunakan suatu teknik pembinaan.

Rajah 2
Antara berikut teknik pembinaan objek manakah yang digunakan?
A Peleraian
B Penyatuan
C Pembuangan
D Pembenaman
4. Antara berikut yang manakah etika dalam reka bentuk?
I Keaslian
II Ergonomik
III Bermanfaat
IV Mesra alam sekitar

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

5. Antara berikut manakah merupakan definisi bagi invensi?


A Kaedah dan proses rekaan produk baharu yang tidak mendatangkan kemudaratan dalam
kehidupan
B Kaedah dan proses penambahbaikan produk sedia ada untuk menjadikannya lebih menarik dan
unik
C Kaedah dan proses memperbaharui produk sedia ada dan mengambil kira nilai-nilai
kemanusiaan dalam rekaan
D Kaedah dan proses mencari jalan dalam menghasilkan produk atau perkhidmatan yang baharu
serta belum pernah wujud sebelumnya

6. Susun mengikut urutan yang betul blok hubungan aktiviti melalui rangkaian.
I Milestone
II Membuat model
III Perbincangan konsep
IV Membuat lakaran idea

A I, III, II, IV
B I, III, IV, II
C III, IV, I, II
D III, IV, II, I
7. Maklumat berikut adalah mengenai kos pembuatan 50 unit bakul.

Perkara Jumlah
Kos bahan RM 350
Kos upah RM 420
Kos overhed RM 25

Berapakah kos pengeluaran untuk sebuah bakul tersebut?


A RM 7.95
B RM 15.90
C RM 31.80
D RM 45.00

8. Maklumat berikut adalah mengenai ciri-ciri projek brief.

 Melibatkan elemen dan prinsip dalam reka bentuk


 Mengambil kira produk sedia ada dalam pasaran sebagai rujukan

Berdasarkan maklumat di atas, apakah ciri projek brief tersebut?


A Tajuk projek
B Lakaran idea
C Kriteria produk
D Penghasilan mock-up atau model

9. Antara berikut yang manakah boleh digunakan untuk mencantumkan mock-up daripada fabrik?
I Super glue
II Simen pelarut
III Benang dan jarum
IV Pistol perekat panas

A I dan III
B I dan IV
C II dan III
D II dan IV
10. Antara berikut yang manakah merupakan lakaran 3D?

A B

C D

11. Rajah 3 menunjukkan salah satu langkah dalam melakar objek.

Rajah 3
Apakah bentuk lakaran yang akan terhasil?
A Kon
B Elips
C Bulatan
D Segi tiga

12. Apakah kelebihan sistem fertigasi?


A Tapak tanah tidak perlu rata
B Penggunaan baja yang cekap
C Memerlukan modal yang rendah
D Tidak memerlukan tenaga elektrik
13. Rajah 4 menunjukkan contoh lakaran 2D teknik penyusunan sistem fertigasi.

Media
Bekas tanaman

Sumber

Rajah 4
Apakah yang akan terjadi sekiranya dua bekas tanaman ditanggalkan?
A Aliran air tetap akan mengalir dan tidak menjejaskan keseluruhan sistem
B Aliran air terjejas dan bekas tanaman yang lain tidak mendapat larutan baja
C Larutan baja tidak sampai ke penghujung bekas makanan sekiranya tekanan rendah
D Larutan baja dan aliran air hanya sampai pada bekas tanaman yang berdekatan sumber

14. Maklumat berikut adalah mengenai suatu kaedah sulaman.

Dibuat dengan cara menampal potongan fabrik atau imej


yang terdapat pada fabrik lain pada reka bentuk fesyen.

Antara berikut yang manakah kaedah sulaman berdasarkan maklumat di atas?


A Sulaman reben
B Sulaman manik
C Sulaman benang
D Sulaman applique

15. Seseorang individu yang mempunyai tubuh badan yang gempal perlu memilih pakaian yang akan
memberi kesan seperti tinggi dan langsing.
Apakah elemen yang perlu ada pada pakaian individu tersebut?
A Garisan menegak
B Garisan mendatar
C Garisan menyerong
D Garisan melengkung
BAHAGIAN B (55 MARKAH)
Jawab semua soalan

1. Berdasarkan contoh berikut, tulis “A” untuk reka bentuk konkrit dan “B” untuk reka bentuk
abstrak pada petak yang disediakan.

Arca

Grafik

Persenjataan

Sewaan

[4 markah]

2. Berikut merupakan jenis-jenis rupa geometri.

A Trapezium B Dekagon C Rombus

Padankan jenis rupa geometri berikut dengan menulis A, B dan C pada petak yang disediakan.

[3 markah]
3. Maklumat berikut merujuk kepada kepentingan reka bentuk dan teknologi mengikut bidang.

A Sains gunaan
B Kesihatan dan keselamatan
C Kejuruteraan

Padankan subbidang berikut dengan menulis A, B dan C pada petak yang disediakan.

Kimia formatik

Fizik kejuruteraan

Penjagaan alam sekitar

[3 markah]

4. Berikut merupakan kriteria reka bentuk.

A Ergonomik

B Keaslian reka Dekagon

C Kualiti dan kebolehpasaran

Padankan penerangan berikut dengan menulis A, B dan C pada petak yang disediakan.

Ciri keselesaan yang ada pada sesuatu produk

Barang yang berkualiti dan tahan lama yang mudah memasuki pasaran

Menekankan unsur simbolik, emosi, estetika dan penampilan produk tidak


meniru produk sedia ada

[3 markah]
5. Tandakan (√) untuk pengurusan projek reka bentuk yang baik dan (×) untuk yang sebaliknya pada
petak yang disediakan.

Menyediakan mock-up reka bentuk produk

Merancang aktiviti projek

Mengawal pelaksanaan

[3 markah]
6. Berikut merupakan idea reka bentuk produk.

A Menukar saiz objek


B Menterbalikkan kedudukan
Mempelbagaikan fungsi sesuatu
C
alat

Padankan idea reka bentuk tersebut dengan menulis A, B atau C pada petak yang disediakan.

[2 markah]

7. Berikut merupakan tugas pengurus projek.

A Penentuan utama
B Pengelolaan aktiviti
C Penentuan subutama
D Matris organisasi atau pasukan

Padankan tugas berikut dengan penerangan yang betul dengan menulis A, B, C dan D di ruang
jawapan.

Penerangan Ruang jawapan

Membentuk pasukan untuk menjalankan sesuatu tugas khas

Menetapkan tujuan projek dan objektif yang hendak dicapai

Aktiviti yang terlibat dalam pembuatan atau pembangunan


produk atau perkhidmatan dilaksanakan

Perancangan lebih terperinci seperti sumber


kewangan, keperluan tenaga kerja dan pakar dibincangkan

[4 markah]
8. Tandakan (√) untuk tugasan pembangun mock-up yang betul dan (×) untuk yang salah pada petak
yang disediakan.

Menguji dan menganalisis

Perbincangan dengan pelanggan

Mendapatkan lakaran bersaiz, menyediakan bahan dan peralatan

[3 markah]

9. Susun mengikut urutan yang betul garis panduan penjadualan projek dengan menulis 1, 2, 3 dan 4
pada petak yang disediakan.

Tentukan aktiviti jadual dan penyusunan aktiviti

Pembangunan jadual

Anggaran kos dan penyediaan bajet

Anggaran sumber yang diperlukan dan tempoh masa untuk sesuatu aktiviti

[4 markah]

10. Tandakan (√) pada pernyataan mengenai tujuan projek brief yang betul dan (×) bagi yang salah pada
petak yang disediakan.

Mendapatkan maklumat tentang perincian dan objektif projek

Menentukan tempoh masa pelaksanaan projek

Memastikan hasil produk memenuhi kriteria yang dikehendaki pelanggan

[3 markah]
11. Tandakan (√) untuk pernyataan mengenai gambaran keseluruhan projek yang betul dan (×) untuk yang
salah pada petak yang disediakan.

Gambaran awal produk boleh ditunjukkan melalui foto, bahan konkrit


atau tayangan video

Gambaran awal produk perlu dibincangkan bersama-sama


pengurus dan pembangun mock-up

Terbahagi kepada dua bahagian, iaitu dari segi pengurusan projek


dan gambaran awal produk yang ingin dihasilkan
[3 markah]

12. Tandakan (√) untuk pengujian yang dibuat pada mock-up dan (×) untuk yang tidak berkenaan pada
petak yang disediakan.

Ujian kefungsian produk

Ujian keseimbangan produk

Ujian kekuatan cantuman produk

[3 markah]

13. Tandakan (√) bagi peranan lakaran dalam reka bentuk yang betul dan (×) bagi yang salah pada petak
yang disediakan.

Eksplorasi visual

Menyelesaikan masalah

Medium komunikasi pelanggan

[3 markah]
14. Senaraikan dua kaedah melakar garisan lurus.
(a) ____________________________________________________________________
(b) ____________________________________________________________________
[2 markah]

15. Maklumat berikut merupakan komponen sistem fertigasi.

A Set penitis
B Alat pengatur masa
C Pam air

Padankan fungsi berikut dengan menulis A, B dan C pada ruang jawapan yang disediakan.

Diletakkan di pangkal akar untuk menyalurkan larutan baja

Mengepam larutan baja dan air ke sistem pengairan

Menyalurkan larutan baja mengikut masa yang ditetapkan

[3 markah]

16. Tandakan (√) bagi faktor pemilihan jenis pam yang betul dan (×) bagi yang salah pada petak yang
disediakan.

Bilangan tanaman

Keluasan tapak

Jenis tanaman

[3 markah]
17. Berikut merupakan kerjaya dalam bidang reka bentuk fesyen.

Pereka fesyen Peramal fesyen Perunding imej

Padankan pernyataan berikut dengan menulis kerjaya tersebut pada ruang yang disediakan.

Melinda Looi melakar reka bentuk fesyen baharu dengan bantuan


program komputer untuk artis-artis tempatan bersempena Majlis
Anugerah Bintang Popular

Didiyana Ehsan merupakan penata gaya hijab selebriti dan golongan


VIP di Malaysia seperti Neelofa, Vivy Yusof dan Lisa Surihani

Melisa bekerja sebagai penganalisis trend fesyen terkini dan


mengadakan penganjuran pameran pakaian dan aksesori

[3 markah]

18. Berikut merupakan alatan yang digunakan dalam proses penyediaan reka bentuk fesyen.

A Penetas
B Tweezer
C Roda surih dan kertas karbon

Padankan fungsi berikut dengan menulis A, B dan C pada petak yang disediakan.

Memindahkan tanda dan garis dalam kerja membuat penyesuaian pola

Memasukkan benang ke dalam lubang jarum

Menebuk lubang butang

[3 markah]
BAHAGIAN C (30 MARKAH)
Jawab semua soalan

1. Rajah 5 menunjukkan sebuah lakaran reka bentuk sistem fertigasi.

Rajah 5
Berdasarkan rajah di atas:
(a) Nyatakan teknik penyusunan sistem fertigasi itu.
____________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Senaraikan dua elemen reka bentuk yang terdapat pada lakaran tersebut.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[2 markah]
(c) Terangkan langkah-langkah pemasangan sistem fertigasi itu.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

[7 markah]
2. Berikut merupakan maklumat mengenai produk yang ingin dihasilkan oleh seorang pelanggan.

Saya memerlukan 20 unit beg sandang tepi untuk remaja perempuan membawa
barangan peribadi. Beg itu bersaiz sederhana, ringan dan terdapat dalam pelbagai
jenis warna. Beg tersebut perlu mempunyai ruang penyimpanan yang sederhana,
mempunyai poket yang berzip dan tahan lasak. Kos anggaran bagi satu unit beg
ialah RM 15.00 dan kesemua beg perlu disiapkan dalam masa 7 hari.

(a) Berdasarkan maklumat di atas, lengkapkan jadual projek brief berikut.

Kriteria Catatan

Fungsi

Persembahan

Tujuan pasaran

Kuantiti

Stail/gaya

Kualiti

Kos

Jangka masa

[6 markah]
(b) Jelaskan sebab maklumat yang terdapat dalam projek brief perlu disaring.
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
[2 markah]

(c) Nyatakan dua kaedah yang boleh digunakan semasa proses menyaring maklumat.
(i) _______________________________________________________________
(ii) _______________________________________________________________
[2 markah]
3. Rajah 6 menunjukkan lakaran bagi satu reka bentuk pakaian.

Rajah 6

Berdasarkan rajah itu,


a) nyatakan jenis garisan, warna, dan tekstur fabrik yang sesuai untuk remaja perempuan yang
mempunyai bentuk badan tiga segi dan segi empat.

Elemen Bentuk tiga segi Bentuk segi empat.


Garisan

Warna

Tekstur

[ 6 markah]

b) Berikan 2 jenis fabrik yang sesuai untuk membuat reka bentuk pakaian itu.

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________

[ 2 markah ]

c) Nnyatakan 2 kaedah sulaman yang sesuai untuk menghias pakaian itu.

____________________________________________________________________

____________________________________________________________________
[ 2 markah ]

You might also like