You are on page 1of 13

BAHAGIAN A ( 10 MARKAH )

1. Ciri elemen dan prinsip reka bentuk dalam sesebuah produk merujuk kepada
A Tajuk projek
B Lakaran idea
C Kriteria produk
D Penghasilan mock up dan model

2. Pernyataan berikut, merujuk kepada salah satu kriteria maklumat dalam projek brief.

* Pelbagai jenis warna

* Mudah disimpan kerana saiz boleh diubah suai

Apakah maklumat kriteria berikut.

A Persembahan

B Fungsi

C Kualiti

D Kos

3. Maklumat di bawah menunjukkan langkah pengurusan perlaksanaan projek yang tidak mengikut
urutan.

Pengawalan Penjadualan Perancangan

I II III

Susun semula langkah tersebut mengikut urutan yang betul.

A I II III

B III II I

C I III II

D III I II
4. Antara berikut yang manakah merupakan prinsip bagi Reka Bentuk dan Teknologi ?

A. Garisan
B. Harmoni
C. Saiz
D. Warna

5. Pilih padanan yang betul bagi takrif konsep SMART yang berikut.

A S – penetapan tujuan projek dilaksanakan

B T – kesesuaian projek dengan kehendak semasa pelanggan

C R – mengukur pengagihan kewangan dalam kos-kos terlibat

D M – projek dilaksanakan mengikut keupayaan kewangan dan tenaga kerja

6. Aspek manakah yang perlu ada dalam pengurusan projek reka bentuk?

I . Merancang aktiviti projek


II. Meniru daripda persekitaran
III Mengawal pelaksanaan
IV. Menterbalikkan fungsi sesuatu objek

A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IIII
D. II dan IV

7. Susun mengikut urutan yang betul langkah proses penambahbaikan pada produk mekatronik
sedia ada.

I. Memilih bahan
II. Membuat lakaran
III. Membuat kemasan
IV. Membuat pengaturcaraan
V. Membina dan memasang

A. II, I, IV, V, III


B. I, II, IV ,III, V
C. II, IV, I, III, V
D. I, VI, II, V, III
8. Komponen yang digunakan dalam produk mekatronik tersebut terdapat dalam sistem

A. Elektrik
B. Elektronik
C. Mekanikal
D. Kawalan dan pengaturcaraan mekanikal

9. Berikut merupakan langkah-langkah menghasilkan produk berfungsi.

Mengukur, menanda dan memotong bahan

Membina dan mencantum bahagian-bahagian produk

Nyatakan langkah dalam ruang yang bertanda X

A. Membuat kemasan
B. Membuat penambahbaikan
C. Membuat penilaian
D. Membuat lakaran produk
10. Berikut adalah contoh mikropengawal pada papan litar elektronik. Pilih komponen yang betul
pada peranti kawalan tersebut.

i. Input

ii. Output

iii. RAM

iv. Unit pemprosesan pusat (CPU)

A. i dan ii

B. i dan iv

C. ii dan iii

D. iii dan iv

BAHAGIAN B (30 MARKAH)


1. Pn Siti ingin menyediakan sebuah mock-up kek untuk promosi kedai keknya.

Nyatakan bahan yang sesuai untuk menghasilkan mock-up tersebut.

i.Foam

ii.Polistirin

iii.Plastisin

*Atau mana2 jawapan yang bersesuain selain daripada jawpaan diatas ( 2 Markah)

2. Tandakan ( √ ) bagi ciri-ciri projek brief dengan betul pada petak yang disediakan.

Analisis Projek /
Lakaran idea /
Kriteria pengeluaran
Mock up atau model /
Tajuk projek /

( 4 Markah )
3. Berikut merupakan elemen reka bentuk.

A Garisan
B Rupa
C Saiz
D Warna

Pilih keterangan yang betul dengan menulis A, B, C dan D dalam ruang yang
disediakan.

Keterangan Elemen
Cantuman atau sambungan siri titik yang mempunyai ukuran A
panjang dan jarak
B
Hasil pertemuan antara hujung garisan dengan permulaannya
D
Kesan melalui pembalikan cahaya ke atas sesuatu objek

C
Ukuran atau dimensi bagi sesuatu objek

(4 Markah)

4. Berikut merupakan pernyataan teknologi pembuatan produk.

Menggunakan teknologi yang asas dan dikendalikan oleh individu dengan


menggunakan tangan.

Tandakan ( / ) bagi jawapan yang betul pada petak yang disediakan.

Kaedah Konvensional /

Kaedah Moden

( 1 Markah )
5. Rajah di bawah menunjukkan jenis garisan interaksi yang digunakan dalam analisis
fungsi.

A _ _ _ _ _ _

Padankan garisan interaksi dengan menulis A, B atau C pada petak yang disediakan.

Berguna / normal
Berguna tetapi tidak mencukupi
Berguna tetapi berlebihan

( 3 Markah )

6. Berikut adalah jenis kaedah pemisahan bagi mengenal pasti masalah inventif.

A Pemisahan ruang
B Pemisahan masa

Padankan jenis kaedah pemisahan itu dengan situasi dengan menulis A atau B pada
petak yang disediakan.

Kerusi perlu tinggi untuk murid yang tinggi dan perlu rendah A
untuk murid yang rendah.

Khemah perlu besar semasa digunakan dan perlu kecil B


semasa disimpan.

Alat pengukur perlu pendek untuk menyukat lebar dan perlu B


panjang untuk menyukat jarak.

( 3 Markah )
7. Rajah menunjukkan sebuah litar elektrik mudah.

V = 3V
I = 0.6A

Kirakan nilai rintangan, R dan kuasa, P bagi litar tersebut.

(4 markah)

Rintangan = Voltan / Arus


R=V/I
R = 3V / 0.6A
R = 5Ω

Kuasa = Voltan X Arus


P=VXI
P = 3V X 0.6A
P = 1.8 Watt

8. Berikut adalah jenis sistem pengairan tanaman.


A Sistem pengairan percikan
B Sistem pengairan semburan
kabus
C Sistem pengairan titis

Padankan jenis sistem pengairan dengan menulis A, B, atau C pada petak yang disediakan

Jenis nozel yang digunakan lebih halus B

Air dibekalkan secara terus ke zon akar C

Semburan air dilakukan ke udara dan jatuh ke tanah A


(3 Markah)
9. Gambar rajah menunjukkan sebuah produk mekatronik.

A) Nyatakan 4 elemen mekatronik yang terdapat pada produk tersebut.

I.Elektrik

II.Elektronik

III.Mekanikal

IV.Kawalan dan pengaturcaraan


(4 Markah )

10. Tandakan (√) bagi ciri-ciri projek brief pada petak yang disediakan.

Gambaran keseluruhan projek /

Mock-up atau model /


Penghasilan reka bentuk

(2 Markah)

BAHAGIAN C ( 20 MARKAH )
1. Amalan mengsanitasi tangan merupakan norma baharu dalam kehidupan kita. Alat
sanitasi automatik menjadi pilihan ramai untuk mengekang penularan virus berbahaya
ini.

a) Lengkapkan langkah-langkah dalam proses penghasilan produk berikut.

i. Kajian keperluan pelanggaan


ii. Penyelesaian masalah inventif
iii. Projek brief
iv. Penjaan idea
v. Lakaran idea
vi. Penghasilan model
vii. Pengujian atau penambahbaikan
viii. Pendokumentasian (5 Markah)

b) Nyatakan tiga kriteria dalam kajian keperluan pelanggan.


i. Maklumat pelanggan
ii. Latar belakang produk
iii. Penambahbaikan ( 3 Markah)

c) Apakah dua pilihan teknologi yang sesuai bagi penghasilan produk tersebut?

I.Elektrik
II.Elektronik
III.Mekanikal
IV.Kawalan dan pengaturcaraan
( 2 Markah)
2. (a) Gambar dibawah menunjukkan sebuah kereta kawalan jauh.

i. Berikan definisi mekatronik?


Reka bentuk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu

elektrik,mekanikal,elektronik , kawalan dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan

yang dikehendaki (2 Markah)

ii. Nyatakan satu komponen eletrik yang terlibat?


-Motor DC
(1 Markah)

iii. Nyatakan satu komponen mekanikal yang terlibat?


-Gear

(1 Markah)

(b) Berikan DUA contoh produk lain yang menggunakan mekatronik?

i.mesin basuh automatik


ii pintu gelongsor automatik
Iii pagar automatik
*mana2 antara jawapan diatas

(2 Markah)
(c) Lengkapkan gambar rajah blok produk mekatronik tersebut.

Pengaturcaraan mikro @
Panel kawalan
Gelombang radio

c.motor pemacu d.piring berputar

( 2 Markah )

(d)Nyatakan dua komponen utama yang terdapat dalam gambar rajah blok?

i.input
ii proses.
Iii output
*mana2 antara jawapan diatas

(2Markah)

-SOALAN TAMAT-

You might also like