You are on page 1of 16

Bahagian A

(15 markah)
Jawab semua soalan

1. Antara berikut, yang manakah pernyataan yang betul berkaitan definisi teknologi?

A. Memudahkan kehidupan manusia yang semakin maju


B. Pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dan memberi impak kepada
manusia
C. Pengaplikasian ilmu Sains dan Matematik dengan menggunakan sumber semula jadi
untuk dijadikan alat, tenaga atau sistem
D. Gabungan pengetahuan tentang penyusunan bahan secara terancang dengan
mengaplikasikan pengetahuan sains dan matematik

2. Reka bentuk terbahagi kepada dua iaitu reka bentuk konkrit dan abstrak.
Antara berikut, bidang yang manakah bukan bidang-bidang dalam reka bentuk konkrit?

A. Pengangkutan
B. Persenjataan
C. Pemakanan
D. Mesin

3. Antara berikut, yang manakah bukan merupakan elemen rupa dalam reka bentuk?

A. Saiz
B. Bulatan
C. Segi tiga
D. Rombus

4. Yang manakah bukan kepentingan dalam reka bentuk dan teknologi?

A. Menyumbang kepada teknologi moden


B. Memenuhi kehendak dan individu serta masyarakat
C. Menerapkan nilai inventif, kreatif, inovatif dan inovasi
D. Melahirkan pereka bentuk yang berkemahiran tinggi

5. Antara berikut, yang manakah bukan proses kerja pengurusan projek?

A. Tempoh masa
B. Belanjawan
C. Kos projek
D. Skop kerja

2
6. Berikut ialah jadual penerangan fasa penyelesaian masalah inventif.

Fasa Penerangan
Model masalah Percanggahan fizikal
Model penyelesaian Kaedah penyelesaian spesifik
Analisis punca masalah X
Kaedah penyelesaian Pilih kaedah penyelesaian

Pilih padanan yang betul pada kotak bertanda X

A. Penyelesaian masalah
B. Masalah umum
C. Analisis fungsi
D. Analisis ruang

7. Langkah pertama dalam proses penyelesaian masalah bukan inventif ialah

A. membuat pilihan
B. melaksanakan pilihan
C. menyenaraikan pilihan
D. mengenal pasti masalah

8. Rajah berikut menunjukkan sejenis gear.

Apakah jenis gear tersebut?

A. Gear taji
B. Gear heliks
C. Gear serong
D. Gear tulang

3
9. Maklumat berikut berkaitan dengan sistem mekanikal.

 Berfungsi sebagai pengantara bagi menghantar kuasa antara dua gear


 Banyak digunakan pada basikal dan motosikal

Antara berikut, yang manakah komponen mekanikal tersebut?

A. Bindu
B. Rantai
C. Motor
D. Galas bebola

10. Apakah alat yang boleh menaikkan dan menurunkan voltan arus ulang alik?

A. Voltmeter
B. Transformer
C. Multimeter
D. Hidrometer

11. Antara berikut, yang manakah bukan elemen dalam mekatronik?

A. Mikropengawal
B. Mekanikal
C. Elektronik
D. Elektrik

12. Rajah di bawah ialah simbol yang terdapat dalam sistem elektronik.

Apakah simbol tersebut?

A. LDR
B. LED
C. Motor
D. Perintang

4
13. Yang manakah bukan proses penambahbaikan pada kereta kawalan jauh?

A. Membuat pengaturcaraan
B. Membina dan memasang
C. Membuat lakaran
D. Membuat pilihan

14. Antara berikut, yang manakah produk mekatronik?

A. Televisyen
B. Transformer
C. Jam tangan
D. Palang automatik

15. Berikut merupakan gambar rajah blok.

Input X Output

Pengaturcaraan

Peranti Y Peranti
masukan keluaran

Apakah label yang bertanda X dan Y pada rajah tersebut?

A. Proses – Pemacu
B. Pengawal – Proses
C. Proses – Pengawal
D. Mikropengawal – Proses

5
6
Bahagian B
(55 markah)
Jawab semua soalan

16. Berikut merupakan rupa geometri.

A Trapezium
B Rombus
C Pentagon

Padankan pernyataan berikut dengan bentuk geometri yang betul dengan menulis A, B,
dan C pada ruang yang disediakan. Jawapan kedua sudah diberikan.

(2 markah)

17. Tandakan ( √ ) bagi dua elemen yang terdapat dalam reka bentuk.

Elemen Reka Bentuk Jawapan


Garisan
Warna
Kontras
Kepelbagaian

(2 markah)

18. Isikan tempat kosong bagi pengiraan kos pengeluaran projek.

Kos Pengeluaran = Kos bahan + +

(2 markah)

19. Terangkan definisi projek brief.


_______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(2 markah)

7
20. Lengkapkan tempat kosong dengan menyatakan dua lagi teknik lakaran piktorial.

Teknik lakaran Piktorial

Isometrik

(2 markah)

21. Rajah berikut menunjukkan penanaman fertigasi di Malaysia.

a) Apakah kaedah penanaman fertigasi di atas?


_____________________________________________________________________
(1 markah)

b) Nyatakan dua kebaikan menggunakan kaedah yang anda nyatakan di 21(a).


i. _______________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
(2 markah)

22. Tandakan (√) pada pernyataan yang betul tentang reka bentuk fesyen dan tandakan (X)
pada pernyataan yang salah.

Fesyen hanya mengikut kebudayaan sesuatu tempat sahaja

Proses merealisasikan idea kepada bentuk atau produk yang boleh diguna pakai

Produk yang dihasilkan mempunyai nilai estetika, fungsi dan keupayaan

(3 markah)

8
23. Padankan jenis masalah yang berikut dengan maklumat yang tepat dengan menulis A dan
B pada petak yang disediakan.

A Masalah inventif
B Masalah bukan inventif

Ahmad menukar mentol lampu bilik tidurnya yang rosak

Rahim memandu kereta dengan laju supaya cepat sampai ke tempat kerjanya
tetapi ini menyebabkan penggunaan minyak meningkat

Keith mendapati tayar kenderaannya kekurangan angin selepas terbiar selama


sebulan
(3 markah)

24. Tandakan (√) pada pernyataan yang betul tentang konsep electroplating dan tandakan
(X) pada pernyataan yang salah.

Memerlukan kekonduksian elektrik untuk melakukan proses penyaduran

Sesuai digunakan pada bahan pembuatan yang menggunakan logam sebagai


bahan asas

Menghasilkan cas positif dan cas negatif

(3 markah)

25. Padankan maklumat di Bahagian A dengan fungsinya yang betul di Bahagian B. Isi
jawapan dengan menulis A, B dan C pada petak jawapan.

Bahagian A JAWAPAN Bahagian B


A Gear Komponen yang digunakan untuk
memindahkan kuasa.
B Rantai Sebagai pengurang geseran bagi
menggerakkan sesuatu komponen.
C Gelongsor Sebagai pengantara bagi penghantaran
kuasa antara dua gear.
(3 markah)

9
26. Rajah berikut menunjukkan sebuah lakaran reka bentuk litar elektrik yang ingin
dihasilkan.

Tuliskan bilangan komponen yang diperlukan berdasarkan litar tersebut dalam petak
yang disediakan.

Mentol

Bateri

Suis

(3 markah)

27. Namakan litar elektrik yang betul berpandukan keterangan fungsi yang diberikan.

Mempunyai satu kitaran lengkap pergerakan arus, voltan


dan kuasa dalam satu litar elektrik

Litar yang tidak mempunyai satu kitaran lengkap arus,


voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik

Berlaku apabila wayar positif (+) yang bocor tanpa


melalui (beban) bersentuhan dengan wayar negative (-)
dan menghasilkan percikan bunga api

(3 markah)

28. Tandakan (√) bagi komponen elektronik yang berfungsi dalam bahagian output dan (X)
bagi komponen input dalam petak disediakan.

Komponen Jawapan
Diod pemancar cahaya
Pembaz
Suis tekan tutup
(3 markah)

10
29. Pernyataan di bawah berkaitan reka bentuk sistem akuaponik.

A Sistem Raft
B Sistem Ebb&Flow
C Sistem NFT (Near Film Technique)

Padankan pernyataan berikut dengan keterangan model akuaponik yang sesuai dengan
menulis A, B dan C pada ruang disediakan.

Tanaman diletakkan terus atas permukaan air sehingga akar tanaman terendam
dalam air dengan menggunakan stereofoam atau span

Tidak menggunakan media penanaman dan akarnya menyentuh lapisan air


yang mengalir

Dikenali sebagai sistem pasang surut

(3 markah)

30. Tandakan (√) bagi tiga alat yang digunakan untuk memotong dalam reka bentuk
makanan.

Pisau bergerigi
Pisau bulan sabit
Pisau turning
Pisau ukir
Pisau penyisih
(3 markah)

11
31. Berikut merupakan elemen yang terdapat dalam pembungkusan makanan.

A Ilustrasi
B Tipografi
C Tanda jenama

Padankan gambar yang berikut dengan elemen yang terdapat pada pembungkusan
makanan dengan menulis A, B dan C pada ruang yang disediakan.

(3 markah)

32. Nyatakan tiga bahagian yang terdapat dalam mikropengawal.


a) _____________________________________________________________________
b) _____________________________________________________________________
c) _____________________________________________________________________
(3 markah)

33. Nyatakan tiga contoh produk mekatronik yang anda tahu.

a) ____________________________________________________________________
b) ____________________________________________________________________
c) ____________________________________________________________________
(3 markah)

12
34. Rajah di bawah menunjukkan sebuah kereta kawalan jauh.

Berdasarkan maklumat di bawah, tandakan (√) pada maklumat yang betul dan (X) pada
maklumat yang salah tentang kereta kawalan jauh tersebut.

Bateri digunakan sebagai sumber tenaga elektrik

Gear pada motor membantu memudahkan pergerakan

Sistem elektronik menerima dan menukarkan isyarat input dari alat kawalan
jauh kepada isyarat elektrik bagi memacu motor arus terus (AT)
(3 markah)

35. Berikut merupakan gambar rajah blok bagi mesin basuh elektronik.

Nyatakan elemen berlabel :


A : __________________________________________________
B : __________________________________________________
C : __________________________________________________
(3 markah)

13
Bahagian C
(30 markah)
Jawab semua soalan

36. Rajah berikut merupakan lakaran oblik.

Berdasarkan rajah tersebut ,

a) Senaraikan tiga paksi asas dalam lakaran oblik.


i) ________________________________
ii) ________________________________
iii) ________________________________
(3 markah)

b) Nyatakan dua kaedah membuat lakaran piktorial selain lakaran secara oblik.
i) ___________________________________
ii) ___________________________________
(2 markah)

c) Nyatakan tiga elemen yang terdapat pada lakaran perspektif.


i) ________________________________
ii) ________________________________
iii) ________________________________
(3 markah)

d) Terangkan secara ringkas, apakah yang dimaksudkan dengan lakaran piktorial?

____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________

(2 markah)

14
37. Acuan merupakan bekas tuangan sesuatu bahan yang hendak dibentuk.

a) Nyatakan maksud tuangan sejuk dan tuangan panas dalam membentuk acuan.
i. Tuangan sejuk :
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(1 markah)

ii. Tuangan panas :


__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
(1 markah)

b) Huraikan proses menghasilkan acuan dengan menggunakan plaster of paris.


____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
____________________________________________________________________
(6 markah)

c) Nyatakan dua bahan yang dapat digunakan untuk menghasilkan model awal 3D.
i. _______________________________________________________________
_______________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
_______________________________________________________________
(2 markah)

15
38. Rajah di bawah menunjukkan pintu gelangsar automatik.

Berdasarkan rajah di atas:

a) Nyatakan elemen mekatronik yang terdapat dalam produk itu.


i. _______________________________________________________________
ii. _______________________________________________________________
iii. _______________________________________________________________
(3 markah)

b) Berdasarkan elemen mekatronik yang dinyatakan di soalan 38(a), terangkan fungsi


elemen mekatronik yang terdapat pada rajah yang ditunjukkan.

ELEMEN Penerangan
MEKATRONIK
Sistem mekanikal

Sistem elektronik

Sistem elektrik

Sistem kawalan
dan
pengaturcaraan

(4 markah)

16
c) Jelaskan cara pintu gelangsar automatik ini beroperasi.
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

(2 markah)

d) Apakah kesan sekiranya tali sawat yang digunakan pada pintu gelangsar
automatik terputus?
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

(3 markah)

~SOALAN TAMAT~

17

You might also like