You are on page 1of 9

SULIT RBT 71

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 19, SHAH ALAM


UJIAN 1 (APRIL) 2022
REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI (71)
TINGKATAN 3
MASA: 1 JAM

Nama : …………………………........... Tingkatan : …………….... Nama Guru: ……………………………..

Arahan:
1. Kertas soalan ini mengandungi Bahagian A, Bahagian B dan Bahagian C.
2. Jawab semua soalan.
3. Bulatkan jawapan pada Bahagian A.
4. Jawab Bahagian B dan Bahagian C pada ruangan yang disediakan.

BAHAGIAN A
(10 markah)

1 Apakah yang dimaksudkan dengan reka bentuk mekatronik?


A Sistem yang menggunakan arus elektrik, sama ada arus terus (AT) atau
arus ulang-alik (AU)
B Kaedah kawalan sistem yang digunakan untuk mengurus, mengarah atau mengawal atur
tindakan
C Reka bentuk atau sistem yang menggabungkan disiplin ilmu elektrik, mekanikal, elektronik,
kawalan dan pengaturcaraan untuk mencapai tujuan yang dikehendaki
D Susunan dan sambungan fizikal komponen elektronik dalam suatu litar bagi menjalankan
operasi sesuatu sistem

2 Revolusi Industri 4.0 memberikan manfaat yang berikut kepada masyarakat kecuali

A meningkatkan kadar mobiliti masyarakat


B meningkatkan hasil negara
C meningkatkan kemahiran pekerja
D meningkatkan nilai modal insan

Bermula dengan penemuan tenaga elektrik yang membolehkan produk


dihasilkan dalam kuantiti yang lebih besar.1
SULIT RBT 71

3 Pernyataan di atas merujuk kepada Revolusi Industri?


A 1.0
B 2.0
C 3.0
D 4.0

4 Manakah berkaitan sistem mekanikal dalam sebuah pintu gelangsar automatik?

A Gear berfungsi mengurangkan atau meningkatkan halaju dan menambah daya kilas.
B Gear pada motor membantu memudahkan pergerakan
C Bateri sebagai sumber tenaga elektrik
D Terdiri daripada mikropengawal dan sistem kawalan yang diatur cara

5 Berdasarkan pernyataan di bawah, apakah elemen mekatronik tersebut?

Penggunaan arus terus (AT) atau arus ulang-alik (AU) sebagai


sumber bekalan kuasa.

A Sistem Elektrik
B Sistem Elektronik
C Sistem Mekanikal
D Sistem Kawalan dan Pengaturcaraan

6 Mengapakah lakaran pengubahsuaian perlu disediakan?

A Meningkatkan fungsi
B Menyelesaikan masalah
C Menambahkan komponen
D Menambahkan elemen dan prinsip
7 Rajah di bawah menunjukkan bahagian dalam sistem kawalan dan pengaturcaraan.

2
SULIT RBT 71

Yang manakah merupakan pernyataan yang tepat bagi sistem kawalan dan pengaturcaraan di atas?
A Mengawal atur tindakan
B Susunan dan sambungan fizikal komponen
C Berfungsi secara berputar atau bergerak
D Membekalkan arus elektrik

8 Bagaimanakah elemen mekatronik berfungsi secara automatik penuh atau separa automatik?
I Penetapan tugasan
II Pengintegrasian fungsi elemen
III Penggabungan disiplin
IV Penetapan pergerakan

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

9 Bagaimanakah pengujian reka bentuk penting dalam penghasilan produk?


A Menilai kefungsian
B Menguji cantuman
C Menguji keberkesanan komponen
D Menilai keberkesanan penambahbaikan

10 Antara yang berikut, yang manakah merupakan ujian yang dijalankan pada peringkat pengujian
reka bentuk?

A Ujian beban
B Ujian simulasi
C Ujian komponen
D Ujian parameter
Bahagian B

3
SULIT RBT 71

(30 markah)

1 Tandakan () bagi dua kepentingan revolusi industri yang betul pada petak yang disediakan.

Meningkatkan perkongsian idea

Meningkatkan pendapatan individu

Meningkatkan kemahiran

[2 markah]

2 Setiap elemen mekatronik bergabung bagi membolehkan produk berfungsi dengan berkesan.
Padankan sistem yang berikut dengan fungsinya dalam produk mekatronik untuk
membolehkannya berfungsi.
A Sistem elektrik
B Sistem kawalan
C Sistem mekanikal

Memindahkan suatu sumber gerakan kepada bentuk yang lain

Mengawal atur tindakan bagi membolehkan produk mekatronik berfungsi

Membekalkan arus selektrik


[3 markah]

3 Padankan maklumat yang tepat dengan gambar rajah blok berikut dengan menulis A, B dan C di
ruang yang disediakan.

A Menjalankan tindakan lanjutan


B Mengikut pengaturcaraan yang ditetapkan
C Menerima dan menghantar isyarat

Input
Proses
Output
[3 markah]

4 Rajah di bawah menunjukkan beberapa komponen yang berkaitan dengan mekatronik.

4
SULIT RBT 71

A B C

Padankan rajah tersebut dengan elemen mekatronik yang betul dengan menulis A,B dan C pada
petak yang disediakan.

Elektronik
Mekanikal
Elektrik
[3 markah]

5 Tandakan () bagi tujuan kemasan yang diberikan pada suatu produk yang betul dan (X) bagi
yang salah pada petak yang disediakan.

Meningkatkan nilai jualan

Mengurangkan risiko

Menarik perhatian pengguna

Menjalankan fungsi yang dikehendaki


[4 markah]

6 Padankan keputusan ujian berikut dengan ujian parameter yang dilakukan pada penambahbaikan
produk dengan menulis A atau B di ruang yang disediakan.

A Bercahaya apabila melalui kawasan gelap


B Kereta berhenti secara automatik

Penderia inframerah

LDR dan LED

[2 markah]
7 Yang berikut adalah gambar rajah blok mesin basuh automatik.

5
SULIT RBT 71

Input Proses Output

X
Mod pilihan
Dram
Mikropengawal Y
berpusing
W
Z

Pemacu motor Takal dan tali sawat Penderia Motor AU

Nyatakan W, X, Y dan Z pada pilihan jawapan di atas.

W : _______________________________________________________________________

X : _______________________________________________________________________

Y: _______________________________________________________________________

Z: _______________________________________________________________________

[4 markah]

8 Gambarajah di bawah menunjukkan satu sistem yang mengaplikasi penggunaan mekatronik

Tandakan () pada penderia yang digunakan untuk membuka dan menutup sistem di atas dan
(X) pada yang salah pada ruang yang disediakan

Penderia gerakan
Penderia suhu
Penderia jarak
[3 markah]

6
SULIT RBT 71

9 Rajah di bawah menunjukkan palang automatik, tandakan () bagi pernyataan yang betul dan
(X) bagi pernyataan yang salah

Palang merupakan elemen mekanikal


Penderia inframerah merupakan elemen elektrik
Pergerakan motor merupakan elemen elektronik

[3 markah]

10 Padankan bahagian mikropengawal dengan keterangan yang betul

ELEMEN KETERANGAN

Memproses isyarat daripada input dan memberi


Output
arahan kepada output

Input Menerima dan menghantar isyarat kepada


mikropengawal

Proses Melaksanakan arahan berdasarkan isyarat yang


dihantar oleh mikropengawal

[3 markah]

7
SULIT RBT 71

Bahagian C
(10 markah)

1. Rajah di bawah menunjukkan kereta kawalan jauh.

(a) Berdasarkan rajah di atas, nyatakan komponen yang digunakan bagi setiap elemen
mekatronik tersebut:

Elemen Mekatronik Komponen Yang Digunakan


Sistem Mekanikal

Sistem Elektronik

Sistem Elektrik

Sistem Kawalan Dan Pengaturcaraan

[4 markah]

(b) Lukiskan gambar rajah blok bagi kereta kawalan jauh yang ditunjukkan pada rajah di atas.

8
SULIT RBT 71

[6 markah]

SOALAN TAMAT

Disediakan Oleh: Disemak Oleh:

………………………………….. …………………………………..
(Cikgu Saffarahdiana Binti Tumiren) (Pn.Syarifah Binti Rahbini)
Guru RBT Ketua Panitia RBT

Disediakan Oleh:

…………………………………..
(Pn. Nor Zalifah Binti Abdullah
GKMP Teknik dan Vokasional

You might also like