You are on page 1of 17

1

BAHAGIAN A
[15 Markah]
Jawab semua soalan.
Jawapan perlu ditulis pada ruangan jawapan disediakan pada muka surat 5.

1. Pernyataan yang manakah merujuk kepada reka bentuk abstrak?


A. Proses mereka bentuk sesuatu produk yang dapat dilihat dan dipegang
B. Proses mereka bentuk produk yang boleh dilihat tetapi tidak boleh dipegang
C. Proses mereka bentuk barangan yang dicadangkan oleh pereka bentuk
D. Proses mereka bentuk produk yang tidak boleh dilihat dan dipegang

2. Antara berikut, yang manakah merupakan elemen reka bentuk?


I. Tekstur III. Kesatuan
II. Kontras IV. Ruang
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

3. Rajah 1 menunjukkan fungsi garisan dalam elemen reka bentuk.

Rajah 1

Berdasarkan rajah tersebut, nyatakan fungsi garisan yang dimaksudkan?


A. Menunjukkan pergerakan arah atau garisan.
B. Menunjukkan perhubungan antara elemen.
C. Menunjukkan kestabilan dan kerehatan.
D. Membahagikan dua ruang kawasan.

4. Pilih padanan inovasi yang tidak benar.

Dahulu Kini
A Pisau Gunting
B Mesin taip Komputer
C Sempoa Kalkulator
D Beg galas Beg troli

2
5. Rajah 2 menunjukkan produk yang dihasilkan dengan mengaplikasikan prinsip invensi,
inovasi dan reka bentuk.

Rajah 2 : Mesin Pencetak 3D

Apakah bidang yang menggunakan produk tersebut?


A. Pertahanan C. Kesihatan
B. Pembuatan D. Pendidikan

6. Rajah 3 menunjukkan sebuah idea reka bentuk

Rajah 3

Bagaimanakah idea reka bentuk produk di atas dijana?


A. Menterbalikkan fungsi sesuatu alat
B. Meniru daripada persekitaran
C. Menterbalikkan kedudukan
D. Menukar saiz objek

7. Susun langkah pengurusan projek dengan betul.


I. Perancangan
II. Pengawalan
III. Penjadualan
A. I, II, III C. I, III, II
B. II, III, I D. III, II, I

3
8. Penerangan manakah yang benar mengenai konsep SMART?

KONSEP MAKSUD
A S Boleh dilaksanakan dan dicapai
B M Pengukuran pengagihan kewangan
C A Masa dan sumber kewangan mencukupi
D T Penetapan tujuan atau objektif projek

9. Kos pengeluaran bagi sebuah bakul rekaan Aisha ialah RM10.00. Aisha bercadang untuk
menjual bakul tersebut dengan harga RM14.00. Berapakah peratus keuntungan yang akan
diperoleh?
A. 40% C. 60%
B. 50% D. 70%

10. Yang manakah antara berikut kelebihan pembentukan kumpulan kerja kepada individu?
A. Kurang tekanan bekerja C. Penglibatan menyeluruh
B. Hasil yang optimum D. Komunikasi terbuka

11. Pernyataan manakah yang benar mengenai projek brief?


I. Perbincangan antara pengurus projek dengan pelanggan
II. Pereka bentuk tidak perlu bersama semasa sesi perbincangan
III. Merangka perancangan projek dan membina jadual projek
IV. Menterjemahkan idea reka bentuk daripada pelanggan.
A. I dan II C. II dan III
B. I dan IV D. III dan IV

12. Maklumat berikut menunjukkan catatan bagi sesuatu kriteria dalam borang projek brief.

Catatan :
 Beg serbaguna ini dipersembahkan
dalam pelbagai warna
 Saiz beg ini boleh diubah suai

Apakah kriteria tersebut?


A. Kos C. Persembahan
B. Kuantiti D. Jangka masa

13. Apakah tujuan melakukan penyaringan maklumat dalam projek brief?


A. Meringkaskan maklumat pada borang projek brief
B. Mengurangkan masa pembinaan produk
C. Mengurangkan kos pengeluaran produk
D. Menetapkan kualiti produk

4
14. Rajah 4 menunjukkan sejenis alatan untuk membuat mock-up atau model.

Rajah 4
Antara yang berikut, yang manakah menunjukkan fungsi alatan tersebut?
A. Mencantumkan bahan kayu
B. Menyambungkan paip PVC tidak berulir
C. Mencantumkan bahan fabrik yang digunakan
D. Mencairkan rod perekat panas bagi mencantumkan bahan

15. Rajah 5 menunjukkan lakaran bakul makanan.


P

R Q
Rajah 5
Antara yang berikut, yang manakah benar mengenai jenis pandangan pada lakaran?

P Q R
A Hadapan Sisi Atas
B Sisi Atas Hadapan
C Atas Hadapan Sisi
D Atas Sisi Hadapan

RUANGAN JAWAPAN BAHAGIAN A


1 6 11
2 7 12
3 8 13
4 9 14
5 10 15 15

5
BAHAGIAN B
[55 MARKAH]
Jawab semua soalan

1. Rajah berikut menunjukkan dua jenis basikal.

Tandakan (√) bagi jenis perubahan yang betul dan (X) bagi yang salah dalam petak yang di
sediakan.

a) Teknologi

b) Reka bentuk

c) Reka bentuk dan teknologi


[3 markah]

2. Rajah berikut menunjukkan jenis garisan yang terdapat dalam elemen reka bentuk

A B C

Padankan jenis garisan itu dengan menulis A, B dan C pada ruang yang disediakan.

a) Menunjukkan pergerakan arah atau aliran

b) Menunjukkan keseimbangan

c) Menunjukkan ketegangan antara dua titik


[3 markah]

6
3. Keseimbangan adalah satu prinsip penghasilan produk dalam reka bentuk dan teknologi.
Nyatakan jenis keseimbangan bagi setiap jenis reka bentuk di bawah sama ada
keseimbangan simentri atau keseimbangan asimetri

a) ……………………………………… b) ……………………………………
……………………………………… ……………………………………

[2 markah]

4. Gambar rajah menunjukkan satu produk reka bentuk jam tangan

Nyatakan dua prinsip reka bentuk yang terdapat pada produk tersebut.

a) ………………………………………………………………………………………………
b) ………………………………………………………………………………………………
[2 markah]

7
5. Maklumat berikut adalah etika dalam reka bentuk.

A Bermanfaat B Mesra alam sekitar C Selamat digunakan

Padankan etika itu dengan menulis A, B, dan C pada petak disediakan

a) Alatan elektronik mempunyai kelulusan SIRIM

b) Memudahkan pengguna dalam melakukakn tugasan atau aktiviti harian

c) Kereta hybrid dapat mengurangkan pengeluaran asap tercemar


[3 markah]

6. Rajah berikut menunjukkan fungsi pengesan ergo (ergo sensor).

Tandakan (√) pada huraian berkaitan pengesan ergo (ergo sensor) yang betul dan (X) pada
yang tidak berkaitan.
a) Kamera yang terdapat dalam peranti dapat menganalisis
kedudukan kita

b) Alat ini dapat memaparkan maklumat pada monitor untuk memberitahu


kita masa untuk beriadah

c) Alat ini mampu menunjukkan sama ada kedudukan postur badan kita
lurus atau bongkok

[3 markah]

8
7. Rajah berikut menunjukkan dua jenis komputer riba.

Rajah A Rajah B

Tandakan (√) pada pernyataan yang betul dan (X) pada pernyataan yang salah tentang
inovasi dan invensi dalam reka bentuk.

a) Rajah A adalah inovasi daripada Rajah B

b) Inovasi pada rajah B adalah dari segi reka bentuk boleh ubah suai

c) Rajah A dan rajah B boleh digunakan sebagai alat pembelajaran


[3 markah]

8. Maklumat di bawah menunjukkan tiga kerjaya dalam bidang reka bentuk dan teknologi.

A Arkitek
B Pereka bentuk grafik
C Pereka bentuk hiasan dalaman

[3 markah]

9
Pengurus projek reka bentuk adalah penting bagi mencapai matlamat yang telah
9. ditetapkan

Nyatakan tiga komponen besar dalam pengurusan projek.


a) …………………………………………………………………………………………………
b) …………………………………………………………………………………………………
c) …………………………………………………………………………………………………
[3 markah]

10. Soalan berdasarkan situasi di bawah mengenai idea reka bentuk untuk menyelesaikan
masalah.

Bagaimana saya
ingin mengetahui
masalah yang timbul?

Tandakan (√) pada pernyataan yang betul dan (x) pada pernyataan yang salah
berdasarkan situasi tersebut.

a) Pengalaman orang lain

b) Uji kaji

c) Pembelian produk
[3 markah]

11. Namakan penjanaan idea di bawah.


a)

……………………………

……………………………

b)

………………………………

………………………………

[2 markah]

10
12. Rajah berikut berkaitan dengan penjadualan

Minggu 1
Perbincangan
konsep

Minggu 2

Lakaran idea

Minggu 3
Membuat
model

Milestone

a) Apakah yang ditunjukkan dalam jadual diatas?

………………………………………………………………………………………………

[1 markah]

b) Senaraikan dua tujuan penjadualan dalam pengurusan pelaksanaan projek?


i. ………………………………………………………………………………………

ii. ………………………………………………………………………………………

[2 markah]
13. Penyediaan jadual kerja adalah penting dalam menganalisis perancangan produk

A Membangunkan jadual
B Menganggar kos dan menyediakan bajet
C Menganggar tempoh masa untuk aktiviti
D Menyusun aktiviti mengikut keperluan
E Menganggar sumber yang diperlukan untuk aktiviti
F Menentukan aktiviti kerja

Susun langkah menyediakan jadual kerja mengikut turutan yang betul.


Langkah 1, Langkah 3 dan Langkah 5 telah diberi.

Langkah 1 Langkah 2 Langkah 3 Langkah 4 Langkah 5 Langkah 6


F E A

[3 markah]

11
14. Padankan ciri-ciri projek brief berikut dengan keterangannya yang betul.

a) Melibatkan kajian reka bentuk produk dan Lakaran Idea


kajian pasaran

b) Dilukis oleh pereka bentuk dalam bentuk Analisa Kajian


visual yang menarik dan memenuhi
kehendak pelanggan

c) Sebagai model yang dapat berfungsi Mock-up atau


sepenuhnya atau separa berfungsi model

[3 markah]

15. Pernyataan di bawah adalah dengan analisis kajian reka bentuk produk dan pasaran

Kajian reka bentuk produk A


Kajian pasaran B

Padankan pernyataan yang betul dengan maklumat yang diberikan dengan menulis A atau
B pada petak yang disediakan.

Perbandingan produk sedia ada di pasaran


Kajian dilakukan dengan membuat soal selidik dan pemerhatian
[2 markah]

16. Maklumat berikut adalah kriteria pertimbangan utama dalam penyediaan borang projek brief

A Stail / gaya
B Tujuan pasaran
C Kos

Padankan kriteria tersebut dengan penyataan masalah dengan menulis A, B, dan C dalam
ruang yang disediakan.
Penyataan Masalah Kriteria Pertimbangan
Utama
a) Siapakah pesaing yang wujud?

b) Apakah tahap keuntungan yang dikehendaki?

c) Bagaimana reka bentuk produk ini?

[3 markah]

12
17. Susunkan langkah-langkah yang betul dalam proses reka bentuk sesuatu produk dengan
menulis 1, 2 dan 3. Langkah 4 telah diberi dalam petak jawapan.

a) Melengkapkan borang projek brief berdasarkan


maklumat yang diperoleh daripada sesi komunikasi
antara pengurus projek dengan pelanggan.

b) Menyaring maklumat yang diperoleh dan diringkaskan dalam


bentuk jadual atau gambar rajah bermaklumat

c) Pembinaan mock-up atau model 4

d) Menyediakan senarai semak dalam bentuk penyataan masalah


berdasarkan kriteria pertimbangan utama

[3 markah]

18. Tandakan (√) bagi kriteria utama yang mesti dipatuhi oleh pereka bentuk semasa menilai
mock-up dan (X) bagi yang salah pada petak yang disediakan
a) Mematuhi ketepatan rupa bentuk

b) Mematuhi kriteria projek brief

c) Mematuhi undang-undang pereka bentuk

[3 markah]

19. Tandakan (√) bagi mock up dan tandakan (X) bagi model yang ditunjukkan pada rajah di
bawah.

[3 markah]

13
20. Gambar rajah menunujukkan sebuah model produk.

Namakah dua jenis model yang boleh dihasilkan bagi menggambarkan projek sebenar.

a) ……………………………………………………………………………………………….

b) ……………………………………………………………………………………………….
[2 markah]

14
BAHAGIAN C
[30 markah]
Jawab semua soalan pada bahagian ini di ruang jawapan yang disediakan

1. Anda dikehendaki melakarkan sebuah reka bentuk jam dinding berserta label.

a) Lakaran jam dinding tersebut terdiri daripada beberapa objek asas geometri dengan
mengaplikasikan dua elemen reka bentuk dan dua prinsip reka bentuk.

[4 markah]

b) Nyatakan dua elemen reka bentuk yang diaplikasikan dalam lakaran produk tersebut.
i. ……………………………………………………………………………………………….
ii. ……………………………………………………………………………………………….
[2 markah]

c) Nyatakan dua prinsip reka bentuk yang diaplikasikan dalam lakaran produk tersebut.
i. ………………………………………………………………………………………………
ii. ………………………………………………………………………………………………
[2 markah]

d) Berikan dua etika dalam reka bentuk yang perlu diambil perhatian oleh seseorang pereka
untuk menghasilkan reka bentuk yang tidak memudaratkan.
i. ……………………………………………………………………………………………
ii. ………………………………………………………………………………………………
[2 markah]

15
2. Rajah dibawah menunjukkan produk tempat letak kunci yang dihasilkan oleh Encik Fahmi.

Encik Fahmi bercadang memasarkan produk tempat letak kunci yang dihasilkan oleh
pekerjanya dengan mengambil kira keuntungan 100 %. Kos bahan untuk menghasilkan 100
buah tempat letak kunci ialah RM1, 200 dan kos overheadnya ialah RM 5.00. Bilangan pekerja
yang diperlukan untuk menyiapkan produk tersebut ialah seramai 5 orang dengan kadar upah
RM 5 sejam dan setiap pekerja bekerja selama 10 jam untuk tempoh 2 hari.

a) Apakah dua kaedah yang boleh digunakan untuk penyediaan anggaran kos dalam
perancangan projek?
i. ………………………………………………………………………………………
ii. ………………………………………………………………………………………
[2 markah]
b) Hitungkan :
i. Jumlah kos upah

[2 markah]

ii. Jumlah kos modal pengeluaran

[2 markah]
iii. Jumlah kos jualan seunit

[2 markah]
iv. Kos jualan jika peratus keuntungan 100%

[2 markah]

16
3. Rajah berikut menunjukkan sebuah mock-up bagi produk reka bentuk.

Berdasarkan rajah itu,


a) Nyatakan maksud mock-up.
…………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………
[2 markah]
b) Berdasarkan kriteria pertimbangan utama iaitu fungsi, apakah kegunaan produk ini?
…………………………………………………………………………………………………
[1 markah]
c) Berdasarkan rajah tersebut, nyatakan dua bahan yang digunakan bagi penghasilan
mock-up tersebut.
i. ………………………………………………………………………………………….
ii. ………………………………………………………………………………………….
[2 markah]
d) Nyatakan dua alatan untuk mencantum mock-up tersebut.
i. ………………………………………………………………………………………….
ii. ………………………………………………………………………………………….
[2 markah]
e) Nyatakan tiga penilaian untuk menguji produk tersebut.
i. ………………………………………………………………………………………….
ii. ………………………………………………………………………………………….
iii. ………………………………………………………………………………………….
[3 markah]

~ KERTAS SOALAN TAMAT~

Soalan disediakan oleh, Soalan disemak oleh, Soalan disahkan oleh,

…………………………………………… ………………………………… ……………………………….


(PN WAN JULIANA BT MUHAMMAD) (PN NORAINI BINTI ISMAIL) (PN SUZANA BT KHAMIS)
GURU MATA PELAJARAN RBT KETUA PANITIA RBT GKMP BIDANG TEKNIK
SMK ASSUNTA SMK ASSUNTA DAN VOKASIONAL
17 SMK ASSUNTA

You might also like