You are on page 1of 14

DIPLOMA IN MANAGEMENT

SEPTEMBER/2022

BDPB2103

INTRODUCTORY HUMAN RESOURCE MANAGEMENT

NO. MATRIKULASI : 000417070136001


NO. KAD PENGENALAN : 000417070136
NO. TELEFON : 0132601471
E-MEL : nrirdin4@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : SEBERANG JAYA, PULAU PINANG


ARAHAN
▪ Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
▪ Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK
dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Open University
Malaysia (OUM) bagi tugasan kursus berkenaan.
▪ Tugasan anda hendaklah mematuhi bilangan patah perkataan seperti di
dalam arahan soalan tugasan dan TIDAK termasuk rujukan.
▪ Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman
dan langkau baris 1.5.
▪ Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
▪ Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
▪ Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.
ISI KANDUNGAN

NO ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1.0 PENGENALAN………………………………………………………………....1

2.0 PUNCA-PUNCA LAZIM DI TEMPAT KERJA.……………………………….1

3.0 AMALAN-AMALAN TERKINI TERKINI UNTUK MENGURANGKAN KADAR


KEMALANGAN DI ORGANISASI……………………………………………..
4.0 KESIMPULAN……………………………………………...…………………..

5.0 PENYERTAAN KELAS DALAM TALIAN…………………..……………

RUJUKAN………………………………………………………………………………

1.0 Pengenalan
Dunkin Donuts diperkenalkan oleh William Rosenberg yang berasal dari Massachusetts.
Beliau membawa menu baru yang terdiri daripada donut, sandwich dan kopi di dalam
industri makanan dan minuman. Dunkin Donuts merupakan rangkaian francais
makanan yang popular di Amerika Syarikat dan Malaysia dan terdapat lebih 5,000 kedai
Dunkin Donuts di seluruh dunia. Sempena penjenamaan semula itu, Golden Donuts Sdn.
Bhd., pemegang francais Dunkin' di Malaysia, melancarkan cawangan baharunya di
Suria KLCC, yang pertama di Malaysia. Manakala, cawangan Pulau Pinang yang terletak
di Penang International Airport mempunyai 11 orang pekerja.

2.0 Punca-punca lazim kemalangan di tempat kerja

Kemalangan merupakan suatu peristiwa yang tidak dapat dijangka bahkan boleh
mengakibatkan kecederaan fizikal dan mental kepada individu, kerosakan harta benda
dan kerugian. Situasi ini memberikan implikasi negatif bukan sahaja kepada pekerja
tetapi juga pada pihak organisasi yang akan memudaratkan dari segi sosial dan
kewangan. Terdapat 3 faktor utama yang menyebabkan kemalangan di tempat kerja
dalam industri hospitaliti iaitu atas faktor individu, faktor organisasi dan faktor
persekitaran. Faktor individu berpunca daripada ciri-ciri peribadi seperti kecuaian,
kurang ilmu pengetahuan dan tidak berdisiplin. Faktor organisasi pula melibatkan
pihak pengurusan yang tidak bertanggungjawab, tidak menjelaskan prosedur yang
betul dan tidak menerangkan latihan berkaitan pencengahan keselamatan bagi pekerja.
Faktor persekitaran merujuk kepada keadaan di kawasan tempat kerja yang tidak di
beri perhatian seperti lantai licin yang tidak dibersihkan, kawasan dapur yang basah
dan berminyak.

Kemalangan yang biasanya berlaku di tempat kerja atas faktor individu iaitu kecuaian
semasa di tempat kerja akan mengganggu aliran kerja dan mengurangkan tahap
produktiviti pekerja. Misalnya, pekerja yang tidak berhati-hati ketika bekerja
menyebabkan mudahnya terkena benda panas seperti ketuhar panas atau air panas.
Kesan kecederaan ini mengakibatkan melecur pada kulit di tubuh badan pekerja.
Manakala, pekerja yang kurang berkemahiran atau cetek pengalaman tentang tatacara
bekerja juga menjadi punca berlakunya kemalangan. Sebagai contoh, menggunakan
peralatan dengan cara yang salah mengakibatkan individu tersebut dimarahi oleh
majikan kerana telah membuat kesalahan berulang-kali. Oleh itu, ia akan menganggu
emosi pekerja yang menyebabkan berlakunya kemalangan kerana pekerja
mengalami tekanan dan tidak dapat fokus ketika melakukan kerja. Sekiranya pekerja
tidak melaporkan peralatan yang rosak kepada pihak pengurusan juga merupakan
punca kemalangan kepada pekerja lain. Pekerja yang tidak berdisiplin seperti
melakukan kerja sambil lewa atau bergurau-senda dengan rakan sekerja ketika
menjalankan tugas yang diberikan boleh mengancam keselamatan pekerja dan
terjadinya kebakaran. Misalnya menghisap rokok semasa bekerja lalu membuang
putung rokok di kawasan dapur yang mempunyai bahan mudah terbakar seperti gas
memasak.

Sementara itu, faktor pentadbiran yang tidak bertanggungjawab dalam memberi tunjuk
ajar kepada para pekerja mengenai prosedur yang betul. Hal ini mengakibatkan para
pekerja yang kurang berkemahiran dan kurang ilmu pengetahuan dalam melaksanakan
tugasan kerja mereka mengikut atur cara yang ditetapkan. Contohnya seperti salah
mengikut prosedur kerja yang ditetapkan menyebabkan terluka atau melecet di jari
ketika memotong bahan basah. Seterusnya, majikan yang tidak menjaga atau tidak
ambil endah tentang kebajikan persekitaran tempat kerja dengan tidak memeriksa dan
menyelenggara peralatan lama yang tidak sesuai digunakan lagi atau tiada penjagaan
yang rapi. Hal ini kerana, pnyelenggaraan ini menggunakan kos dari segi kewangan,
tenaga kerja dan masa yang mendatangkan risiko kepada para pekerja seperti ditimpa
benda-benda berat yang menyebabkan kecederaan di bahagian kaki dan kejutan
elektrik dari peralatan elektrik yang rosak.

Selain itu, kemalangan boleh berlaku dalam pelbagai bentuk bergantung pada keadaan
kawasan persekitaran tempat kerja. Antaranya kemalangan yang disebabkan oleh
kawasan tempat kerja yang tidak di beri perhatian iaitu lantai licin, lantai dapur yang
basah dan berminyak mengakibatkan tergelincir, tersadung dan terjatuh. Terjatuh atau
tergelincir merupakan salah satu punca utama kemalangan di tempat kerja dalam
industri makanan dan minuman. Hal ini disebabkan, dalam industri ini banyak
menggunakan minyak masak, air, dan bahan basah. Keadaan pengcahayaan
persekitaran tempat kerja yang samar-samar atau gelap juga menyebabkan keletihan
mata menjadi kabur dan mudah terjatuh dan terhantuk atau terpijak benda yang tajam.
Oleh itu, pengcahayaan mempengaruhi penglihatan pekerja untuk melihat objek secara
jelas dan tepat ketika melakukan kerja.

3.0 Amalan-amalan terkini untuk mengurangkan kadar kemalangan di organisasi


Majikan perlu bertanggungjawab bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan di
tempat kerja. Ini mampu dicapai apabila majikan mematuhi panduan Keselamatan
Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang tertakluk di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 (Akta 514). Hal ini kerana pelaksaan KKP bertujuan untuk melindungi
para pekerja di tempat kerja daripada berlakunya kemalangan, kecederaan dan
pendedahan kepada bahan berbahaya. Oleh itu, majikan hendaklah mengenalpasti
secara sistematik terhadap semua perkara yang menyebabkan merbahaya di tempat
kerja dan mengambil tindakan untuk menjauhi dari berlakunya kemalangan. Iaitu
menerapkan latihan keselamatan dalam perkhidmatan di tempat kerja dengan
memberitahu dan mengajar cara bertindak ketika kecemasan kepada para pekerja
tentang risiko bahaya yang dihadapi semasa di tempat kerja.

Begitu juga dengan mengadakan program latihan keselamatan secara “On The Job
Training” mengenai isi kandungan latihan keselamatan, kekerapan mengadakan latihan
keselamatan yang merupakan salah satu perkara paling penting menjadi keutamaan
dalam setiap organisasi kerana ia dianggap sebagai aIternatif untuk melahirkan tenaga
kerja yang cekap, berpengetahuan dan berkemahiran bagi mengelakkan kemalangan di
tempat kerja. Hal ini dapat meningkatkan produktiviti organisasi dan melancarkan
aktiviti harian pekerja dengan mengurangkan kadar kemalangan di organisasi. Program
ini ibarat sebagai aktiviti pembelajaran untuk melatih pekerja berkenaan mengenai
tugas-tugas mereka bagi mengelakkan kemalangan di tempat kerja. Hal ini kerana,
latihan ini membantu pekerja untuk memperoleh kemahiran baru, mengasah kemahiran
yang sedia ada, melakukan yang lebih baik dalam organisasi.

Selain itu, setiap peralatan elektrik perlulah diselenggarakan bagi menjamin


keselamatan dan ketahanan peralatan di tempat kerja. Maka, pihak organisasi harus
mengambil tindakan untuk melakukan operasi penyelenggaraan iaitu membuat
pembaikan dan pemeriksaan untuk mengesan peralatan yang gagal berfungsi di tempat
kerja bagi memulihara, menjaga dan mencegah dari kerosakan supaya dapat
mengelakkan risiko kemalangan. Sebagai contoh paip air pecah, litar pintas rosak atau
bocor, peralatan elektrik tidak berfungsi dan lain-lain. Oleh itu, dengan membaiki atau
menukar yang baru mengikut kesesuaian dapat memastikan peralatan tersebut
berkualiti dan memenuhi spesifikasi yang baik supaya pekerja menjalankan tugas
dengan sempurna dan selamat.
4.0 Cara-cara yang praktikal untuk menambah baik pentadbiran keselamatan dan
kesihatan di organisasi

Cara praktikal yang perlu dititik beratkan dalam pentadbiran keselamatan dan kesihatan
adalah dengan bertanggungjawab bagi mengurangkan risiko berlakunya kemalangan di
tempat kerja. Ini mampu dicapai apabila organisasi ini mematuhi panduan Keselamatan
Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang tertakluk di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 (Akta 514). Hal ini kerana pelaksaan KKP bertujuan untuk memastikal
keselamatan, kesihatan, kebajikan orang yang sedang bekerja dan melindungi para
pekerja di tempat kerja daripada berlakunya kemalangan, kecederaan dan pendedahan
kepada bahan berbahaya. Oleh itu, majikan hendaklah mengenalpasti secara sistematik
terhadap semua perkara yang menyebabkan merbahaya di tempat kerja dan mengambil
tindakan untuk menjauhi dari berlakunya kemalangan. Iaitu menerapkan latihan
keselamatan dalam perkhidmatan di tempat kerja dengan memberitahu dan mengajar
cara bertindak ketika kecemasan kepada para pekerja tentang risiko bahaya yang
dihadapi semasa di tempat kerja.

Seterusnya, komitmen pengurusan dan kepimpinan serta penyertaan pekerja dalam


strategi memahami dan mendengar pendapat pekerja seperti menjadualkan sesi
taklimat untuk para pekerja dengan melibatkan mereka dalam mencadangkan cara dan
maklum balas dalam organisasi. Hal ini dapat menambah baik organisasi dengan
menggabungkan idea baru mereka bahkan meningkatkan perkhidmatan organisasi. Ia
juga melibatkan perubahan kepada budaya organisasi, dengan berkelakuan sedemikian
rupa sehingga pekerja berasa didengari dan dihargai. Bertindak balas terhadap idea dan
input pekerja yang membawa idea mereka ke tempat kerja dengan banyak hasil penting
dalam bidang seperti produktiviti, penglibatan pekerja, pengekalan dan inovasi. Dengan
menghargai pendapat dan memberi pengiktirafan atau ganjaran kepada pekerja yang
telah memberi input dapat menambahkan kepercayaan dan kesetiaan mereka terhadap
organisasi.

Selain itu, memberi latihan membangunkan kemahiran pekerja supaya dapat membina
keupayaan dan meningkatkan kemahiran mereka untuk tugasan baharu dan berbeza.
Sebagai contoh, mengajar pekerja cara bertindak balas terhadap kecemasan dan apakah
prosedur yang mesti diikuti sekiranya berlaku. Pekerja yang paling selamat dan cekap
bersedia dengan secukupnya untuk menghadapi cabaran, baik besar mahupun kecil.
Oleh itu, dengan mengukuhkan pemahaman tentang risiko dan langkah kawalan untuk
menghadapi sebarang kekeliruan. Latihan ini mencorakkan pekerja untuk memecahkan
masalah dan menyerlahkan kepentingan bekerjasama bahkan menyokong kawalan
dalaman Piawaian pengurusan risiko antarabangsa AS/NZS ISO31000 mentakrifkan
kawalan sebagai ukuran yang mengubah suai risiko. Inilah sebabnya mengapa latihan
dikenal pasti sebagai kawalan untuk risiko dalam daftar risiko organisasi.

Seterusnya, pihak pengurusan atau organisasi perlu merancang, menyusun dan


menjalankan program atau aktiviti berkaitan seperti peraturan, persekitaran, sikap
pekerja, kemahiran mengunakan alatan tajam, latihan pembangunan dan aspek
keselamatan dan kesihatan supaya dapat meninggikan keselamatan dan kesihatan
pekerja. Misalnya, di persekitaraan tempat kerja, kesesuaian tempat peralatan
berbahaya, kelengkapan barang peti kecemasan, kekerapan cara pemakaian yang betul
dan amalan mencegah penyakit dalam kalangan pekerja. Hal ini dapat mendorong dan
memancu dengan meningkatkan kualiti di tempat kerja.

Akhirnya, menyediakan polisi kesihatan dan keselamatan bertulis. Polisi kesihatan dan
keselamatan bertulis adalah keperluan undang-undang untuk organisai yang
mempunyai lima atau lebih pekerja. Ini bukan sahaja mengenal pasti risiko, tetapi
menjelaskan perkara sebagai majikan akan lakukan untuk melindungi pekerja daripada
risiko ini, menjangka kesilapan sebelum ia berlaku dan menyediakan penyelesaian yang
berdaya maju.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, keselamatan dan kesihatan di tempat kerja merupakan satu isu penting
yang perlu diambil serius dalam sesebuah organisasi dan ianya berkait rapat dengan
keselamatan dan kesihatan kepada pekerja bagi mewujudkan suasana kerja yang
selamat serta bebas dari risiko berlakunya kemalangan. Hal ini kerana persekitaran
kerja yang selamat, sihat dan kondusif akan menjadikan pekerja sihat, produktif dan
berinovasi yang akan menyumbang kepada peningkatan produktiviti dan daya saing
organisasi. Oleh itu, majikan perlu mengamalkan nilai kesedaran, sikap
bertanggungjawab dan komitmen terhadap pekerja dengan menghormati hak pekerja
terhadap KKP, menggalakkan penglibatan pekerja dalam aktiviti KKP, meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran serta mengamalkan pengurusan KKP yang cekap
berteraskan pengurusan risiko yang berkesan. Pihak pengurusan seharusnya mengambil
langkah-langkah untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan supaya pekerja lebih sedar
akan kepentingan menjaga keselamatan semasa bekerja.

5.0 Perbincangan kelas dalam talian


Rujukan

Adam Uzialko. (2022, Jun). Leadership Listening Employee Input Initiative. Business News
Daily. Rujukan daripada https://www.businessnewsdaily.com/1934-leadership-
listening-employee-input-initiative.html

Bahagian Kesihatan Carakerja Jabatan Perkhidmatan Masyarakat. Bekerja Di Dalam


Industri Makanan Dan Penyajian. Rujukan dari
https://www.moh.gov.bn/SiteCollectionDocuments/Occupational%20Health
%20Division/fact%20sheets/form02-07-43.pdf

Cikgu Lan Giatmara. (2016). Langkah-langkah Pencegahan Kemalangan. Rujukan dari


http://pelpw4.blogspot.com/2016/12/langkah-langkah-pencegahan-kemalangan.html

Cristiano Antonino. (2022, Mac). 4 Petua Keselamatan Untuk Mengelakkan Elektrik Di


Tempat Kerja. Emergency Live. Rujukan daripada
https://emergency-live.com/ms/kesihatan-dan-keselamatan/4-petua-keselamatan-
untuk-mengelakkan-renjatan-elektrik-di-tempat-kerja/

Chandrakantan Subramaniam,Md Lazim Mohd Zin, Siti Rohani Nadir. (2013). Hubungan
Amalan Pengurusan Keselamatan dengan Pematuhan Keselamatan Pekerjaan di Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia. Jurnal Pengurusan 37 133 - 142. Rujukan daripada
http://journalarticle.ukm.my/6965/1/3635-8094-1-PB.pdf

Dal Artikel. (2013, Julai). Kemalangan Di Tempat Kerja. Rujukan daripada


https://dalzakga.blogspot.com/2013/07/kemalangan-di-tempat-kerja.html?m=1

Ehsan. (2019, Ogos). 5 Tips Ini Elak Tergelincir Atau Terjatuh Dalam Rumah. Rujukan dari
https://www.maukerja.my/blog/ms/21387/ikut-5-tips-ini-elak-tergelincir-atau-
terjatuh-dalam-rumah

Eza. (2021, Mac). Dunkin Donuts Bergerak Mengikut Peredaran Zaman Dengan Menukar
Menu. Majalah Labur. Rujukan daripada
https://www.majalahlabur.com/kewangan/dunkin-donuts-bergerak-mengikut-
peredaran-zaman-dengan-menukar-menu/

Great Eastern, Malaysia. (2022). Kemalangan di tempat Kerja Dan Langkah perlu Diambil
Majikan. Rujukan dari
https://www.greateasterntakaful.com/bm/takaful-individu/blog-sens/kemalangan-di-
tempat-kerja-dan-langkah-perlu-diambil-majikan.html

Ilmu Semester. (2013, Mei). Punca Dan Kesan Kemalangan. Rujukan dari
https://sites.google.com/site/penyuluhilmu/2-1-punca-kemalangan-dan-kesan-
kemalangan

Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan. (2019). Tergelincir Dan Tersadung.


Rujukan dari https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/559-construction-safety/2046-
tergelincir-dan-tersadung

Kamarudin Hisham. (2014, September). Latihan Pengendali Makanan. Slide Share.


Rujukan daripada https://www.slideshare.net/foodkita/latihan-pengendali-makanan

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. (20-6). Keselamatan Dan Kesihatan


Pekerjaan untuk Kesejahteraan Kita. Rujukan daripada
https://www.dosh.gov.my/index.php/list-of-documents/new-resources/2018-pelan-
induk-kesihatan-dan-keselamatan-pekerjaan-2016-2020/file

Mohamad Roslan. (2019, Mac). Keselamatan Dalam Dapur Restoran/Katering. Rujukan


dari https://balannambiar.wordpress.com/2009/03/19/keselamatan-dalam-dapur-
restorenkatering/

Mr. L.A. (2018, Mac). Penyelenggaran Dan Pembaikan Peralatan Elektrik Satu Fasa.
Rujukan daripada
https://notaelektrikkolejvokasional.blogspot.com/2018/03/penyelenggaraan-dan-
pembaikan-peralatan.html?m=1

National Institute Of Occupational Safety And Health (NIOSH). (n.d). Keselamatan


Elektrik. Rujukan dari
http://www.niosh.com.my/images/Publication/Brochure/KeselamatanElektrik.pdf

Nor ‘Asyikin Mat Hayin. (2020, September). Menangani Renjatan Elektrik. Harian Metro.
Rujukan daripada https://www.hmetro.com.my/sihat/2020/09/620009/menangani-
renjatan-elektrik

Nurfaizinyunus. (2015, Mac). Pengcahayaan Di Tempat Kerja. Rujukan daripada


http://nurfaizinyunus.blogspot.com/2015/03/pencahayaan-di-tempat-kerja_29.html?
m=1

Occupational Health Division Department Of Health Services. (2002, Julai). Keselamatan


@ Tempat Kerja. Ministry of Health. Rujukan daripada
https://www.moh.gov.bn/SiteCollectionDocuments/Occupational%20Health
%20Division/fact%20sheets/form02-07-28.pdf

Olivia Franklin. (2018, Disember). 9 Ways To Improve Health And Safety Management At
Work. Rujukan daripada https://www.imsm.com/us/news/9-ways-to-improve-health-
and-safety-management-at-work/

Osh Kpj Seremban Specialist Hospital. (2013, Jun). Definisi Kemalangan. Rujukan
daripada https://m.facebook.com/OSHKPJSSH/posts/184759218350804

Palcon Engineering & Development Sdn Bhd. (2022). 5 Punca Kebakaran di Tempat Kerja
Dan Tips Pencegahan. Rujukan daripada https://www.palcon.com.my/punca-kebakaran-
tempat-kerja/

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM). (2019, November). Keselematan Tempat


Kerja Berisiko. Rujukan daripada
https://www.facebook.com/ppim.official/photos/sebagai-pekerja-kebanyakan-kita-
menghabiskan-masa-hidup-di-tempat-kerja-di-mana-/2733790960006692/

Prof Madya Dr Siti Aisyah Abdul Rahman. (2020, Oktober). Majikan Perlu Peka, Tangani
Isu Kesihatan Mental Pekerja. Berita Harian. Rujukan daripada
https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2020/10/742090/majikan-perlu-
peka-tangani-isu-kesihatan-mental-pekerja

Prof Madya Dr Siti Aisyah Abdul Rahman. (2022, Januari). Kepentingan Keselamatan Dan
Kesihatan Pekekerjaan. Majalah Sains. Rujukan daripada
https://www.majalahsains.com/kepentingan-keselamatan-dan-kesihatan-pekerjaan/

Sandy Smith. (2003, Disember). The Tops 10 Ways To Improve Safety Management. EHS
Today. Rujukan daripada https://www.ehstoday.com/safety/article/21910737/the-top-
10-ways-to-improve-safety-management

Siti Zuhaili Samudin, Sarimah Ismail,Rohana Hamzah. (2013). Keselamatan Pekerjaan Di


Restoran Keluarga Makanan Segera. Faculty of Education, UTM Johor Baharu. Rujukan
daripada
https://humanities.utm.my/education/wp-content/uploads/sites/6/2013/11/701.pdf

Siti Nakiah Mohd Shaain, Noor Raudhiah Abu Bakar, & Azharuddin Hashim. (2015,
November). Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kesedaran Pekerja Terhadap Amalan
Keselamatan Pekerjaan: Kajian Kes Di Sebuah Syarikat Logistik. International Conference
on Management and Muamalah, e-ISBN: 978-967-0850-25-2. Rujukan daripada
http://conference.kuis.edu.my/icomm/2nd/download/IC%20016.pdf

Teknologi Elektrik. (2019). OSHA (Occupational Safety and Health Act) Akta Keselamatan
Dan Kesihatan Dan Pekerjaan. Rujukan daripada
https://notakuasa.blogspot.com/2019/03/osha-occupational-safety-and-health-
act.html

Tony Harb B. Bus, CA, MBA, MIIA (Aust). The Role Of Training In Strengthening Internal
Controls And Managing Risk.

https://inconsult.com.au/publication/the-role-of-training-in-strengthening-internal-
controls-and-managing-risk/
Wan Mohd Bahairul Amrie Bin Wan Hamat. (2017, Mac). Budaya Keselamatan Dan
Kesihatan. Rujukan dari
https://www.researchgate.net/publication/315457313_Budaya_Keselamatan_dan_Kesi
hatan

Yusmizal Dolah Aling. (2022, Mei). Perkeso Lancar Ops Cegah. Harian Metro. Rujukan
daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/842807/perkeso-lancar-
ops-cegah

Zaqy Mohamad. (2018, Jun). Kecederaan Di Tempat Kerja Akibat Gelincir, Sandung, Jatuh
Meningkat. Berita Harian. Rujukan daripada
https://www.beritaharian.sg/setempat/kecederaan-di-tempat-kerja-akibat-gelincir-
sandung-jatuh-meningkat-zaqy

You might also like