You are on page 1of 1

SK JALAN SEMENYIH DUA

Jalan Semenyih
43000 Kajang, Selangor
BBB4032
Laman Web : http://www.skjs2kajang.net
Email : bbb4032@btpnsel.edu.my
Tel/Faks : 03-87367523

Ruj. Kami
Tarikh

:
: 1 Oktober 2014

Pengarah,
Jabatan Pendidikan Selangor,
Jalan Jambu Bol 4/3E, Seksyen 4,
40604 Shah Alam, Selangor.
(U/P : En. Zakaria Bin Ahmad - Ketua Sektor Khidmat Pengurusan dan Pembangunan)
Tuan,

MASALAH KEROSAKAN PENGHAWA DINGIN DI MAKMAL KOMPUTER


Merujuk perkara di atas, ingin membuat aduan tentang masalah unit penghawa dingin di makmal
komputer sekolah.
2. Untuk makluman tuan, kesemua empat unit penghawa dingin telah mengalami kerosakan. Hal
ini menyebabkan para pengguna makmal kompter tidak berasa selesa. Justeru guru dan murid
terpaksa melaksanakan pembelajaran dengan bantuan kipas berdiri.
3. Selain itu, bukan sahaja untuk kepentingan proses pembelajaran tetapi makmal komputer juga
memerlukan penghawa dingin sebagai usaha untuk menyelamatkan peralatan ICT daripada
mengalami kerosakan.
4. Kami berharap agar pihak tuan dapat mengambil tindakan yang sewajarnya seberapa segera
yang mungkin.
Atas kerjasama dan perhatian daripada pihak tuan sangat kami hargai.
Sekian, terima kasih.
KEJUJURAN DAN KETEKUNAN
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
Saya yang menurut perintah,

TAN KIAN KIAT


Guru Besar
SK Jalan Semenyih Dua,
43000 Kajang, Selangor.

You might also like