You are on page 1of 26

KEMASAN

D I S E D IAKAN O LE H
K U M P U LAN K U C H I N G

S T S 2 0 6 2 T E K N O L O G I P E M B I N AA N 2 · K O L E J K O M U N I T I K U C H I N G
Dalam penerangan ini
Di akhir slide ini, para pelajar akan dapat memahami tentang:

- Jenis-jenis keemasan dan bahan-bahan yang sesuai untuk digunakan pada bahagian-
bahagian bangunan;
- Jenis-jenis bahan yang digunakan dalam pemasangan kemasan, dan;
- Tumpuan utama bagi jenis keemasan yang akan digunakan dalam kerja-kerja
mencantikkan bahagian-bahagian bangunan masing-masing mengikut jenis bangunan
atau kediaman
Jenis-Jenis Kemasan Lantai
Antara jenis-jenis kemasan yang terdapat pada permukaan lantai seperti:

Lepaan simen
Bahan untuk menghasilkan permukaan lantai yang licin
dan kemas biasanya mengunakan simen Portland, daripada
bahan itu akan terbentuk lepaan simen yang akan
menghasilkan permukaan simen yang licin walaupun
kemas, selesa dan mudah menjadi tempat untuk duduk
mahupun berdiri dan ia merupakan salah satu daripada
ikon kemasan lantai di dalam bangunan perusahaan dan
perumahan kos rendah.
Jenis-Jenis Kemasan Lantai

Terazo
Diperbuat daripada serpihan batu marmar yang kecil,
lantai terazo merupakan ikon kemasan lantai yang hanya
terdapat di bangunan-bangunan terkaya dan terkemuka
seperti rumah agam, pusat membeli belah, bangunan-
bangunan komersil, dan sebagainya, tetapi ia tidak sesuai
digunakan di bilik-bilik yang lembap seperti dapur dan
bilik air atas faktor keselamatan.
Jenis-Jenis Kemasan Lantai

Jubin
Jubin-jubin yang dipasang di lantai terdiri daripada jubin
seramik, jubin tanah liat, jubin marmar dan sebagainya. Di
gambar rajah yang terletak di sebelah kiri teks ini, jubin
yang digunakan dalam kemasan lantai adalah jubin tanah
liat, iaitu jubin yang biasanya digunakan untuk kemasan di
bilik air dan dapur.
Jenis-Jenis Kemasan Lantai

Mozek
Mozek, satu daripada sejenis jubin kecil yang digunakan
dalam kemasan lantai, diperbuat daripada tanah liat dan
bahan-bahan tambahan. Ia boleh disusun dengan pelbagai
rekabentuk mengikut kesesuaian acuan dan rupa bentuk.
Biasanya mozek dipasang pada lantai-lantai bilik-bilik
foyer dan lobi di kebanyakan rumah-rumah mewah dan
agam dan di kebanyakan bangunan ikonik yang terdapat di
bandar-bandar besar.
Jenis-Jenis Kemasan Lantai

Batu marmar
Lantai batu marmar adalah sejenis kemasan lantai dengan
jubin yang jarang sekali kelihatan yang diperbuat daripada
marmar (marble). Ia dilekatkan di atas dasar konkrit
dengan mengunakan adunan simen, tetapi untuk
permukaan batu marmar yang licin walaupun kemas,
permukaan lantai perlulah diasah dengan mesin canai
untuk memastikan permukaan kekemasan lantai batu
marmar berada dalam kecantikan dan kualiti yang terbaik.
Jenis-Jenis Kemasan Lantai

Jalur kayu
Jalur kayu laminated timber adalah merupakan satu lagi
daripada beberapa jenis kemasan lantai yang terdiri
daripada papan jalur dipakukan pada beluti kayu yang
ditanam di dalam lapisan konkrit ataupun pada gelegar
lantai kayu, dan ia boleh dikemaskan dengan sampar atau
lekar.
Jenis-Jenis Kemasan Lantai

Parket
Parket dihasilkan daripada kayu-kayu keras yang
dibahagikan kepada beberapa kepingan kecil dan
digabungkan untuk membentuk satu blok parket dengan
meletakannya ke dasar konkrit dengan glu yang dikhaskan
untuk kemasan lantai. Ia perlu diasah dengan mesin canai
sehingga rata dan licin untuk menghasilkan satu kemasan
lantai yang berkilauan.
Jenis-Jenis Kemasan Dinding

Jejalur kayu
Jejalur kayu terdiri daripada kayu-kayu keras yang
dipotong kepada beberapa bahagian untuk menghasilkan
satu papan dinding yang kukuh dan selari dengan susunan
yang lurus. Ia dipakukan pada beloti kayu yang telah sedia
ada pada permukaan dinding dan papan yang digunakan
untuk jejalur kayu sebagai dinding sampingan hendaklah
bertanggam lidah atau lurah ataupun lekap.
Jenis-Jenis Kemasan Dinding

Mozek
Mozek, apabila digunakan dalam kemasan dinding pula,
biasanya digunakan pada dinding dapur, dinding bilik-
bilik dan kamar-kamar yang bercirikan hiasan dalaman
yang moden dan unik dan juga di tandas mahupun di bilik
air. Bukan itu sahaja, ia juga digunakan di dinding-dinding
kebanyakan bangunan ikonik dan termasyhur di dunia dan
juga digunakan sebagai salah satu kemasan mural yang
paling utama (biasanya digunakan untuk tujuan artistik
mengikut nilai estetikanya)
Jenis-Jenis Kemasan Dinding

Jubin dinding
Jubin dinding, apabila ia dipasang pada dinding, biasanya
didapati dalam jubin granit, marmar, tanah liat bergilap
atau seramik dan ia dilekatkan dengan hanya mengunakan
lepaan simen. Di gambar rajah di sebelah kiri ini, jubin
yang berwarna jingga yang digunakan di dinding sebuah
stesen bawah tanah adalah jubin dinding tanah liat yang
bersaiz sederhana yang dipisahkan oleh garisan simen
lebar yang berwarna kelabu.
Jenis-Jenis Kemasan Dinding

Jubin dinding
Dan apabila dipasang pada dinding pula, ia diatur
mengikut kesama rataan dan kekemasan yang berteliti
untuk memastikan kelicinan dan kilauan jubin dinding
berada dalam kualiti yang maksimum dan memuaskan di
dalam setiap hiasan dalaman tanpa mengira jenis-jenis
bangunan di mana-mana jua. Ianya juga mudah
dibersihkan tetapi untuk memastikan kebersihan jubin
dinding dipertingkatkan ke tahap kilauan yang paling
tinggi, pencuci khas untuk jubin dinding dan bahan-bahan
seramik hendaklah digunakan untuk tujuan itu.
Jenis-Jenis Kemasan Dinding

Jubin dinding
Dan apabila dipasang pada dinding pula, ia diatur
mengikut kesama rataan dan kekemasan yang berteliti
untuk memastikan kelicinan dan kilauan jubin dinding
berada dalam kualiti yang maksimum dan memuaskan di
dalam setiap hiasan dalaman tanpa mengira jenis-jenis
bangunan di mana-mana jua. Ianya juga mudah
dibersihkan tetapi untuk memastikan kebersihan jubin
dinding dipertingkatkan ke tahap kilauan yang paling
tinggi, pencuci khas untuk jubin dinding dan bahan-bahan
seramik hendaklah digunakan untuk tujuan itu.
Jenis-Jenis Kemasan Dinding

Kertas Binaan
Kertas Binaan atau wallpaper terdiri daripada kertas yang
berwarna-warni, kain dan plastik dan ia mengandungi
pelbagai corak mengikut bentuk dan kreativiti masing-
masing. Ia dilekatkan pada papan kasar yang tebalnya
lebih kurang 10 hingga 12 mm ia dilekatkan dengan satu
gam pelekat yang dikhususkan untuk dinding bagi
kemasan kertas binaan.
Jenis-Jenis Kemasan Dinding

Papan gipsum
Papan gipsum iaitu merupakan sejenis papan dinding
yang berupa kepingan besar yang diperbuat daripada
gipsum sendiri dan juga dari kapur. Ia digunakan untuk
sekatan pada ruang-ruang yang luas seperti di dalam
pejabat, dewan, apartmen dan sebagainya. Tidak seperti
papan-papan yang lain pula, ia mudah dialihkan ke mana-
mana tempat yang dikehendaki mengikut kesesuaian
pemasangannya dan ia bersifat lembut tetapi tidak terlalu
keras walaupun ianya ringan untuk dibawa.
Jenis-Jenis Kemasan Siling

Lepa kapur
Lepa kapur, diperbuat daripada kapur, pasir dan serabut,
adalah merupakan satu lagi elemen kemasan siling yang
paling unik dari segi artistik dan nilai estetikanya yang
tersendiri, bergantung kepada corak dan geometri masing-
masing. Ia diperbuat daripada kapur, pasir dan serabut dan
ia berupaya menyerap air yang sangat hebat kerana ia
dihasilkan menerusi kaedah pembakaran dengan suhu
sehingga 1200⁰C tinggi.
Jenis-Jenis Kemasan Siling

Lepa simen
Lepa simen merupakan sejenis lepaan siling yang paling
kerap dilihat dan paling kerap dibuat kerana ia mudah
diturap tanpa mengambil masa yang lama untuk dibina. Ia
juga dikenali dengan nama lepaan konkrit kerana
silingnya juga diperbuat daripada konkrit. Oleh maka itu,
untuk menghasilkan siling berlepa simen, campuran
mestilah bersih dan tidak mempunyai bahan lain dan juga
bahan kimia yang boleh mengakibatkan penghasilan
siling berkenaan tidak sekata.
Jenis-Jenis Kemasan Siling

Lepa gipsum
Lepaan gipsum adalah sejenis kemasan siling yang
dipisahkan menjadi beberapa bahagian berjubin oleh
setiap penghadang besi. Ianya sesuai untuk sebarang
keadaan dinding dan ia mampu menyerap bunyi tetapi
apabila ia terkena air ataupun angin kencang, ianya
mudah pecah kerana ia tidak dapat menampung sebarang
jua ketahanan sekalipun.
Jenis-Jenis Kemasan Siling

Lepa tyrolean
Lepaan tyrolean diperbuat daripada campuran simen dan
kapur serta dihasilkan secara menggerutu. Pelbagai corak
dihasilkan mengikut kesesuaian dan cita rasa pereka
dalaman, namuan bukan itu sahaja ianya juga sesuai
untuk permukaan siling di sebelah dalam atau luar
bangunan.
Jenis-Jenis Kemasan Bumbung

Genting konkrit
Diperbuat daripada campuran pasir, air, simen dan
pigmen-pigmen tambahan, genting konkrit merupakan
sejenis kemasan bumbung yang wajar dipasang dengan
kos yang berpatutan kerana kemasan bumbung seperti itu
biasanya dilihat pada bangunan-bangunan kos sederhana
dan tinggi seperti rumah banglo, rumah-rumah agam,
rumah-rumah kedai, dan sebagainya, Ia sangat kukuh ia
dibentuk daripada proses pengeringan biasa tanpa kaedah
pembakaran sekalipun. Ia juga boleh terdapat dalam
pelbagai warna.
Jenis-Jenis Kemasan Bumbung

Genting tanah liat


Genting tanah liat diperbuat daripada tanah liat dan ianya
terbentuk menerusi pengeringan mengunakan proses
pembakaran. Ianya sangat tahan lama dan tidak
memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan mahupun
pembaikan. Ia biasanya dipakai dalam pembinaan rumah
dan bangunan dengan ciri-ciri senibina neoklasikal,
supaya ia menarik perhatian orang ramai yang
berkunjung. Bukan itu sahaja, genting tanah liat juga
boleh didapati dalam pelbagai warna yang telah dicat
mengikut cita rasa kehendak tetuan dan kontraktor
masing-masing.
Jenis-Jenis Kemasan Bumbung

Kepingan kayu (shingle)


Kepingan kayu atau roof shingle adalah merupakan sejenis kemasan
bumbung hanya kini ditemui pada rumah-rumah kampung yang
telah lama didirikan, kebanyakan bangunan ikonik yang bersejarah
dan juga di kebanyakan perumahan di benua Amerika. Ia diperbuat
daripada kayu yang bermutu tinggi seperti belian, cengal, merbau
dan sebagainya. Sungguhpun berkeadaan serabut pada kebanyakan
kepingan kayu pada atap terbabit, namun kepingan kayu pada
bumbung adalah sangat tahan lama kerana ia mudah dilihat dari segi
nilai estetikanya yang tersendiri. Untuk sebarang kerja
penyelenggaraan, ia terpaksa dilakukan dengan lebih teliti, untuk
memastikan kekemasan atap berkenaan berada pada tahap yang
baik.
Jenis-Jenis Kemasan Bumbung

Kepingan bumbung keluli


Kepingan bumbung keluli adalah merupakan sejenis kemasan
bumbung yang mudah ditemui di setiap kawasan perumahan dan
bangunan-bangunan moden. Ia sangat murah untuk dibeli dan
dipasang ia hanya mengambil masa yang amat singkat untuk
dipasang. Ia biasanya diperbuat daripada zink, aluminium atau
campuran kedua-dua bahan terbabit, dan ianya sangat ringan dan
fleksibel. Lagipun, ia juga mudah dipasang dalam pelbagai
gabungan kepingan untuk menghasilkan satu kemasan bumbung
dalam waktu yang amat singkat denganya memakukanya pada
bentuk bumbung. Bukan itu sahaja, ia juga terdapat dalam pelbagai
warna, profil dan corak mengikut kesesuaian pengeluar produk.
Kesimpulan
Dengan adanya pemasangan kemasan pada bangunan dan projek-projek perumahan, maka
terhasilah kecantikan dalaman dan luaran sesebuah bangunan dan rumah atas mengikut
kreativiti pereka dalaman rumah dan mengikut cita rasa senibina yang indah dan ikonik.
Oleh yang demikian, maka harmonilah kecantikan sesebuah bangunan dari segi perspektif
kreativitinya mahupun nilai estetikanya yang melambangkan satu spesifikasi kemasan yang
sangat unik setelah dipasang untuk melengkapkan lagi bangunan atau rumah idaman setiap
klien.
Slide ini dikarang dan ditulis oleh
ALFRED MUJAH AK. JIMMY
(Ahli Kumpulan Kuching)

Dan dianggotai oleh


ISWANDISHAH B. AHMAD
SYAFIQ ZHARIF QAWIM B. HAMDAN
Dan
MUHAIMINULHAQ B. OTHMAN

© MMXIX / 2019 Teknologi Pembinaan 2

You might also like