You are on page 1of 1

1.

0 Pengenalan
Masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum telah mewujudkan corak
sosial budaya yang berbeza. Menurut Syed Ismail Bin Syed Mustapa, suatu
kelompok manusia memiliki identiti bersama dianggap sebagai bangsa. Menerusi
kerja kursus ini, kami telah didedahkan dengan adat resam kaum etnik di
Malaysia. Bagi melaksanakan tugasan kumpulan iaitu menghasilkan laporan
temubual, kami telah memilih tokoh bagi etnik baba nyonya. Menerusi tugasan
ini, kami diberi peluang untuk menemu bual seorang nyonya yang bekerja di
Penang Peranakan Mansion. Beliau merupakan seorang peranakan yang agak
berpengalaman. Bagi menyempurnakan tugasan ini, kami telah berfokus adat
resam kaum baba nyonya dari aspek perkahwinan. Bagi mengukuhkan kesahan
maklumat yang kami dapati itu, biodata tokoh, gambar bersama dengan tokoh
dan rakaman temubual telah disertakan sebagai bukti.
Informasi-informasi yang berkenaan dengan adat perkahwinan baba dan
nyonya memang agak unik kerana telah mengambil masa selama 12 hari. Bukan
itu sahaja, kami juga mengetahui upacara perkahwinan dengan lebih terperinci
selepas berinteraksi dengan tokoh yang dipilih. Manakala bagi tugasan individu,
kami perlu membincangkan implikasi kepelbagaian sosiobudaya dalam kalangan
pelajar. Sumber buku dan internet menjadi sumber rujukan utama yang telah
kami guna untuk menulis esei yang berinformasi. Menerusi tugasan individu ini,
kami juga mencadangkan langkah-langkah untuk menangani kepelbagaian
budaya dan bahasa dalam kalangan pelajar di bilik darjah. Memang tidak dapat
dinafikan bahawa maklumat yang telah kami telah kupas itu adalah amat
berguna apabila kami mengalami situasi pengajaran yang sebenar di sekolah.

You might also like