You are on page 1of 13

BBE 4132 SISTEM PTV

SEJARAH PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL DI MALAYSIA

SEJARAH PTV

DEFINISI PENDIDIKAN VOKASIONAL Pendidikan vokasional, secara umumnya, boleh ditakrifkansebagai suatu program pendidikan atau latihan yang berasaskan kemahiran teknikal untuk melahirkan gunatenaga mahir dan separa mahir (Ramlee 1999).

SEJARAH PTV
Sebelum Perang Dunia Kedua (1900-1940)
1906 sebuah Sekolah Latihan Teknik dibina di Kuala Lumpur untuk melatih juruteknik bagi Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Keretapi Tanah Melayu (KTM). 1946 sekolah ini dinaik taraf kepada Maktab dan di namakan Maktab Teknik. 1960-an dinaik taraf sekali lagi kepada Universiti dan diberi nama Universiti Teknologi Malaysia (UTM). 1926-1034 4 buah sekolah ketukangan didirikan untuk menyalurkan satu cabang pendidikan bagi pelajar sekolah rendah yang lemah dalam mata pelajaran akademik supaya mereka didedahkan dengan asas-asas kemahiran bagi persediaan untuk melangkah ke alam pekerjaan. Kursus-kursus selama 3 tahun ditawar dalam bidang mekanik am, elektrik dan pertukangan kayu peringkat asas.

SEJARAH PTV
Kurang dapat sambutan kerana : 1) sikap masyarakat yang memandang rendah kepada pekerja kolar biru. 2) kurang peluang pekerjaan kerana negara masih bergantung kepada sektor pertanian. 3) ibu bapa yang tidak berminat untuk menghantar anak mereka. 4) kursus yang ditawarkan dianggap sebagai sekolah bertaraf rendah. 4 buah sekolah ketukangan ditempatkan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Johor Bahru. 1946 nama sekolah tersebut ditukar kepada Sekolah Menengah Pertukangan (Secondary Trade School). 1969 namanya ditukar sekali lagi kepada Sekolah Menengah Vokasional (SMV)

SEJARAH PTV
Semasa Pendudukan Jepun (1941-1945)
Kursus bercorak teknik telah dimulakan dan diperkenalkan di sekolah-sekolah teknik dan sekolah-sekolah ketukangan yang ada pada masa itu.

Selepas Perang Dunia Kedua (19451960)


Atas perakuan yang terkandung dalam Laporan Razak 1956 dan Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1960 (Laporan Rahman Talib) 8 buah Sekolah Ketukangan Luar Bandar dibina dan namanya ditukar kepada Sekolah Lanjutan Kampung.

SEJARAH PTV
Objektif penubuhannya : 1) menampung keperluan industri yang memerlukan pekerja separa mahir. 2) memenuhi kehendak ibu bapa yang mahu anak mereka diajar mata pelajaran teknik. 3) memenuhi kehendak cadangan dalam Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960 mengenai Sistem Pendidikan Aneka Jurusan. 1965 kesemua sekolah lanjutan kampung dijadikan Sekolah Menengah Rendah yang menawar mata pelajaran seni perusahaan sebagai mata pelajaran pilihan. Kecuali hanya 2 sekolah di Butterworth namanya di tukar kepada SMV pada tahun 1966-1970.

SEJARAH PTV
Sistem Pendidikan Aneka Jurusan mempunyai ciri-ciri berikut : 1) semua pelajar diberi 9 tahun pendidikan 6 tahun pendidikan sekolah rendah, 3 tahun pendidikan sekolah menengah rendah dan 1 tahun dalam kelas peralihan jika perlu. 2) kenaikan darjah selepas tamat 6 tahun pendidikan rendah adalah secara automatik dan pelajar-pelajar terus diberi pendidikan tahun 7, 8 dan 9 (tingkatan peralihan 1, 2 dan 3) tanpa perlu menduduki sebarang peperiksaan. 3) dari tahun 7-9 (tingkatan 1 3) pelajar-pelajar diberi pendidikan am dan pendidikan pravokasional, sama ada mata pelajaran Sains Pertanian atau Pengajian Perdagangan atau Sains Rumahtangga (pelajar-pelajar perempuan) atau Seni Perusahaan (Pelajar-pelajar lelaki).

SEJARAH PTV
4) selepas 9 tahun di bangku sekolah, pelajar-pelajar akan menduduki Sijil Rendah Pelajaran (SRP) untuk melayakkan mereka meneruskan pelajaran sama ada dalam pendidikan akademik, teknik atau vokasional berdasarkan kepada keputusan SRP. 1960-an perkembangan menarik dalam sektor pertanian, perdagangan dan perindustrian kerajaan telah mengambil langkah positif untuk menekankan pendidikan teknik dan vokasional. Lahirnya struktur latihan bercorak tiga serampang iaitu : Institusi Vokasional untuk melatih pekerjapekerja mahir dan separa mahir Politeknik untuk melatih juruteknik Universiti untuk melatih jurutera

SEJARAH PTV
Tahun 1960 Hingga Sekarang
1968 pendidikan peringkat menengah rendah telah diubahsuai dengan memberi keutamaan kepada pelajarpelajar yang lulus SRP untuk meneruskan persekolahan di tingkatan 4 mengikut kelayakan dan pilihan masing-masing iaitu : 1) Pendidikan Am dan Teknikal 2) Pendidikan Vokasional Tujuan perancangan bercorak 2 aliran ini ialah : 1) mewujudkan pendidikan bercorak akademik tetapi berasaskan teknik dan vokasional kepada murid-murid yang mengkehendaki pendidikan sedemikian. 2) melahirkan satu kumpulan tenaga profesional dan pekerja mahir untuk perkembangan sektor perindustrian.

SEJARAH PTV
1972-1973 6 buah SMV siap dibina dibawah rancangan Pinjaman Bank Dunia dan buat pertama kali memperkenalkan mata pelajaran Perdagangan dan Sains Rumahtangga : 1) SMV Seremban 2) SMV Kangar 3) SMV Alor Setar 4) SMV Kuala Terengganu 5) SMV Muar 1965-1968 beberapa buah sekolah menengah Teknik (SMT) di bina di Pulau Pinang, Kuantan dan Kuala Lumpur. 1969 sebuah politeknik di Ipoh dibina Awal 70-an terdapat 13 buah SMV (termasuk 4 buah Sekolah Menengah Pertukangan yang dijadikan SMV dan 3 buah Sekolah Lanjutan Kampung yang diubahsuai menjadi SMV) dan sebuah Politeknik.

SEJARAH PTV
1980 - bilangannya bertambah seperti berikut: 1) SMT 9 2) SMV termasuk 3 buah di Sarawak dan 2 buah di Sabah 24 3) Politeknik iaitu sebuah di Ipoh (1969) dan sebuah lagi di Kuantan (1976) - 2 1988 bilangan SMV telah meningkat : 1) SMT 9 2) SMV 46 3) Politeknik di Ipoh, Kuantan, Batu Pahat, Alor Setar dan Kota Bharu - 5 1989 10 buah SMV siap di bina 1991 12 buah SMV lagi dibina di bawah Pinjaman Bank Pembangunan Asia 1989-1990 2 buah Politeknik di bawah Pinjaman Bank Dunia didirikan

SEJARAH PTV
Renungilah pepatah ini :
kalau anda memberi seseorang yang lapar dengan seekor ikan, dia akan memasak dan memakan ikan itu tetapi dia akan kembali lapar. Jika seseorang itu diberi kelengkapan memancing ikan dan tunjuk ajar cara-cara memancing, dia pasti tidak akan menjadi lapar lagi.

Cuba jelaskan apa yang anda faham dengan pepatah ini?

SEKIAN TERIMA KASIH

You might also like