You are on page 1of 10

SOALAN 3

A) SEKSYEN 18 (2) Suatu lesen boleh pada bila-bila masa digantung atau
dibatalkan oleh Suruhanjaya atas pelanggaran mana-mana syarat lesen atau
keingkaran membayar apa-apa wang yang terakru kena dibayar di bawahnya,
atau jika pemegang lesen berhenti mengerjakan atau mengendalikan
pepasangan yang berkenaan dengannya lesen itu telah diberi:

Dengan syarat bahawa, jika lesen telah digantung atau dibatalkan atas alasan
bahawa pemegang lesen telah berhenti mengerjakan atau mengendalikan
sesuatu pepasangan, pemegang lesen boleh, jika dia berpendapat bahawa
dia telah menanggung atau akan menanggung kesusahan tidak berpatutan
disebabkan oleh penggantungan atau pembatalan itu, merayu kepada
Menteri terhadap penggantungan atau pembatalan itu, dan keputusan Menteri
mengenai rayuan itu adalah muktamad.

B) SEKSYEN 18 (4) Apabila tamatnya sesuatu lesen, pemegang lesen


hendaklah mengalihkan pepasangan dan kelengkapannya dalam masa tiga
bulan dari tarikh penamatan itu, yang kegagalannya hendaklah menjadikan
pemegang lesen bertanggungan bagi segala apa jua pun kos yang dilakukan
dalam mengalihkannya dan kos itu boleh didapatkan kembali daripada
cagaran yang didepositkan (jika ada) di bawah subseksyen (1).

C) SEKSYEN 18 (3) Pemegang lesen tidak berhak kepada pampasan kerana


apa-apa kerugian yang disebabkan kepadanya oleh penggantungan atau
pembatalan lesen di bawah seksyen ini.
SOALAN 4
A) PERATURAN 93 Tiada Perakuan Pendaftaran sebagai Pengilang Papan Suis
bagi papan suis yang dikendalikan pada voltan rendah boleh dikeluarkan atau
diperbaharui melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa :-

(a) orang itu yang telah mendaftarkan perniagaannya di bawah Akta


Pendaftaran Perniagaan 1956 atau ialah sebuah syarikat yang didaftarkan
atau diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965;

(b) orang itu mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang


Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga, dan tiada apa-apa jua dalam
perenggan ini melarangnya daripada menjadi Pendawai itu;

(c) orang itu mengambil kerja sepenuh masa sekurang-kurangnya seorang


Penjaga Jentera dengan sekatan yang relevan yang akan ditentukan oleh
Suruhanjaya, dan tiada apa-apa jua dalam perenggan ini melarang orang itu,
Penjaga Jentera dan Pendawai dengan Sekatan Fasa Tiga seperti dalam
perenggan (b) menjadi orang yang sama;

(d) orang itu mempunyai perlindungan insurans untuk pekerjanya di bawah


Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969; dan

(e) orang itu memiliki kelengkapan yang sesuai, kelengkapan menguji dan
peralatan bagi menguji papan suis.

B) PERATURAN 104 (1) Suruhanjaya boleh membatalkan suatu Perakuan


Pendaftaran yang dikeluarkan dibawah peraturan 71, 75, 80, 84, 88 atau 92 jika

a. pemegang Perakuan itu berhenti menjalankan perniagaan yang


berkenaan dengannya dia didaftarkan;

b. pemegang Perakuan itu telah dihukum menjadi bankrap;

c. syarikat itu dilikuidasi;

d. pemegang Perakuan itu atau pengkhidmat atau ejennya melanggar


atau tidak mematuhi mana-mana peruntukan Akta atau Peraturan-
Peraturan ini; atau

e. pemegang Perakuan itu telah memperolehi Perakuan itu dengan


membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa akuan, pengesahan atau
representasi palsu atau fraud, sama ada secara bertulis atau selainnya
PERATURAN 104 (2) Jika Perakuan Pendaftaran dibatalkan oleh Suruhanjaya
menurut subperaturan (1), Perakuan itu hendaklah dipulangkan kepada Suruhanjaya
oleh orang, yang kepadanya Perakuan itu telah dikeluarkan, dalam masa empat
belas hari orang itu diberitahu secara bertulis tentang pembatalan itu.

C) PERATURAN 105 (1) Maka hendaklah dipotong daripada Daftar nama dan
butir-butir lain mana-mana orang yang kepadanya Perakuan Pendaftaran telah
dikeluarkan menurut peraturan 71, 75, 80, 84, 88 atau 92— (a) jika dia tidak
membaharui Perakuan Pendaftarannya pada tarikh habis tempohnya; atau (b)
jika Perakuan Pendaftarannya telah dibatalkan di bawah peraturan 104.

(2) Seseorang yang namanya telah dipotong daripada Daftar di bawah


subperaturan (1) boleh membuat rayuan, dalam masa tiga puluh hari dari tarikh,
pemotongan daripada Daftar itu, untuk pemasukan semula dan Suruhanjaya,
apabila diterima keterangan^atau alasan yang memuaskan untuk memasukkan
semula boleh mendaftarkannya semula.

(3) Orang yang disebut dalam subperaturan (2) yang merasa terkilan dengan
keputusan Suruhanjaya untuk tidak memasukkan semula boleh memohon
kepada Menteri supaya mempertimbangkan semula perkara itu.

(4) Pemohonan di bawah subperaturan (3) hendaklah dibuat secara bertulis


dalam masa dua puluh satu hari dari tarikh keputusan oleh Suruhanjaya dan
hendaklah mengandungi alasan kekilanan itu.

(5) Keputusan Menteri tentang perkara yang dirujukkan kepadanya di bawah


subperaturan (3) adalah muktamad.

D) PERATURAN 103 (1) Tiada Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan di bawah


peraturan 71, 75, 80, 84, 88 atau 92 boleh dipindahmilik oleh pemegang Perakuan
itu kepada mana-mana orang kecuali mendapat kebenaran bertulis daripada
Suruhanjaya.
(2) Pemegang mana-mana Perakuan Pendaftaran yang dikeluarkan di bawah
peraturan 71, 75, 80, 84, 88 atau 92 hendaklah memperolehi kelulusan daripada
Suruhanjaya secara bertulis bagi apa-apa perubahan tentang nama atau alamat
yang berkaitan dengan perniagaan itu dan Perakuan itu hendaklah dipinda atau
diganti tanpa pembayaran apa-apa fee.
SOALAN 11
A)
SEKSYEN 18 (2) Suatu lesen boleh pada bila-bila masa digantung atau dibatalkan
oleh Suruhanjaya atas pelanggaran mana-mana syarat lesen atau keingkaran
membayar apa-apa wang yang terakru kena dibayar di bawahnya, atau jika
pemegang lesen berhenti mengerjakan atau mengendalikan pepasangan yang
berkenaan dengannya lesen itu telah diberi:

B)
SEKSYEN 18 (3) Pemegang lesen tidak berhak kepada pampasan kerana apa-apa
kerugian yang disebabkan kepadanya oleh penggantungan atau pembatalan lesen
di bawah seksyen ini.

C)
SEKSYEN 18 (4) Apabila tamatnya sesuatu lesen, pemegang lesen hendaklah
mengalihkan pepasangan dan kelengkapannya dalam masa tiga bulan dari tarikh
penamatan itu, yang kegagalannya hendaklah menjadikan pemegang lesen
bertanggungan bagi segala apa jua pun kos yang dilakukan dalam mengalihkannya
dan kos itu boleh didapatkan kembali daripada cagaran yang didepositkan (jika ada)
di bawah subseksyen (1).
SOALAN 14
A)
PERATURAN 115 Jika Suruhanjaya mendapati bahawa adalah perlu bagi menjamin
tahap keselamatan yang munasabah—

(a) untuk mengambil langkah awasan dalam menjalankan atau mengendalikan


sesuatu radas; atau

(b) untuk membuat penambahan atau pengubahan kepada sesuatu radas,

Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan perintah bertulis dan perintah itu hendaklah


dikuatkuasakan oleh pemunya, pengurusan atau pemegang lesen mana-mana
pepasangan, kontraktor, pengilang, pengedar atau peruncit yang kepadanya
perintah itu dialamatkan.

B)
PERATURAN 116 (1) Tiada seorang pun boleh menggunakan, mengerjakan atau
mengendalikan apa-apa kelengkapan yang, pada pendapat Pegawai Kesihatan
Negeri, adalah mengancam atau membahayakan kesihatan orang yang menjaganya
atau kepada orang awam.

(2) Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan arahan kepada mana-mana orang yang


berkenaan untuk menjamin pematuhan wajar peruntukan subperaturan (1).

(3) Suruhanjaya boleh melarang penggunaan mana-mana kelengkapan oleh


seseorang yang, pada pendapatnya, menyebabkan atau kemungkinan
menyebabkan kacau-ganggu kepada orang awam.

C)
PERATURAN 121 (H)
1. Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Elektrik;
2. Perakuan Kekompetenan sebagai Penyelia Kejuruteraan Elektrik;
3. Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera;
4. Perakuan kekompetenan sebagai Pendawai;
5. Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Pendawaian;
6. Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Papan Tanda Elektrik;
7. Perakuan Pendaftaran sebagai Pembuat Papan Suis;
8. Perakuan Pendaftaran sebagai Unit Pendawaian Persendirian;
9. Perakuan Pendaftaran sebagai Jurutera Perkhidmatan Elektrik; dan
10. Perakuan Pendaftaran bagi sesuatu pepasangan;
SOALAN 19
A)
i

PERATURAN 72 Tiada Perakuan Pendaftaran sebagai seorang Kontraktor


Perkhidmatan Elektrik boleh dikeluarkan atau diperbaharui melainkan Suruhanjaya
berpuas hati bahawa—

(a) orang itu yang telah mendaftarkan perniagaannya di bawah Akta Pendaftaran
Pemiagaan 1956 atau ialah sebuah syarikat yang didaftarkan atau
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965;
(b) orang itu mengambil kerja sepenuh masa Jurutera Perkhidmatan Elektrik, dan
tiada apa-apa dalam perenggan ini melarang orang yang sama daripada
menjadi Jurutera Perkhidmatan Elektrik itu;

(c) orang itu mempunyai perlindungan insurans bagi pekerjanya di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969; dan

(d) orang itu memiliki kelengkapan menguji dan peralatan yang berkaitan
dengan kerjanya yang akan ditentukan oleh Suruhanjaya.

ii
PERATURAN 76 Tiada Perakuan Pendaftaran sebagai seorang Kontraktor Elektrik
boleh dikeluarkan atau diperbaharui melainkanjika Suruhanjaya berpuas hati
bahawa -

(a) orang itu yang telah mendaftarkan perniagaannya di bawah Akta Pendaftaran
Perniagaan 1956 atau ialah sebuah syarikat yang didaftarkan atau
diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965;

(b) orang itu mengambil kerja sepenuh masa suatu bilangan Pendawai seperti
yang dinyatakan dalam peraturan 78 yang relevan dengan kelas Kontraktor
Elektrik yang berhubungan dengan permohonannya;

(c) orang itu mempunyai perlindungan insurans untuk pekerjanya di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja 1969; dan

(d) orang itu memiliki kelengkapan yang sesuai, kelengkapan menguji dan
peralatan yang berhubungan dengan kerjanya yang akan ditentukan oleh
Suruhanjaya.
B)
PERATURAN 73 Sebelum mengeluarkan atau memperbaharui Perakuan
Pendaftaran sebagai Kontraktor Perkhidmatan Elektrik, Suruhanjaya boleh
menghendaki orang itu untuk
mengemukakan maklumat yang berikut:

(a) nama dan alamat semua pekongsi dalam hal perkongsian yang berdaftar dan
tentang semua pengarah, pengurus dan pemegang saham dalam hal syarikat
yang berdaftar;

(b) premis yang disewa atau dipunyai bagi menjalankan perniagaan; dan

(c) apa-apa maklumat lain yang Suruhanjaya fikirkan perlu.

C) .

PERATURAN 74 Fee hendaklah dibayar bagi suatu Perakuan Pendaftaran sebagai


seorang Kontraktor Perkhidmatan Elektrik dan pembaharuannya pada kadar yang
ditetapkan dalam Bahagian VII Jadual Kedua.
SOALAN 20
A) .
I. SEKSYEN 2 “kawasan bekalan” ertinya kawasan yang dalamnya pihak
berkuasa bekalan atau pemegang lesen dibenarkan untuk menjana
kuasa dan atau membekalkan elektrik;

II. “pemegang lesen” ertinya orang yang dilesenkan di bawah seksyen 9;

B)

SEKSYEN 4
(a) untuk mengeluarkan lesen di bawah seksyen 9 Akta ini;

(b) untuk menjalankan fungsi pengawalseliaan berkenaan dengan perkhidmatan


mengadakan elektrik oleh pemegang lesen termasuk menentukan standard
pembekalan dan perkhidmatan, standard prestasi dan standard kemudahan dan
perkhidmatan dan penguatkuasaannya;

(c) untuk menggalakkan persaingan dalam penjanakuasaan dan pembekalan


elektrik untuk, antara lainnya, memastikan pembekalan optimum elektrik pada
harga yang munasabah;

C) .

I. SEKSYEN 5 (1) Seseorang pegawai diberi kuasa boleh, bagi maksud


menunaikan mana-mana tugasnya atau menjalankan mana-mana
fungsinya di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di
bawahnya, atau selainnya bagi apa-apa maksud Akta ini atau mana-mana
peraturan, memasuki mana-mana tanah, rumah atau bangunan dengan
atau tanpa bekalan elektrik, pada bila-bila masa munasabah, untuk
memeriksa dan memeriksa teliti mana-mana bahagian sesuatu
pepasangan atau kelengkapan, atau untuk sebab berpatutan yang lain.

II. SEKSYEN 8

Mana-mana orang yang—


(a) tidak membenarkan mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis yang
berpangkat tidak rendah daripada Inspektor akses kepada mana-mana tempat;

(b) menyerang, menggalang,, menghalang atau melengahkan mana-mana pegawai


diberi kuasa atau pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor
dalam melaksanakan apa-apa kemasukan yang dia berhak melaksanakan di bawah
Akta ini, atau dalam penyempurnaan apa-apa tugas yang dikenakan atau kuasa
yang diberikan oleh Akta ini;

(c) enggan memberi kepada mana-mana pegawai diberi kuasa atau pegawai polis
yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor apa-apa maklumat yang
berhubungan dengan sesuatu kesalahan atau kesalahan yang disyaki di bawah Akta
ini atau apa-apa maklumat lain yang dengan munasabahnya mungkin dikehendaki
daripadanya dan yang ada dalam pengetahuannya atau yang dia mempunyai kuasa
untuk memberi;

(ca) enggan untuk memberi mana-mana pegawai Suruhanjaya apa-apa maklumat


yang dengan munasabahnya mungkin dikehendaki daripadanya dan yang ada
dalam pengetahuannya atau yang dia mempunyai kuasa untuk memberikan
berhubung dengan apa-apa perkara di bawah fungsi, tugas dan kuasa Suruhanjaya
di bawah seksyen 4; atau

(d) dengan disedarinya memberikan maklumat palsu,

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi
lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun
atau kedua-duanya..
SOALAN 32

A)
PERATURAN 115 Jika Suruhanjaya mendapati bahawa adalah perlu bagi
menjamin tahap keselamatan yang munasabah—

(a) untuk mengambil langkah awasan dalam menjalankan atau mengendalikan


sesuatu radas; atau

(b) untuk membuat penambahan atau pengubahan kepada sesuatu radas,

Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan perintah bertulis dan perintah itu


hendaklah dikuatkuasakan oleh pemunya, pengurusan atau pemegang lesen
mana-mana pepasangan, kontraktor, pengilang, pengedar atau peruncit yang
kepadanya perintah itu dialamatkan.

B) PERATURAN 116 (1) Tiada seorang pun boleh menggunakan, mengerjakan


atau mengendalikan apa-apa kelengkapan yang, pada pendapat Pegawai
Kesihatan Negeri, adalah mengancam atau membahayakan kesihatan orang
yang menjaganya atau kepada orang awam.

(2) Suruhanjaya hendaklah mengeluarkan arahan kepada mana-mana orang yang


berkenaan untuk menjamin pematuhan wajar peruntukan subperaturan (1).

(3) Suruhanjaya boleh melarang penggunaan mana-mana kelengkapan oleh


seseorang yang, pada pendapatnya, menyebabkan atau kemungkinan
menyebabkan kacau-ganggu kepada orang awam.

C)
PERATURAN 121 (H)
1. Perakuan Kekompetenan sebagai Jurutera Elektrik;
2. Perakuan Kekompetenan sebagai Penyelia Kejuruteraan Elektrik;
3. Perakuan Kekompetenan sebagai Penjaga Jentera;
4. Perakuan kekompetenan sebagai Pendawai;
5. Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Pendawaian;
6. Perakuan Pendaftaran sebagai Kontraktor Papan Tanda Elektrik;
7. Perakuan Pendaftaran sebagai Pembuat Papan Suis;
8. Perakuan Pendaftaran sebagai Unit Pendawaian Persendirian;
9. Perakuan Pendaftaran sebagai Jurutera Perkhidmatan Elektrik; dan
10. Perakuan Pendaftaran bagi sesuatu pepasangan

You might also like