You are on page 1of 22

Isi Kandungan

Isi Kandungan Muka Surat


Penghargaan 1
Pengenalan 2-3
Sejarah Pilihan Raya di Malaysia 4-5
Fungsi Pilihan Raya 6
Fungsi SPR 7
Kelayakan Calon & Mengundi 8-9
Proses Pelaksanaan Pilihan Raya 10 - 12
Kesimpulan 13
Lampiran 14 - 15
Rujukan 16
Penghargaan

Setinggi - tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih saya ucapkan kepada En Haris
Fadzilah Bin Abdullah, selaku pensyarah matapelajaran Pengajian Malaysia saya
yang telah banyak membantu dalam melaksanakan folio ini. Beliau telah memberikan
tunjuk ajar kepada saya dan rakan - rakan bagaimana untuk melaksanakan tugasan ini.
Sepanjang saya melakukan folio ini, beliau juga banyak membantu saya bagaimana
untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan ini.
Maklumat - maklumat yang saya perolehi hasil daripada carian saya telah digunakan
untuk menghasilkan dan menyiapkan tugasan ini. Berkat usaha dan bantuan rakan -
rakan seperjuangan dan pensyarah yang tidak mengenal erti penat lelah, saya dapat
menyiapkan folio ini dan menghantar pada tarikh yang telah ditetapkan iaiatu pada 23
Julai 2019.

1
Pengenalan

1.0 Maksud dan latar belakang sistem pilihan raya di Malaysia.

Pilihan raya adalah satu proses demokrasi di mana undian digunakan untuk memilih
calon yang sesuai untuk mewakili rakyat di parlimen. Ia merupakan suatu mekanisme
demokrasi untuk memilih calon yang sesuai untuk memenuhi jawatan - jawatan
penggubal undang - undang, eksekutif, perundangan dan kerajaan tempatan. Di
universiti, ia pula penting untuk memilih wakil persatuan pelajar. Matapelajaran yang
berkaitan dengan pilihan adalah dipanggil “psefologi”.
Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu pilihan raya umum atau pilihan raya kecil.
Kaedah atau sistem pilihan raya boleh dikategorikan kepada dua iaitu sama ada
perwakilan berkadar (proportional) atau sistem majoriti (majoritarian). sistem pilihan
raya mementingkan pemenang, atau beberapa pemenang menurut pengiraan undi
yang diperolehi setiap calon yang bertanding. Pemenang menjadi tumpuan sebab dia
akan mewakili rakyat di Parlimen dan terlibat dalam proses penggubalan undang -
undang. Oleh itu cara pemilihannya amat penting dan sepatutnya selari dengan
kehendak demokrasi. Selain itu pilihan raya biasanya dipantau oleh sebuah badan
bebas, misalnya di Malaysia ia dipantau oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
Selepas perang dunia kedua berakhir pada tahun 1945, diikuti dengan pengunduran
tentera Jepun dari Tanah Melayu, semangat nasionalisme di kalangan rakyat Tanah
Melayu ketika itu amat ketara. Tertubuhnya parti - parti politik untuk
memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Mereka ini mendapat kuasa melalui
pilihan raya yang diadakan untuk memilih kerajaan. Tujuan utama parti - parti politik
ini bertanding ialah untuk memperoleh majoriti kerusi di Parlimen (Dewan Rakyat
Malaysia) atau Dewan Undangan Negeri supaya boleh menubuhkan Kerajaan
Persekutuan atau Negeri. Calon - calon yang memperoleh majoriti undi di bahagian
yang mereka bertanding akan diisytihar menang.
Pilihan raya umum Malaysia diadakan secara berkala bagi melantik wakil - wakil
rakyat ini. Dan sekiranya berlaku kekosongan di antara tempoh pilihan raya umum,
pilihan raya kecil boleh diadakan bagi mengisi kekosongan tersebut.

2
Latar Belakang Sistem Pilihan Raya

Bahagian Pilihan Raya Persekutuan

- Juga dikenali dengan nama “kawasan parlimen”.


- Diwakili oleh seorang Ahli Dewan Rakyat.
- Terdiri daripada gabungan beberapa kawasan DUN (kecuali Wilayah Persekutuan
yang mempunyai Parlimen sahaja).

Bahagian Pilihan Raya Negeri

- Juga dikenali sebagai nama “kawasan DUN”.


- Diwakili oleh seorang Ahli Dewan Undangan Negeri.
- Terdiri daripada gabungan beberapa Daerah Mengundi

Daerah Mengundi

- Kawasan kecil dalam bahagian pilihan raya Negeri atau Persekutuan (bagi Wilayah
Persekutuan).
- Terdiri daripada gabungan lokaliti.
- Lokaliti adalah unit terkecil dalam bahagian pilihan raya yang ditentukan
berdasarkan alamat pada kad pengenalan.

3
Sejarah Pilihan Raya di Malaysia

2.0 Menerangkan sejarah pilihan raya di Malaysia.

Pada tanggal 16 Februari 1952, Pilihan Raya Perbandaran (Kuala Lumpur) telah
diadakan. Pilihan raya ini merupakan susulan daripada Perjanjian Tanah Melayu
1948. pilihan raya ini bukannya pilihan raya perbandaran yang pertama. Pilihan raya
pertama diadakan pada 27 Julai 1955 sebelum merdekanya Malaysia. Dalam pilihan
raya pertama parti yang bertanding ialah Parti Perikatan (UMNO/MCA/MIC)
bertanding 52 kerusi. Parti Negara dibawah pimpinan Datuk Onn Ja’afar kemukakan
33 orang calon. Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) kemukakan 11 orang dan parti
lain iaitu Parti Buruh, Parti Kemajuan Perak, Pertubuhan Kebangsaan, dan
Pertubuhan Negeri. Parti Perikatan telah memenangi 51 dari 52 buah kerusi yang
dipertandingkan. Kerusi yang sebuah lagi dimenangi oleh PAS.

4
Sejarah Penubuhan Suruhanjaya Pilihan Raya

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia ditubuhkan pada 4 September 1957 mengikut


Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan. Semasa penubuhannya, Suruhanjaya Pilihan
Raya dianggotai oleh seorang Pengerusi dan dua (2) orang ahli. Pengerusi pertama
Suruhanjaya ialah YBhg. Dato’ Dr. Mustafa Albakri bin Haji Hassan, manakala ahli -
ahlinya terdiri daripada Encik Lee Ewe Boon dan Encik Ditt Singh. Berikutan dengan
penubuhan Malaysia pada tahun 1963, bilangan Ahli Suruhanjaya ditambah kepada
tiga (3) orang. Ahli tambahan itu sama ada dari Sabah atau Sarawak yang dilantik
secara bergilir.
YBhg. Datuk Abang Haji Marzuki bin Nor dari Sarawak menjadi ahli pertama
mewakili dua (2) negeri berkenaan. Pada tahun 1981, pindaan ke atas Perkara 114
Perlembagaan Persekutuan dibuat bagi membolehkan pelantikan seorang Timbalan
Pengerusi. Encik Abdul Rahman bin Abu Hassan merupakan orang pertama mengisi
jawatan Timbalan Pengerusi. Pada tahun 2002, pindaan kepada Perlembagaan
Persekutuan diluluskan bagi menambah keanggotaan Suruhanjaya Pilihan Raya
menjadi tujuh (7) orang iaitu seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan
lima (5) orang Ahli termasuk seorang ahli dari Sabah dan seorang ahli dari Sarawak.
Bagi membolehkan ia menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya membentuk
sebuah Urus Setia yang diketuai oleh seorang Setiausaha. Setiausaha ini berperanan
sebagai ketua pentadbir bagi urus setia berkenaan. Setiausaha pertama yang dilantik
ialah Encik H. Cassidy yang berkhidmat dari tahun 1957 hingga 1958.
Sejak penubuhannya pada tahun 1957 sehingga 1978, Ibu Pejabat Suruhanjaya
terletak di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Clark, Kuala Lumpur. Dari tahun
1978 hingga 1985 Suruhanjaya Pilihan Raya beroperasi di Bangunan Yayasan
Selangor, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur. Pada tahun 1985 ia berpindah ke
Bangunan Tong Ah, Jalan P.Ramlee dan beroperasi di sana sehingga tahun 1988
sebelum berpindah pula ke aras 5 - 8, Menara Bank Pembangunan, Jalan Sultan
Ismail, Kuala Lumpur. Pada bulan November 2000, Ibu Pejabat Suruhanjaya
berpindah ke lokasi sekarang di Putrajaya.

5
Fungsi Pilihan Raya

3.0 Membincangkan fungsi - fungsi Pilihan Raya.

1. Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi.


2. Mengekalkan pucuk pimpinan.
3. Pemilihan calon bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan.
4. Menguatkan kestabilan dan legitimacy dalam satu organisasi dan komuniti politik.
5. Memilih wakil - wakil untuk menerajui pemerintahan Negara.

Tujuan pilihan raya dalam sistem demokrasi adalah untuk memilih dan melantik
wakil rakyat yang akan menjalankan fungsi tertentu. Antara fungsi terbesarnya adalah
menggubal undang - undang di dalam dewan legislatif. Ahli dewan adalah pemilik
kedaulatan yang berhak menerbitkan hukum untuk diaplikasikan kepada masyarakat.
Ini bertentangan dengan Islam di mana tujuan pilihan raya adalah untuk melantik
anggota Majlis Umat dan menunjukkan kehendak umat dalam menentukan calon
khalifah yang layak sebelum dibai’at untuk melaksanakan Islam. Fungsi Majlis Umat
adalah menyampaikan kepentingan suara masyarakat kepada khalifah atau tempat
rujukan khalifah bagi menunaikan tanggungjawab dan aspirasi umat. Selain itu,
Majlis Umat mewakili umat dalam melakukan muhasabah terhadap pemerintah dan
pegawai negara. Mereka tidak menjalankan fungsi legistatif sebagaimana wakil rakyat
dalam sistem demokrasi. Majlis Umat juga bukanlah badan pemerintah atau al-
Hukkam sehingga mereka tidak ada kuasa khusus terhadap warganegara selain
menjalankan fungsi yang telah disebutkan.

6
Fungsi SPR

4.0 Menerangkan fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berfungsi untuk membuat kajian dan persempadanan
semula Bahagian - Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri setiap tidak kurang
daripada lapan tahun selepas tarikh siapnya urusan kajian dan persempadanan.
Suruhanjaya Pilihan Raya juga menjalankan urusan pendaftaran pemilih dan semakan
daftar pemilih. Salah satu fungsi SPR adalah untuk mendaftarkan warganegara yang
layak sebagai pemilih supaya mereka dapat menyertai proses memilih wakil untuk
menyuarakan pendapat mereka dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri
mengikut perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. SPR turut menjalankan pilihan raya
umum ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, dan menjalankan pilihan raya
kecil sekiranya berlaku kekosongan. Mengikut peraturan pilihan raya, tugas SPR ialah
mengadakan pilihan raya ke atas kawasan parlimen dan DUN, mengelola pilihan raya
dan pelaksanaan pendaftaran pemilih. Dasar Suruhanjaya Pilihan Raya adalah untuk
memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui
pilihan raya yang bebas dan adil. Ia juga mengumpul maklumat mengenai kawasan
baru yang membolehkan keadilan dapat dilakukan ke atas pengundi untuk mengundi
di kawasan pengundian yang ditetapkan, mempromosikan kepentingan mengundi, dan
menguruskan semakan daftar pemilih dengan memadam nama - nama orang yang
telah meninggal dunia atau didapati tidak layak mengundi. Pada hari pengundian,
anggota SPR dan pegawai akan berada di pusat pengundian untuk menjalankan proses
pengundian pilihan raya.

7
Kelayakan Calon & Pengundi

5.0 Membincangkan kelayakan calon dan pengundi.

Fakta - fakta umum untuk calon


1. Menjadi Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
Untuk menjadi seorang ahli Dewan Rakyat (Parlimen), seseorang itu mestilah
dicalonkan dan memenangi dalam pilihan raya bahagian Parlimen. Begitu juga halnya
jika seseorang itu mahu menjadi ahli Dewan Undangan Negeri bagi mana - mana
negeri maka orang itu mestilah dicalonkan dan memenangi pilihan raya Dewan
Undangan Negeri.
2. Syarat Kelayakan Menjadi Calon
- Pilihan Raya Dewan Rakyat
a) Seorang warganegara bermastautin di dalam Persekutuan (Perkara 47
Perlembagaan Persekutuan) semasa pencalonan.
b) Berumur tidak kurang daripada dua puluh satu (21) tahun pada hari penamaan
calon.
3. Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri
a) Seseorang warganegara Malaysia dan bermastautin di dalam negeri di mana ia
ingin bertanding.
b) Berumur tidak kurang daripada dua puluh satu (21) tahun pada hari penamaan
calon.
4. Hilang Kelayakan Menjadi Calon
a) Didapati atau disahkan sebagai orang tidak sempurna akal;
b) Seseorang bankrap yang belum lepas;
c) Seseorang yang memegang “jawatan berpendapatan”,
d) Seseorang itu apabila telah dicalonkan untuk pilihan raya Dewan Rakyat atau
Dewan Undangan Negeri atau menjadi Ejen Pilihan Raya kepada orang yang telah
dicalonkan, dia telah gagal untuk mengemukakan penyata perbelanjaan pilihan raya
seperti yang dikehendaki oleh undang - undang di dalam masa dan cara yang
dikehendaki;

8
e) Seseorang yang telah disabitkan dengan kesalahan oleh mahkamah di dalam
Persekutuan (atau sebelum hari Malaysia di dalam kawasan - kawasan Sabah atau
Sarawak atau Singapura) dan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada
satu (1) tahun atau didenda tidak kurang daripada dua ribu ringgit Malaysia (RM
2,000.00) dan belum menerima pengampunan;
f) Didapati telah mendapat kewarganegaraan atau telah menggunakan hak
kewarganegaraan negara asing atau telah membuat pengakuan taat setia kepada mana
- mana negara asing.
5. Deposit
Undang - undang menetapkan seseorang yang ingin bertanding dalam pilihan raya
dikehendaki mengemukakan wang deposit yang ditetapkan seperti berikut;
a) Pilihan Raya Parlimen - RM10,000.00
b) Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri - RM 5,000.00
Jika wang deposit tidak disertakan, kertas penamaannya dianggap sebagai tidak
lengkap dan Pegawai Pengurus berkuasa untuk tidak menerima kertas penamaan
tersebut.
6. Deposit Bahan Kempen Pilihan Raya
Calon - calon hendaklah membayar deposit bahan kempen pilihan raya seperti
berikut;
a) Pilihan Raya Parlimen - RM 5,000.00
b) Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri - RM 3,000.00
Sekiranya calon gagal mengemukakan deposit bahan kempen adalah tidak dibenarkan
untuk memasang atau mempamer sebarang bahan kempen pilihan raya. Jika disabit
kesalahan di bawaah Seksyen Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 berkaitan dengan
perkara tersebut, calon berkenaan boleh dihukum penjara selama tidak melebihi satu
tahun atau denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau kedua - duanya sekali.
7. Keistimewaan Untuk Seseorang Calon Pada Hari Mengundi
Calon adalah dibenarkan melawat tempat - tempat berikut;
a) Tempat mengundi/ mengira undi.
b) Pusat mengira undi berpusat dan berkelompok.
c) Pusat pengeluaran, pembukaan dan pengiraan undi pos.
d) Pusat Penjumlahan Rasmi Undi.

9
Proses Pelaksanaan Pilihan Raya

6.0 Membincangkan proses pelaksanaan Pilihan Raya.

Pilihan Raya Umum atau Pilihan Raya Kecil di Malaysia melibatkan enam (6)
peringkat iaitu pengeluaran writ, penamaan calon, kempen pilihan raya, pengundian,
perjumlahan rasmi undi dan pengumuman keputusan pilihan raya.

Pengeluaran Writ
Apabila berlaku pembubaran Parlimen atau Dewan Undangan Negeri atau terdapat
kekosongan di luar jangka, SPR akan mengeluarkan writ iaitu surat kuasa untuk
menjalankan pilihan raya kepada Pegawai Pengurus. Pada masa yang sama satu notis
pilihan raya akan diwartakan dan ditampal di tempat - tempat yang mudah untuk
semakan orang ramai. Notis tersebut akan mengandungi tarikh penamaan dan tarikh
pengundian yang akan dijalankan.
Penamaan Calon
Pada hari penamaan calon yang ditetapkan, diantara jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi,
Pegawai Pengurus akan menerima borang - borang penamaan dari calon, pencadang
atau penyokong atau ketiga - tiga sekali. Selain dari penyerahan tiga salinan borang
penamaan, calon, pencadang atau penyokong perlu juga menyertakan deposit pilihan
raya dan Borang Akaun Berkanun iaitu Borang 5 untuk calon bagi ahli Dewan Rakyat
dan Borang 5A untuk calon bagi Ahli Dewan Undangan Negeri. Borang - borang ini
perlu dimatikan setem di Pejabat Duti Setem. Pegawai Pengurus akan
mengisytiharkan calon - calon yang layak bertanding. Jika hanya seorang saja calon
yang layak, Pegawai Pengurus akan mengumumkan calon tersebut menang tanpa
bertanding.
Kempen Pilihan Raya
Selepas sahaja urusan penamaan calon selesai, calon - calon atau wakilnya bolehlah
memulakan urusan kempen yang terdiri daripada pemasangan poster, ceramah -
ceramah, pengedaran risalah dan kempen dari rumah ke rumah. Aktiviti kempen ini
perlu dihentikan pada jam 12.00 tengah malam sebelum hari mengundi. Untuk tujuan
kempen, calon - calon dikehendaki membayar deposit bahan kempen sebanyak

10
RM 5,000 bagi pilihan raya Parlimen dan RM 3,000 bagi pilihan raya Dewan
Undangan Negeri. Begitu juga pemasangan poster ia perlu membayar sejumlah wang
kepada pihak berkuasa tempatan. Bagi membolehkan calon - calon mengadakan
ceramah terbuka mereka perlu mendapat kelulusan dari pihak polis.
Pengundian
Padah hari mengundi yang telah ditetapkan, pemilih - pemilih yang namanya adalah
didalam daftar pemilih akan keluar mengundi di pusat - pusat mengundi yang telah
ditetapkan. Pada amnya masa mengundi yang telah ditetapkan oleh SPR ialah antara
jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang diseluruh negara. Namun demikian ada juga
kawasan yang masa mengundinya dipendekkan atas alasan keselamatan dan
kesukaran pengangkutan terutamanya di Sabah dan Sarawak. Setiap pusat mengundi
biasanya mempunyai lebih dari satu tempat mengundi. Ia diketuai oleh seorang Ketua
Tempat Mengundi dan dibantu oleh dua hingga empat orang pembantu. Bagi
pengundi - pengundi tidak hadir atau kalangan yang layak mengundi secara pos,
mereka boleh mengundi lebih awal dari hari mengundi yang ditetapkan. Namun
demikian semua kertas undi yang telah ditandakan perlu sampai ke Pejabat Pegawai
Pengurus pada jam 5.00 petang hari mengundi tersebut.
Penjumlahan Rasmi Undi
Sebaik saja urusan pengundian selesai, Ketua Tempat Mengundi akan membuat
pengiraan kertas undi. Keputusan pengiraan undi ini akan dimasukkan ke dalam
Borang 14. Semua Borang 14 ini akan dibawa kepada Pegawai Pengurus untuk dibuat
Penjumlahan Rasmi Undi. Pegawai Pengurus setelah menyemak Borang 14 ini dan
jika didapati betul beliau akan mengumumkan kepada orang ramai satu persatu dan
jika terdapat keraguan beliau akan menyemak semula dengan Borang 13 Penyata
Kertas Undi. Apabila semua keputusan Borang 14 - Penyata Pengundian Selepas
Pengiraan Undi dan Borang 15 - Penyata Pengundiaan Selepas Kertas Undi Pos
diterima dan diumumkan, beliau akan menjumlahkan keseluruhan keputusan untuk
menentukan pemenangnya.
Pengumuman Keputusan Pilihan Raya
Setelah selesai menjumlahkan Borang 14 dan 15, Pegawai Pengurus bagi sesuatu
bahagian pilihan raya itu akan mengisytiharkan calon yang mendapat undi majoriti
dan mengesahkannya sebagai wakil yang terpilih bagi bahagian pilihan raya yang
berkenaan.
11
Keputusannya tidak boleh dipertikaikan. Mana - mana pihak yang tidak berpuas hati
dengan keputusan pilihan raya boleh mengemukakan di Mahkamah Pilihan Raya
melalui petisyen pilihan raya.

12
Kesimpulan

Kesimpulan daripada tugasan yang telah dilakukan ini ialah kita sebagai warganegara
atau rakyat Malaysia seharusnya bertanggungjawab untuk memilih kerajaan yang
dapat membangunkan dan memajukan negara kita seperti negara - negara yang lain.
Rakyat yang bijak dapat membuat keputusan dengaan baik semasa menjalani proses
pilihan raya untuk menetapkan kerajaan yang akan mentadbir negara tersebut. Dalam
pada itu, kerajaan baru yang telah ditubuhkan juga haruslah memimpin dan berusaha
dalam memajukan negara dari pelbagai aspek misalnya aspek pentadbiran, ekonomi,
perindustrian, dan kewangan negara. Malahan, kita juga perlu bekerjasama dengan
semua pihak untuk menjaga keamanan dan keharmonian negara kita agar kuasa atau
penceroboh daripada negara lain tidak masuk ke dalam negara kita untuk menjajah
negara kita. Oleh yang demikian, sistem pilihan raya telah diwujudkan bagi
membantu proses pemilihan kerajaan yang sesuai untuk mentadbir negara kita.
Diharap agar peristiwa bersejarah sewaktu negara kita dijajah oleh pihak komunis
dahulu menjadi iktibar kepada kita semua untuk menjadi lebih berani, yakin dan
mempunyai nilai positif dalam diri yang tinggi serta semangat cinta akan negara yang
mendalam bagi mengekalkan kedaulatan negara kita.

13
Lampiran

Gambarajah lambang Suruhanjaya Pilihan Raya

Gambarajah Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya di Putrajaya

14
Lampiran

Gambarajah tatacara proses pilihan raya.

Gambarajah proses pilihan raya sedang dijalankan.


15
Rujukan

Internet
1. https://ms.m.wikipedia.org>wiki

2. www.spr.gov.my

3. https://fafadat1a16.blogspot.com
16

You might also like