You are on page 1of 14

Lorong Perusahaan 1,

Kawasan Perusahaan Perai,


13600 Perai, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 – 3907269 / 3907335
Fax : 04 – 3986964
Website : http/www.ittar.edu.my

OPTO – ELEKTRONIK
1.0 : OBJEKTIF

1.1 Mengenal dan mengetahui kategori komponen – komponen opto- elektronik.

1.2 Mengenal dan mengetahui nama , binaan serta simbol dan kendalian asas setiap komponen- komponen opto-
elektronik.

1.3 Mengetahui kegunaan serta kendalian asas beberapa litar yang menggunakan komponen- komponen opto-elektronik.

2.0 : PENGENALAN

Opto-elektronik ialah ringkasan bagi perkataan optical-elektronik. Opto-elektronik membawa maksud komponen-komponen
elektronik yang berkendali berasaskan cahaya. Secara asasnya komponen-komponen tersebut boleh dibahagikan kepada
beberapa kategori berasaskan cara ia berkendali.

2.1 Menghasilkan beza upaya ( voltan ) apabila terkena pada cahaya.

a. Cell Solar / Photo Voltaic Cell.

2.2 Memancarkan cahaya apabila mengalirkan arus.

a. LED – Light Emitting Diode


b. LCD – Liquid Crystal Display
c. IR Emitter – Infra Red Emitter
d. Laser Diode

2.3 Memerlukan cahaya untuk membolehkan ia mengalirkan arus.

a. Photo Diode (Diod foto)


b. Photo Transistor (Transistor Foto)
c. LASCR – Light Active SCR
d. Photo Conductive Cell / LDR – Light Dependent Resistor

2.4 Coupler – Gabungan daripada beberapa komponen opto- elektronik.

a. Opto- Coupler
b. Opto- Switch

Kebiasaannya komponen-komponen opto- elektronik digunakan sebagai paparan digital, pensuisan , dan juga sebagai
sensor, yang mana funsi utamanya ialah sebagai alat untuk mengesan kehadiran sesuatu objek dan lain – lain.

Komponen opto-elektronik banyak terdapat pada mesin- mesin di dalam industri yang berkendali secara automatik. Selain
daripada itu juga ia banyak digunakan di dalam litar alarm dan juga di dalam alat kawalan jauh (remote control) .

Kerinchi / Leha / Unit Elektronik Perindustrian ( E – 010 ) Mukasurat : 1


Lorong Perusahaan 1,
Kawasan Perusahaan Perai,
13600 Perai, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 – 3907269 / 3907335
Fax : 04 – 3986964
Website : http/www.ittar.edu.my

3.0 : TEORI QUANTUM

 Teori Quantum menyatakan bahawa cahaya mengandungi satu tenaga yang dipanggil ‘Photons’ .

 Tenaga yang terkandung di dalam ‘photon’ adalah bergantung kepada frekuensi cahaya tersebut.

 Ini diberikan melalui formula di bawah:-

*E = hf di mana,

h = 6.625 x 10-34 (nilai tetap)


E = tenaga di dalam photon
F = frekuensi cahaya.

 Daripada formula di atas, dapat kita lihat bahawa tenaga di dalam photou adalah berkadar terus dengan frekuensi
cahaya. Semakin tinggi frekuensi cahaya maka semakin tinggi tenaga yang terkandung di dalam photon.

 Formula dibawah pula menunjukkan kaitan diantara kelajuan cahaya dan panjang gelombang cahaya.

* c= f  dimana,
c = kelajuan cahaya ( 3 x 108 m/s)
f = frekuensi cahaya
 = panjang gelombang cahaya.

 mempunyai kaitan dengan jenis cahaya ianya akan menentukan samada cahaya itu dapat dilihat atau tidak seperti
cahaya ultra ungu dan infra merah. Cahaya boleh lihat adalah pada julat frekuensi 4.3 x 10 14 Hz hingga 7.5 x 1014 Hz.

Frekuensi terendah adalah merah dan paling tinggi adalah ungu. Frekuensi yang kurang dari cahaya merah hingga ke
1012 Hz dipanggil infra merah dan frekuensi yang tinggi daripada ungu hingga ke 5 x 1017 Hz dipanggil ultra ungu.

4.0 : PHOTO CONDUCTIVE CELL / LDR

a. simbol b. rupa bentuk

 ‘Photoconduvtive cell’ atau juga dikenali sebagai LDR ( Light Dependent Resistor) , adalah merupakan satu
perintang yang mana nilainya (rintangan) akan berubah-ubah mengikut kadar cahaya yang dikenakan kepadanya.

 Ia dibina daripada satu bahan yang sensitive kepada cahaya. Ia dibuat daripada bahan semiconductor iaitu Cds-
Cadmium sulphide dan Cdse – Cadmium Selenide.

Kerinchi / Leha / Unit Elektronik Perindustrian ( E – 010 ) Mukasurat : 2


Lorong Perusahaan 1,
Kawasan Perusahaan Perai,
13600 Perai, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 – 3907269 / 3907335
Fax : 04 – 3986964
Website : http/www.ittar.edu.my

 Secara asasnya rintangan bahan semikonduktor adalah bergantung kepada cas-cas yang terdapat di dalamnya.
Apabila di dalam keadaan gelap, cas-cas yang terdapat pada bahan semikonduktor tersebut adalah sedikit, ini
menjadikan rintangan bahan amat tinggi.

 Apabila cahaya dikenakan / cahaya mengenai bahan semikonduktor tersebut, maka tenaga yang terdapat pada
photon akan meningkatkan bilangan cas pada bahan. Ini akan menyebabkan rintangan bahan semikonduktor
menjadi rendah.

 Semakin cerah / semakin banyak cahaya mengenai LDR maka akan terhasil di dalam bahan separuh pengalir
(semikonduktor). Ini akan menyebabkan rintangan bahan tersebut akan menjadi semakin rendah.

 Rajah dibawah menunjukkan graf bagi rintangan LDR maka ia melawan cahaya. Dimana semakin cerah cahaya
dikenakan semakin rendah nilai rintangan LDR.

( R ) RINTANGAN LDR

( K ) KECERAHAN
0 / GELAP CAHAYA

Rajah:- Graf Rintangan LDR melawan kecerahan cahaya.

Kerinchi / Leha / Unit Elektronik Perindustrian ( E – 010 ) Mukasurat : 3


Lorong Perusahaan 1,
Kawasan Perusahaan Perai,
13600 Perai, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 – 3907269 / 3907335
Fax : 04 – 3986964
Website : http/www.ittar.edu.my

5.0 : PHOTO TRANSISTOR (TRANSISTOR FOTO)

C
B

C E
B

a. Simbol b. Rupa bentuk

10.0°

c. Sudut penerimaan cahaya.

o Rupabentuk fizikal foto transistor adalah semua seperti transistor BJT biasa kecuali pada bahagian
atasnya terdapat satu penutup yang diperbuat daripada kaca bagi membolehkan cahaya mengenai
bahagian dalaman transistor.

o Perbezaan foto transistor dengan transistor BJT biasa ialah dari segi binaan dalamannya dimana simpang
PN diantara pemungut (collector) dan tapak (base) adalah merupakan simpang peka cahaya.

E C
N P N
IE IC

IB

Berkadar terus dengan voltan bekalan


+ VCC / VB (voltan Base)

Kerinchi / Leha / Unit Elektronik Perindustrian ( E – 010 ) Mukasurat : 4


Lorong Perusahaan 1,
Kawasan Perusahaan Perai,
13600 Perai, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 – 3907269 / 3907335
Fax : 04 – 3986964
Website : http/www.ittar.edu.my

SIMPANG C-B ( PEKA CAHAYA )

E C
N P N
IE IC

Berkadar terus dengan Kuantiti cahaya yang mengenai simpang C – B

IC ( mA )

I 3

I 2

I 1

ICEO

VCE
0

Lengkok ciri pengaliran arus IC bagi transistor foto.

 Silikon NPN adalah bahan yang digunakan bagi membina foto transistor. Di dalam keadaan gelap, tiada arus tapak
(base) yang mengalir tetapi terdapat sedikit arus bocor yang terhasil diantara pemungut (collector) dan pemancar
(emitter). Arus bocor ini ( ICEO ) adalah amat kecil dan biasanya di dalam unit nano Ampere.

 Apabila cahaya mengenai simpang C – B (simpang peka cahaya), maka akan terhasilnya arus tapak (base) , Iλ .
Kadar arus yang mengalir ini adalah bergantung kepada cahaya yang mengenai simpang C – B. Dimana semakin
cerah cahaya maka semakin banyak arus (Iλ) yang mengalir.

 Pengaliran arus tapak (base) akan menghasilkan aliran arus bagi I C dan juga IE dimana ini dapat diterangkan melaui
kaitan formula dibawah:-

IC = I x ß } sama seperti transistor BJT biasa dimana :


IC = IB x ß

IE = IC + I IE = IB + IC

Kerinchi / Leha / Unit Elektronik Perindustrian ( E – 010 ) Mukasurat : 5


Lorong Perusahaan 1,
Kawasan Perusahaan Perai,
13600 Perai, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 – 3907269 / 3907335
Fax : 04 – 3986964
Website : http/www.ittar.edu.my

5.0 : PHOTO DIODE (DIOD FOTO)

Simbol Rupa bentuk

CAHAYA
KANTA
PENUMPU

SIMPANG PN

P N

Rajah :- Kaedah pincangan dan kendalian asas photo diod.

 Diod foto adalah merupakan satu diod simpang PN yang pengendaliannya adalah di dalam pincang balikan, seperti
diod zener. Di dalam litar ia akan di sambungkan di dalam konfigurasi pincang songsang. Dimana ini akan
menghasilkan kawasan susutan yang besar.

 Diod foto akan mengalirkan arus apabila cahaya mengenai simpang PN diod. Ketika tiada cahaya simpang PN diod
akan mempunyai kawasan susutan yang besar dan rintangan yang amat tinggi. Ini akan menghalang arus daripada
mengalir melaluinya sebagaimana diod biasa yang lain. Tetapi apabila cahaya dikenakan pada simpang PN,
kawasan susutan akan mengecil dan rintangan simpang menjadi rendah. Ini membolehkan arus mengalir melalui
diod. Arus ini dinamakan sebagai arus songsang, semakin banyak arus akan mengalir.

Kerinchi / Leha / Unit Elektronik Perindustrian ( E – 010 ) Mukasurat : 6


Lorong Perusahaan 1,
Kawasan Perusahaan Perai,
13600 Perai, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 – 3907269 / 3907335
Fax : 04 – 3986964
Website : http/www.ittar.edu.my

Lengkok ciri arus melawan voltan (IV) bagi diod foto.

 Disebabkan kendalian utama photo diod adalah pada pincang balikan maka lengkok ciri IV bagi diod foto adalah
pada bahagian pincang balikan. Rajah dibawah menunjukkan lengkok ciri IV bagi diod foto.

100 u

-4 -3 -2 -1 0 KEADAAN
Vs
GELAP

- 100 u

- 200 u

- 300 u

- 400 u

KEADAAN
CERAH
Is

 Daripada lengkok ciri IV ini juga dapat kita lihat bahawa nilai arus (I) yang akan mengalir melalui diod foto
adalah semakin maningkat apabila semakin cerah cahaya dikenakan. Walaupun nilai voltan ditingkatkan arus yang
mengalir akan tetap sama. Ini adalah jelas menunjukkan bahawa peningkatan arus didalam diod foto adalah
berdasarkan kecerahan cahaya yang dikenakan kepada simpang PN diod foto.

6.0 IR EMMITER (INFRA RED EMMITER)

Simbol Rupabentuk

Kerinchi / Leha / Unit Elektronik Perindustrian ( E – 010 ) Mukasurat : 7


Lorong Perusahaan 1,
Kawasan Perusahaan Perai,
13600 Perai, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 – 3907269 / 3907335
Fax : 04 – 3986964
Website : http/www.ittar.edu.my

EXPOXY RESIN

REFLECTING
PARABOLIC
SURFACE

DEFLEXTION OF
RADIANT FLUX PALLET

Struktur binaan

 IR Emmiter adalah merupakan satu LED yang akan mengeluarkan cahaya infra red tersebut biasanya adalah Galiun
Arsenid (Ga As ). Ini biasa digunakan didalam litar remote control transistor dan juga litar alarm system.

7.0 LED (LIGHT EMMITING DIODE)

 LED atau dikenali sebagai diod pemancar cahaya adalah merupakan satu diod simpang PN yang akan menghasilkan
cahaya apabila ia dikendalikan pada pincang hadapan. Secara asasnya binaan bagi LED adalah sama seperti diod
biasa, cuma bahan semikonduktor yang digunakan adalah berlainan. Diod simpang PN yang biasanya adalah
diperbuat daripada bahan semikonduktor silikon/ germanium. Tetapi bagi LED bahan semikonduktor yang
digunakan ialah Gallium Arsenide (Ga As), Gallium phosphide (GaP) dan Gallium – Arsenide – Phosphide (Ga AsP).

A K
P N

Binaan asas Simbol

POTONGAN ( NOTCH )

K
A

Rupabentuk

Kerinchi / Leha / Unit Elektronik Perindustrian ( E – 010 ) Mukasurat : 8


Lorong Perusahaan 1,
Kawasan Perusahaan Perai,
13600 Perai, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 – 3907269 / 3907335
Fax : 04 – 3986964
Website : http/www.ittar.edu.my

Bagaimana LED menghasilkan cahaya.

 LED menghasilkan cahaya akibat daripada pencantuman diantara electron dan lubang apabila merentasi simpang
PN. Pencantuman ini akan menghasilkan tenaga haba dan juga cahaya. Bagi diod biasa yang diperbuat daripada
semikonduktor silikon dan germinium, pertembungan diantara electron dan hole pada simpang PN kebanyakannya
hanya menghasilkan tenaga haba. Maka kerana itulah silikon dan germinium tidak sesuai digunakan bagi membina
LED.

 Warna cahaya yang terhasil adalah bergantung kepada bahan yang digunakan, dibawah adalah senarai bahan
binaan LED dan warna cahaya yang dihasilkan :-

1. Gallium Phosphide (Ga P) – menghasilkan cahaya merah @ hijau.


2. Gallium - Arsenide Phosphide (Ga AsP) – menghasilkan cahaya merah @ kuning
3. Gallium Arsenide (Ga As) – menghasilkan cahaya infra merah iaitu cahaya yang tidak
dapat dilihat dengan mata manusia. LED ini dipanggil infra –
red emitter atau lebih dikenali dengan panggilan IR
Emitter.

7.0 : LCD (Liquid Crystal Display)

PENUTUP KACA

+
TERMINAL
VOLTAN
-

PEMISAH PENUTUP CECAIR CRYSTAL 0 1 2 3 4 5 6 7


CECAIR

Binaan Rupabentuk dan sambungan bagi


satu LCD display 7 segment.

 LCD adalah merupakan salah satu daripada komponen opto – elektronik yang amat meluas digunakan pada masa
kini. Terutama bagi kegunaan paparan digital, dan malah teknologi LCD yang lebih maju mampu menghasilkan
gambar berwarna dan digunakan terutamanya bagi kegunaan komputer bimbit.

 Bahan asas yang digunakan ialah cecair crystal iaitu cholesteryl monanoate dan juga p- azoxyanisole kendalian
asas LCD bukan dengan cara menghasilkan cahaya tetapi ia berkendali dengan cara menyerap cahaya daripada
luar. Apabila voltan dikenakan kepada terminal LCD ini akan menyebabkan cecair crystal akan menyerap cahaya
daripad luar dan ini menghasilkan satu paparan berrwarna hitam / gelap.

Kerinchi / Leha / Unit Elektronik Perindustrian ( E – 010 ) Mukasurat : 9


Lorong Perusahaan 1,
Kawasan Perusahaan Perai,
13600 Perai, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 – 3907269 / 3907335
Fax : 04 – 3986964
Website : http/www.ittar.edu.my

8.0 : PHOTO VOLTAIC CELL / SOLAR CELL.

 ‘Solar cell’ adalah merupakan satu transduser yang menukarkan tenaga cahaya daripada matahari kepada tenaga
elektrik. Sifat ini biasanya terdapat pada kebanyakan bahan separuh pengalir yang mana binaannya dibina bagi
menyerap tenaga.

 Secara asasnya binaan ‘solar cell’ adalah daripada semikonduktor jenis P dan semikonduktor jenis N. Bahan
semikonduktor asas yang biasa digunakan ialah silikon dan selenium. Bahan jenis P dan jenis N tersebut akan
dibina di dalam bentuk simpang PN.

CAHAYA

PENUTUP KACA

LINGKARAN LOGAM
P ( Si )
SIMPANG PN
N ( Si )

Simbol Binaan

 Bahagian bawah photo cell dibuat daripada pengalir dan menjadi terminl –ve. Pada bahagian atas pula akan
terdapat bukaan dan satu lingkaran logam yang akan menjadi terminal +ve. Bahan P adalah dibina di dalam satu
lapisan nipis, ini bagi membolehkan cahaya mengenai simpang PN.

 Apabila cahaya mengenai simpang PN , satu medan elektrik akan terhasil pada simpang PN. Ini adalah disebabkan
terhasilnya ion-ion positif dan negatif apabila berlakunya penyatuan diantara hole dan electron,dan ini
menghasilkan satu beza keupayaan (voltan) wujud pada simpang PN.

 Kebiasaannya satu solar sell mampu menghasilkan voltan maksimum sebanyak 0.6V dan arusnya ialah 150mA. Oleh
itu bagi menghasilkan kadar keluaran voltan yang lebih besar maka banyak sell solar dipandukan dan ia
disambungkan di dalam bentuk siri dan selari.

Kerinchi / Leha / Unit Elektronik Perindustrian ( E – 010 ) Mukasurat : 10


Lorong Perusahaan 1,
Kawasan Perusahaan Perai,
13600 Perai, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 – 3907269 / 3907335
Fax : 04 – 3986964
Website : http/www.ittar.edu.my

 Pada rajah dibawah menunjukkan bagaimana beberapa solar sell digunakan bagi menghasilkan voltan keluaran
sebanyak 3V dengan arus sebanyak 300mA. Dimana setiap unit solar sell mampu menghasilkan 0.5V dan arus
sebanyak 150mA.

IT = 300 mA

I1 = 150 mA I2 = 150 mA

0.6v
150 mA

3V / 150 mA
VT = 3V

Rajah : Samabungan litar solar sell bagi menghasilkan voltan keluaran 3V dengan arus 150 mA.

Kerinchi / Leha / Unit Elektronik Perindustrian ( E – 010 ) Mukasurat : 11


Lorong Perusahaan 1,
Kawasan Perusahaan Perai,
13600 Perai, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 – 3907269 / 3907335
Fax : 04 – 3986964
Website : http/www.ittar.edu.my

9.0 : LASCR (Light Activated SCR)

 LASCR adalah ringkasan bagi Light Activated Silicon Controlled Rectifier). Operasi asas LASCR adalah sama seperti
SCR biasa Cuma berbeza daripada SCR biasa dari segi kaedah pemicuannya dimana LASCR dipicukan dengan
cahaya.

 Bagi LASCR ia akan terdapat satu bukaan kaca dan kanta bagi memfokuskan cahaya kepada simpang gate. Ia boleh
dipicukan supaya berada di dalam keadaan ‘on’ dengan mengenakan cahaya pada bahagian gate. Tetapi ia tidak
boleh dipicukan kepada ‘off’ hanya dengan menyekat cahaya daripada mengenai gate. Ia akan terus berada di
dalam keadaan ‘on’ sehinggalah arus anod diputuskan.

 Bergantung kepada saiznya, LASCR mampu mengendalikan jumlah arus yang besar dimana ianya tidak mampu
untuk dikendalikan oleh photo diode dan juga photo transistor.

Anod Katod

Gate

Simbol

10.0 : OPTO-COUPLER

 Opto-coupler adalah merupakan satu IC yang mengandungi komponen-komponen gabungan daripada LED /IR
Emitter dengan beberapa komponen –komponen opto elektronik yang lain.

 Opto - coupler biasanya digunakan bagi menggantikan tugas relay dan juga transformer. Ia banyak didapati di
dalam litar-litar bekalan kuasa pengsuisan (switching power supply) dan litar yang dikawal oleh Mikroprosessor
ataupun Micro controller.

 Terdapat beberapa kebaikan opto-coupler jika dibandingkan dengan relay biasanya iaitu:-

a. Tiada kesan arka – iaitu kesan daripada sentuhan mekanikal bagi penyambungan arus elektrik. Arka
biasanya akan mengakibatkan sentuhan akan menjadi litar buka.

b. Bersaiz kecil – walaupun bagi mengendalikan arus yang besar, relay yang bersaiz besar diperlukan bagi
mengendalikan arus yang besar.

c. Proses pengsuisan yang cepat. – mampu mengendalikan pengsuisan yang berfrekuensi tinggi dan masa
pengsuisan lebih pantas kerana tidak menggunakan pergerakan mekanikal.

d. Serasi dengan kebanyakan litar digital dan mikroprosessor – kerana ia hanya / mampu disuiskan dengan
kadar voltan yang rendah.

Kerinchi / Leha / Unit Elektronik Perindustrian ( E – 010 ) Mukasurat : 12


Lorong Perusahaan 1,
Kawasan Perusahaan Perai,
13600 Perai, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 – 3907269 / 3907335
Fax : 04 – 3986964
Website : http/www.ittar.edu.my

 Terdapat beberapa jenis opto- coupler , ini adalah bergantung kepada jenis komponen opto pada bahagian
keluarannya. Diantara beberapa jenis tersebut ialah :

i. Photo Diode Output

ii. Photo Transistor Output

iii. Photo Darlington Output

iv. Triac Driver Output

Kerinchi / Leha / Unit Elektronik Perindustrian ( E – 010 ) Mukasurat : 13


Lorong Perusahaan 1,
Kawasan Perusahaan Perai,
13600 Perai, Pulau Pinang.
No. Tel : 04 – 3907269 / 3907335
Fax : 04 – 3986964
Website : http/www.ittar.edu.my

v. Photo SCR Output

vi. Bilateral Analog FET Output.

vii. Schmitt Trigger Output.

Kerinchi / Leha / Unit Elektronik Perindustrian ( E – 010 ) Mukasurat : 14

You might also like