You are on page 1of 3

Ujian litar

Pemasangan yang telah siap mestilah diuji dan di pastikan bahawa piawaian keselamatan telah
di patuhi. Piawaian keselamatan yang diamalkan di Malaysia berdasarkan kepada peraturan
Institute of Electrical Engineering (IEE), Jabatan Bekalan Elektrik (JBE) dan pembekal
elektrik tempatan. Ujian diperlukan bagi menjamin keselamatan pengguna, peranti dan
pemasangan.

Dua jenis ujian yang biasa dilakukan ialah pemeriksaan visual dan ujian pemasangan dengan
menggunakan peralatan pengukuran.

Pemeriksaan visual

Pemeriksaan visual bertujuan memastikan setiap perkara yang bersangkutan dengan kerja
pemasangan elektrik mematuhi kehendak piawaian tempatan, peraturan IEE dan memastikan
tiada sebarang kerosakan fizikal. Perkara yang perlu diperiksa oleh pemeriksa pemasangan
ialah:

 jenis fius serta kadarannya.


 bilangan litar akhir.
 kadar dan jenis suis utama, pemutus litar dan pemutus litar arus baki.
 kedudukan kotak fius agihan, meter dan alat pelindung.
 label dan susunan fius dalam kotak fius agihan.
 bilangan dan saiz kabel.
 pemasangan pembumian.
 tamatan kabel pada litar akhir.

Ujian pemasangan

Selepas pemeriksaan visual, ujian pemasangan perlu dijalankan oleh pihak pembekal elektrik.
Ujian yang dijalankan ialah:

 ujian keterusan litar akhir.


 ujian keterusan pengalir pelindung.
 ujian penebatan.
 ujian kekutuban.

Ujian keterusan litar akhir

Ujian keterusan memastikan sedap kabel membentuk litar yang lengkap. Alat yang digunakan
dalam ujian ini ialah meter ohm. Jika ada keterusan (litar tutup) dalam kabel, meter ohm akan
memberi bacaan yang rendah. Jika dada keterusan (litar buka), bacaan meter ohm ialah infiniti.
Rajah 11.18 menunjukkan ujian keterusan kabel hidup litar gelang.
Ujian keterusan pengalir pelindung

Ujian keterusan pengalir pelindung memastikan pengalir pelindung, mempunyai keterusan. Alat
yang di gunakan ialah meter ohm. Jikaada keterusan dalam kabel, bacaan meter ohm adalah
rendah. Jika tidak ada keterusan (litar terbuka), bacaan meter ohm adalah tinggi atau infiniti.
Rajah 11.19 menunjukkan ujian keterusan pengalir pelindung menggunakan meter ohm.

Ujian penebatan

Ujian penebatan memasdkan penebatan kabel,alat tambahdan perkakas elektrik dalam keadaan
baik. Alat yang digunakan bagi ujian ini ialah penguji penebatan. Voltan minimum untuk menguji
penebatan sekurang kurangnya dua kali ganda daripada voltan bekalan namaan. Penguji
penebatan boleh menjanakan voltan untuk tujuan ujian ini.

Ujian penebatan dilakukan antara kabel yang berikut:

• kabel hidup dengan kabel bumi


• kabel neutral dengan kabel bumi
• kabel hidup dengan kabel neutral
Jika kabel beikeadaan baik, bacaan yang diperoleh tidak kurang daripada 1 MΩ. Rajah 11.20(a)
dan (b) menunjukkan ujian penebatan dijalankan. Ujian penebatan boleh juga dilakukan untuk
alatan elektrik mudah alih. Dalam keadaan baik, bacaan penguji penebatan yang diperoleh
melebihi daripada 0.5 MΩ.

Ujian penebatan alatan elektrik mudah alih dibuat secara berasingan daripada ujian penebatan
kabel dan alat tambah.

Ujian kekutuban

Ujian kekutuban dalam pemasangan elektrik dilakukan bagi memastikan bahawa alatan berikut
disambung ke kabel hidup.

 Suis dan alat kawalan kutub tunggal


 Sesentuh tengah pemegang lampu jenis skru Edison.
 Tamatanpunca kanan soket alur keluar.

Ujian kekutuban dilakukan dengan cara litar mati dan litar hidup. Alat penguji yang digunakan
untuk ujian kekutuban secara litar mati ialah meter ohm. Jika sambungan kekutuban dilakukan
dengan betul, meter menunjukkan bacaan sifar. Ini menunjukkan ada keterusan. Jika sambungan
kekutuban salah,bacaan meter adalah tinggi atau infiniti ( ∞). Rajah 11.21 menunjukkan cara
ujian kekutuban dijalankan.

You might also like