You are on page 1of 10

1

BAHAGIAN A
[10 markah]
Jawab semua soalan.

1. Sistem fertigasi tidak menggunakan tanah sebagai media tanaman. Apakah media tanaman yang digunakan bagi
menggantikan fungsi tanah?

I Sekam tanah

II Coco peat

III Sekam padi

IV Pasir pantai
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

2. Antara berikut, yang manakah bukan sistem hidroponik?


A Aeroponik
B Teknik aliran cetek
C Teknik pasang surut
D Teknik tanam tinggal

3. Sistem pengairan ini menggunakan nozel yang lebih halus dan menghasilkan semburan kabus. Apakah sistem
pengairan tersebut?
A Sistem percikan
B Sistem perpaipan
C Sistem pengairan titis
D Sistem pengairan semburan kabus

4. Apakah komponen utama sistem fertigasi?

I Sumber

II Paip ladang

III Alur masuk

IV Alur keluar
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

5. Berapakah nilai pH yang sesuai untuk sumber air dalam sistem fertigasi?
A 5 hingga 7 C 5.5 hingga 6.5
B 5 hingga 6 D 5.5 hingga 7.5
3

6. Apakah jenis bahan yang sesuai untuk penyambungan paip sekunder?


A Paip PVC C Paip hitam
B Paip poli D Paip HVC

7. Mengapakah pentingnya pengurusan tanaman?


A Dapat mengurangkan kos.
B Memuaskan hati pengguna.
C Kos keseluruhan projek tidak diambil kira.
D Tidak dapat memberi pulangan yang menguntungkan.

8. Pernyataan manakah yang benar mengenai reka bentuk fesyen?


A Reka bentuk fesyen merujuk kepada proses menggabungkan idea reka bentuk pakaian.
B Reka bentuk fesyen merujuk kepada stail yang diterima pada satu-satu masa.
C Reka bentuk fesyen merujuk kepada proses menterjemah idea kreatif kepada fesyen.
D Reka bentuk fesyen merujuk kepada proses mengaplikasikan idea pada suatu bentuk
pakaian atau aksesori.

9. Pilih kerjaya yang terlibat dalam reka bentuk fesyen.

I Arkitek

II Peramal fesyen

III Perunding imej

IV Pereka bentuk dalaman


A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

10. Apakah jenis alatan menjahit bagi kacip, penetas dan gunting fabrik?
A Alatan menjahit C Alatan menanda
Alatan mendraf
B Alatan memotong D

Catatkan jawapan bahagian A di ruang jawapan yang telah disediakan.


BIL JAWAPAN
1
2
3
4
5
6
7
4

8
9
10

BAHAGIAN B
[30 markah]
Jawab semua soalan.

11. Maklumat berikut adalah mengenai komponen sistem fertigasi.


A Sumber
B Medium
C Alur keluar
Lengkapkan pernyataan berikut dengan menulis A, B dan C dalam ruang yang disediakan.
a) Laluan penyampaian nutrien
b) Tempat simpanan bekalan nutrien
c) Tempat keluaran nutrien ke tanaman
5

[3 markah]

12. Rajah 1 menunjukkan komponen dalam sistem fertigasi.

A B C

Rajah 1
Padankan komponen yang diberikan berdasarkan pernyataan di bawah dengan menulis A, B dan C dalam
ruang yang disediakan.
a) Menahan benda asing daripada memasuki sistem pengairan.
b) Menakung larutan baja.
c) Mengepam baja dari tangki ke sistem pengairan.
[3 markah]

13. Padankan alat pengukur berikut dengan penerangan berkenaan alat yang betul.
pH meter Mengukur kepekatan larutan baja
EC meter Mengukur keasidan atau kealkalian air
[2 markah]

14. Tandakan (√) bagi pernyataan yang betul dan (X) bagi pernyataan yang salah mengenai paip tertier dalam
sistem fertigasi dalam ruang yang disediakan.
a) Saiz paip berukuran 32 mm hingga 40 mm.
b) Menggunakan paip poli.
[2 markah]

15. Berikut adalah langkah utama pemasangan sistem fertigasi.


A Memasang injap penahan pada paip utama
B Melengkapkan penyambungan sistem pengairan pada tangki
C Memasukkan pam ke dalam tangki nutrien
D Menyambungkan saluran air keluar ke pam
E Memasang pam air pada pengukur masa
6

Susun langkah mengikut urutan yang betul dengan menulis C, D dan E pada petak yang disediakan.
Jawapan A dan B telah diberi.

A B
[3 markah]

16. Lakaran reka bentuk sistem fertigasi boleh dihasilkan berdasarkan dua teknik penyusunan. Nyatakan dua
teknik penyusunan sistem fertigasi tersebut.
a) Teknik penyusunan sistem fertigasi _______________________________
b) Teknik penyusunan sistem fertigasi _______________________________
[2 markah]

17. Maklumat yang berikut adalah penilaian lakaran reka bentuk sistem fertigasi.
A Kecenderungan inovasi, kreativiti dan keaslian reka bentuk
B Kandungan unsur simbolik, emosi, estetika dan penampilan
C Kecenderungan fungsi dan praktikal
D Kekuatan kualiti dan kebolehpasaran
E Ergonomik

Padankan penerangan berikut dengan kriteria penilaian lakaran reka bentuk sistem fertigasi dengan menulis
A, B, C, D atau E pada petak yang disediakan.
a) Menambah baik fungsi komponen supaya lebih memberi manfaat.

b) Kekuatan lakaran yang memenuhi keperluan semasa dan dapat


menyelesaikan masalah pelbagai sasaran pengguna.
c) Tahan lasak, memberi keselesaan serta mempunyai ciri-ciri keselamatan.

[3 markah]

18. Tandakan (√) bagi kepentingan pengurusan tanaman yang betul dan (X) bagi yang salah pada petak yang
disediakan.
a) Memberi pulangan yang menguntungkan
7

b) Meningkatkan kecekapan pengurusan perladangan


c) Serangan serangga dan kulat tidak dapat dihapuskan
[3 markah]

19. Nyatakan dua jenis reka bentuk fesyen.


a) _________________________________________________________________________________
b) _________________________________________________________________________________
[2 markah]

20. P, Q, R dan S adalah maklumat mengenai teknik cantuman.


Kaedah Jahitan Kaedah Sulaman Kaedah Tampalan Kaedah Lain
P Q R S

Padankan pernyataan berikut dengan teknik cantuman yang betul dengan menulis P, Q, R dan S pada petak
yang disedikan.
a) Pengokot dan stapler digunakan untuk membuat cantuman bagi bahan
seperti kertas, plastik dan fabrik.
b) Digunakan untuk tujuan hiasan bagi menyerlahkan lagi keindahan dan
estetika pada reka bentuk fesyen.
c) Kaedah yang lebih praktikal kerana cantuman yang dihasilkan adalah
kukuh, sekata dan kemas dengan menggunakan tangan atau mesin.
d) Digunakan untuk menampal susunan bahan seperti manik, reben, fabrik,
dokoh, mutiara, butang dan hiasan lain.
[4 markah]

21. Tandakan (√) bagi alatan mendraf yang betul dan (X) bagi yang salah pada petak yang disediakan.
a) Pembaris melengkung
b) Jarum peniti
c) Pembaris sesiku L
[3 markah]
8

BAHAGIAN C
[10 markah]
Jawab semua soalan.

22. Rajah 2 menunjukkan penanaman fertigasi menggunakan Struktur Perlindungan Hujan (SPH).

Rajah 2
Berdasarkan rajah 2,
(a) Berikan definisi sistem fertigasi.
9

_______________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________
[1 markah]

(b) Nyatakan tiga tujuan menanam secara fertigasi.


i. ______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
iii. ______________________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________________
[3 markah]

(c) Berikan dua contoh tanaman sayur-sayuran atau buah-buahan yang sesuai ditanam menggunakan kaedah
fertigasi.
i. ______________________________________________________________________________________
ii. ______________________________________________________________________________________
[2 markah]

(d) Nyatakan perbandingan sistem fertigasi dengan sistem konvensional.


Perbandingan Sistem fertigasi Sistem konvensional
Jenis tanaman Semua jenis tanaman
Struktur perlindungan hujan Pilihan
Sistem pengairan Titis dan baja
Air Pelbagai sumber air
[4 markah]
10

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like