You are on page 1of 2

Teknologi Inverter

Labels: Elektrik 0 komen




Like
2 people like this.

Kebelakangan ini kita selalu terjumpa perkataan inverter pada produk
elektrik terbaru seperti penghawa dingin (air-conditioner), peti sejuk
dan microwave oven. Syarikat pengeluar mendakwa, dengan teknologi
inverter, peralatan elektrik akan berfungsi dengan lebih cekap dan
menjimatkan tenaga elektrik. Benarkah dakwaan mereka itu?

Secara teorinya, teknologi inverter boleh menjimatkan tenaga elektrik
dan membuatkan peralatan elektrik berfungsi dengan lebih cekap.
Sebagai contoh, mengikut kiraan matematik, penghawa dingin yang
menggunakan teknologi inverter ini mampu menjimatkan elektrik
sehingga 30% dan lebih cepat menyejukkan udara berbanding
penghawa dingin konvesional.

Apakah itu inverter?
Jika kita merujuk kamus, inverter bermaksud penyongsang.
Walaubagaimanapun, dalam kejurutereaan elektrik kuasa, inverter
ditakrifkan sebagai peranti/alat yang mengubah arus terus kepada
arus ulang alik berubah frekuensi. Inverter sering digunakan pada
peralatan yang mempunyai motor dan pemampat (compressor).
Dengan menggunakan teknologi ini, kelajuan motor atau pemampat
boleh dikawal mengikut keperluan.

Bagaimana teknologi inverter berfungsi?
Untuk memahaminya, ambil penghawa dingin sebagai contoh:

Penghawa dingin konvensional
Suhu bilik diset pada 22 darjah Celcius
Pemampat dihidupkan sehingga mencapai suhu 21 darjah Celcius
Pemampat dimatikan, suhu bilik naik perlahan2 sehingga 23 darjah
Celcius
Pemampat dihidupkan semula sehingga mencapai suhu 21 darjah
Celcius
Proses ini berterusan sehinggalah penghawa dingin dimatikan
Penghawa dingin berteknologi inverter
Suhu bilik diset pada 22 darjah Celcius
Inverter menjalankan pemampat pada kelajuan maksimum
Apabila suhu bilik mencapai 22.1 darjah Celcius, inverter
memperlahankan sedikit kelajuan pemampat
Suhu bilik turun sehingga 21.9 darjah Celcius, inverter menaikkan
sedikit kelajuan pemampat
Pemampat akan sentiasa berjalan pada kelajuan berbeza ( tiada
operasi on-off seperti penghawa dingin konvesional)



Terdapat 2 jenis inverter yang terdapat pada produk berteknologi ini:
1. Inverter arus ulang-alik (AC inverter) - Digunakan pada
motor/pemampat kendalian arus ulang alik (AC
motor/pemampat)
2. Inverter arus terus (DC inverter) - Digunakan pada
motor/pemampat kendalian arus terus (DC motor/pemampat).
Produk yang menggunakan DC inverter adalah lebih jimat
tenaga berbanding AC inverter. Ini adalah kerana
motor/pemampat kendalian arus terus tidak mempunyai 'tork
menahan' (detent torque) dan kehilangan arus aruhan.
Kelebihan produk elektrik yang menggunakan teknologi inverter ialah:
Lebih menjimatkan tenaga elektrik
Berfungsi dengan lebih senyap
Beroperasi dengan lebih cekap dan pantas
Walaubagaimanapun, produk berteknologi inverter ini agak mahal
termasuk alat gantinya. Kerosakan elektronik pada produk ini biasanya
sukar dikesan oleh juruteknik dan perlu dirujuk kepada syarikat
pengeluar. Faktor2 ini perlu diambil kira sebelum membeli produk
berteknologi inverter ini.

You might also like