You are on page 1of 2

Kejadian Kilat dan Alat Perangkap Kilat

Disember 22, 2010


Labels: Elektrik, Kilat, Sains 3 komen


Like
19 people like this.

Kilat adalah satu bentuk nyahcas elektrik yang boleh dilihat dan
mempunyai tenaga yang tinggi. Pancaran nyahcas elektrik ini boleh
berlaku antara awan ke awan ataupun awan ke bumi dan biasanya
diiringi dengan bunyi petir. Kilat biasanya berlaku ketika hujan ribut,
letusan gunung berapi atau ribut pasir. Kilat mampu mencapai
kelajuan 216,000 km/jam dan suhu mencecah 30,000
o
C.

Malaysia adalah antara negara yang mempunyai kadar aktiviti kilat
yang tertinggi di dunia dengan purata 180 hingga 300 pancaran kilat
setahun. 80% pancaran kilat yang direkodkan di Malaysia adalah
berkeupayaan 50 hingga 100 juta Volt dengan arus mencecah 20,000
Ampere.

Awan Cumulonimbus (awan yang membawa hujan) memainkan
peranan dalam kejadian kilat. Disebabkan pergeseran antara udara
dan wap air, awan Cumulonimbus akan mengumpulkan banyak cas
negatif dan cas negatif. Cas negatif akan berkumpul pada bahagian
bawah awan. Permukaan bumi pula mempunyai cas positif. Apabila
cas negatif pada awan Cumulonimbus terlalu banyak, cas negatif
tersebut akan tertarik ke arah cas positif (permukaan bumi) dan ini
akan membentuk laluan ion. Laluan ion akan mencari titik rintangan
bumi yang paling rendah (titik rintangan bumi yang paling rendah
adalah tempat yang paling mudah cas negatif mengalir ke bumi).
Apabila laluan ion menyentuh bumi, satu nyahcas elektrik iaitu kilat
akan berlaku mengikuti laluan ion tersebut. Perlu diingatkan, nyahcas
kilat terbentuk dari bawah ke atas, bukannya dari atas ke bawah. Ini
kerana adalah sifat fizik arus elektrik yang mengalir dari cas positif ke
cas negatif. Rujuk gambarajah di bawah




Panahan kilat boleh menyebabkan kematian, kebakaran dan kerosakan
pada struktur bangunan dan peralatan elektrik atau elektronik. Oleh
itu, pemasangan peranti perlindungan kilat adalah sangat penting
untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.

Alat perangkap kilat (lightning arrestor) adalah peranti perlindungan
kilat yang biasa dipasang pada struktur bangunan yang tinggi. Alat ini
menyediakan titik rintangan bumi yang paling rendah dan akan
menarik cas negatif daripada awan Colomonimbus untuk membentuk
laluan ion. Kilat akan menyambar pada terminal alat penangkap kilat
dan terus dialirkan ke bumi. Dengan adanya alat ini, kilat tidak akan
menyambar ke tempat yang tidak diingini dan seterusnya mengelakkan
kerosakan harta benda.

Secara asasnya, alat perangkap kilat ini terdiri daripada 3 komponen
utama: terminal, konduktor dan rod pembumian. Terminal biasanya
dipasang pada bahagian paling atas stuktur bangunan, konduktor
adalah untuk mengalirkan arus elektrik daripada kilat ke bumi,
manakala rod pembumian adalah untuk menyambungkan konduktor ke
bumi. Rod pembumian ini hendaklah ditanam sehingga mendapat nilai
rintangan bumi yang rendah. Mengikut dokumen Malaysia Standard MS
IEC 61024-1-1:2001, Perenggan 2.3.3.1 menyatakan nilai rintangan
bumi untuk alat perangkap kilat hendaklah di bawah 10 . Oleh itu,
rod pembumian hendaklah ditanam sehingga nilai rintangan bumi
bawah 10 diperolehi.

You might also like