You are on page 1of 1

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA TASIK,

JALAN 11/146,
BANDAR TASIK SELATAN,
57000 KUALA LUMPUR Tel : 03-90581485
WP KUALA LUMPUR Faks : 03-90581489

Kepada,
NESTLE PRODUCTS SDN. BHD.,
No. 26, Jalan Taboh 33/22,
Shah Alam Industrial Park, Section 33,
40460 Shah Alam,
Selangor. 4 OKTOBER 2017

MEMOHON MINUMAN MILO PERCUMA SEMPENA HARI KANAK-KANAK SK DESA


TASIK 2017
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Sempena Hari Kanak-kanak SK Desa Tasik akan mengadakan sambutan Hari Kanak-
kanak peringkat sekolah untuk memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada generasi
kanak-kanak. Pelbagai perancangan dan program diadakan untuk memeriahkan sambutan
Hari Kanak-kanak untuk murid-murid SK Desa Tasik.

3. Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan rendah diri memohon sumbangan
minuman percuma untuk 1104 orang murid sempena sambutan Hari Kanak-kanak peringkat
sekolah. Butiran majlis adalah seperti berikut.
Tarikh : 22 November 2017
Hari : Rabu
Masa : 9.00 pagi
Tempat : SK Desa Tasik

4. Pihak tuan boleh berhubung dengan En. Mazlan Bahari (Guru Besar) di talian
0133424426 atau Pn. Nur Affini Mashudi di talian 0194471164 (Penyelaras Program) untuk
pengesahan. Kerjasama dan keprihatinan yang diberikan oleh pihak tuan amat kami hargai.

Sekian, terima kasih,

BERKHIDMAT UNTUK NEGARAY

Yang menjalankan tugas,

MAZLAN BIN BAHARI


Guru Besar,
SK Desa Tasik,
57000 Kuala Lumpur.

You might also like