You are on page 1of 3

PK07- LAMPIRAN 3

SEKOLAH KEBANGSAAN DESA TASIK

MINIT MESYUARAT PANITIA PSV BIL 2 / TAHUN 2019

Tarikh : 1 Julai 2019

Masa : 1.30 petang

Tempat : Bilik Guru

Pengerusi : En. Mohd Rasyidi bin Abdullah

Kehadiran : 1. Syahman B Adzahar

2. Norazizah Bt Zakaria

3. Mohd Farol Bin Mohd Faudzi

4. Fariza Bt Fauzi@Khamis

5. Siti Norlida Bt Yazid

6. Che An Bt Khalid

7. Norhaszlina Bt Haimid

8. Azhana Bt Baharuddin

9. Wan Hazifah Bt Wan Hamat

10. Nur Haizreen Bt Mohd Husin

11. Nor’azian Bt Ismail

12. Fauzah Amirah Bt Wagimin

13. Noraida Bt Hamzah

14. Norfarizan Bt Mokhtar

Setiausaha : Pn. Nur Baiti binti Mohamad Pauzai


PK07- LAMPIRAN 3

1. Perutusan Pengerusi
Pengerusi memulakan majlis dengan ucapan salam dan merakamkan ucapan jutaan
terima kasih kerana kesudian hali-ahli Panitia Pendidikan Seni Visual yang dapat
menghadirkan diri.

2. Pengesahan Minit Mesyuarat.


Pengerusi membentangkan minit mesyuarat Bil 1/2019 dan dicadangkan oleh Pn Siti
Norlida dan disokong oleh En. Syahman.

3. Perkara Berbangkit
3.1 Merujuk Perkara 3.1- Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua guru
PSV kerana telah menghantar semua borang maklumat diri kepada setiausaha.

Tindakan : Semua guru PSV

3.2 Merujuk Perkara 3.2 – Tahniah diucapkan kepada semua guru PSV yang telah
menghantar Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran kepada Guru Kanan
masing-masing mengikut ketetapan tarikh dan waktu yang telah ditetapkan pada
setiap minggu.

Tindakan :Semua guru PSV

3.3 Merujuk Perkara 3.6 – Peperiksaan pertengahan tahun telah selesai dijalankan.
Terima kasih juga kepada semua guru Tahun 4,5 dan 6 yang telah memasukkan
markah TOV dan ETR murid-murid ke dalam SAPS.

Tindakan : Semua guru PSV

3.4 Merujuk Perkara 3.4 – Semasa gotong royong perdana sekolah telah menerima
beberapa orang pelajar dari UPM untuk membantu menceriakan bilik dan kawasan
sekolah. Panitia PSV juga telah memohon beberapa orang pelajar UPM untuk
membantu mencantikkan dan menceriakan bilik seni.
Tindakan: Semua guru PSV

4. Hal-hal Lain
4.1 Alat dan bahan untuk PdP
Setiap guru diminta menyenaraikan alat dan bahan yang diperlukan untuk
PdP bagi memudahkan Ketua Panitia untuk membeli barangan tersebut
melalui duit PCG yang disediakan.
PK07- LAMPIRAN 3

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Disediakan Oleh: Disemak oleh:

............................. ...............................
(Pn. Nur Baiti Bt Mohamad Pauzai) (En. Mohd Rasyidi B Abdullah)
Setiausaha Panitia PSV Ketua Panitia PSV

You might also like