You are on page 1of 16

TAJUK 6

HUBUNGAN ETNIK
KE ARAH MASYARAKAT BERINTEGRASI

Fokus Perbincangan:

6.1 Pengenalan
6.2 Konsep Perpaduan dan Integrasi
6.3 Pelan Tindakan dan Strategi ke arah Masyarakat Berintegrasi:
6.3.1 Dasar-dasar Kerajaan
Rukun Negara
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Wawasan 2020
Jabatan Perpaduan Negara
6.3.2 Peranan Masyarakat
Rukun Tetangga
Rumah Terbuka
Difusi Budaya
6.3.3 Peranan NGO
6.4 Kesimpulan

Perbincangan:

6.1 Pengenalan
 Penduduk Malaysia terdiri daripada pelbagai keturunan, bangsa, agama dan suku
kaum.
 Salah satu isu yang mendapat perhatian Kerajaan ialah masalah integrasi nasional
khasnya di antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung; antara Melayu @ bumiputera,
Cina dan India.
 Tujuan utama ialah untuk mewujudkan semangat nasionalisme Malaysia bagi
menyatupadukan seluruh negara dalam satu kesatuan yang rapat dan harmoni di
antara satu wilayah dengan wilayah yang lain; etnik dengan etnik lain.
 Sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep Federalisme, wilayah-wilayah yang
bergabung dalam Malaysia telah berdepan dengan pelbagai rintangan dan halangan
sejak tahun 1963.

Mohd Asri Abdullah Page 1


 Pengalaman sejarah dan politik kenegerian yang berbeza-beza, kadangkala wujud
masalah tertentu dalam perhubungan di antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung.
Antara masalah tersebut ialah:
 Masalah geografi khasnya antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung.
 Keutamaan pembangunan yang berbeza-beza di antara kerajaan pusat dan negeri.
 Jurang psikologi yang luas di antara penduduk dan suku kaum Sabah, Sarawak dan
Semenanjung.
 Umumnya, masalah-masalah tersebut menggambarkan proses penyesuaian dalam
sebuah negara yang bercorak Federalisme.
 Setiap masalah walau sebesar mana sekalipun boleh diselesaikan sekiranya terdapat
usaha-usaha yang gigih dan bersungguh-sungguh untuk mengatasi nya.
 Sehingga kini, gagasan Malaysia seperti yang dicadangkan oleh Tunku pada tahun
1961 masih lagi sesuai dan praktikal.
 Hal tersebut menjadikan Malaysia sebagai satu negara contoh, tentang bagaimana
sebuah kesatuan politik dapat maju walaupun seringkali menghadapi berbagai-bagai
cabaran.
 Malah, cabaran tersebut pada pandangan umum mungkin lebih merupakan peluang
yang baik bagi membina satu bangsa Malaysia yang bersatupadu, makmur serta
mempunyai ketahanan (resilience) berasaskan matlamat ‘Bersatu Bertambah Mutu’
(Unity Leads to Quality).
 Bagaimanapun, kita tidak boleh lupa bahawa konsep negara dan bangsa Malaysia
walaupun sesuai dan praktikal tetapi masih lagi menghadapi berbagai-bagai masalah
PERPADUAN DAN INTEGRASI.

6.2 Konsep Perpaduan dan Integrasi


 Perpaduan ialah “satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara
supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama
serta perasaan cinta dan banggakan tanah air”.
 Integrasi pula ialah “proses menyatupadukan berbagai-bagai kumpulan yang
mempunyai perbezaan kebudayaan dan sosial ke dalam satu sistem wilayah bagi
mewujudkan identiti nasional”.
 Definisi ini mengutamakan usaha-usaha untuk mewujudkan ‘identiti wilayah’ dan
mengurangkan atau akhirnya menghapuskan sama sekali kesetiaan yang sempit
terhadap sesuatu daerah. Unsur penting di dalamnya iaitu anggota etnik yang bersatu
padu, sekalipun berlainan latar belakang, masing-masing berasa dipunyai dan
mempunyai satu kelompok yang sama.
 Integrasi juga boleh berlaku melalui satu hala iaitu satu-satu etnik menghilangkan
identiti mereka dan menggantikan dengan identiti yang baru.

Mohd Asri Abdullah Page 2


 Dalam masyarakat berbagai etnik, integrasi diperlukan untuk mencapai keamanan dan
keharmonian bermasyarakat.
 Dalam konteks sebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia, integrasi
nasional menjadi agenda utama.
 Integrasi Nasional biasanya dimaksudkan sebagai: “Mewujudkan kerjasama dan
harmoni penduduk di antara Semenanjung Malaysia dengan Sabah/Sarawak”.
 Sesuai dengan matlamat integrasi nasional, usaha-usaha yang berkesan dilakukan
untuk:
o Mengurangkan perbezaan psikologi di antara penduduk-penduduk dalam
wilayah yang berkenaan.
o Mengatasi masalah perbezaan geografi dengan merapatkan perhubungan dan
interaksi supaya wujud persefahaman yang lebih baik di antara penduduk dan
suku kaum yang ada.
o Mewujudkan identiti bersama iaitu simbol kesetiaan dan komitmen terhadap
konsep Nasionalisme Malaysia.
 Langkah-langkah ke arah integrasi nasional secara langsung melibatkan usaha-usaha
tertentu antaranya ialah mewujudkan:
o Integrasi wilayah.
o Integrasi Ekonomi
o Integrasi Kebudayaan
o Integrasi Sosial
o Integrasi Pendidikan
o Integrasi Politik

6.2.1 Dari Segi Wilayah


 Integrasi wilayah bermaksud:
“satu proses mewujudkan pusat nasional dengan usaha ke atas unit-unit dan
kawasan politik” atau “Proses merapatkan jurang pembangunan antara
wilayah, khasnya antara wilayah yang maju dengan wilayah yang mundur”
 Dalam konteks Malaysia, ia dilihat sebagai integrasi wilayah antara Malaysia
Barat dan Malaysia Timur dan Semenanjung Malaysia Barat dan Semenanjung
Malaysia Timur.
 Jurang perbezaan ini penting di atasi kerana semakin lama sebuah wilayah
ketinggalan dalam pembangunan akan semakin meningkat perasaan terpisah.
 Konsep integrasi wilayah merupakan persefahaman antara rakyat tanpa
mengira wilayah atau kawasan asal mereka bagi mendokong wawasan yang
sama.

Mohd Asri Abdullah Page 3


 Bagi negara Malaysia, kita mengambil kira ‘wilayah’ sebagai ‘kawasan yang
meliputi entiti geografi serta sempadan politik iaitu satu wilayah yang dikenali
sebagai ‘Persekutuan Malaysia’.
 Integrasi wilayah adalah perlu dan harus dilaksanakan bagi mengurangkan
jurang perbezaan sama ada dari sudut ekonomi, politik, sosial, struktur dan
lain-lain di antara wilayah-wilayah di negara ini.
 Ini penting supaya negeri-negeri yang kurang maju dibangunkan bagi
membantu matlamat pembangunan negara seluruhnya.
 Matlamatnya agar agihan yang sama dari segi pendapatan, kemudahan asasi,
pelajaran, kemudahan kesihatan dan rekreasi, perumahan, peluang pekerjaan
dan sebagainya dapat diberikan kepada wilayah-wilayah yang kurang maju
dan miskin.
 Beberapa usaha-usaha yang berkesan telah dan sedang diambil oleh Kerajaan
Persekutuan dan Sabah/Sarawak untuk mengatasi masalah tersebut. Di antara
langkah-langkah tersebut ialah:
o Menggalakkan Perpindahan Penduduk Antara Wilayah
Sejak Malaysia ditubuhkan, Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching
telah menjadi pusat pentadbiran dan ekonomi yang penting. Setiap hari
ramai pegawai kerajaan, ahli perniagaan dan anggota tentera yang
berulang-alik di antara ibu negeri-ibu negeri tersebut.
o Penyatuan perkhidmatan awam: terdapat banyak pegawai kerajaan serta
keluarga mereka bertukar tempat kerja di antara wilayah tersebut. Setiap
pegawai dari Sabah dan Sarawak menghadiri berbagai-bagai mesyuarat,
seminar, persidangan dan program latihan di Kuala Lumpur setiap minggu.
Selanjutnya, banyak rakyat daripada kedua-dua wilayah yang berpindah
atau mendirikan rumahtangga sesama mereka.
o Hubungan melalui bidang perniagaan dan ekonomi: pula terdapat interaksi
yang rapat di antara golongan ahli perniagaan dan ekonomi kerana
wujudnya perkembangan dan peluang perniagaan yang lebih baik.
o Hubungan Politikus: banyak ahli politik dari Sabah/Sarawak berkunjung ke
Kuala Lumpur atau sebaliknya bagi menghadiri berbagai-bagai mesyuarat
dan persidangan.
o Bidang keselamatan: kerana keperluan keselamatan dan pembesaran
angkatan tentera dan polis.
o Bidang sukan, kebudayaan dan pelancongan: yang melibatkan berjuta-juta
penduduk antara Semenanjung dengan Sabah/Sarawak. Rancangan
Pertukaran Kebudayaan: terdapat berbagai-bagai agensi kerajaan seperti
Kementerian Penerangan, Kementerian Belia dan Sukan, Jabatan Perpaduan

Mohd Asri Abdullah Page 4


Negara dan berbagai-bagai persatuan sukarela yang menganjurkan
berbagai-bagai kegiatan dan aktiviti antara budaya.
o Media Massa seperti Radio dan Televisyen Malaysia (RTM), dan akhbar
digunakan sebagai wadah untuk memupuk semangat hubungan etnik yang
baik di kalangan masyarakat, terutama antara masyarakat Semenanjung
Malaysia dengan Sabah dan Sarawak.
 Walaupun peranan dan strategi berbagai-bagai media massa boleh
diperbaiki lagi, kita tidak dapat menafikan bahawa berbagai-bagai
unsur perbezaan psikologi antara wilayah telah dapat dikurangkan.
 Rakyat di Semenanjung dapat memahami isu dan persoalan politik,
sosial dan ekonomi di Sabah/Sarawak dengan lebih mudah dan
juga sebaliknya.
 Pendedahan kepada berbagai-bagai berita, laporan dan dasar
kerajaan akan dapat mengurangkan jurang maklumat yang wujud.
 Media massa juga dapat membentuk pemikiran dan pandangan
rakyat untuk memahami berbagai-bagai nilai dan simbol negara
yang sekaligus dapat mengurangkan masalah prasangka akibat
daripada berbagai-bagai maklumat yang tidak tepat.

Kesimpulan:

Secara umumnya, aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan adalah seperti pertukaran


belia dan pelajar, lawatan sambil belajar, khemah kerja, rancangan anak angkat,
pertukaran kebudayaan, pertandingan sukan antara jabatan dan wilayah serta
pertukaran pegawai kerajaan.

Sekiranya kita bandingkan keadaan sebelum Malaysia ditubuhkan, dengan keadaan


sesudah ditubuhkan tentu kita yakin bahawa jumlah dan corak interaksi antara
masyarakat kita sudah meningkat. Keadaan masa ini sangat jauh berbeza dengan
keadaan sebelum tahun 1963.

Pada keseluruhannya, program yang dinyatakan itu telah membantu usaha-usaha


integrasi nasional kerana keadaan ini akan mengurangkan prasangka dan
menimbulkan persefahaman yang lebih baik di antara penduduk kedua-dua wilayah.

Pada peringkat individu pula, pergaulan yang lebih rapat akan mewujudkan
persahabatan dan persefahaman yang biasanya sukar dilihat sebelum Malaysia

Mohd Asri Abdullah Page 5


diwujudkan. Usaha-usaha tersebut akhirnya akan mewujudkan interaksi dan
persefahaman yang lebih baik di antara penduduk kedua-dua wilayah berkenaan.

6.2.2 Dari Segi Budaya

Saling menyesuaikan di antara unsur-unsur sesuatu kebudayaan, atau proses menyatupadukan


berbagai kelompok dalam masyarakat melalui satu identiti bersama dengan meminimakan
perbezaan identiti masing-masing. Contohnya:

 Kaum Baba dan Nyonya di Melaka diintegrasikan ke dalam kebudayaan Melayu dan
mereka tetap kekal dengan agama asal mereka dan tidak memeluk agama Islam
sebagaimana diamalkan oleh orang-orang Melayu.

 Apa yang membezakan kaum Baba dan Nyonya di Melaka dengan bangsa Cina lain
ialah mereka mewujudkan identiti yang tersendiri yang sebahagian besarnya
dipengaruhi oleh kebudayaan Melayu

Di Malaysia kini, integrasi budaya lebih menonjol khususnya dari segi sosial. Ini dapat dilihat
semasa musim perayaan dengan adanya amalan kunjung-mengunjung yang begitu ketara di
kalangan masyarakat. Amalan ini membuktikan integrasi sosial dalam masyarakat begitu tinggi
walaupun berlainan agama, bangsa dan kebudayaan.

Dewasa ini, masyarakat bukan Melayu mula menerima budaya orang Melayu dari segi pakaian
dan makanan. Orang bukan Melayu segak menggayakan baju kurung dan baju Melayu
terutamanya pada hari Jumaat dan fenomena ini sesuatu yang biasa bagi pelajar-pelajar
sekolah bukan Melayu.

Bagi orang Melayu pula, mereka mula menerima masakan Cina dan India serta pemberian duit
raya telah menggunakan sampul atau ‘angpau’ yang terkenal di kalangan orang Cina. Ini
semua adalah titik-tolak ke arah pembentukan budaya kebangsaan di kalangan masyarakat.

Justeru, setiap rakyat Malaysia perlu menghayati Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang terhasil
daripada Kongres Kebudayaan Kebangsaan yang diadakan pada tahun 1971. Terdapat tiga
prinsip penting yang ingin diberi penekanan iaitu:

 Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kepada kebudayaan rakyat


asal rantau ini.

Mohd Asri Abdullah Page 6


 Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur-
unsur kebudayaan kebangsaan.
 Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan.

Matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini ialah seperti yang dinyatakan oleh Tun Abdul
Razak, Perdana Menteri Malaysia semasa merasmikan Kongres Kebudayaan Kebangsaan (1971)
iaitu:
“… nenek-moyang bangsa kita yang mendiami rantau nusantara ini meninggalkan pusaka
kebudayaan yang kaya-raya dan tinggi mutunya. Maka itu, sudah sewajarnya kita menerima
gagasan bahawa kebudayaan kebangsaan yang sedang dibentuk dan dicorakkan itu hendaklah
berlandaskan kebudayaan rakyat asal rantau ini. Bagaimanapun, patutlah juga kita mengambil
unsur-unsur kebudayaan lain yang datang ke rantau ini dan membawa pengaruh-pengaruh ke
atasnya semenjak beberapa lama supaya pengaruh-pengaruh yang bermanfaat dapat
menyegarkan dan menentukan corak kebudayan Malaysia bagi masa hadapan. Namun,
haruslah diingat, dalam mencari bentuk dan menentukan corak kebudayaan kebangsaan, kita
tidaklah melupakan hakikat masyarakat kita berbilang bangsa. Kita hendaklah sentiasa
berpandu kepada cita-cita membentuk satu negara di mana rakyatnya dari berbagai kaum dan
golongan dapat dijalin dalam satu ikatan yang padu. Saya percaya selagi kita sedar dan insaf
akan hakikat ini, kita tidak akan melencong dari matlamat mendirikan bangsa yang bersatu.”

6.2.3 Dari Segi Politik

Satu perkara yang unik di kalangan masyarakat majmuk di negara ini ialah sikap toleransi
yang begitu unggul. Sikap toleransi inilah yang menjadi benteng kukuh yang dapat
mengelakkan berlakunya rusuhan kaum di Malaysia.

Integrasi dari segi politik yang boleh digunakan dalam masyarakat majmuk di Malaysia iaitu
sikap sedia menghormati atau menerima pendapat kaum lain walaupun ia berbeza dengan
pandangan atau kaum sendiri.

Menyusuri sejarah awal kemerdekaan negara, British telah menetapkan syarat bahawa untuk
merdeka, setiap kaum yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu mesti bersatu.

Hal ini tidak menjadi masalah apabila pilihanraya umum yang pertama pada 1955, UMNO
telah bersama dengan MCA dan MIC membentuk Perikatan dan memenangi 51 daripada 52
kerusi yang dipertandingkan.

Mohd Asri Abdullah Page 7


Dan yang menjadi lipatan sejarah negara ialah apabila sewaktu perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu digubal melalui Suruhanjaya Reid, orang Melayu bersifat terbuka dalam
menerima hak kerakyatan orang bukan Melayu. Keterbukaan orang Melayu telah memberi hak
kerakyatan kepada lebih 800,000 orang Cina yang sebahagian besarnya tidak fasih berbahasa
Melayu walaupun mereka perlu fasih bertutur bahasa Melayu bagi memperolehi kerakyatan.
Hal ini telah memberi faedah yang serta-merta kepada orang bukan Melayu sedangkan hak
istimewa tidak membuahkan hasil yang serta-merta. Hak istimewa ini memang sudah sedia
wujud sejak zaman penjajah Inggeris lagi seperti tanah rizab Melayu dan jawatan dalam
perkhidmatan awam.

Sebagai balasannya, orang bukan Melayu telah berlapang dada apabila peruntukan mengenai
kedudukan istimewa bumiputera dan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dimasukkan
dalam perlembagaan Tanah Melayu.

Kedudukan istimewa bumiputera ini disentuh dalam perkara 153 iaitu yang melibatkan
simpanan khas bagi bumiputera, kuota dalam pendidikan dan biasiswa, jawatan dalam
perkhidmatan awam, lesen perniagaan, perusahaan dan tanah rizab Melayu.

Kedudukan istimewa ini diberikan adalah bertujuan bagi menyamakan taraf bumiputera
dengan kaum lain dari segi ekonomi dan pendidikan serta mengiktiraf bahawa bumiputera
adalah penduduk asal Tanah Melayu.

Manakala kedudukan bahasa Melayu disentuh dalam Perkara 152. Penerimaan bahasa Melayu
sebagai bahasa kebangsaan juga merupakan sesuatu yang telah diterima sejak dari dahulu lagi
memandangkan bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca di nusantara pada zaman
Kerajaan Melaka sehingga di zaman penjajah Inggeris.

Kebimbangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan sepatutnya tidak


membimbangkan kaum lain kerana penggunaan bahasa ibunda masing-masing tidak disekat
malah dijamin dalam perlembagaan.

Menyentuh aspek kepimpinan pula, sama ada di peringkat negara atau persatuan, barisan
kepimpinan disertai oleh pemimpin pelbagai kaum. Sebagai contoh, parti-parti politik mampu
bergabung walaupun mempunyai ideologi yang berlainan. Orang Melayu masih menerima
calon daripada orang Cina dan India di dalam sesuatu kawasan pilihanraya walaupun majoriti
pengundinya orang Melayu. Di dalam perlantikan kabinet juga, didapati menteri-menterinya
terdiri dari pelbagai kaum yang ada di Malaysia.

Mohd Asri Abdullah Page 8


Jika diteliti, kesan daripada cengkaman penjajah terhadap Persekutuan Tanah Melayu telah
meninggalkan kesan yang mendalam terhadap sistem sosial, ekonomi dan politik.

Kesan dari segi politik, Malaysia telah mengamalkan demokrasi berparlimen dan raja
berperlembagaan seperti sistem dan struktur kerajaan British. Perkara ini telah diterima pakai
oleh seluruh lapisan masyarakat tanpa dipersoalkan lagi.

Dalam aspek ekonomi pula, pengasingan dari segi pekerjaan dan bidang ekonomi telah
menyebabkan orang Melayu terus mengekalkan pekerjaan tradisional mereka iaitu pertanian,
manakala orang Cina dan India digalakkan menceburi bidang perniagaan dan perlombongan
serta pekerja ladang-ladang getah.

Situasi ini telah membawa kepada jurang perbezaan yang ketara antara orang Melayu dan
bukan Melayu dari segi pemilikan kekayaan negara. Rata-rata orang Melayu yang terdiri
daripada golongan pesawah padi, penoreh getah dan nelayan berada dalam kemiskinan iaitu
64.8% berbanding bukan Melayu iaitu 26% pada tahun 1970.

Keadaan ini menunjukkan majoriti orang Melayu berada dalam kemiskinan terutamanya di
luar bandar. Manakala pemilikan kekayaan negara pula pada tahun 1970 bagi orang Melayu
ialah 2.3% dan bukan Melayu ialah 34%. Ternyata hal ini menjelaskan bahawa orang Melayu
masih kurang menceburi bidang perniagaan.

Dari segi pendididikan pula, penjajah Inggeris telah meninggalkan sistem pendidikan yang
terus mengekalkan orang Melayu dalam kemiskinan. Sistem pendidikan Inggeris pada masa itu
sekadar untuk menjadikan petani Melayu yang lebih baik daripada ibu bapa mereka. Keadaan
ini terus menjerumuskan orang Melayu ketinggalan dalam bidang pendidikan. Sebagai contoh,
golongan profesional bumiputera iaitu arkitek, akuntan, jurutera, doktor, juruukur dan
peguam pada tahun 1970 ialah 4.9% (225 orang) berbanding bukan bumiputera iaitu 84.3%
(3859 orang).

Walaupun di akhir Disember 2002, jumlah golongan profesional bumiputera meningkat secara
puratanya sebanyak 39%, namun ia masih lagi tertinggal jika dibandingkan dengan golongan
profesional bukan bumiputera. Perangkaan ini menunjukkan jurang yang amat ketara antara
golongan profesional bumiputera dan bukan bumiputera.

Begitu juga bilangan pelajar di peringkat ijazah pertama di IPTA dalam negara pada tahun
1970 bagi bumiputera ialah 40.2% (3084 pelajar) berbanding bukan bumiputera iaitu 56.2%
(4311 pelajar).

Mohd Asri Abdullah Page 9


Orang Melayu masih perlu dibantu dan dibimbing terutamanya dalam melahirkan Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB). Maka, Perkara 153 wajar digunakan
untuk mencapai tujuan ini iaitu dengan memberi kemudahan lesen perniagaan dan premis
perniagaan yang strategik. Jika langkah ini tidak dilaksanakan, usaha untuk mewujudkan
MPPB hanya tinggal impian.

Namun semangat integrasi ini mula diganggu-gugat sekitar tahun 1969 apabila ada parti
politik cuba mencanangkan konsep “Malaysian Malaysia”, dalam kempen pilihanraya pada
masa itu. Kesannya terjadilah Peristiwa 13 Mei 1969.

Akhir-akhir ini masih ada juga yang membangkitkan perkara mengenai hak Melayu, Perkara
153 dan Perkara 152 serta jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri di
kalangan orang Melayu.

Terdapat juga ahli-ahli politik tertentu yang menggunakan isu politik perkauman dan
menimbulkan isu kenegerian untuk tujuan politik mereka.

Seringkali isu-isu yang bukan politik telah dipolitikkan sehingga menjadi serius atau
kadangkala ‘menggemparkan’. Isu-isu yang dibangkitkan tersebut seolah-olah tidak
menghayati semangat rela berkorban dan berkongsi kuasa, perjanjian sosial, bersefahaman dan
toleransi yang telah ditunjukkan oleh pemimpin terdahulu.

Di bimbangi jika isu-isu di atas tidak ditangani dengan baik, ia akan mengundang konflik yang
berterusan dan berlaku ketidak harmonian antara kaum.

Bagi menyatukan berbagai-bagai pandangan politik di Malaysia, satu sistem kerajaan bercorak
‘Kerajaan Campuran’ wujud sejak Malaysia ditubuhkan.

Sistem ini telah diperkembangkan melalui satu sistem politik yang fleksibel. Parti-parti politik
yang berkuasa di Sabah dan Sarawak boleh menyertai kerajaan campuran pada peringkat pusat
di Kuala Lumpur.

Hakikat ini perlu disedari kerana setiap parti politik, khasnya di Sabah dan Sarawak telah
mempunyai wakil rakyat di Parlimen.

Ada di antara wakil rakyat tersebut dilantik dalam Kabinet di peringkat Pusat. Mereka yang
dipilih sepatutnya boleh mengemukakan berbagai-bagai masalah dan cadangan untuk

Mohd Asri Abdullah Page 10


perhatian Kerajaan Persekutuan bagi mewujudkan keseimbangan antara penduduk, wilayah
dan lain-lain.

Bagi mengatasi pelbagai isu pembangunan di Sabah dan Sarawak, Kerajaan Pusat telah
menyediakan pelbagai saluran politik untuk mendapat pandangan dan kritikan dari Kerajaan
Negeri.

Terpulanglah kepada parti-parti politik dan anggota-anggotanya untuk berunding atau


bermesyuarat dengan Kerajaan Pusat.

Mereka juga boleh menggunakan peraturan, saluran Parlimen dan Kabinet dan jawatankuasa-
jawatankuasa tertentu untuk mengemukakan isu dan masalah mereka.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menginsafi bahawa perpaduan kaum merupakan perkara
yang amat penting dalam masyarakat majmuk.

Manakala perpaduan kaum hanya mampu dicapai sekiranya rakyat menghayati semangat
integrasi dan toleransi yang tinggi.

6.2.4 Dari Segi Pendidikan

Demi perpaduan, integrasi dari pendidikan telah dilaksanakan melalui pelbagai cara oleh
kerajaan, antaranya:

Apabila negara mencapai kemerdekaan, kerajaan tidak terus menghapuskan sekolah rendah
jenis kebangsaan Cina dan Tamil, sebaliknya tetap mempertahankan kewujudan sekolah
tersebut. Walaupun pengekalan ini seolah-olah bercanggah dengan Penyata Razak 1956 yang
mahu mewujudkan sistem pendidikan kebangsaan.

Begitu juga, pengekalan sekolah ini tidak begitu menyumbang ke arah integrasi nasional demi
mengukuhkan lagi perpaduan kaum di kalangan masyarakat pelbagai kaum.

Dari segi penggunaan bahasa pengantar; di peringkat sekolah rendah, menengah dan tinggi
pula, sebagai contoh, sekarang ini terdapat 60 buah sekolah menengah harian Cina yang terus
menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.

Mohd Asri Abdullah Page 11


Hal ini juga seperti mencabar kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sekali
lagi bertentangan dengan Penyata Razak 1956 yang menginginkan Bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar di semua peringkat pendidikan.

Di pihak orang Melayu pula, kewujudan sekolah berasrama penuh, sekolah menengah
kebangsaan agama, MRSM dan Matrikulasi dikhususkan kepada orang Melayu.

Namun keistimewaan ini turut diberikan kepada bukan Melayu apabila kerajaan
membenarkan mereka memasukki MRSM dan Matrikulasi dengan kuota 10%.

Di peringkat tinggi pula, setiap kaum di Malaysia mempunyai institusi pendidikan tinggi (IPT)
masing-masing, saperti: UiTM dikhususkan kepada orang Melayu dan bumiputera, Kolej Tafe
dikhaskan kepada masyarakat India dan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR) serta Universiti
Tunku Abdul Rahman (UTAR) untuk orang Cina hasil usaha gigih MCA selama 30 tahun.

Sejarah merakamkan, masyarakat Cina berhasrat menubuhkan Universiti Merdeka yang


menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar sebelum pilihanraya 1969, tetapi telah
ditolak oleh kerajaan.

Begitu juga dengan kuota kemasukan pelajar ke IPTA iaitu dengan nisbah 55:45 bagi
bumiputera dan bukan bumiputera. Merujuk kepada sejarah sebelum pilihanraya 1978,
masyarakat Cina terus meminta peratus kemasukan pelajar bukan bumiputera ke IPTA
dinaikkan sebanyak 2% setiap tahun sehinggalah mencapai nisbah yang ada sekarang ini.

Ramai yang beranggapan kuota ini seolah-olah memberi kelebihan kepada pelajar bumiputera
tetapi jika bilangan pelajar bukan bumiputera di 17 buah IPTA dan 650 buah IPTS diambil kira,
ternyata bilangan pelajar bumiputera masih jauh ketinggalan.

Berdasarkan statistik, daripada ratusan ribu pelajar di IPTS, hanya kira-kira 20% pelajar
bumiputera yang menuntut di IPTS.

Bagi menampung bilangan pelajar yang semakin ramai untuk melanjukan pendidikan tinggi
mereka, kerajaan bersetuju menubuhkan IPTS yang memberi peluang kepada semua kaum
tanpa dikenakan kuota.

Tidakkah ini sebagai satu integrasi dari segi pengenaan kuota di IPTA dengan penubuhan IPTS?

Mohd Asri Abdullah Page 12


Kemunculan IPTS ini juga telah diberi kelonggaran dalam menggunakan bahasa Inggeris
sebagai bahasa pengantar.

Keistimewaan kuota ini juga telah ditarik balik apabila kerajaan mula memperkenalkan sistem
meritokrasi dalam menentukan kemasukkan ke IPTA.
Bukankah ini juga tolak ansur yang wujud antara kaum biarpun ia bercanggah dengan Dasar
Bahasa Kebangsaan?

Pemberian biasiswa yang sebelum ini banyak memberi kelebihan kepada pelajar bumiputera
juga tidak sepatutnya menimbulkan rasa kurang senang di kalangan bukan bumiputera.

Hal yang demikian kerana selepas tahun 90-an, pemberian biasiswa telah ditukar kepada
pinjaman pendidikan boleh ubah iaitu mengikut keputusan pelajar.

Terkini semua pelajar membuat pinjaman pendidikan melalui PTPTN untuk membiayai kos
pendidikan mereka.

Jelaslah, keistimewaan biasiswa ini bukan lagi khusus kepada pelajar bumiputera.

Melalui PTPTN, semua pelajar tidak mengira kaum, baik melanjutkan pendidikan tinggi mereka
di IPTA mahupun di IPTS, akan mendapat pinjaman mereka.

Hal ini juga merupakan toleransi yang diberikan oleh bumiputera walaupun hak biasiswa
kepada pelajar bumiputera itu sudah termaktub dalam perlembagaan.

Jika dibuat perbandingan, sewajarnya golongan bumiputera mendapat kelebihan dalam bidang
pendidikan dari kaum lain. Hal yang demikian kerana jumlah golongan bumiputera yan ramai
(55%) dan kebanyakkannya masih lagi tercicir dalam aspek pendidikan dan ekonomi.

Dalam aspek pendidikan, disebabkan majoriti tinggal di luar bandar, maka mereka tidak
mendapat kemudahan pendidikan yang sempurna berbanding di kawasan bandar. Jurang
golongan profesional antara bumiputera dan bukan bumiputera juga masih jauh.

Manakala dalam aspek ekonomi pula, pemilikan kekayaan negara oleh bumiputera hanyalah
sekitar 20% dan ini masih jauh dengan pemilikan bukan bumiputera iaitu sekitar 40%.

Oleh itu, walaupun bumiputera merupakan penduduk peribumi dan mempunyai hak istimewa
yang sah di sisi perlembagaan, tetapi mereka sanggup berkongsi dengan kaum lain.

Mohd Asri Abdullah Page 13


Sesungguhnya integrasi dalam pendidikan negara ini satu pengorbanan yang amat bernilai
demi menjamin kelangsungan perpaduan kaum di Malaysia.

6.2.5 Integrasi Dari Segi Ekonomi

Ekonomi memain peranan penting dalam memupuk integrasi dan perpaduan kaum di
kalangan masyarakat Malaysia.

Terdapat jurang yang besar dari segi penguasaan ekonomi, pemilikan kekayaan negara dan ini
akan berlaku ketidakseimbangan pendapatan antara kaum di Malaysia.

Perbezaan dari segi penguasaan ekonomi, pemilikan kekayaan dan pendapatan yang ketara
antara kaum boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati sehingga boleh mengundang konflik
dan pergaduhan.

Oleh itu berbagai strategi telah diambil bagi mengatasi masalah jurang ekonomi ini seperti
yang dinyatakan dalam rancangan pembangunan lima tahun dan dasar-dasar kerajaan. Ia
bertujuan untuk mewujudkan keseimbangan ekonomi antara kaum dan juga mengurangkan
pengenalan kaum berdasarkan aktiviti utama.

Antara langkah yang sangat signifikan dalam mewujudkan integrasi ekonomi ini ialah Dasar
Ekonomi Baru yang diperkenalkan pada tahun 1971.

Melalui DEB ini yang bermatlamatkan serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan tanpa
mengira kaum dan menyusun semula masyarakat supaya pengenalan etnik mengikut fungsi
ekonomi dapat dihapuskan.

Kesan dari pengenalan DEB ini ternyata:


 pendapatan perkapita telah meningkat dari RM 1,109 (1970) kepada RM6,180 (1990),
 kadar kemiskinan telah berkurangan dari 42.2% (1970) kepada 19.1% (1990), dan
 pemilikan kekayaan negara bagi bumiputera telah bertambah dari 2.4% (1970) kepada
20.3% (1990).

Kerajaan juga telah menjalankan langkah-langkah seperti memberi peluang kepada


bumiputera menceburi bidang perniagaan dengan memberikan pinjaman, lesen, kontrak

Mohd Asri Abdullah Page 14


perniagaan dan menubuhkan badan-badan berkanun, perbadanan kemajuan ekonomi negeri,
PERNAS, UDA, MARA dan sebagainya.

Walaupun DEB lebih menjurus kepada orang Melayu yang rata-ratanya berada dalam
kemiskinan, namun bukan bumiputera juga mendapat manfaat dan tidak dipinggirkan. Ini
sesuai dengan matlamat DEB untuk membasmi kemiskinan.

Orang Melayu bersikap terbuka dengan penguasaan ekonomi bukan bumiputera, walaupun
orang Melayu mempunyai kuasa politik yang boleh merangka dasar bagi menyekat penguasaan
itu, namun kuasa politik yang ada, digunakan melalui dasar-dasar yang digubal untuk
membantu kaum bumiputera tanpa menjelaskan peluang kaum lain.

Dalam sebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia, setiap wilayah mempunyai
tanggungjawab untuk membantu proses pembangunan wilayah lain supaya kemakmuran
dapat dinikmati bersama.

Pengaliran modal dan keuntungan, perkembangan pasaran antara wilayah akan membantu
ahli-ahli perniagaan dan usahawan untuk mengembangkan perusahaan mereka.

Di samping itu, dengan wujudnya pasaran yang lebih luas antara wilayah, industri negara akan
berkembang dan akhirnya pembangunan akan menjadi lebih pesat.

Dalam bidang integrasi ekonomi, berbagai-bagai kemajuan telah dicapai melalui beberapa
bidang, antaranya:

 Perancangan Ekonomi dan Pembangunan yang lebih sistematik.


 Pengaliran buruh dan pasaran buruh antara wilayah.
 Penyatuan sistem kewangan dan modal antara wilayah.
 Integrasi perdagangan dan perkembangan perdagangan antara wilayah.
 Program-program bagi memperseimbangkan pembangunan wilayah.
 Program bagi mengurangkan kadar kemiskinan dan ketidak seimbangan pendapatan
rakyat melalui Rancangan Pembangunan Malaysia.
 Program mempertingkatkan prasarana dan sistem perhubungan di antara wilayah.

Mohd Asri Abdullah Page 15


6.3 Pelan Tindakan dan Strategi ke arah Masyarakat Berintegrasi:

6.3.1 Dasar-dasar Kerajaan


Rukun Negara
Dasar Ekonomi Baru
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Wawasan 2020
Jabatan Perpaduan Negara
Dasar Pembangunan Negara
Rancangan Lima Tahun (RMK 1 – RMK 9)

6.3.2 Peranan Masyarakat


Rukun Tetangga
Rumah Terbuka
Difusi Budaya

6.3.3 Peranan NGO


Rakan COP
Suhakam
Aliran
Dll.

6.4 Kesimpulan

Pada keseluruhannya masih terdapat banyak langkah positif yang boleh diambil bagi
mengukuhkan lagi integrasi wilayah dan integrasi nasional bagi mewujudkan perpaduan di
negara kita. Perkara yang lebih penting ialah setiap masalah perlu dianggap sebagai satu
cabaran bersama

Sejak 51 tahun yang lepas, para pemimpin negara, anggota-anggota politik, pegawai kerajaan,
guru-guru, polis, tentera dan ahli-ahli perniagaan kita telah berusaha secara bersama-sama
untuk membangunkan negara ini bagi kesejahteraan generasi sekarang dan yang akan datang.

Mohd Asri Abdullah Page 16

You might also like