You are on page 1of 8

6 soalan pilihan, jawab 4 (1 soalan 10 markah).

Soalan yg memang keluar- wacana mega empat dimensi


tu, aliran tematik. Yg lain² tu Dr suruh baca juga mcm dlm gambar ni. Boleh baca berdasarkan nota² yg
dikongsi. Selamat maju jaya semua. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua di dunia dan di
akhirat. Goodluck guyss.

1. konsep wacana

2.

3. dimensi Fairclough

4. halliday metafungsi halliday

5. tema rema

6. aliran tematik

7. wacana mega ( bulatan empat dimensi)

8. tautan pindaan
Halliday merupakan pengkaji yang cuba mengemukakan kajian tentang tautan.
Pada tahun 1976, Halliday dan Hasan telah menghasilkan satu buku yang
bertajuk “Cohesian In English”. Hasil kajian menunjukkan tautan ini lebih
kepada satu set sistem hubungan paradigmatik dalam komponen tekstual model
sistematik yang dihasilkan oleh Halliday. Mereka berpendapat bahawa tautan
ini sebagai satu set yang membolehkan sesuatu teks itu berkesatuan dan
berkesinambungan. Berkesatuan bermaksud perkataan dan unsur-unsur dalam
satu teks tersebut berhubung dengan unsur-unsur lain dalam teks yang sama.
Teks dianggap sebagai satu unit semantik yang diwujudkan melalui sistem
simbol yang dapat diilihat dalam bentuk klausa dan ayat.

Halliday dan Hassan melihat makna tautan dari dua sudut, iaitu tautan
tatabahasa dan tautan leksikal. Tautan tatabahasa terdiri daripada perujukan
(reference), penggantian (substitution), dan pengguguran (ellipsis). Tautan
leksikal pula merupakan ikatan kata. Dalam kajian mereka melalui Cohesion In
English (1976), Halliday dan Hasan menggabungkan konsep tautan dengan
lebih terperinci. Penggubalan yang mereka lakukan merujuk kepada teori
linguistik, sistem dan kategori yang dibentuk oleh Halliday.

Model Tautan Pindaan (2002)

Model Tautan Pindaan dikemukakan oleh Sanat Md Nasir. Perkataan ‘pindaan’


digunakan kerana pada asalnya model ini merupakan Model Halliday dan
Hasan tetapi telah mengalami penyusunan semula, tambahan dan penekanan
aspek-aspek tertentu dalam kajian tautan aliran sistematik (systemic Theory).
Model Tautan Pindaan ini terbahagi kepada tiga jenis utama, iaitu tautan
perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat. Pembahagian tersebut
dibuat berdasarkan ciri, bentuk, fungsi, makna dan konteks.
Jenis tautan perulangan dibahagikan kepada tujuh jenis, iaitu tautan
perulangan rujukan, tautan perulangan penggantian, tautan perulangan elipsis,
tautan perulangan leksikal, tautan perulangan parafrasa, tautan perulangan
paralelisme dan tautan perulangan struktur dan makna sama. Tautan kolokasi
pula dibahagikan kepada empat, iaitu kolokasi antoniman, tautan kolokasi
kohiponiman, tautan kolokasi hasil dan tautan kolokasi sifat. Manakala tautan
penghubung ayat pula terbahagi kepada tautan penghubung ayat tambahan,
tautan penghubung ayat tentangan, tautan penghubung ayat sebab-musabab,
tautan penghubung ayat waktu dan tautan penghubung ayat terusan.
PENGENALAN
Kohesi atau tautan bermaksud keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan satu unsur
linguistik yang lain dalam sesuatu wacana bagi menghasilkan wacana yang lengkap. Tautan
dipecahkan kepada tiga bahagian, iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung
ayat. Tautan perulangan terbahagi pula kepada tujuh jenis iaitu tautan perulangan rujukan, tautan
perulangan penggantian, tautan perulangan elipsis, tautan perulangan leksikal, tautan perulangan
parafrasa, tautan perulangan paralelisme serta tautan perulangan struktur dan makna sama.
Manakala tautan kolokasi terbahagi kepada empat jenis iaitu tautan kolokasi antoniman, tautan
kolokasi kohiponiman, tautan kolokasi hasil dan tautan kolokasi sifat. Tautan penghubung ayat
pula dibahagikan kepada lima iaitu penghubung ayat tambahan, penghubung ayat pertentangan,
penghubung ayat sebab-musabab, penghubung ayat masa atau waktu dan penghubung ayat
terusan.
Kajian yang dibuat adalah terhadap program temu bual bersama Prof. Dr. Muhaya
Muhammad bertajuk “Erti Kehidupan” yang berdurasi selama 40 minit. Aspek yang dikaji adalah
berkaitan dengan konsep dan ciri-ciri atau jenis-jenis tautan yang terdapat dalam temu bual
tersebut.

KONSEP WACANA
Perkataan wacana berasal daripada kosa kata Jawa iaitu wocono. ‘Wocono’ terdiri daripada ‘woco’
yang bermaksud baca. Selain itu, terdapat juga pendapat yang mengatakan wacana daripada
perkataan Bahasa Inggeris iaitu ‘discourse’ yang asalnya daripada Latin iaitu ‘discursus’ yang
bermakna ‘larian ke dan lari’.
Pengkaji-pengkaji Bahasa menganalisis wacana kerana penggunaan wacana sangat penting
dalam kehidupan manusia. Wacana merupakan sebuah konsep yang meliputi semua aspek
komunikasi manusia. Hal ini membuktikan bahawa , wacana bukan sahaja merupakan komunikasi
bertulis yang membabitkan penulis dengan pembaca malah komunikasi lisan antara penutur dan
pendengar. Wacana ialah kesatuan bahasa yang lengkap dan paling tinggi dalam pertuturan dan
penulisan yang menunjukkan kesinambungan fikiran sama ada aspek komunikasi dan konteks.
Menurut Henry Tarigan (1987) dalam buku Monograf Bahasa Melayu, takrifan wacana
ialah unit atau saluran linguistic yang tertinggi, terlengkap, terbesar dari segi skalanya, supra ayat,
tersusun rapi dengan koherensi dan kohesi tinggi yang berkesinambungan awal dan akhir yang
nyata disampaikan secara lisan dan bertulis.
Asmah Haji Omar (1980:11) menggambarkan wacana adalah sebagai unit Bahasa yang
melebihi batas ayat. Oleh itu, wacana terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian bab, buku, siri
dan sebagainya. Ini menujukkan kesatuan dan hubungan antara butir-butir fikiran dan
perkembangan akaliah yang terdapat di dalamnya. Asmah Haji Omar sangat
menitikberatkan kesatuan pemikiran dalam sesuatu ujaran sesebuah wacana.
Rumusannya, wacana ialah unit tatabahasa yang lengkap dan tertinggi serta melangkaui
batas ayat yang melibatkan komunikasi pertuturan mahupun penulisan.
KONSEP TAUTAN
Mohd Rashid Md. Idris et al. (2012: 66) dalam Tatabahasa Wacana menyatakan tautan sebagai
keserasian hubungan antara satu unsur linguistik dengan satu unsur linguistik yang lain dalam
sesuatu wacana bagi menghasilkan wacana yang lengkap. Tambahnya lagi, tautan juga bererti
kesepaduan dalam penulisan. Tautan dapat mewujudkan kesinambungan antara sebahagian teks
dengan sebahagian teks yang lain sehingga membentuk satu kesatuan.Selain itu, tautan juga
merupakan wadah ayat yang disusun secara padu dan padat atau dikenali juga sebagai organisasi
sintaktik. Hal ini bererti kohesi merupakan hubungan di antara ayat dalam sebuah wacana yang
tidak kira sama ada dari segi strata gramatikal mahupun strata leksikal.
Musmira Sa’ad (1995) dalam artikelnya bertajuk “Analisis Tautan Dalam Cerpen Kasih
Datuk: Suatu Tinjauan Awal” menggunakan pendekatan Halliday dan Hasan dalam kajian yang
dilakukannya. Kajian tersebut dijalankan bagi mengenal pasti jenis unsur tautan yang wujud dalam
wacana tersebut.
Seterusnya, bagi menguji lagi mengenai tautan (kohesi) ini pelbagai kajian lain turut
dilaksanakan. Antaranya, pada tahun 2000 Abdul Jalil Othman dalam artikelnya bertajuk “Kajian
Pertautan Ayat dalam Penulisan Karangan: Suatu Pengenalan”. Kajiannya memperlihatkan pelajar
tidak berjaya menghasilkan penulisan yang baik dan berkualiti dari segi pertautannya. Bukan itu
sahaja, melalui kajian ini juga diliihat berkaitan kesan teknik menggabungkan ayat dalam tautan
karangan pelajar. Sama seperti kajian Musmira Sa’ad, kajian ini turut menggunakan model
Halliday dan Hasan sebagai panduan menganalisis pencapaian kohesi dalam karangan pelajar
dengan sedikit penyesuaian untuk menyesuaikan dengan tatabahasa Melayu.
Tautan dikatakan juga sebagai pengantara kepada gagasan idea. Gagasan idea disini
bermaksud bagaimana suatu idea atau fikiran itu dikaitkan dalam sesebuah cerita mahupun
peristiwa untuk membentuk sebuah teks. Cerita serta peristiwa yang hendak disampaikan ini
mempunyai maknanya. Hal ini bererti, sesuatu cerita dan peristiwa yang ingin disampaikan
mempunyai hubungkait yang jelas di antara pemberi (penutur/ pengarang) dengan penerima
(pendengar/pembaca).
Selain itu, Mohd Rashid Md. Idris (2007: 74) menyatakan bahawa tautan merupakan
konsep hubungan antara dua unsur linguistik iaitu sama ada secara struktural atau semantik. Unsur
tersebut perlulah berada dalam unit teks yang berlainan. Tautan membicarakan tentang komponen
permukaan teks sama ada secara lisan atau tulisan secara berurutan ,(Beaugrande dan Dressler,
1981: 3).
Menurut Sanat Md. Nasir (1998: 27), konsep yang dinyatakan tersebut dimaksudkan
sebagai hubungan makna yang mengikat sesuatu ayat dengan ayat lain sehingga wujud sebuah teks
atau wacana. Oleh itu, tautan merujuk kepada ayat yang membentuk wacana yang tidak berdiri
sendiri dari segi struktur tetapi saling bergantung atau mempunyai hubungan untuk membentuk
kesatuan struktur.

LATAR BELAKANG KAJIAN


Menurut Sanad Md. Nasir, konsep tautan merupakan fungsi tautan dapat dirumuskan sebagai satu
ikatan yang bermakna. Konsep tautan ini merujuk kepada hubungan unsur linguistik di dalam
sesuatu teks, sama ada di peringkat dalam ayat atau antara ayat, dan hubungan ini boleh sahaja
bersifat formal atau semantik dengan fungsinya.
Terdapat banyak model atau teori-teori yang dikemukakan oleh tokoh bahasa dalam bidang
wacana berkaitan tautan. Tetapi kajian ini lebih berfokuskan kepada Model Tautan Pindaan (MTP)
oleh Sanad Md. Nasir. Model Tautan Pindaan Sanad Md. Nasir (2002) menggunakan perkataan
‘pindaan’ dengan maksud pada asalnya ialah Model Halliday dan Hasan (1976), tetapi telah
mengalami penyusunan semula, tambahan dan penekanan aspek tertentu dalam kajian tautan aliran
sistemik (Systemic theory).
Tautan menurut Model Tautan Pindaan terbahagi kepada tiga jenis tautan yang utama iaitu
tautan perulangan, tautan kolokasi dan tautan penghubung ayat. Permbahagian ini dikelaskan
berdasarkan ciri bentuk, fungsi, makna dan konteks. Tautan pertama iaitu tautan perulangan
menunjukkan ciri, sama ada bentuk unsur linguistik yang berulang, atau dari segi makna unsur itu
yang berulang, atau kedua-duanya sekali. Tautan perulangan ini terbahagi pula kepada tujuh jenis
iaitu tautan perulangan rujukan, tautan perulangan penggantian, tautan perulangan elipsis, tautan
perulangan leksikal, tautan perulangan parafrasa, tautan perulangan paralelisme serta tautan
perulangan struktur dan makna sama.
Tautan yang kedua pula ialah tautan kolokasi yang dijeniskan lagi kepada empat jenis iaitu
tautan kolokasi antoniman, tautan kolokasi kohiponiman, tautan kolokasi hasil dan tautan kolokasi
sifat. Tautan utama yang ketiga pula ialah tautan penghubung ayat yang dilakukan dengan melihat
fungsi unsur linguistik itu. Tautan penghubung ayat ini berfungsi menghubungkan antara unsur
linguistik iaitu unit teks sebelum dengan yang selepasnya. Tautan penghubung ayat dapat
dibahagikan kepada lima jenis iaitu penghubung ayat tambahan, penghubung ayat pertentangan,
penghubung ayat sebab-musabab, penghubung ayat masa atau waktu dan penghubung ayat
terusan.

MODEL TAUTAN PINDAAN (MTP)


Berikut merupakan penerangan secara ringkas mengenai jenis tautan serta subjenis tautan yang
terdapat dalam Model Tautan Pindaan (MTP) oleh Sanad Md. Nasir.
Jenis Tautan Utama Subjenis Tautan
A. Tautan Perulangan i. Tautan Perulangan Rujukan
ii. Tautan Perulangan Penggantian
iii. Tautan Perulangan Elipsis
iv. Tautan Perulangan Leksikal
v. Tautan Perulangan Parafrasa
vi. Tautan Perulangan Paralelisme
vii. Tautan Perulangan Struktur dan Makna Sama

B. Tautan Kolokasi i. Tautan Kolokasi Antoniman


ii. Tautan Kolokasi Kohiponiman
iii. Tautan Kolokasi Hasil
iv. Tautan Kolokasi Sifat

C. Tautan Penghubung Ayat i. Tautan Penghubung Ayat Tambahan


ii. Tautan Penghubung Ayat Tentangan
iii. Tautan Penghubung Ayat Sebab-Musabab
iv. Tautan Penghubung Ayat Waktu
v. Tautan Penghubung Ayat Terusan

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dilakukan bagi mencapai objektif berikut:
i. Mengenal pasti konsep tautan dalam temu bual.
ii. Menganalisis ciri-ciri tautan dalam temu bual.
PERSOALAN KAJIAN
Kajian ini dilakukan bagi menjawab persoalan berikut:
i. Apakah konsep tautan dalam temu bual tersebut?
ii. Apakah ciri-ciri tautan yang digunakan dalam temu bual tersebut?

BATASAN KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk menganalisis dan meneliti aspek tautan yang terdapat dalam temu bual
bersama Prof. Dr Muhaya yang bertemakan ‘Erti Kehidupan’. Secara khususnya kajian ini adalah
bagi mngenal pasti penggunaan tiga jenis tautan utama berdasarkan model yang diperkenalkan
oleh Sanad Md. Nasir iaitu Model Tautan Pindaan (MTP), iaitu tautan perulangan, tautan kolokasi
dan tautan penghubung ayat yang mungkin terdapat dalam temu bual tersebut. Kajian ini juga
dilaksanakan bagi mengenal pasti subjenis tautan MTP daripada tiga jenis tautan utama serta
menganalisis tautan jenis manakah yang lebih dominan yang terdapat dalam temu bual yang dikaji.
Selain itu, kajian ini dilaksanakan dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selama lebih kurang
sembilan minggu.

METODOLOGI KAJIAN
Metodologi merupakan kaedah atau tatacara melaksanakan kajian atau kaedah untuk mendapatkan
maklumat bagi mencapai objektif kajian yang dijalankan. Bagi menjalankan kajian ringkas
berkaitan wacana bahasa Melayu berdasarkan aspek tautan, pengkaji memilih untuk menggunakan
kaedah kepustakaan. Melalui kaedah ini, pengkaji telah memanfaatkan bahan-bahan rujukan yang
diperoleh dari perpustakaan dan buku-buku rujukan yang dimiliki oleh pengkaji.

Antara bahan-bahan rujukan yang digunakan ialah bahan-bahan bercetak seperti buku-
buku ilmiah dan kajian-kajian lepas berkaitan wacana bahasa Melayu. Melalui kaedah ini, pengkaji
memerhati dan memberi tumpuan pada bahan rujukan yang diperoleh seterusnya menganalisis
maklumat yang diperoleh dan menghuraikan maklumat tersebut kepada bahagian-bahagian yang
lebih keci

You might also like