You are on page 1of 4

PERTANDINGAN BINTANG ASLI

SEMPENA
DEKAD SEMARAK BAHASA 2019

1. MATLAMAT

Pertandingan Bintang Asli ini diadakan sempena program Dekad Semarak Bahasa 2019
merupakan projek komuniti sebagai satu usaha galakan dan pengembangan seni suara
dalam kalngan masyarakat Malaysia bagi mengekalkan keunikan dan pemuliharaan
khazanah seni negara.

2. OBJEKTIF

2.1 Memelihara, mengembang dan mempopularkan lagu-lagu Melayu Asli dalam


kalangan masyarakat tempatan di daerah Lipis.
2.2 Meningkatkan aspirasi dan minat masyarakat terhadap lagu-lagu Melayu Asli yang
penuh dengan tatasusila yang tersendiri
2.3 Mewujudkan satu pertandingan yang sihat di samping menitikberatkan penghayatan
lagu-lagu Melayu Asli dalam kalangan generasi muda.
2.4 Membendung penularan muzik luar yang menggugat dan menyimpang dari landasan
Kebudayaan Kebangsaan

3. SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Pertandingan ini hanya akan dijalankan di peringkat daerah Lipis sahaja.
3.2 Penyertaan adalah PERCUMA dan terbuka kepada semua penduduk kampung
sekitar Kuala Lipis, penjawat awam kerajaan dan swasta yang bekerja dan menetap
di Kuala Lipis sahaja.

4. PERATURAN PERTANDINGAN

4.1 Setiap peserta dikehendaki menyanyikan sebuah lagu sahaja. Lagu hendaklah
dipilih dari senarai lagu yang dilampirkan (disediakan oleh pihak penganjur).
4.2 Sebarang bentuk kareografi oleh peserta semasa persembahan (contoh, ada penari
latar dan sebagainya) tidak diambil kira dalam penilaian hakim.

5. MASA PERSEMBAHAN

Persembahan setiap lagu TIDAK melebihi 7 minit.

6. MUZIK IRINGAN

6.1 Persembahan nyanyian hendaklah diiringi dengan muzik “minus one” (muzik tanpa
suara) yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Muzik “minus one” disediakan
oleh pihak penganjur dalam format Audio (.wav/ .mp3 ).
6.2 Peserta perlu menghubungi Penyelaras Pertandingan (En. Syahariman bin
Hamid, Tel: 012-6673775) untuk mendapatkan muzik “minus one” yang telah
disediakan mengikut senarai lagu yang diberi (rujuk lampiran 1).
6.3 Peserta TIDAK dibenarkan menggunakan muzik “minus one” sendiri selain yang
telah disediakan oleh pihak penganjur.
6.4 Muzik iringan hendaklah mengekalkan irama Melayu Asli dan tidak digabungkan
dengan irama lain seperti joget, inang dan zapin atau moden.
6.5 Peserta tidak dibenarkan menggunakan alat muzik untuk mengiringi nyanyian secara
“live”.

7. PAKAIAN

Pakaian hendaklah bersesuaian dengan persembahan dan lagu yang disampaikan.

8. PENYERTAAN

8.1 Semua penyertaan hendaklah menggunakan borang yang telah disediakan oleh
pihak penganjur (rujuk Lampiran 2).
8.2 Tarikh akhir penyerahan borang pertandingan kepada pihak penganjur selewat-
lewatnya pada 18/10/2019 sebelum jam 5.00 petang, di alamat IPG Kampus
Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang (U.P : En. Syahariman bin Hamid,
Tel: 012-6673775)
*Pengesahan penyertaan juga boleh dibuat melalui laman social (ambil gambar
dan hantar melalui whatsapp).

9. TARIKH PERTANDINGAN

Tarikh : 21/10/2019
Hari : Isnin
Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, Kuala Lipis, Pahang

10. PENGHAKIMAN

Komponen Pemberatan

Suara (ton/pic) 25%


Patah Lagu (Lenggok) 25%
Sebutan 20%
Tempo 20%
Persembahan 10%
(gaya,ekspresi,penampilan)

JUMLAH KESELURUHAN 100%

*Keputusan Hakim adalah muktamad.


Lampiran 1

PERTANDINGAN BINTANG ASLI


SEMPENA
DEKAD SEMARAK BAHASA 2019

SENARAI LAGU
Pilih satu lagu sahaja.

1. Patah Hati
2. Gunung Banang
3. Mas Merah
4. Lela Manja
5. Jalak Lenteng
6. Makan Sireh
7. Burung Putih
8. Seri Mersing
9. Seri Serawak
10. Nasib Panjang
11. Laksamana Mati Dibunuh
12. Siti Payung
13. Damak
14. Pasir Roboh
15. Seri Siantan
16. Embun Menitik

*Audio “minus one” disediakan oleh pihak Penganjur.


Lampiran 2

BORANG PENYERTAAN
PERTANDINGAN BINTANG ASLI
SEMPENA
DEKAD SEMARAK BAHASA 2019

NAMA : _________________________________

NO. KAD PENGENALAN : _______________________

ALAMAT : _________________________________________

(Pejabat/rumah) _________________________________________

_________________________________________

NO. TELEFON : _______________________

PILIHAN LAGU : ___________________________________

Tandatangan Peserta;

_____________________________
( )

Tarikh: _____________

You might also like