You are on page 1of 21

Teori Gestalt berasal dari perkataan Jerman ditakrifkan sebagai bentuk ,pola, atau konfigurasi.

Ahli-ahli psikologi Gestalt menyatakan kita mengamati unit sensasi secara keseluruhan dan bukan bahagian demi bahagian . Gestalt merupakan sebuah teori psikologi yang menyatakan bahawa seseorang akan cenderung mengelompokkan apa dia lihat di sekitarnya menjadi suatu kesatuan utuh berdasarkan pola, hubungan, dan persamaan.

Proses melihat secara keseluruhan melibatkan proses kognitif minda membuat anjakan daripada memahami setiap komponen dalam menghasilkan makna daripada pandangan yang menyeluruh.

Contohnya , kita lebih melihat bentuk bulat ataupun segiempat walaupun beberapa bahagian dalam bentuk tidak wujud.

Max Wertheimer (1880-1943)

Wolfgang Kohler (18871967)

Mereka menyimpulkan bahawa seseorang cenderung mentafsirkan apa yang terlihat dari lingkungannya sebagai kesatuan yang utuh.

Kurt Koffka (1886-1941)

Terdapat dua prinsip asas teori ini dalam menjelaskan mengenai pembelajaran: Melihat sesuatu secara keseluruhan lebih daripada melihat bahagianbahagiannya. Dalam persepsinya manusia akan mengasingkan figure apa yang kita fokus- daripada latarnya.

Mengikut teori Gestalt pembelajaran berlaku secara celik akal (insights).

Insights : The sudden perception of the relationships among elements in a problem situation.

Teori ini menjelaskan kebolehan seseorang mengamati / memahami sesuatu masalah secara spontan setelah dapat membuat perkaitan unsur-unsur dalam struktur persepsinya.

Implikasi Terhadap Pengajaran


Uruskan pembelajaran secara bentuk (patterns), bukan bahagian-bahagian (parts).

Berikan satu overview kursus dan hubungan antara tajuktajuk berkenaan.

Masalah yang mempunyai ciri, unsur dan struktur yang sama


diselesaikan dengan kaedah yang sama. Tidak berminat dengan pengajaran secara langkah demi langkah, latih tubi, atau penerangan arbitrari oleh guru.

Cara guru membantu pelajar memperolehi celik akal.


Melatih pelajar melihat secara keseluruhan sebelum memahami secara terperinci. Menegaskan pembelajaran integratif. Melatih pelajar mengamati sesuatu secara jelas dan objektif. Merangsang pemikiran pelajar dalam proses pembelajaran. Menekankan hipotesis dalam pembelajaran membantu pelajar menyelesaikan masalah mengikut tatacara yang betul. Menjelaskan pembelajaran yang hendak dicapai.

Teori gestalt banyak digunakan dalam proses reka bentuk dan cabang seni rupa kerana banyak

menjelaskan bagaimana persepsi visual boleh


terbentuk. Persepsi jenis ini boleh terbentuk kerana:
1. Kedekatan kedudukan (proximity)
2. Kesamaan bentuk (similiarity) 3. Penutupan bentuk (closure)

4. Kesinambungan pola (continuity)


5. Bentuk dan latar (figure ground)

(a) Hukum Pragnanz

(b) Hukum
Persamaan (Similarity)

(c) Hukum
Keintiman (Proximity)

(e) Hukum (d) Hukum Lengkap (Closure) Kesinambungan Positif (Good

(f) Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership

Continuation)

Character)

(a) Hukum Pragnanz


Hukum Pragnanz menyatakan bahawa apabila individu berhadapan dengan pengalaman yang baru, persepsi individu tersebut adalah tidak

teratur.

b) Hukum Persamaan (Similarity) /Kesamaan Bentuk Individu akan lebih cenderung untuk mengklasifikasikan rangsangan yang mempunyai persamaan di dalam kumpulan yang sama. Objek-objek yang bentuk dan elemennya mirip akan

dikelompokkan sebagai suatu kesatuan.


Contoh: Tiga segitiga di bahagian bawah logo adalah sebahagian daripada ikon burung pada logo tersebut. Namun kerana memiliki kesamaan bentuk dengan segitiga lain, objek tersebut dipersepsikan sebagai sebahagian kelompok segi tiga yang membentuk lingkaran.

(c) Hukum Keintiman (Proximity) / Kedekatan Posisi

Mengikut hukum keintiman, pengklasifikasian setiap


rangsangan adalah berdasarkan elemen jarak dan hubungan. Rangsangan-rangsangan yang mempunyai hubung kait di antara satu sama lain akan diletakkan di dalam kumpulan yang sama. Objek-objek yang berdekatan posisinya akan

dikelompokkan sebagai suatu kesatuan.


Objek-objek pada logo unilever disebelah dipersepsikan sebagai sebuah kumpulan (huruf 'U') kerana memiliki kedekatan kedudukan satu sama lain.

(d) Hukum Lengkap (Closure) / Penutupan bentuk Hukum lengkap menganjurkan bahawa individu cenderung untuk meletakkan rangsangan yang telah lengkap di dalam

kumpulan yang sama.


Suatu objek akan dianggap utuh walaupun bentuknya tidak tertutup sepenuhnya. Contoh: Kita dapat mengenali bahwa ikon pada logo WWF adalah seekor panda. Walhal, gambar tersebut tidaklah lengkap atau belum tertutup sepenuhnya.

(e) Hukum Kesinambungan Pola (Good Continuation)


Hukum ini menyatakan bahawa sifat sesuatu rangsangan tidak akan berubah, dan pada masa yang akan datang sifat

yang sama akan dikekalkan.


Objek akan dipersepsikan sebagai suatu kelompok karena adanya kesinambungan pola. Contoh :Lingkaran-lingkaran berikut dipersepsikan sebagai suatu kelompok karena polanya berkesinambungan. Walaupun sebenarnya objek-objek tersebut terpisah satu sama lain.

(f) Hukum Ciri-ciri Bahagian (Membership Character) Figure Ground


Di dalam hukum ini, individu akan mentafsir sesuatu berdasarkan pandangan mereka secara keseluruhan terhadap sesuatu objek tersebut, dan bukannya melihat setiap bahagian daripada keseluruhan objek tersebut.

Contoh:Sebuah objek dapat dilihat sebagai dua objek


dengan permainan foreground dan background. Gambar berikut adalah gambar sebuah objek. Namun dengan memanfaatkan teori figure ground, gambar mampu menampilkan 2 buah objek (objek guci dan siluet wajah)

Gestalt menjelaskan bagaimana secara psikologi


seseorang mencerna apa yang dilihatnya. Dengan memahami prinsip kerja kecenderungan persepsi visual manusia melalui gestalt, pereka dapat memahami bagaimana fungsi gestalt menyampaikan mesej terhadap audiens.

Teori Gestalt juga mempunyai hubungan yang rapat dengan pandangan konstruktivis dan banyak diaplikasikan di dalam kaedah

penyelesaian masalah.

Di dalam konteks pembelajaran seni visual, teori Gestalt bukan sahaja melihat kepada

produk atau hasil kerja tetapi memberikan


penekanan yang tinggi ke atas proses penghasilan produk itu sendiri.

You might also like