You are on page 1of 1

8.

0 Bentuk Dan Tujuan Penilaian Aktiviti Kemahiran Lisan, Membaca Dan Menulis Terdapat dua jenis penilaian, iaitu penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif

bertujuan untuk mengesan perkembangan atau kemajuan murid-murid dalam pembelajaran. Penilaian ini dijalankan secara berterusan oleh guru dan direkodkan . Penilaian ini dibuat dalam setiap pengajaran untuk melihat kelemahan dan kekuatan murid-murid dalam mengikuti sesuatu unit atau isi pelajaran atau sesuatu kemahiran yang ingin disampaikan oleh guru. Daripada penilaian yang dibuat secara berterusan dalam setiap pengajaran ini guru dapat merancang strategi-strategi tertentu dalam pengajaran yang berikutnya supaya murid-murid lemah yang tidak dapat mengikuti atau menguasai sesuatu yang diajar, dapat dibantu agar mereka tidak terus ketinggalan. Tegasnya, tujuan penilaian formatif ialah untuk memperbaiki kelemahan murid-murid dan penilaian ini dijalankan secara berterusan. Satu lagi jenis penilaian ialah penilaian sumatif. Penilaian ini merupakan penilaian yang memang biasa diamalkan oleh guru-guru di sekolah dan memang lazim apabila ujian diadakan, secara langsung atau tidak langsung ujian itu bersifat sumatif. Penilaian jenis ini dijalankan bertujuan untuk melihat taraf pencapaian murid-murid secara keseluruhan setelah tamatnya sesuatu tajuk atau unit pembelajaran dalam suatu tempoh yang telah ditetapkan. Oleh yang demikian penilaian ini tidaklah dibuat secara berterusan sebaliknya secara berkala.

You might also like