You are on page 1of 38

psvk3433

e-portfolio
ASAS MEMBUAT
CORAK DAN REKAAN
DISEDIAKAN OLEH:

TUAN SOFIYAH SAKINAH BINTI TUAN HASSIN


kata-kata ALUAN
Bersyukur ke atas hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya siapkan
tugasan kerja kursus bagi subjek PSVK3433 Asas Membuat Corak dan Rekaan ini
dengan penuh jayanya. Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan
penghargaan kepada pensyarah saya iaitu yang dihormati, Encik Kamal bin Baharom
kerana telah memberi tunjuk ajar serta bimbingan yang tak putus-putus sepanjang
menyempurnakan tugasan bagi kerja kursus ini.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu
bapa saya yang telah memberi segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak
terhingga sehingga saya berjaya menyempurnakan tugasan ini. Seterusnya, saya juga
turut berterima kasih kepada rakan-rakan yang telah banyak memberi pertolongan,
pengetahuan dan tunjuk ajar sepanjang e-portfolio ini disiapkan.

bahagian A

IKAT DAN
CELUP
definisi CORAK?

Corak ialah susunan motif sama ada secara terancang


mahupun tidak terancang. Motif pula ialah rupa atau bentuk
asas dalam satu-satu rekaan atau gubahan. Ia terdiri daripada
motif flora, fauna, geometrikal dan organik.

CORAK TERANCANG

Corak terancang menggunakan CORAK


motif yang disusun dengan teratur TIDAK TERANCANG
dan dalam susunan tertentu. Motif
ini menghasilkan corak yang Corak tidak terancang dihasilkan
mempunyai pelbagai jenis susunan, secara bebas tanpa mempunyai
termasuk penggunaan garisan grid apa-apa motif tertentu. Ia boleh
dalam penghasilan corak. Antara dihasilkan dengan cara merenjis,
corak yang dihasilkan secara meniup, mengayak, menggolek dan
terancang ialah mozek, lukisan, sebagainya. Salah satu corak yang
catan, cetakan, capan, kolaj dan dihasilkan secara tidak terancang
lain-lain. ialah ikat dan celup (tie and dye).

jenis CORAK TIDAK TERANCANG


Pulaman Renjisan

Tiupan Ikat dan Celup


definisi IKAT DAN CELUP?

Ikat dan celup atau dalam bahasa Inggeris tie


and dye, merupakan teknik memanipulasi ikatan
pada fabrik dan seterusnya melakukan proses
pencelupan menggunakan reactive dyes dalam
batik. Teknik ini banyak diguna pakai untuk
membuat batik. Kebiasaannya, teknik ikat dan
celup ini juga digunakan untuk membuat corak
pada t-shirts, beg galas, atau bekas-bekas kain
kecil.
jenis corak bagi IKAT DAN CELUP
Pot Leaf Fish Scales

Centered Rainbow Spiral Spider Technique


alatan dan bahan IKAT DAN CELUP

Baju Putih 100% Cotton Pewarna Merah, Oren, Air



Hitam, Kuning

alatan dan bahan IKAT DAN CELUP

Getah Sarung Tangan Plastik Garpu



langkah-langkah
HASILKAN BAJU IKAT DAN
CELUP
Sediakan alatan dan bahan
yang diperlukan iaitu baju putih
cotton, pewarna, sedikit air,
getah, sarung tangan plastik
dan juga garpu.

langkah-langkah
HASILKAN BAJU IKAT DAN
CELUP
Memastikan baju yang ingin
digunakan dibasuh dan
dijemur terlebih dahulu untuk
mengelakkan warna pada baju
menjadi luntur apabila dibuat
ikat dan celup.

langkah-langkah
HASILKAN BAJU IKAT DAN
CELUP
Tebarkan baju di atas meja
yang bersih dan gulung baju
tersebut mengikut corak yang
dikehendaki, iaitu corak
centered rainbow spiral.
Gunakan garpu untuk
memastikan corak terbentuk
cantik.
langkah-langkah
HASILKAN BAJU IKAT DAN
CELUP
Ikatkan baju tadi dengan
menggunakan getah supaya ia
tidak terbuka atau bergerak-
gerak. Selain itu, getah juga
digunakan untuk membuat
pembahagi pada baju bagi
memudahkan kerja-kerja
meletakkan pewarna.

langkah-langkah
HASILKAN BAJU IKAT DAN
CELUP
Basahkan baju yang telah
digulung dan diikat getah tadi
dengan sedikit air. Penggunaan
air yang berlebihan boleh
menyebabkan pewarna tidak
dapat melekat elok pada baju
dan warna akan menjadi luntur.

langkah-langkah
HASILKAN BAJU IKAT DAN
CELUP
Memakai sarung tangan plastik
dan mula meletakkan pewarna
pada baju bermula dengan
warna kuning. Pewarna kuning
tersebut diletakkan secara
berselang-seli mengikut
pembahagi getah yang telah
dibuat.

langkah-langkah
HASILKAN BAJU IKAT DAN
CELUP
Meletakkan pewarna oren atau
lebih tepat lagi vermilion pada
baju. Pewarna tersebut
diletakkan bersebelahan
dengan setiap warna kuning
tadi.

langkah-langkah
HASILKAN BAJU IKAT DAN
CELUP
Menindih pewarna merah di
atas warna oren bagi
menghasilkan campuran
warna yang akan kelihatan
lebih menarik.

langkah-langkah
HASILKAN BAJU IKAT DAN
CELUP
Meletakkan pewarna hitam
diantara warna kuning dan
campuran warna oren dan
merah tadi dengan membuat
bentuk seakan-akan X.

langkah-langkah
HASILKAN BAJU IKAT DAN
CELUP
Mengulangi langkah yang
sama pada bahagian
belakang supaya warna pada
bahagian depan dan belakang
adalah sama. Kemudian,
memastikan pewarna betul-
betul menyerap pada baju
agar tiada warna asal baju
kelihatan.
langkah-langkah
HASILKAN BAJU IKAT DAN
CELUP
Jemurkan baju yang telah siap
diwarna di bawah cahaya
matahari sehingga ia betul-
betul kering.

langkah-langkah
HASILKAN BAJU IKAT DAN
CELUP
Setelah baju tadi kering, buka
ikatan getah. Celup baju tadi di
dalam pemati warna dan
pastikan semuanya terkena
pemati warna untuk
mengekalkan warna pada baju.
Kemudian, jemur selama lapan
jam.
langkah-langkah
HASILKAN BAJU IKAT DAN
CELUP
Selepas itu, basuh baju yang
telah diletakkan pemati warna
tadi dan jemur semula
sehingga kering.

langkah-langkah
HASILKAN BAJU IKAT DAN
CELUP
Seterika baju tadi dan
kemudian ia sudah boleh
dipakai ke Istana Seri Menanti!
hasil baju IKAT DAN CELUP
hasil baju IKAT DAN CELUP
bahagian B
CORAK
TRADISIONAL
contoh corak DI ISTANA SERI MENANTI
gambar corak YANG DIPILIH
Corak ini merupakan corak
yang terdapat pada bahagian
dinding bawah istana. Corak
ini kelihatan sangat unik dan
seakan-akan corak
berunsurkan pengaruh hindu
budha (pada bahagian
tengah corak). Antara motif
flora yang terdapat pada
corak ini ialah itik pulang
petang, kaluk pakis dan
bunga teratai.
alatan dan bahan MELUKIS CORAK
Pensel Jangka Lukis

Kertas Mounting Board


proses kerja MELUKIS CORAK

Mengambil gambar setiap


corak yang terdapat di Istana
Seri Menanti supaya
mempunyai banyak pilihan.
Kemudian, memilih corak mana
yang hendak dilukis, iaitu corak
yang terdapat pada dinding
bawah istana.

proses kerja MELUKIS CORAK

Menyediakan alatan dan


bahan yang diperlukan iaitu
kertas, pensel, jangka lukis dan
alatan sampingan lain seperti
pemadam dan sharpener.
proses kerja MELUKIS CORAK
Membuat lakaran bagi corak
yang dipilih dengan
menggunakan pensel HB agar
ia tidak terlalu terang dan
memudahkan untuk dipadam
sekiranya berlaku sebarang
kesilapan. Lakaran ini
membantu menentukan kadar
banding dan ketepatan corak
yang hendak dilukis.

proses kerja MELUKIS CORAK

Apabila siap membuat lakaran


dan memastikan lakaran
tersebut adalah tepat, corak
mula dihitamkan dengan
menggunakan pensel yang
lebih terang iaitu pensel 4B dan
6B.

proses kerja MELUKIS CORAK

Setelah corak siap dilukis, saya


telah membuat bayang atau
shading di sekeliling corak
pada bahagia luar. Shading
dibuat dengan membezakan
warna terang dan separuh
terang.
proses kerja MELUKIS CORAK

Lukisan telah siap dilukis dan


boleh ditampal di atas
mounting board!
hasil akhir CORAK YANG DILUKIS
psvk3433

sekian
TERIMA KASIH
MEMBAKAR IKAN DI ATAS BARA,
BARA WUJUD DARIPADA API,
TERIMA KASIH INGIN DIKATA,
SEMOGA KITA BERJUMPA LAGI <3

You might also like