You are on page 1of 26

MEMBUAT CORAK DAN REKAAN

Pengenalan
Bidang kegiatan ini memberi peluang kepada murid memahami pelbagai cara untuk menghasilkan
corak dan mengaplikasikannya menjadi satu rekaan lain. Corak dan rekaan tersebut boleh juga
dipadankan dengan mana-mana hasil daripada bidang kegiatan lain seperti binaan, kraf dan
sebagainya. Corak ialah struktur susunan ulangan berdasarkan motif yang dibuat secara tertentu atau
bebas
MOTIF CORAK

SUSUNAN CORAK

Alam semulajadi-bunga, siput

Penuh

Bahan buatan manusia

Turun separa

Geometri

Berulang

Abjad

Orgee

Rupa barangan kraf Malaysia

Batu bata
Berpusat
Sendeng
Berombak
Bertindih
Jidar
Bertimbul
Berlajur
Cerminan

CORAK TIDAK TERANCANG


Corak tidak terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan
dengan cara seperti merenjis, meniup , mengayak menggolek dan sebagainya.Contoh Corak teknik
pualaman, corak tiupan, coak stensilan dan corak teknik cerminan.

PUALAMAN

Pualaman ialah proses membuat corak di mana cat minyak pelbagai warna terapung-apung
di permukaan kertas dan mewujudkan corak-corak di atsa kertas tersebut. hasil pualaman
boleh digunakan dalam kegiatan membuat poster, grafik atau kulit buku. Suminagashi
merupakan teknik pualaman yang paling lama dikenalpasti.
Teknik tersebut diamalkan di Jepun untuk menghasilkan corak daripada air dan dakwat
kalografi. Secara amnya teknik pualaman boleh dilakukan dengan cara yang sangat mudah
atau paling kompleks bergantung kepada yang ingin menghasilkan corak. Umur bukanlah
sesuatu faktor penghad untuk mempelajari teknik ini kerana semua orang (kanank-kanak
hingga dewasa) boleh menghasilkan karya seni. Penghasilannya adalan secara corak teknik
cetakan mono di mana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit
seperti cat minyak.

Cara menghasilkan pualaman


-

Bekas diisikan dengan air

bancuh cat minyak dengan sedikit thinner dan dititiskan mengikut citarasa sendiri

Kayu digunakan untuk mengacau dan menghasilkan corak yang dikehendaki

Tangkup kertas lukisan ke atas permukaan cat/ air dalam bekas dan keluarkan
dengan cepat dan keringkan.

Contoh karya Pualaman

TIUPAN
Teknik tiupan ini menggunakan mulut atau selain mulut yang boleh mengeluarkan angin. Teknik
tiupana angin ini senang sahaja dan amat menarik kerana selain membuat corak (tidak terancang )
kita boleh juga menjadikan teknik ini sebagai menggambar. Contohnya seperti membuat rantingranting katu atau pokok yang rendang. Antara bahan-bahan yang digunakan ialah straw, kertas
lukisan dan warna poster buncho.

Contoh karya Tiupan

TITISAN
Aktiviti titisan mempunyai banyak cara. Antaranya adalah menggunakan lilin yang dititiskan
keatas permukaan rata atau kertas untuk menghasilkan corak. Ia kemudian dilapis dengan
sapuan warna untuk menampakkan kesan titisan. Kemudian lilin dititislkan lagi dan sapuan
warna dibuat ke atas permukaan lukisan tersebut. Proses yang sama diulang berulag kali
shingga warna terakhir iaitu hitam sebagai warna terakhir disapu. Titisan merupakan satu
teknik untuk menghasilkan corak tidak terancang dengan cara menitiskan warna keatas
permukaan kertas secara rawak. Cat air dititiskan dari jarak yang berbeza untuk
menghasilkan kesan yang berbeza.
Akhir sekali titisan lilin tersebut digosok dengan seterika atau diratakan menggunakan
pengering rambut untuk meratakan lilin. Kemudian lilin dikikis untuk memperlihatkan corak
serta warna-warna yang terlindung di sebaliknya.
Seterusnya aktiviti titisan yang agak mudah ialah dengan cara membancuh warna dan
warna yang dibancuh itu dititiskan dia atas kertas lukisan. Jarak titisan menentukan besar
atau kecik corak yang terhasil. Jika kertas lukisan itu ditegakkan atau diangkat secara

sendeng maka corak titisan adalah agak lebat atau panjang. Pelbagai warna titisan akan
menghasilkan karya yang menarik.

Contoh karya titisan


Titisan warna cair

Contoh karya Titisan


Titisan warna di atas kertas yang telah disapu gam kanji

Titisan lilin cair

Titisan lilin cair yang ditiup

IKATAN DAN CELUPAN


Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika dicelup cetek, coraknya
yang terhasil adalah kecil.
Teknik ikat dan celup dalam batik juga dikenali sebagai batik pelangi.Haji Che Su b. Ishak adalah
antara tokoh batik yang terkenal di Malaysia.
Garam digunakan sebagai bahan penyerapan. Jenis kain yang biasa digunakan ialah kain kapas,
sutera dan organza.
Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah simpulan, ikatan, lipatan dan jahitan yang menghasilkan
corak yang menarik. Celupan yang terlalu dalam menghasilkan corak yang besar, sebaliknya jika
dicelup cetek, coraknya yang terhasil adalah kecil.
Alat dan bahan untuk menghasilkan Ikatan dan Celupan

Kain, tisu, dye dan tali

Manik, batu atau bahan lain yang boleh menimbulkan lebih kesan jalinan.

Proses
1. Bancuh warna dengan sedikit garam
2. Ikat kain, jahit atau simpul kain mengikut rekaan
3. Celup kain beberapa kali bagi mendapatkan kesan yang baik
4. Kain dikeringkan
5. Rendam / sapu dengan sodium silikat iaitu pemati warna (jika perlu untuk mengekalkan warna)
6. Buka ikatan, jahitan atau simpulan, kemudian basuh kain dan keringkan.
*Bagi mendapatkan warna yang beraneka, kain perlu diulang ikat dan celup dengan warna-warna
lain. Mulakan dengan warna yang cerah. Kaedah menyapu warna dengan berus atau menitis warna
juga boleh digunakan.

Contoh karya Ikatan dan Celupan

Teknik Ikatan dan

Celupan

RENJISAN DAN PERCIKAN


Reka corak renjis didefinisikan sebagai suatu teknik dalam menghasilkan corak terancang atau tidak
terancang dengan cara semburan, percikan atau tiupan. Bentuk kreativiti artistik dapat memenuhi
keperluan domain kognitif, psikomotor dan afektif.
Reka corak terancang dan tidak terancang mewujudkan kesan tampak yang berbeza tetapi
memerlukan kemahiran, kesedaran dan pengetahuan seni untuk menghasilkannya.
Mencipta reka corak renjis melibatkan proses latihan berfikir yang berhubung dengan asas rekaan
dan prinsip rekaan.
Alat dan bahan yang biasa digunakan untuk aktiviti ini ialah warna air, warna poster , kertas lukisan
dan berus warna.
Percikan pula ialah satu aktiviti menggambar dalam kerja-kerja seni. Satu teknik hiasan catan dengan
mendetik, mengetuk atau menjentik bahagian bulu berus yang akan menghasilkan kesan speckled
granite. Percikan -percikan halus warna disembur ke serata tempat untuk menghasilkan kesan antik.
Teknik corakan warna dihasilkan dengan tepukan atau jentikan menggunakan berus lukisan yang

mengandungi warna ke atas permukaan yang rata.Ia adalah kegiatan menyembur bahan cair di atas
permukaan.
Buku Glosari Seni Lukis percikan didefinisikan sebagai corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat.
Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. Makna ke tiga ialah
sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi. Percikan adalah satu teknik
mengaplikasikan sedikit curahan atau titikan warna ke atas permukaan yang dipilih. Percikan seolaholah memberi kesan seperti permukaan batu atau marble.Cat emulsi paling senang dimulakan kerana
cepat kering dan tidak rosak di antara satu sama lain.

Contoh karya Renjisan dan Percikan

CORAK TERANCANG
Corak terancang dibuat

menggunakan

motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini
menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan termasuk penggunaan
garisan grid dalam penghasilan corak. Contohnya corak teknik resis, corak teknik
anyaman dan corak menggunakan garisan grid.

LUKISAN
Membuat corak menggunakan teknik asas dalam melukis sama ada dengan melorek ton, melakar
garisan, titikan dan gosokan. Lukisan adalah karya yang dihasilkan daripada garisan yang
membentuk imej menggunakan media kering yang biasanya dihasilkan secara spontan serta
menggunakan campuran warna yang terhad.
MEDIA LUKISAN DAN CIRI-CIRINYA

-Mempunyai kepekatan yang berbeza kandungan kuantitit


campuran arang yang dicampur ke dalamnya.
-Semakin tinggi nilai nombor semakin gelap kepekatan
PENSEL

dakwat pensel.
-Pensil yang keras ditandakan dengan nilai H dan pensel
yang lembut ditandakan dengan nilai B.

-Mempunyai pelbagai warna pilihan.


PENSEL WARNA

-Boleh digosok untuk mencampurkan warna.


-Jika pensil warna ditekan semasa mewarna , warna yang
terang dan legap akan terhasil

-Terdapat beberapa jenis pen seperti pen celup (mapping


pen), pen manuskrip, pen mata bola dan pen teknikal.
Memberi kesan tajam dan kemas. Ketebalan saiz mata
PEN

menentukan ketebalan saiz garisan semasa melukis.

-Bahan yang lazim digunakan oleh pelukis-pelukis agung


semasa abad ke-18 dan emberi kesan hitam dan
legap.Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan
menggunakan arang agar tidak nampak kotor.

CHARCOAL

-Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak


bertaburan.

-Mempunyai pelbagai warna. Kesan yang lembut jika ia


digunakan sedikit dan member kesan yang terang jika
banyak digunakan.
SOFT PASTEL

-Pelukis memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan


menggunakannya agar tidak nampak kotor.
-Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak
bertaburan.

-Mempunyai pelbagai warna dan kesan yang tebal. Pelukis


memerlukan kemahiran menghasilkan lukisan cara ini.
OIL PASTEL
Memerlukan pemati warna fixative agar debunya tidak
bertaburan.

Contoh Karya Lukisan Corak Terancang

CATAN
Catan ialah proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang disapu di atas
permukaan. Komponen alat dan media yang digunakan ialah seperti cat air, cat minyak, cat akrilik, cat
gouce, cat fresko, minyak linsip, turpentin, kertas, kanvas dan berus. Di dalam bidang mencorak dan
membuat rekaan catan digunakan bagi menghasilkan corak yang terdiri daripada penggunaan warna
air.

MEDIA CATAN DAN CIRI-CIRINYA

BAHAN

CAT AIR

CIRI-CIRI

Bersifat lutisnar, lembut, boleh dibuat legap sekiranya cat air


dari tiup. Cat cair akan tebal jika disapu berlapis-lapis di
atas permukaan kertas. Bahantara ialah air. Pengilat
Gam arab

Teknik yang serbaguna, lambat kering. Boleh bersifat


nipis , tebal dan legap. Sesuai digunakan dia atas

CAT MINYAK

permukaan kanvas.
Bahantara ialah turpentine. Pengilat minyak linsid.

CAT

TEMPERA

Agak lutsinar tetapi tidak seperti cat air. Satu teknik


yang tertua. Sesuai di atas permukaan kertas dan juga di
atas permukaan kanvas.
Bahantara ialah telur kuning. Pengilat ialah air.

CAT GOUCE Sa Sama seperti cat air, tetapi bersifat legap. Sesuai atas
permukaan kertas.
Bahantara air dan pengilat gam arab.

Boleh menggunakan pelbagai teknik. Bersifat seperti cat


air dan cat minyak boleh dibuat tebal, nipis dan legap.
AKRILIK
Cepat kering. Sesuai atas permukaan kertas dan
kanvas.
Bahantara ialah air.

Bancuhan pewarna dan air disapukan ke dinding ketika

FRESKO

kapur plaster masih lembab.


Bahantara kapur. Pengilat air atau air kapur.

Contoh karya Catan Corak Terancang

CETAKAN
Cetakan ialah membuat corak dengan mencetak sama ada cetakan stensil, cetakan litografi, cetakan
timbulan dan sebagainya.Cetakan dalam mencorak dan membuat rekaan.Lazimnya dalam mebuat
karya cetakan dalam bidang mencorak, bahan yang digunakan ialah papan lino atau alam semual jadi
yang ditebuk dan diukir seperti kentang.Bahan diukir dengan corak yang diingini dan dicetak di atas
permukaan yang rata.

Contoh karya Cetakan

CAPAN
Kaedah capan ialah aktiviti mengecap menggunakan bahan semulajadi untuk menghasilkan corak.
Blok tidak perlu disedikana kerana jalinan yang digunakan adalah jalinan semulajadi. Imej yang
dihasilkan hanya bergantung kepada jalinan dipermukaan bahan semula jadi atau bahan alam
tersebut. Contohnya, cap jari menghasilkan kesan yang sama dengan jalinan yang ada pada jari.
Antara alat dan bahan untuk menghasilkan Capan:

Warna air

Warna Poster

Cap jari

Kentang

Bawang

Bendi

Pelepah pisang

Batang betik

Daun

Contoh karya Capan Corak Terancang

LIPATAN DAN GUNTINGAN


Aktiviti lipatan dan guntingan ialah aktiviti melipat kertas dan menggunting mengikut corak yang
dikehendaki.

Kertas boleh dilipat beberapa kali atau disusun secara bertindih dan dilipat bagi mendapatkan corak
atau imej yang berulang.

Bahan-bahan yang diperlukan


1. gunting
2. gam
3. pensel tulis
4. kertas lukisan
5. kertas 'sugar paper' (boleh juga digunakan kertas kolaj atau kertas warna yang lain)
Contoh karya Lipatan dan Guntingan Corak Terancang

RESIS
Aktiviti menyapukan warna basah ke atas pemukaan kertas yang telah dilukis dengan lilin, krayon
atau oil pastel. Lilin digunakan untuk menutup permukaan kertas atau kain bagi tujuan mendapatkan
corak warna.
Hasil penolakan warna air dan lilin akan menghasilkan corak yang menarik.
Resis boleh dihasilkan melalui tindihan lilin dan menyapu warna dari terang ke warna gelap. Resis
menyebabkan bahagian yang diliputi lilin tidak menyerap air dan dalam keadaan asal. Teknik ini dapat
dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting.
Di dalam mencorak teknik resis juga digunakan untuk menghasilkan corak yang terancang iaitu corak
yang dilakar oleh pengkarya.

ALAT DAN BAHAN

Krayon

Oil pastel

Lilin

Warna air

Warna poster

Contoh Karya Resis Corak Terancang

KOLAJ
Lukisan Kolaj bermaksud memotong sesuatu kertas dan menampal di atas sesuatu permukaan.
Biasanya kertas yang digunakan adalah kertas warna atau surat khabar.
Kolaj juga boleh dibuat dengan mengoyak atau mengunting kertas dan menampal di atas sesuatu
permukaan.
Ia boleh didefinisikan sebagai satu hasil kerja seni menyusun dan tampal sebahagian imej seperti
tampal gambar foto atau dari cetakan majalah disusun atau ditindih.
Kita juga boleh menggunakan pelbagai jenis bahan untuk ditampal keatas kertas lukisan mengikut
keativiti sendiri.
Murid boleh menggunakan pelbagai warna atau satu warna untuk menghasilkan kolaj.

Contoh karya Kolaj Corak Terancang

KALIGRAFI
Kaligrafi, dari bahasa Yunani; "keindahan" + "menulis" ) Hahasa Jepn, Nihongo )
adalah seni menulis dengan indah dengan pen sebagai hiasan. Tulisan dalam bentuk kaligrafi
biasanya tidak untuk dibaca dengan konsentrasi tinggi dalam waktu lama, karena sifatnya yang unik
untuk dibaca.
Meskipun kaligrafi dalam tulisan arab lebih dikenal, tetapi banyak pula penerapan aplikasi ke dalam
tulisan latin.
Di dalam seni rupa Islam, tulisan arab seringkali dibuat kaligrafi. Biasanya isinya disadur ayat-ayat AlQuran. Bentuknya bermacam-macam, tidak selalu pena diatas kertas, tetapi seringkali juga
ditatahkan di atas logam atau kulit. Salah satu bentuk penerapan kaligrafi Islam sebagai seni hias
adalah di Istana Al Hamra, Spanyol.
Di dalam bidang mencorak kaligrafi dilukisan di atas kertas lukisan.
Motif yang digunakan ialah motif huruf yang lazimnya terdiri dari ayat jawi dan Al-quran.
Motif yang dilukiskan kemudian diwarnakan.

Contoh karya Kaligraf

You might also like