You are on page 1of 15

LAPORAN PROJEK ARTIKEL JAHITAN

1.0 PENGENALAN

Dalam Kursus Pengenalan Kepada Teknologi Rumah Tangga (RBTS3203), antara


kemahiran yang dipelajari ialah kemahiran menghasilkan artikel jahitan jahitan yang
dihiasi dengan manik dan tiga jahitan sulaman. Projek yang dijalankan adalah Projek
Artikel Jahitan yang dijalankan selama sebulan bermula 9 Februari 2020 sehingga 16
Mac 2020 dengan wajaran sebanyak 15%.

Artikel jahitan bermaksud sesuatu yang dihasilkan daripada kain atau fabrik melalui
proses jahitan sama ada di jahit menggunakan jahitan tangan atau mesin mengikut pola
jahitan yang ditetapkan. Bahan utama penghasilan artikel jahitan adalah fabrik atau kain.
Objektif kerja kursus ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar mengenai
cara artikel mudah dihasilkan melalui proses jahitan dengan manik dan tiga jenis jahitan
sulaman sebagai hiasan, memberi penekanan tentang kepentingan mengamalkan
langkah-langkah keselamatan dan kebersihan semasa menjahit, mengenal pasti jenis
fabrik, kesesuaian fabrik kepada artikel mudah serta keberhasilan menghasilkan sebuah
artikel jahitan mengikut proses jahitan yang betul.

1.1 PENCETUSAN IDEA

Sebaik sahaja tugasan kerja kursus diperoleh, idea-idea mengenai artikel mudah
terus dilakukan melalui carian dari pelbagai sumber iaitu di laman sesawang, majalah,
youtube dan buku-buku rujukan yang diberikan oleh pensyarah. Maklumat-maklumat dan
idea yang diperoleh kemudiannya dikumpulkan dan disusun, termasuk idea dan
pengalaman sekeliling sedia ada iaitu pengamatan terhadap artikel mudah yang digunakan
sehari-hari seperti, atas meja, sapu tangan, langsir dan sarung bantal. Idea-idea bahan
hiasan manik dan sulaman juga dikumpulkan dan direkodkan. Melalui dapatan carian, saya
secara tidak langsung dapat memperkukuhkan lagi teknik-teknik menghasilkan artikel jahitan
dan proses menghasilkan artikel jahitan.

1.2 TUJUAN

Artikel jahitan yang dipilih dibuat berdasarkan tujuan dan masalah yang dihadapi.
Sebagai seorang pelajar, saya dapati bahawa beg galas belakang menyukarkan capaian
barangan seperti beg duit, botol air dan sebagainya. Melalui permasalahan yang timbul,
maka saya memutuskan untuk membuat beg sandang tepi bagi mengatasi masalah yang
dihadapi. Setelah menganalisis maklumat, saya dapati bahawa beg galas tepi mempunyai
pelbagai fungsi dan boleh digunakan untuk semua lapisan umur dan kerjaya.

1
1.3 FUNGSI

Salah satu fungsi beg sandang tepi adalah untuk meletakkan barang-barang
keperluan yang perlu sering dicapai seperti beg duit, alat tulis, minyak wangi dan
sebagainya. Fungsi lain termasuklah untuk menggantikan penggunaan plastik apabila
membeli belah di membeli belah di pasar, pusat beli belah dan sebagainya.

2
2.0 LAKARAN DAN HURAIAN ARTIKEL
2.1 LAKARAN

3
2.2 HURAIAN ARTIKEL JAHITAN

Setelah maklumat-maklumat dan idea-idea dari hasil carian pelbagai sumber


disusun, proses seterusnya adalah membuat pemilihan artikel jahitan. Artikel jahitan yang
dipilih mengambil kira beberapa faktor iaitu, kepentingan dan kegunaan artikel jahitan yang
dipilih. Ulasan idea keseluruhan dibuat secara kasar dan cadangan daripada beberapa
pihak iaitu pensyarah, rakan-rakan dan ibubapa juga turut dijalankan untuk menyumbang
pertimbangan tentang artikel jahitan yang hendak dipilih.

Artikel jahitan yang dipilih sebagai artikel mudah adalah beg sandang tepi. Beg
sandang tepi dipilih kerana kepentingannya dilihat paling signifikan dalam kegunaan harian.
Kegunaan beg sandang tepi adalah meluas dimana bukan sahaja boleh digunakan oleh
pelajar, malah juga boleh digunakan oleh individu-individu lain seperti suri rumah untuk
membawa kelengkapan harian ke mana-mana, para guru dan pensyarah untuk membawa
buku-buku pelajar dan pekerja kerani untuk membawa alat-alat atau bahan kegunaan
pejabat. Beg sandang tepi adalah mesra pengguna kerana mudah dibawa ke mana-mana
malah barang-barang yang di bawah lebih mudah untuk dicapai berbanding beg galas
belakang.

Beg sandang yang dipilih adalah bertemakan universal di mana ianya sesuai
digunakan oleh kaum lelaki mahupun perempuan. Oleh itu, warna utama iaitu warna beg
yang dipilih ialah biru gelap manakala warna fabrik kedua iaitu fabrik sampingan untuk
hiasan dan corak sulaman ialah warna-warna contra. Gabungan biru gelap dan warna
contra membawa perlambangan ringkas dan ceria. Oleh itu, beg sandang tersebut tidaklah
terlalu pudar dan tidak menari perhatian. Saiz beg sandang yang direka adalah saiz
standard iaitu tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecik untuk dikelek dan tali galas beg juga
tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek dan ianya bersifat ergonomik. Maka, ianya
sesuai untuk digunakan oleh pelbagai peringkat umur sama ada kanak-kanak atau orang
dewasa.

Fabrik yang dipilih adalah fabrik jenis jeans. Fabrik jeans dipilih sebagai fabrik utama
yang membina badan beg. Penghasilan beg sandang daripada fabrik jeans serta hiasan
manik serta tampalan kain fabrik felt dibuat secara berasingan sebelum hiasan digabungkan
kepada beg pada bahagian hadapan beg menggunakan jahitan asas iaitu jahitan kia. Corak
hiasan yang dipilih adalah hiasan floral ringkas dengan pemilihan warna yang kontra dari
warna fabrik utama beg iaitu biru gelap. Unsur warna kontra menyerlahkan lagi hiasan floral
pada beg. Kuntuman bunga telah saya hiasi dengan manik dan sulaman jujur halus serta
manik di sekelilingnya. Saya juga menambah renda pada bahagian tengah beg untuk
menaikkan seri beg lagi.

4
Hiasan yang dihasilkan perlu mempunyai sekurang-kurangnya tiga jenis jahitan
sulaman. Hiasan berbentuk hati dijahit dengan jahitan insang pari dan pada bahagian
rumput pada bunga dijahit dengan jahitan serong. Helaian fabrik untuk dijadikan beg
sandang dijahit menggunakan mesin jahit.

3.0 FABRIK DAN BAHAN

BIL. JENIS FABRIK KEGUNAAN


1. Jeans Fabrik yang digunakan untuk menghasilkan
badan beg.

2. Kain Felt Fabrik yang digunakan sebagai hiasan yang


ditampal diatas badan beg.

3. Benang sulam Digunakan untuk membuat sulaman


sebagai hiasan pada artikel.

5
4. Manik Digunakan sebagai hiasan pada artikel iaitu
mewakili butir debunga pada kelilingan
bunga dan pada atas beg disulam menjadi
bunga.

5. Jarum jahit Digunakan untuk menjahit jahitan asas


pada artikel sepeti jahitan jelujur sebagai
penanda sebelum dijahit menggunakan
jahitan mesin.

6. Jarum sulam Digunakan untuk menghasilkan sulaman


pada artikel. Digunakan bersama benang
sulam.

BIL ALATAN KEGUNAAN

6
1. Roda surih Digunakan bersama kertas karbon untuk
memindahkan garisan pemadam ke atas
fabrik atau pola

2. Mata nenek Digunakan untuk memasukkan benang ke


dalam lubang jarum

3. Gunting fabrik Digunakan untuk memotong fabrik

4. Kapur jahit Digunakan untuk membuat dan


memindahkan garisan pemadam pada
fabrik.

5. Pita ukur Digunakan untuk mengukur pola dan fabrik


mengikut ukuran yang ditetapkan sebelum
ditanda menggunakan kapur jahit

7
6. Karbon jahit Digunakan untuk memindahkan motif
sulaman ke atas fabrik

7. Pensel Digunakan untuk menanda garisan


pemadam pada permukaan fabrik,
membuat dan memindahkan tanda pola
serta melakar corak pada fabrik untuk
disulam

8. Jarum peniti Digunakan untuk menyemat dan


menetapkan pola pada fabrik, menyemat
fabrik sebelum menjahit dan digunakan
untuk kerja mengacu pakaian.

9. Penetas Digunakan untuk menetas mata jahitan


dan menanggalkan benang jahitan

8
10. Seterika Digunakan untuk menekan fabrik supaya
kemas dan rata

11. Bod seterika Memudahkan kerja-kerja menyeterika dan


menekan fabrik

12. Pembaris lurus Digunakan untuk mengukur garisan lurus


pada kertas pola dan fabrik sebelum
ditanda menggunakan kapur

4.0. PENGEKOSAN

9
4.1 PENGIRAAN KOS UPAH

BIL. KEPAKARAN UPAH BIL JAM JUMLAH


SEORANG/JAM HARGA
(RM) (RM)
1. Membuat pola 2.00 2 4.00
2. Menjahit 4.00 1 4.00
JUMLAH 8.00

4.2 PENGIRAAN KOS BAHAN

BIL. BAHAN KUANTITI HARGA JUMLAH


SEUNIT(RM) HARGA(RM)
1. Kain jeans ½ meter 14.25 7.20
2. Kain felt 1/3 meter 5.90 5.90
3. Benang sulam 3 jenis warna 1.40 4.20
4. Manik 3 jenis 3.20 9.60
5. Renda 1 jenis 5.90 5.90
6. Tali beg 80 cm 3.50 3.50
JUMLAH 36.30

4.3 Pengiraan Kos Sampingan

Bil. Kos Sampingan Jumlah (RM)

1. Elektrik 4.00
2. Jahitan kemas tepi 2.00
JUMLAH (RM) 6.00

4.4 Kos Artikel

KOS BAHAN + KOS UPAH + KOS SAMPINGAN = JUMLAH KOS KESELURUHAN

RM 36.30 + RM 8.00 + RM 6.00 = RM 50.30

Oleh itu, jumlah kos yang diperlukan untuk menghasilkan artikel bagi beg serbaguna ini
adalah RM 50.30.

5.0 LANGKAH MENJAHIT ARTIKEL JAHITAN

5.1 SEBELUM MENJAHIT

Langkah 1: Membuat Lakaran

1. Tentukan artikel yang hendak dibuat. Artikel yang dipilih adalah beg sandang tepi.

10
2. Melakar dan mereka cipta beg sandang tepi yang hendak dibuat bersama-sama
hiasan pada helaian kertas. Lakaran dibuat di atas kertas menggunakan pensel
untuk memudahkan proses penterjamahan idean.
3. Labelkan lakaran pada siap dibuat disertai dengan ukuran.

Langkah 2: Menyediakan Pola Jahitan

1. Sediakan pola jahitan mengikut ukuran yang telah ditetapkan disertai dengan ukuran
lengkap dan berlabel.

Langkah 3: Memindahkan Pola Ke Atas Fabrik

1. Susun pola di atas sehelai fabrik.


2. Masukkan kertas karbon di bawah pola dan sematkan dengan jarum peniti.
3. Pindahkan tanda pola ke atas fabrik dengan menggunakan roda surih pada bahagian
dalam fabrik.
4. Gunting fabrik mengikut pola jahitan yang telah disediakan dengan cermat.

11
5. Kemaskan fabrik yang telah dipotong dengan jahitan tepi.

5.2 SEMASA MENJAHIT

Langkah 1: Cantumkan Fabrik Untuk Menghasilkan Badan Beg

1. Lipat fabrik kepada dua bahagian mengikut garisan pemadan yang ditetapkan.
Fabrik akan menjadi 2 lapisan sama saiz yang bertemu.
2. Temukan bahagian luar fabrik lapisan pertama dengan bahagian luar fabrik lapisan
kedua dan sematkan menggunakan jarum peniti dan jelujur.
3. Jahit mesin bahagian kiri dan kanan fabrik mengikut garisan pemadan yang telah
ditanda dengan penyurih dan kertas karbon.

Langkah 2: Menghasilkan Kelepet

1. Buat lipatan pertama selebar 5mm ke sebelah dalam fabrik artikel pada bahagian
atas badan beg.
2. Buat lipatan kedua di garis pemadan yang telah dibuat.
3. Jelujur, tekan dan seterika kelepet supaya rata.
4. Tetapkan kelepet dengan jahitan mesin, jahitan sembat susup atau jahitan silang
pangkah.

Langkah 3: Menghasilkan Tali Beg

12
1. Gunting tali beg mengikut saiz yang sesuai.
2. Tetapkan fabrik dengan peniti.
3. Cantumkan tali beg [ada badan beg dengan jahitan mesin mengikut garisan
pemadan yang telah dibuat pada beg.
4. Ulang langkah 1-3 untuk menghasilkan tali beg kedua dan dicantumkan pada
lapisan kedua badan beg.

Langkah 4: Menghasilkan Hiasan Dengan Manik

1. Lakar corak pada fabrik dengan pensel.


2. Jahit kain felt yang telah dibentuk mengikut bentuk yang dikehendaki dengan jahitan
jelujur.
3. Jahit manik pada lakaran yang telah dilakukan.

Langkah 5: Selepas Menjahit

1. Potong lebihan benang pada beg atau pada sulaman jika ada.
2. Tekan dan seterika beg supaya fabrik kemas.

13
6.0 REFLEKSI

Pertama dan selamanya, saya bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan
kurnianya mengizinkan saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan dengan jayanya. Saya
berasa bersyukur kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana mereka sentiasa menyokong
saya dalam setiap perkara yang saya lakukan. Selain itu, saya juga ingin berterima kasih
kepada rakan-rakan yang sentiasa memberikan kerjasama dan pertolongan sama ada dari
segi kebendaan mahupun sokongan moral semasa artikel ini disiapkan.

Dalam proses menyiapkan tugasan ini, kami telahpun diberikan pendedahan awal
daripada pensyarah kami iaitu Dr. Noriadah binti Abdul Karim mengenai tugasan yang perlu
disiapkan dan kriteria-kriteria yang terdapat pada tugasan ini. Melalui pendedahan awal
yang diberikan kepada kami, kami dapat bersedia dengan cetusan-cetusan idea mengenai
projek artikel yang perlu disiapkan dengan lebih jelas. Hal ini memudahkan kami selaku
pelajar untuk menguasai beberapa kemahiran terlebih dahulu sebelum projek artikel ini mula
dilaksanakan.

Sebagai seorang pelajar yang tidak mempunyai asas jahitan sulaman, projek artikel ini
sebenarnya agak mencabar namun berjaya diatasi dengan mudah bersama rakan-rakan
yang lain. Dalam artikel yang disiapkan, tiga jenis jahitan sulaman perlu dijahit berserta
jahitan manik sebagai hiasan pada artikel. Jujur pada mulanya saya agak kekok untuk
menjahit sulamat tersebut, namun atas tunjuk ajar pensyarah segala masalah dapat saya
atasi. Disebabkan saya tidak pernah menggunakan mesin jahit sebelum ini, saya mengalami
kesukaran dalam pengendalian mesin jahit. Pengalaman ini juga membolehkan rakan-rakan
saya apabila menghadapi masalah dengan penggunaan mesin jahit. Hal ini dapat
menyemarakkan lagi semangat tolong-menolong dan bekerjasama antara pelajar.

Kesimpulannya, melalui projek artikel ini, kami bukan sahaja dapat mempelajari banyak
kemahiran-kemahiran baharu seperti kemahiran jahitan sulaman semata-mata. Malah, kami
dapat mempupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar seperti sifat tolong menolong dan
bekerjasama. Oleh itu, saya berharap lebih banyak tugasan seperti ini dilaksanakan supaya
pelajar dapat memperoleh banyak ilmu baharu yang berguna.

14
RUJUKAN

Suzana Mustafa. (2008). Jahitan-jahitan bernulu. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors.

Yana Izzudin. (2017). Tutorial Embroid Ribbon - 15 Jenis Bunga. Jakarta: Penerbit PT
Gramedia Pustaka Utama.

Rozita Jaafar. (2008). Sulaman benang labuci & manik. Kuala Lumpur: Utusan Publication &
Distributors Sdn. Bhd.

Claire. (2011). Couture Sewing Techniques. United State. Tauntan Press

Crisitin. (2018). Hoop Dreams: Modern Hand Embroidery. New Delhi. ABRAMS

15

You might also like