You are on page 1of 1

Proses pembuatan dasar di Malaysia adalah seperti di negara-negara ketiga yang lain di mana

secara asasnya berkisar kepada aktiviti yang berobjektif. Proses ini terbuka kepada
pandangan awam dan kumpulan berkepentingan lain yang memberi kesan secara lansung
kepada keputusan dasar di peringkat kerajaan akan melalui sistem birokrasi sebelum sesuatu
dasar atau cadangan itu dibawa kepada masyarakat untuk dibahas dan dibincangkan.

Perkaitan antara input dasar awam dan pembolehubah yang lain seperti kepentingan etnik dan
kelas amat penting mengikut konteks dasar awam di Malaysia. Kedua-dua faktor tersebut
ditambah dengan tekanan agenda politik tidak kira dari desakan dalaman atau luaran telah
menjadi panduan kepada pembentukan dasar awam.

Tanggungjawab kerajaan terhadap keharmonian, keselamatan, kebebasan, kemajmuran dan


kestabilan negara adalah bersifat kompleks. Melalui dasar awam, kerajaan merangkan
pelbagai program bagi memastikan rakyat menikmati keselesaan, kemajuan hidup serta
kestabilan sosio-politik dan ekonomi. Tabggungjawab tersebut meliputi isu keselamatan
dalam negeri, pembangunan luar bandar, hubungan antarabangsa, pendidikan, pengurusan
kewangan, inflasi, urbanisasi, kebajikan masyarakat pencukaian, kemajuan ekonomi dan
sebagainya.

Thomas R. Dye seorang sarjana politk mentafsirkan “public policy is whatever government
choose to do and not to do”. Dasar merujuk kepada keputusan yang dibuat untuk menentukan
apa yang harus dibuat, siapa yang bertanggungjawab dalam sesuatu dasar, bagaimana dasar
ditentukan, bila dan di mana dasar akan dilaksanakan. Dasar bukan sekadar peraturan, dasar
lebih bersifat dinamik dan fleksibel sementara peraturan pula lebih rigid. Sebagaimana yang
disebut oleh Dye, dasar ialah peraturan yang bertujuan meminpin pentadbiran awam dalam
proses pembuatan keputusan.

Berdasarkan pendekatan pelbagai bidang kearjanaan, polisi boleh disifatkan sebagai asas
peraturan. Perkataan awam pula merujuk kepada orang ramai, rakyat atau penduduk. Oleh itu
dasar awam boleh dilihat sebagai asas peraturan yang dipersetujui melalui proses-proses
tertentu membabitkan kepentingan rakyat.

You might also like