You are on page 1of 11

BAB 4

PERANAN PENTADBIRAN AWAM


DI MALAYSIA

OBJEKTIF BAB
Selepas mempelajari bab ini, anda seharusnya boleh:
1.
Memahami peranan pentadbiran awam di Malaysia secara
umumnya dalam fasa-fasa pembangunan negara semenjak
mencapai kemerdekaan.
2.
Mengenal pasti struktur pentadbiran awam Malaysia dalam
sistem ekonomi bebas dan pembangunan sosioekonomi.
3.
Membincangkan peranan pentadbir awam dalam proses
pembangunan negara berteraskan pembangunan terancang.
4.1

PENGENALAN

Dalam masyarakat feudal menurut pandangan Amitai Etzioni (1965),


fungsi pentadbiran awam amat berbeza dengan apa yang difahami pada
masakini. Ini kerana dalam masyarakat feudal, rakyat dikehendaki
berkhidmat kepada Sultan dan para pembesar negeri. Sebaliknya, dalam
masyarakat moden pada hari ini, peranan pentadbiran awam sangat luas
peranannya hingga bersifat monopoli terutama dalam aktiviti-aktiviti
bercorak ekonomi dan perdagangan. Oleh sebab itu, pihak kerajaan
menubuhkan badan-badan berkanun dan perbadanan awam untuk
mencapai matlamat meningkatkan pembangunan ekonomi dan terlibat
dalam aktiviti perdagangan.
Dari segi sejarahnya, pentadbiran awam di Malaysia dipengaruhi dengan
cukup besar oleh sistem yang diperkenalkan oleh Brititsh. Kesan dan
pengaruh peninggalan British dalam sistem pentadbiran awam di
Malaysia masih lagi wujud dan dilaksanakan walaupun sedikit sebanyak
telah diubahsuai dengan keadaan di Malaysia. Walau bagaimanapun,
sepeninggalan British selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada
31 Ogos 1957, pelbagai usaha telah dilakukan oleh pemerintah dan
pentadbir tempatan (Malaysia) untuk membangunkan pentadbiran awam
di negara ini. Kesannya, dapatlah kita menikmati dan melihat proses
pembangunan dengan sistem pentadbiran yang teratur dan strategi
seperti yang ada pada hari ini.
53

4.2

MAINTAIN LAW AND ORDER

Secara umumnya, Perkhidmatan Awam Malaysia telah distrukturkan


sedemikian rupa daripada pentadbiran penjajah British. Lagipun,
struktur yang sedia ada adalah banyak meminjam daripada apa yang ada
di British. Secara umumnya, bahagian ini membincangkan sepintas lalu
tentang peranan pentadbir dalam maintain law and order. Peranan dan
struktur pentadbiran awam serta peranan pentadbir awam dalam
pembangunan di Malaysia sangat penting terutama dalam memastikan
setiap dasar yang dilaksanakan dapat mencapai matlamat sebagaimana
yang telah digariskan oleh pihak pembuat dasar.
Apabila disebut peranan pentadbir atau penjawat awam
dalam maintain law and order, apakah yang anda dapat
bayangkan? Fikirkan.

Satu kesan penting akibat perpindahan kuasa Pejabat Tanah Jajahan


British ialah kewujudan suatu Perkhidmatan Awam Tanah Melayu yang
lebih dikenali sebagai Malayan Civil Service (MCS) yang begitu unggul.
Pada akhir kurun ke-19, telah tersedia suatu bentuk kerajaan dan
pentadbiran yang tersusun (ordered government and administration) dan juga
wujud beberapa keadaan yang berkesan seperti komunikasi, undangundang dan peraturan. Oleh itu, apakah yang dimaksudkan dengan
maintain law and order? Istilah maintain law and order adalah merujuk
kepada peranan Perkhidmatan Awam yang berorientasikan tindakan
dengan melibatkan unsur penting iaitu untuk memelihara undang-undang
dan peraturan yang sedia wujud ketika itu. Unsur-unsur tersebut
merupakan perkara yang amat penting dalam pembentukan
Perkhidmatan Awam di Tanah Melayu ketika itu. Selepas merdeka,
peranan Perkhidmatan Awam adalah terhad, namun tidak wujud suasana
untuk menyangkal tentang peranan Perkhidmatan Awam yang sangat
luas di negara ini termasuklah dalam soal memelihara undang-undang
dan peraturan. Namun begitu, terdapat tekanan untuk menambah
keupayaan-keupayaan yang berkaitan dengan peranan Perkhidmatan
Awam.
Semasa penjajahan, kerajaan merupakan sebuah institusi yang sangat
penting dan menyeluruh apa lagi dalam ketiadaan politik pemilihan
(pilihan raya) di kalangan rakyat. Ketika itu, pentadbiran adalah juga
kerajaan. Sebagai sebuah pentadbiran kolonial, Perkhidmatan Awam
Malaya (MCS) merupakan semata-mata satu alat untuk menentukan
kesinambungan cara pengeluaran kolonial (colonial mode of production).

54

Tugasnya yang utama ialah untuk menjaga dan memelihara undangundang dan peraturan di dalam negeri. Polisi kolonial di Tanah Melayu
dapat diterangkan seperti berikut:
Polisi umum Penasihat-Penasihat British ialah untuk campur tangan
seberapa sedikit yang mungkin terhadap adat istiadat dan prejudis
rakyat yang berbeza-beza yang terdapat di negeri-negeri tersebut, untuk
tidak campur tangan dalam hal-ehwal agama Islam; menarik modal dari
Eropah, China dan lain-lain; menggalakkan imigrasi China, India dan
lain-lain; membantu pembangunan sumber-sumber perlombongan dan
pertanian di negeri-negeri berkenaan dengan membina jalan keretapi,
kerja-kerja perparitan dan saliran; menubuhkan pasukan keselamatan
untuk menjaga kehidupan dan harta benda awam, membina
Mahkamah Keadilan, membuka hospital-hospital dan sekolah-sekolah,
memilih tanah-tanah yang baik untuk hak milik dan menghapuskan
duti import kecuali candu dan minuman keras, dan semua halanganhalangan ke atas perdagangan, perniagaan dan industri (Ahmad Atory
Hussain, 1998: 107).

4.3

PERANAN DAN STRUKTUR PENTADBIRAN DALAM


SISTEM EKONOMI BEBAS (1957-1970)

Dalam era pasca kolonial di Malaysia, Perkhidmatan Awam secara


relatifnya masih kekal dengan peranannya yang lama iaitu
menguatkuasakan undang-undang dan peraturan. Namun, peranan
tersebut tidaklah mendapat kecaman atau kritikan yang serius, tetapi
terdapat tekanan dari luar dan juga permintaan supaya keupayaan dan
prestasi Perkhidmatan Awam dapat dipertingkatkan dan seterusnya
memainkan peranan pembanguan negara. Dalam hal ini, pentadbiran
awam telah menghadapi suatu tugas yang mencabar tentang
bagaimanakah hendak melaksanakan pemodenan tanpa memperbesarbesarkan sensitiviti perkauman atau konflik-konflik di kalangan pelbagai
kumpulan etnik di negara ini.
Dalam era selepas kemerdekaan, peranan birokrasi awam adalah
berorientasikan tindakan (action-oriented roles), di mana ia melibatkan
empat unsur penting iaitu
(i)
Untuk memelihara undang-undang dan peraturan;
(ii)
Untuk menggubal dasar-dasar pembangunan;
(iii)
Untuk mengurus pembangunan di kawasan terpinggir di
luar bandar; dan
(iv)
Melaksanakan pembangunan industri.
Di negara-negara sedang membangun, salah satu peranan Perkhidmatan
Awam yang kritikal ketika itu adalah dalam usaha untuk membantu pihak
kerajaan untuk mengejar pembangunan nasional. Justeru itu,
Perkhidmatan Awam Malaysia tidak terkecuali daripada berperanan
55

membantu menjayakan cita-cita kerajaan khususnya dalam pembangunan


negara. Dalam semua jenis perkhidmatan, yang paling penting sekali
ialah Perkhidmatan Tadbir dan Dilomatik (PTD atau MCS). Sebagai elit
birokrat, pegawai-pegawai PTD ini diberi kepercayaan dengan peranan
yang penting bagi melaksanakan dasar-dasar kerajaan. Keadaan ini
membuatkan perkhidmatan mereka itu sebagai suatu cabang
perkhidmatan yang dipolitikkan.
Peranan ini sebenarnya adalah warisan daripada pentadbiran kolonial
British dahulu dan telah diperkukuhkan lagi semenjak Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan. Kemuliaan dan superioriti PTD/MCS adalah
sama seperti lain-lain perkhidmatan yang sememangnya diiktiraf semasa
era kolonial dahulu atas dasar bahawa kebanyakan jawatan-jawatan kanan
merupakan Residen dan Penasihat British yang bertanggungjawab untuk
hala tuju dasar dan juga mempunyai satu hubungan yang tetap dengan
para Sultan.
Semasa perjuangan menuntut kemerdekaan, ahli-ahli perkhidmatan
awam terutamanya daripada kumpulan PTD bergiat aktif dalam politik.
Peranan PTD/MCSlah yang membawa kepada pembaharuan
pentadbiran yang mana diarahkan supaya dapat meningkatkan lagi
keupayaan pentadbiran dalam melaksanakan dasar-dasar pembangunan
memandangkan betapa pentingnya peranan politik dan strategik mereka
itu. Pegawai-pegawai PTDlah sebenarnya yang menyandang kesemua
jawatan-jawatan utama di semua agensi-agensi kerajaan, iaitu Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA), Perbendaharaan, Unit Perancang Ekonomi
(EPU) dan Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan (ICU) di Jabatan Perdana
Menteri. Oleh sebab agensi-agensi ini terlibat dalam hal-hal personel,
maka peruntukan dan perbelanjaan dana awam (public funds), perancangan
dan pengawasan (monitoring) pelaksanaan semua projek-projek
pembangunan, maka pegawai-pegawai PTD tersebut mempunyai
hubungan yang rapat dan juga rangkaian yang kuat dengan semua subsistem yang lain dalam Perkhidmatan Awam itu.
Situasi berbeza di peringkat jabatan, di mana kebanyakan jawatan
disandang oleh kakitangan profesional. Misalnya jawatan-jawatan di
Jabatan Kerja Raya, Saliran dan Perparitan, Telekomunikasi, Ukur dan
Kesihatan adalah disandang oleh jurutera-jurutera. Walau bagaimanapun,
terdapat beberapa jabatan yang secara tradisinya disandang oleh pegawai
PTD/MCS. Jabatan-jabatan itu adalah seperti Suruhanjaya Pilihan Raya
Malaysia dan Jabatan Penerbangan Awam. Di dalam keadaan yang
istimewa, seseorang pegawai PTD/MCS itu boleh dilantik mengetuai
mana-mana jabatan yang lain. Misalnya, Jabatan Imigresen, Jabatan
Pengangkutan Jalan dan Keretapi Tanah Melayu adakalanya disandang
oleh PTD/MCS.
56

Satu pola penstafan (staffing) yang sama digunapakai dalam jawatanjawatan pentadbiran kategori A di lain-lain jabatan, sama ada di peringkat
persekutuan atau negeri. Jawatan-jawatan itu juga boleh diisi oleh
pegawai-pegawai PTD/MCS. Pegawai-pegawai PTD/MCS boleh juga
ditempatkan atau ditugaskan ke jawatan-jawatan pentadbiran yang lebih
tinggi di semua Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Federated Malay States)
yang mana tidak mempunyai perkhidmatan pentadbiran mereka sendiri.
Walau bagaimanapun, di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu juga
didapati sebilangan jawatan-jawatan penting persekutuan diisi oleh
pegawai-pegawai PTD/MCS. Jawatan-jawatan tersebut ialah Pejabat
Kemajuan Negeri, Pejabat Perlombongan dan Tanah Negeri dan
Jawatankuasa Keselamatan Negeri. Pegawai PTD juga merupakan
sumber utama mendapatkan pegawai-pegawai untuk berkhidmat di
badan-badan berkanun kerajaan dan juga perbadanan-perbadanan awam.
Hampir kesemua agensi-agensi tersebut telah disandang oleh pegawaipegawai PTD/MCS seperti yang terdapat di dalam Perbadananperbadanan nasional seperti MAS, UDA dan sebagainya. Malah, untuk
menjadi Pendaftar atau Naib Canselor universiti juga pegawai PTD biasa
dilantik ke jawatan-jawatan itu. Tidak syak golongan elit PTD ini telah
digilap lagi akan peranan mereka ini untuk tujuan mempercepatkan
pelaksanaan dasar-dasar pembangunan sosioekonomi masyarakat.
Meskipun penerobosan pegawai-pegawai PTD di jabatan-jabatan yang
dahulunya menjadi benteng kuat kawalan golongan profesional dan
kadang-kadang menimbulkan prasangka dan curiga, tetapi
kebanyakannya menerima nilai dan kebolehan golongan PTD. Apa yang
lebih istimewa lagi, sesetangahnya menyambut baik akan pegawai PTD
itu demi memperkukuhkan lagi keupayaan pentadbiran.
SOALAN DALAM TEKS

1.
2.

Bilakah jawatan PTD/MCS mula diwujudkan di


Tanah Melayu dan dikenali sebagai apa?
Namakah perkhidmatan yang khusus kepada
anak tempatan sebelum diserapkan atau
dinaikkan pangkat ke dalam PTD/MCS dan
tahun ia diwujudkan?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.

57

4.4

PEMBANGUNAN NEGARA BERASASKAN PLANNED


ECONOMY (1957-1970)

Dalam perancangan pemodenan Malaya, kepimpinan politik dengan


nyata mengiktirafkan akan kekuatan ikatan-ikatan perkauman dan telah
mencuba membangunkan dasar-dasar sosioekonomi yang berdasarkan
pertimbangan-pertimbangan komunal. Justeru itu, semenjak merdeka,
program-program pembangunan telah dihala tuju ke arah memenuhi
aspirasi-aspirasi kependudukan kepelbagaian etnik tersebut. Manifestasi
aspirasi popular tersebut yang sebelum ini kurang sekali, telah muncul
selepas merdeka dan pegawai awam diharap bersikap responsif terhadap
permintaan-permintaan itu. Sehubungan dengan itu, satu program yang
terancang bagi pentadbiran pembangunan adalah bertujuan
memperkukuhkan lagi keupayaan pentadbiran dan pembuatan dasar,
serta keupayaan-keupayaan perancangan untuk memandu perubahan
sosial kesan dari keadaan-keadaan tersebut. Terdapat satu keperluan
untuk membesarkan lagi saiz Perkhidmatan Awam Malaysia bagi
menangani fungsi-fungsi yang bertambah, pelbagai dan kompleks itu.
Selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua, fungsi utama kerajaan ialah
pembinaan semula (reconstruction). Perkhidmatan-perkhidmatan biasa
yang disediakan oleh kerajaan telah rosak. Lombong-lombong dan
ladang-ladang telah mengalami kerosakan dan kerugian akibat daripada
pendudukan Jepun. Oleh yang demikian, segala pembinaan-pembinaan
yang rosak itu perlu dipulihkan supaya ekonomi negara dapat berfungsi
seperti sediakala. Keadaan jalan raya, jambatan-jambatan dan landasan
keretapi terpaksa diperbaiki dan diperluaskan lagi serta perkhidmatanperkhidmatan seperti pasukan keselamatan, komunikasi dan utiliti atau
kemudahan awam terpaksa dipulihkan dan diperbaiki. Pada mulanya,
pembinaan semula ini kebanyakannya terlibat di sektor-sektor moden
perlombongan, ladang dan kawasan-kawasan bandar. Sementara itu,
sektor tradisi di mana kebanyakannya terdiri pada kaum petani Melayu
dan nelayan di luar bandar hampir tidak disentuh langsung dalam usaha
pembinaan semula infrastruktur dan institusi tersebut.
Di bawah pemerintahan kolonial, pembangunan luar bandar mengalami
kekurangan dana secara berterusan dan juga kurangnya satu perasaan
yang mendesak oleh pihak pemerintah untuk membangunkan segera
masyarakat luar bandar. Keadaan darurat yang telah diistiharkan pada
tahun 1948 hingga 1960 hanya memburukkan lagi keadaan, di mana
untuk jangka pertama pertengahan tahun 1955, kerajaan sememangnya
komited dengan polisi pembinaan semula tersebut. Tetapi tahun-tahun
1950-an juga didapati tekanan begitu tinggi supaya perhatian diberikan di
kawasan-kawasan luar bandar. Orang-orang Melayu yang majoritinya
58

tinggal di luar bandar telah mendesak UMNO untuk menggunakan


pengaruhnya ke atas kerajaan supaya memberikan keutamaan kepada
pembangunan luar bandar.
Justeru itu, kita dapati gerakan pertama ke arah pembaharuan
pentadbiran ataupun pembinaan institusi telah muncul dengan
penubuhan Rural Industrial Development Authority (RIDA) atau Lembaga
Pembangunan Industri Luar Bandar pada tahun 1950. Sebagai sebuah
perbadanan awam, RIDA berfungsi sebagai menyelaras, merancang dan
melaksanakan program-program kerajaan bagi pembangunan luar
bandar. Ia juga diharapkan komited ke arah menerapkan semangat
individualisme dan juga usaha berbentuk kerjasama di kalangan
penduduk luar bandar supaya memudahkan lagi proses pembangunan
luar bandar. Pembangunan RIDA ini melibatkan dua fasa utama:
(i)
Jangkamasa 1950 hingga 1959, apabila kebanyakan daripada
program RIDA yang penting adalah ditujukan terhadap skimskim pembangunan untuk kemudahan infrastruktur/prasarana
luar bandar seperti jalan raya, jambatan-jambatan dan kemudahan
sosial; dan
(ii)
Jangkamasa selepas tahun 1959, apabila RIDA telah diubahalih
(transform) ke dalam sebuah kementerian yang baru ditubuhkan
iaitu Kementerian Pembangunan Luar Bandar, dengan suatu
tanggungjawab yang luas untuk pembangunan orang-orang
Melayu dalam perdagangan dan perindustrian sehingga tahun
1965, apabila ianya diberi nama Majlis Amanah Rakyat atau
MARA.
Gerakan pembaharuan kedua ialah berbentuk pembinaan institusi untuk
pembangunan luar bandar iaitu dengan pembentukan FELDA (Lembaga
Kemajuan Tanah Persekutuan) pada tahun 1956. Ia ditubuhkan untuk
menyediakan tanah kepada rakyat yang tidak mempunyai tanah,
walaupun orang Cina dan India tidaklah sepenuhnya terkeluar daripada
program tersebut. Gerakan yang paling penting pada tahun 1959 adalah
pembentukan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Di bawah
arahan Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak ketika itu,
kementerian memperolehi kejayaan dalam menambahkan pelaburan
kerajaan dalam bentuk pembangunan modal besar sosial di kawasankawasan luar bandar.
Harapan pemimpin-pemimpin di dalam parti Perikatan ketika itu ialah
bahawa sejumlah hasil kerajaan akan dapat diperuntukkan untuk
pembangunan luar bandar agar dapat memperbaiki ekonomi orang
Melayu, manakala dasar-dasar perbandaran, terutamanya ke atas
pembangunan perniagaan dan perindustrian diserahkan kepada satu
sistem yang dipanggil sistem pasaran bebas. Walaupun memang sedikit
59

kemajuan dicapai di kawasan luar bandar dan telah membawa


kemudahan-kemudahan baru, infrastruktur fizikal dan taraf hidup yang
serba sedikt diperbaiki. Ia mempunyai sedikit impak ke atas pendapatan
luar bandar. Pembangunan luar bandar tahun 1950an dan 1960-an
dikatakan mempunyai kesan yang paradoks, di mana bertambahnya
kemiskinan luar bandar. Di dalam masa yang sama wujud eksploitasi
sosial dan ekonomi dengan lebih cekap oleh rangkaian orang tengah di
kalangan kaum Cina, peminjam-peminjam wang (money lenders) dari
kalangan orang India dan tuan-tuan tanah di kalangan orang Melayu. Di
satu keadaan yang lain pula, penduduk di bandar-bandar yang
kebanyakan adalah kaum Cina sedang pesat mengusahakan aktivitiaktiviti ekonomi moden mereka.
Penubuhan RIDA nampaknya tidak banyak mengubah kehidupan
ekonomi orang Melayu. Manakala beberapa kerat golongan atasan
Melayu menikmati beberapa faedah ekonomi melalui kedudukan mereka
sebagai pengarah-pengarah dan juga jawatan-jawatan yang tidak
mempunyai kuasa di dalam syarikat-syarikat asing dan tempatan,
usahasama dan pajakan lesen-lesen pengangkutan dan teksi yang
diperolehi daripada peruntukan istimewa orang Melayu. Usahawan dan
peniaga-peniaga kecil Melayu mengalami kesukaran yang teruk dalam
sektor perniagaan dengan bantuan kerajaan yang terhad. Maka, banyak
orang Melayu merasakan bahawa persaingan ekonomi di antara orang
Melayu dan bukan Melayu dianggap sebagai satu perjuangan di antara
golongan yang tidak sama atau seimbang.
Pendek kata, dalam era selepas kemerdekaan, terdapat usaha-uasaha
untuk meningkatkan lagi kedudukan ekonomi orang Melayu, tetapi
dengan wujudnya keadaan pembangunan yang perlahan di dalam
masyarakat dibandingkan dengan pembangunan yang pesat secara
umumnya, maka ia kelihatan memperkuatkan lagi ketidakseimbangan
antara kaum.
Antara tahun 1961 dan 1970, matlamat kerajaan yang paling asas seperti
yang termaktub di dalam Rancangan Pembangunan Malaysia Pertama
(1965-1970) ialah memperbaiki taraf hidup penduduk luar bandar,
menjana peluang-peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar
pengangguran dan pengangguran tidak ketara wujudnya serta membuka
skim petempatan tanah berasaskan saiz ekonomi serta menyediakan
tanah kepada golongan yang tidak mempunyai tanah dengan pertanian
berasaskan saiz ekonomi serta menyediakan infrastruktur luar bandar.
Walaupun pelaksanaan program-program ini begitu perlahan, diharapkan
lama-kelamaan ia akan membawa kepada satu tingkat pemodenan yang

60

lebih besar di kalangan penduduk luar bandar, menghapuskan


kemiskinan dan seterusnya menolak secara perlahan-lahan orang Melayu
supaya berkecimpung dalam bidang-bidang perniagaan dan industri.
Meskipun adanya usaha-usaha kerajaan untuk membantu meningkatkan
taraf hidup orang Melayu, namun ekonomi orang Melayu masih
tertumpu dengan banyaknya di kawasan luar bandar, iaitu pertanian yang
berskala kecil. Oleh itu, orang Melayu di luar bandar terus tertumpu di
negeri-negeri dan kawasan-kawasan yang secara relatifnya ketinggalan
jauh kebelakang. Kebanyakan aktiviti-aktiviti pertanian mereka adalah
seperti penanaman padi yang mempunyai produktiviti yang rendah.
Kerajaan telah melipatgandakan komitmennya terhadap pembangunan
sosial dengan menaikkan peruntukan untuk perkhidmatan-perkhidmatan
sosial terutamanya pelajaran. Dengan gerakan yang padu ke arah
pelaksanaan program pembangunan luar bandar, penekanan yang lebih
ke atas pelajaran tersebut adalah sebahagian besarnya kesan daripada
perubahan tekanan-tekanan politik yang dihubungkaitkan dengan
kemerdekaan itu sendiri. Permintaan untuk pembangunan luar bandar
adalah sejajar dengan tuntutan atau permintaan untuk lebih banyak
sekolah-sekolah. Menimbangkan bahawa begitu besarnya perbelanjaan
ke atas pendidikan, kerajaan berpendapat bahawa negara sememangnya
memerlukan juruteknik-juruteknik, pentadbir-pentadbir dan pekerjapekerja mahir untuk usaha-usaha pembangunannya.
Oleh itu, bolehlah dilihat bahawa perancangan pembangunan di Malaysia
dianggap tinggi politiknya (highly political) dan pembangunan ekonomi
bertujuan untuk memenuhi tuntutan-tuntutan politik daripada pelbagai
kumpulan etnik, terutamanya orang Melayu. Justeru itu, dalam tempoh
pembangunan negara melalui ekonomi yang terancang, tugas dan
peranan pegawai-pegawai dalam Perkhidmatan Awam lebih kepada
pembangunan dari segi sosioekonomi yang asas seperti yang telah
dibincangkan. Sebagai pegawai kerajaan, pegawai-pegawai Perkhidmatan
Awam merupakan agen pelaksana dasar, polisi dan juga programprogram pembangunan yang diwujudkan oleh kerajaan pemerintah ketika
itu. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, dalam melaksanakan
pembangunan negara berasaskan ekonomi yang dirancang, Perkhidmatan
Awam selepas merdeka adalah berperanan untuk memelihara undangundang dan peraturan yang sedia ada ketika itu. Selain itu, Perkhidmatan
Awam juga terlibat dalam menggubal dasar-dasar pembangunan negara.
Pembangunan negara selepas merdeka adalah juga tertumpu kepada
kawasan luar bandar. Oleh itu, Perkhidmatan Awam juga mengurus
pembangunan di kawasan terpinggir di luar bandar dan melaksanakan
pembangunan industri.
61

SOALAN DALAM TEKS

3.
4.

Huraikan apakah matlamat dan halatuju yang


hendak dicapai oleh pihak kerajaan dalam
penubuhan RIDA?
Nyatakan objektif utama kerajaan menubuhkan
RIDA?

Semak jawapan anda di akhir bab ini.


4.5

KESIMPULAN

Di Malaysia, hubungan di antara elit politik dan pegawai Perkhidmatan


Awam yang begitu rapat membawa banyak perubahan dan kemajuan ke
atas pentadbiran awam di negara ini. Dalam masa yang sama, elit politik
(pihak kerajaan) terus mempunyai keyakinan di atas kemampuan,
pengetahuan dan pengalaman yang ada pada pegawai awam khususnya
PTD/MCS dalam memajukan negara dalam pelbagai aspek
pembangunan di Malaysia. Sejajar dengan perkembangan dan kemajuan
negara, maka bertambahlah peranan dan tanggungjawab yang perlu
dipikul oleh penjawat-penjawat awam atau pentadbir di negara ini.
Dewasa ini, jika dibandingkan dengan dahulu ternyata pentadbirpentabdir sekarang menjalankan lebih banyak lagi kerja. Adalah benar
bahawa pentadbir pada masa dahulu menjalankan kerja-kerja lain seperti
mengadakan bekalan elektrik dan air kepada orang awam, tetapi
perusahaan ini ialah perbekalan awam. Sebenarnya hanya selepas Perang
Dunia Kedua sahaja pentadbir mengambil bahagian dalam kerja-kerja
yang lebih berupa perindustrian (Abdul Aziz Zakaria, 1992: 45).
Kini Perkhidmatan Awam di Malaysia sudah berkembang dan menjadi
sangat besar, di mana pihak kerajaan terpaksa menanggung banyak kos
untuk pembayaran gaji dan elaun kepada kakitangan awam. Oleh sebab
itu, pihak kerajaan terpaksa memikirkan jalan untuk mengurangkan
kewangan dan pentadbiran dalam Perkhidmatan Awam, di samping
dapat memperkemaskan struktur dan sistem pentadbiran awam di negara
ini. Antara usaha yang dilakukan oleh kerajaan ialah wujudnya kerjasama
antara sektor swasta dengan awam dan seterusnya mewujudkan atau
melaksanakan penswastaan yang wujud dalam pelbagai bentuk. Dalam

62

erti kata lain, kerajaan telah melaksanakan pembaharuan dalam sistem


pentadbiran di negara ini untuk meningkatkan kecekapan, keberkesanan,
kualiti dan produktiviti Perkhidmatan Awam.

SOALAN PENILAIAN KENDIRI


1.
2.
3.

Huraikan maksud maintain law and order?


Bincangkan struktur pentadbiran negara selepas merdeka?
Apakah yang dimaksudkan dengan pembangunan negara
berasaskan planned economy?
Semak jawapan anda di akhir modul kursus ini.
JAWAPAN SOALAN DALAM TEKS

1.

Perkhidmatan PTD/MCS mula diwujudkan semenjak Syarikat


Hindia imur Inggeris bertapak di Pulau Pinang pada tahun 1786
dan dikenali sebagai Perkhidmatan Kadet (Cadet Service).

2.

Perkhidmatan yang disediakan oleh Inggeris kepada anak-anak


Melayu dikenali sebagai Perkhidmatan Tadbir Melayu (PTM)
yang diwujudkan pada tahun 1910 sebelum boleh diserapkan atau
dinaikkan pangkat ke PTD/MCS.

3.

Matlamat penubuhan RIDA juga selaras dengan cadangan


menyediakan latihan dan kajian formal secara menyeluruh kepada
rakyat luar bandar secara lebih sistematik. Pelaksanaan progaram
latihan peringkat awal ialah melatih kakitangan RIDA terlebih
dahulu supaya menjadi tenaga mahir untuk menentujayakan
matlamat dan halatuju RIDA.

4.

Objektif utama adalah untuk membangunkan kawasan luar


bandar secara lebih tersusun dan teratur telah dikenalpasti melalui
satu kaedah iaitu melalui skim latihan belia luar bandar khususnya
mereka yang mengikuti aliran Inggeris. Selain itu, penubuhan
RIDA juga adalah bertujuan membantu dan melatih rakyat luar
bandar yang berpotensi bagi meningkatkan status ekonomi
dengan memberi latihan perniagaan kepada mereka.

63

You might also like