You are on page 1of 10

SULIT* 1

944/2 Peperiksaan
Ekonomi Percubaan 2019
Kertas 2
April
2019
2 Jam

PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH MUAR

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM TAHUN 2019


SEMESTER 2

EKONOMI
KERTAS 2
Masa : 2 jam

Arahan kepada calon:

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA ANDA DIBENARKAN BERBUAT


DEMIKIAN

Jawab semua soalan dalam Bahagian A. Tandakan jawapan yang betul pada Borang
Jawapan Aneka Pilihan yang dibekalkan.

Jawab empat soalan daripada enam soalan dalam Bahagian B. Anda boleh menjawab
semua soalan dalam Bahagian B tetapi hanya empat jawapan pertama dalam Bahagian B yang akan
diperiksa.

Jawab dua daripada tiga soalan dalam Bahagian C. Anda boleh menjawab semua soalan
dalam Bahagian C tetapi hanya dua jawapan pertama dalam Bahagian C yang akan diperiksa.

Tulis jawapan pada helaian jawapan yang disediakan. Mulakan setiap jawapan pada
halaman baharu helaian jawapan.

Tunjukkan semua penghitungan dan bundarkan jawapan anda betul hingga dua tempat
perpuluhan.

Kertas soalan ini terdiri daripada 10 halaman bercetak termasuk kulit


© Peperiksaan Percubaan 2019 Hak Cipta JKD Ekonomi Daerah Muar

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 2

Bahagian A [20 markah]


Jawab semua soalan.
1 Yang manakan tidak benar mengenai konsep makroekonomi?
A Aliran pusingan pendapatan menunjukkan aliran wang antara pelaku ekonomi
B Kerajaan boleh mengatasi masalah pengangguran dengan menambah penawaran wang
C Dasar fiskal menguncup akan dijalankan untuk mengatasi masalah kemelesetan ekonomi
D Kadar inflasi merupakan perubahan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan pada
satu tahun tertentu berbanding tahun sebelumnya

2 Masalah terlebih nilai dalam pengiraan pendapatan negara mengikut kaedah keluaran dapat
diatasi dengan menjumlahkan semua
A pendapatan faktor pengeluaran
B perbelanjaan unit-unit ekonomi
C nilai ditambah pada setiap peringkat pengeluaran
D keluaran negara benar bagi sesetengah sektor ekonomi

3 Jadual di bawah menunjukkan data perakaunan pendapatan negara bagi sebuah ekonomi pada
suatu tahun tertentu.

Nilai
Butiran
(RM juta)

Perbelanjaan penggunaan isi rumah 2 572


Pelaburan swasta 376
Perbelanjaan kerajaan 548
Eksport 50
Import 12
Keluaran Negara Kasar 3 964

Berapakah peratus pendapatan faktor bersih luar negeri terhadap Keluaran Negara Kasar?
A 10.85%
B 10.90%
C 11.15%
D 12.18%

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 3

4 Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah ekonomi.

Nilai
Butiran
(RM juta)
Keluaran Dalam Negeri Kasar nominal 650 000
Keluaran Dalam Negeri Kasar benar 705 000
Susut nilai 15 000

Jika jumlah penduduk ialah 25 juta orang, berapakah pendapatan per kapita negara ini?
A RM25 400
B RM26 000
C RM27 600
D RM28 200

5 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara pendapatan negara dengan perbelanjaan


penggunaan bagi sesebuah ekonomi.

Pendapatan negara Perbelajaan penggunaan


(RM juta) (RM juta)
5 000 4 700
6 000 5 400
7 000 6 100
8 000 6 800
9 000 7 500

Berapakah tingkat keseimbangan pendapatan negara jika pelaburan ialah RM360 juta dan
perbelanjaan kerajaan ialah RM540 juta?
A RM6 000 juta
B RM7 000 juta
C RM8 000 juta
D RM9 000 juta

6 Dalam ekonomi tiga sektor perbelanjaan agregat terdiri daripada


A penggunaan, pelaburan dan cukai
B penggunaan, perbelanjaan kerajaan dan cukai
C penggunaan, tabungan dan perbelanjaan kerajaan
D penggunaan, pelaburan dan perbelanjaan kerajaan

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 4

7 Andaikan tingkat keseimbangan pendapatan negara sebuah ekonomi ialah RM9500 juta. Jika
kerajaan menambahkan perbelanjaan sebanyak RM700 juta dan kecenderungan mengguna sut ialah
0.9, berapakah keseimbangan pendapatan negara yang baharu?
A RM10 277.78 juta
B RM16 500 juta
C RM10 200 juta
D RM7 000 juta

8 Gambar rajah di bawah menunjukkan AE f ialah pendapatan negara potensi dan AE 0 ialah
pendapatan negara pada tingkat keseimbangan.

Perbelanjaan agregat Y = AE
(RM juta) AEf

AE0= 500 + 0.8Y


Ef 

E0 

Y0 3 000 Pendapatan Negara (RM juta)

Untuk menutup lompang deflasi kerajaan perlu


A meningkatkankan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM500 juta
B menurunkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM100 juta
C meningkatkan cukai sebanyak RM125 juta
D menurunkan cukai sebanyak RM125 juta

9 Dalam analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), jika bank pusat membeli
sekuriti kerajaan , maka pada tingkat keseimbangan baharu
A tingkat harga umum dan pendapatan negara benar menurun
B tingkat harga umum dan pendapatan negara benar meningkat
C tingkat harga umum menurun dan pendapatan negara meningkat
D tingkat harga umum meningkat dan pendapatan negara menurun

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 5

10 Mengikut pendekatan permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), penurunan harga dan


pendapatan negara disebabkan oleh
A peningkatan kadar bunga
B peningkatan pemberian subsidi
C pengurangan produktiviti buruh
D pengurangan cukai pendapatan perseorangan

11 Mata wang dalam edaran terdiri daripada


A deposit semasa
B wang syiling dan wang kertas
C deposit semasa dan separa wang
D wang syiling, wang kertas dan deposit semasa

12 Menurut Teori Kuantiti Wang Fisher, pertambahan bekalan wang sebanyak 30% menyebabkan
A harga naik 30%
B pelaburan naik 30%
C tabungan turun 30%
D pendapatan negara naik 30%

13 Jadual di bawah menunjukkan Kunci Kira-Kira Bank M


Kunci Kira-Kira Bank M
Aset (RM) Liabiliti (RM)

Rizab tunai 400 Deposit semasa 4 000


Pinjaman 1 000
Pelaburan 2 600
Jumlah 4 000 Jumlah 4 000
Berapakah nisbah rizab tunai?
A 10%
B 25%
C 65%
D 90%

14 Antara berikut, yang manakah langkah dasar kewangan mengembang?


A Menaikkan rizab tunai
B Menurunkan kadar dasar semalaman
C Menjual sekuriti kerajaan di pasaran terbuka
D Memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 6

15 Mengikut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, pertambahan penawaran wang akan


menyebabkan
A harga naik, pengeluaran bertambah dan pendapatan negara meningkat
B kadar bunga turun, pelaburan turun dan pendapatan negara meningkat
C kadar bunga turun, pelaburan meningkat dan pendapatan negara meningkat
D kadar bunga turun, tabungan meningkat, modal pelaburan memingkat dan pendapatan
negara meningkat

16 Sesebuah negara yang melakukan perdagangan antarabangsa boleh menikmati faedah berikut,
kecuali
A memperluaskan pasaran
B mempelbagaikan pilihan barangan
C mencapai tingkat guna tenaga penuh
D memperoleh faedah daripada pengkhususan

17 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran negara A sebelum dan
selepas perdagangan antarabangsa.

Barang X (unit)
K
30

12 N

L M
Negara A akan 0 18 20 26 Barang Y (unit)
A mengeksport 6 unit barang X
B mengeksport 8 unit barang Y
C mengimport 18 unit barang Y
D mengimport 26 unit barang X

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 7

18 Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran mata wang antara Ringgit Malaysia (RM)
dengan Dolar Amerika Syarikat (US$) pada tahun 2012, tahun 2013 dan tahun 2014

Akhir 2012 Ogos 2013 Mac 2014


US$1=RM4.23 US$1=RM4.50 US$1=RM4.87

Yang manakah pernyataan yang benar?


A Output buatan Malaysia semakin murah di Amerika Syarikat
B Output buatan Amerika Syarikat semakin murah di Malaysia
C Ringgit Malaysia naik nilai berbanding Dolar Amerika Syarikat
D Semakin ramai rakyat Malaysia melancong ke Amerika Syarikat

19 Jadual di bawah menunjukkan butiran imbangan pembayaran Malaysia pada tahun 2016.
Butiran RM juta
Eksport barang 424 114
Import barang 110 248
Pengangkutan -34 952
Perjalanan 66 114
Urus niaga kerajaan -992
Perkhidmatan lain -25 904
Pendapatan Primer -32 494
Pendapatan Sekunder -33 812
(Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2015/2016)

Akaun semasa mengalami


A lebihan sebanyak RM4 266 juta
B lebihan sebanyak RM251 826 juta
C kurangan sebanyak RM219 336 juta
D kurangan sebanyak RM313 986 juta

20 Susut nilai Ringgit Malaysia berbanding Dolar Singapura disebabkan


A peningkatan pelaburan Singapura ke Malaysia
B peningkatan tabungan rakyat Singapura di Malaysia
C peningkatan import barangan Singapura ke Malaysia
D peningkatan rakyat Singapura melancong ke Malaysia

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 8

Bahagian B [40 markah]


Jawab empat soalan sahaja.

21 ‘Sesebuah negara perlu mencapai pertumbuhan ekonomi yang tinggi untuk menjamin
kesejahteraan rakyatnya’.
Huraikan empat faktor bagi menyokong pernyataan ini. [10]

22 Jadual di bawah menunjukkan maklumat pendapatan per kapita negara Malaysia dan Brunei
Darussalam pada tahun 2018.

Negara Pendapatan per kapita (USD)

Malaysia 9 840
Brunei Darussalam 27 601
(Sumber : Laporan Ekonomi 2018)
Berdasarkan maklumat di atas, dikatakan taraf hidup di Brunei Darussalam adalah tiga kali
ganda lebih tinggi berbanding di Malaysia. Jelaskan empat alasan bagi jawapan anda. [10]

23 Berbantukan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat-pendapatan (AE-Y), huraikan


bagaimana keseimbangan pendapatan negara ekonomi tiga sektor tercapai. [10]

24 Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), huraikan


kesan penjualan surat jaminan kerajaan melalui operasi pasaran terbuka terhadap keseimbangan harga
dan pendapatan negara. [10]

25 Berbantukan gambar rajah pasaran wang, terangkan kesan pertambahan penawaran wang
terhadap kadar bunga mengikut Teori Keutamaan Kecairan Keynes. [10]

26 (a) Huraikan dua sebab mengapa kebanyakan negara mengenakan sekatan terhadap
perdagangan antarabangsa. [6]
(b) Terangkan dua langkah yang dapat mengatasi masalah defisit dalam akaun semasa. [4]

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 9

Bahagian C
Jawab dua soalan sahaja.

27 Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara
Kasar (KNK) Malaysia bagi tahun 2014 hingga 2016.

Butiran (RM juta) 2014 2015 2016

KDNK pada harga semasa 362 012 395 170 450 152
KDNK pada harga tetap 2010 220 422 232 496 249 314
KNK pada harga semasa 336 951 372 633 425 603
KNK pada harga tetap 2010 203 169 217 292 233 433

(a) Hitung kadar pertumbuhan KDNK Malaysia bagi tahun 2015 dan 2016. [3]
(b) (i) Hitung pendapatan faktor bersih luar negeri pada harga tetap bagi tahun 2014, 2015
dan 2016. [4]
(ii) Berdasarkan jawapan dalam (c)(i), apakah kesan nilai tersebut kepada ekonomi
negara? [1]
(c) Jika jumlah penduduk sebanyak 25.58 juta orang pada tahun 2016, hitung KNK per kapita
pada harga semasa. [2]

28 Jadual di bawah menunjukkan data bekalan wang dan keluaran negara nominal bagi sebuah
negara pada tahun 2017 dan 2018.

Mata wang dalam edaran Deposit semasa Keluaran negara


Tahun
(RM juta) (RM juta) nominal (RM juta)

2017 32 000 52 800 220 000


2018 38 600 66 700 289 000

(a) Nyatakan komponen bekalan wang M1. [1]


(b) Hitungkan kadar pertambahan bekalan M1 pada tahun 2018. [3]
(c) Nyatakan persamaan Pertukaran Fisher dalam Teori Kuantiti Wang. [2]
(d) (i) Hitung halaju wang pada tahun 2017 dan 2018. [2]
(ii) Berdasarkan jawapan dalam (d)(i), adakah halaju wang selaras dengan Teori Kuantiti
Wang? Jelaskan jawapan anda [1]

29 Jadual di bawah menunjukkan pengeluaran pakaian dan makanan oleh seunit buruh di negara X
dan negara Y.

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*
SULIT* 10

Barang
Pakaian (unit) Makanan (unit)
Negara
X 30 18
Y 40 20

(a) (i) Negara manakah yang mempunyai faedah berbanding dalam pengeluaran pakaian dan
faedah berbanding dalam pengeluaran makanan? Jelaskan jawapan anda. [3]

(ii) Nyatakan negara yang mengkhusus dalam pengeluaran makanan dan negara yang
mengkhusus dalam pengeluaran pakaian. [2]

(b) (i) Sekiranya setiap negara mempunyai 500 unit buruh, bina jadual pengeluaran apabila
pengkhususan dijalankan. [2]

(ii) Andaikan negara X dan negara Y bersetuju untuk berdagang pada kadar pertukaran 1
unit makanan bersamaan 1.8 unit pakaian, dan negara X memerlukan 3 600 unit
pakaian. Bina jadual penggunaan di negara X dan di negara Y apabila perdagangan dijalankan.

[2]

(iii) Berapakah jumlah eksport dan import negara X? [1]

944/2 [Lihat halaman sebelah


* Kertas soalan ini SULIT sehingga peperiksaan kertas ini tamat. SULIT*

You might also like