You are on page 1of 20

MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

1.0 Pengenalan

 Tujuan mana-mana perniagaan adalah untuk mendapat keuntungan. Bagi mencapai matlamat ini
penentuan harga barangan yang hendak dijual adalah penting. Ini kerana jika harga yang
dikenakan rendah, maka keuntungan yang dikehendaki tidak akan diperoleh.
 Harga yang terlalu rendah pula menyebabkan perniaga tidak dapat menampung kos barangan dan
kos operasinya. Ini seterusnya mengakibatkan kerugian kepada peniaga berkenaan.
 Jika harga yang diletakkan terlalu tinggi, barangan tersebut sukar dijual kerana pelanggan
mungkin beralih ke kedai lain yang menawarkan barangan yang sama pada harga yang lebih
murah.
 Harga yang dikenakan mestilah serendah mungkin bagi menarik lebih ramai pelanggan
membelinya. Namun, harga tersebut perlu cukup tinggi untuk menampung kos barangan dan
seterusnya memberi keuntungan yang dikehendaki.

1.1 Tokok Harga


Harga yang dibayar oleh peniaga semasa membeli sesuatu barangan daripada pembekal merupakan
kos kepada peniaga. Barangan tersebut kemudiannya dijual pada harga yang lebih tinggi yang
dinamai sebagai harga jualan. Perbezaan antara harga jualan dengan kos ialah tokok harga atau untung
kasar atau margin. Dengan kata lain, tokok harga ialah jumlah harga yang ditambah kepada kos
barangan bagi menentukan harga jualan. Hubungan antara kos, tokok harga dengan harga jualan boleh
ditulis secara matematik sebagai berikut:
S=C+M

Dimana S ialah harga jualan


C ialah kos
M ialah tokok harga

Tokok harga lazimnya dinyatakan dalam bentuk kadar yang dikira sebagai peratusan tertentu, sama
ada berdasarkan kos atau harga jualan barangan. Kebanyakan pengilang mengira tokok harga sebagai
peratusan kos barangan kerana pengilang biasanya menyimpan atau mempunyai rekod tentang kos.
Manakala peruncit pula selalunya menggunakan harga jualan sebagai asas mengira tokok harga. Ini
kerana kebanyakan peruncit tidak mempunyai rekod tentang kos tetapi mempunyai rekod tentang
harga jualan. Hubungan antara kos, tokok harga serta harga jualan dalam bentuk peratusan boleh
ditulis seperti berikut:

1
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

%S = %C + %M

1.1.1 Tokok harga Berasaskan Kos

Kebanyakkan masalah dalam matematik peruncit, sama ada tokok harga atau turun harga, melibatkan
beberapa maklumat. Supaya maklumat yang diberi dan yang hendak dicari diperoleh dengan mudah,
penggunaan jadual seperti berikut dicadangkan.

C RM Kadar C 100 %

+ M RM Kadar M %

S RM Kadar S %

Apabila tokok harga dikira berdasarkan kos, maka kadar bagi kos ialah 100%. Sementara itu, nilai
lain bergantung kepada maklumat yang diberi.

Contoh 1

Kedai runcit Din membeli kemeja daripada pembekal A pada harga RM 16 sehelai dan menjualnya
semula pada harga RM 20 sehelai. Dapatkan tokok harga dan kadar tokok harga berdasarkan kos.

Jawapan:

C RM 16 Kadar C 100 %

+ M RM 4 Kadar M 25 %

S RM 20 Kadar S 125 %

Jalan kerja:

i. Untuk mendapatkan tokok harga (M)


M = S-C 2
= RM 20 – RM 16
= RM 4
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

Contoh 2

Kedai kasut Siti membayar RM 25 untuk sepasang kasut daripada syarikat pembekal dan menjualnya
semula pada kadar tokok harga 35% daripada kos. Dapatkan tokok harga dan harga jualan tersebut.

Jawapan:

C RM 25 Kadar C 100 %

+ M RM 8.75 Kadar M 35 %

S RM 33.75 Kadar S 135 %

Jalan kerja:

i. Untuk mendapatkan tokok harga (M)


M = (Kadar M ÷ Kadar C) x C
= (35% ÷100%) x RM 25
= RM 8.75
3
ii. Untuk mendapatkan harga jualan (S)
S =C+M
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

Contoh 3

Kedai A menjual mesin kira pada harga RM 30. Kadar tokok harga ialah 45% daripada kos. Dapatkan
kos mesin kira tersebut dan juga tokok harganya.

Jawapan:

C RM 20.69 Kadar C 100 %

+ M RM 9.31 Kadar M 45 %

S RM 30.00 Kadar S 145 %

Jalan kerja:

i. Untuk mendapatkan kadar S


Kadar S = Kadar C + Kadar M
= 100% + 45%
= 145%

ii. Untuk mendapatkan tokok harga (M)


4
M = (Kadar M ÷ Kadar S) x S
= (45% ÷145%) x RM 30
= RM 9.31
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

1.1.2 Tokok harga Berasaskan Harga Jualan

Tokok harga juga boleh dikira berdasarkan harga jualan. Harga jualan akan menjadi asas pengiraan
tokok harga. Dengan itu, kadar bagi harga jualan akan menjadi 100%.

Contoh 4

Kos sebuah buku ialah RM 7 dan dijual pada harga RM 10. Dapatkan kadar tokok harga berdasarkan
harga jualan.

Jawapan:

C RM 7 Kadar C 70 %

+ M RM 3 Kadar M 30 %

S RM 10 Kadar S 100 %

Jalan kerja:

i. Untuk mendapatkan tokok harga (M)


M = S-C
= RM 10 – RM 7
= RM 3
5
ii. Untuk mendapatkan kadar M
Kadar M = (M ÷ S) x kadar S
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

Contoh 5

Dapatkan kos dan harga jualan sekiranya sebuah buku ditokok harga sebanyak RM 6 dengan kadar
tokok harga sebanyak 25% daripada harga jualan.

Jawapan:

C RM 18 Kadar C 75 %

+ M RM 6 Kadar M 25 %

S RM 33.75 Kadar S 100 %

Jalan kerja:

i. Untuk mendapatkan kadar C


Kadar C = Kadar S - Kadar M
= 100% - 25%
= 75%

ii. Untuk mendapatkan kos (C)


C = (Kadar C ÷ Kadar M) x M
= (75% ÷25%) x RM 6
= RM 18

iii. Untuk mendapatkan harga jualan (S)


S =C+M
= RM 18 + RM 6
6
= RM 24
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

Contoh 6

Dapatkan tokok harga dan kos bagi sehelai sapu tangan yang dijual pada harga RM 4.55, sekiranya
kadar tokok harga ialah 15% daripada harga jualan.

Jawapan:

C RM 3.87 Kadar C 85 %

+ M RM 0.68 Kadar M 15 %

S RM 4.55 Kadar S 100 %

Jalan kerja:

i. Untuk mendapatkan kadar C


Kadar C = Kadar S - Kadar M
= 100% - 15%
= 85%

ii. Untuk mendapatkan kos (C)


C = (Kadar C ÷ Kadar S) x S
= (85% ÷100%) x RM 4.55
= RM 3.87

iii. Untuk mendapatkan tokok harga (M)


M =S-C
= RM 4.55 - RM 3.87
= RM 0.68

7
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

Kadang kala kita ingin membuat perbandingan antara tokok harga berdasarkan kos dengan tokok
harga berdasarkan harga jualan. Untuk membuat perbandingan, asas pengiraan tokok harga yang
digunakan mestilah sama. Ini bermakna kita perlu menukar satu daripada tokok harga tersebut supaya
kedua-duanya mempunyai asas yang sama.

Sehubungan itu, jika diberi kadar tokok harga berasaskan jualan, maka ia boleh ditukar kepada kadar
tokok harga berasaskan kos dengan menggunakan rumus berikut:
KTK = KTJ ÷ (1-KTJ)
KTK ialah kadar tokok harga berasaskan kos
KTJ ialah kadar tokok harga berasaskan harga jualan

Contoh 7

Sebuah katil telah ditokok sebanyak 18% daripada harga jualannya. Dapatkan kadar tokok harga
berasaskan kos yang setara dengan kadar tokok harga berkenaan.

Jawapan:

KTK = 18% ÷ (1-18%)

= 0.18 ÷ ( 1- 0.18)

= 0.18 ÷ 0.82

= 0.2195 @ 21.95%

Ini bermaksud kadar tokok harga 18% daripada harga jualan didapati memberikan tokok harga yang
sama dengan kadar tokok harga 21.95% yang dikira berasaskan kos.

8
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

Sementara itu, kadar tokok harga berdasarkan kos boleh ditukar kepada kadar tokok harga
berdasarkan harga jualan dengan menggunakan rumus berikut:

KTJ = KTK ÷ (1+KTK)


KTK ialah kadar tokok harga berasaskan kos
KTJ ialah kadar tokok harga berasaskan harga jualan

Contoh 8

Sebuah VCD telah ditokok harga sebanyak 30% daripada kos. Dapatkan peratus tokok harga berasaskan
harga jualan yang setara dengan tokok harga kos.

Jawapan:

KTJ = 30% ÷ (1+30%)

= 0.3 ÷ ( 1+ 0.3)

= 0.3 ÷ 1.3

= 0.2308 @ 23.08%

Ini bermaksud kadar tokok harga berasaskan harga jualan sebanyak 23.08% didapati memberikan
tokok harga yang sama dengan kadar tokok harga 30% berasaskan kos. Contoh 7 dan 8 jelas
menunjukkan bahawa kadar tokok harga berasaskan harga jualan adalah lebih rendah daripada kadar
tokok harga berasaskan kos yang setara.

1.2 Turun Harga

9
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

Peniaga selalunya terpaksa menurunkan harga barangan menjadi lebih rendah daripada harga jualan
asalnya kerana beberapa faktor. Antaranya:
 Harga barangan tersebut telah ditokok terlalu tinggi sebelum ini menyebabkan ia sukar dijual.
 Barang tersebut mungkin kotor atau rosak
 Barang telah hampir tamat tarikh luputnya
 Barangan tersebut kurang mendapat sambutan pelanggan
 Barangan tersebut masih terdapat banyak lagi stok yang tidak dapat dijual.

Turun harga diperoleh dengan menolak harga jualan baru (harga murah) dari harga jualan asal.
Hubungan antara harga jualan asal, harga jualan baru dan turun harga adalah seperti berikut:
S’ = C’ + M’

Dimana S’ ialah harga jualan asal


C’ ialah harga murah
M’ ialah turun harga

Turun harga juga selalunya diungkapkan dalam peratus. Namun begitu, tidak seperti tokok harga,
kadar turun harga hanya dikira berasaskan harga jualan sahaja. Peratus turun harga dalam bentuk
peratusan boleh ditulis seperti berikut:
%S’ = %C’ + %M’

Oleh sebab turun harga hanya dikira berasaskan harga jualan sahaja, maka peratusan boleh ditulis
seperti berikut:
100% = %C’ + %M’

Contoh 9

Sebuah lampu pada asalnya dijual pada harga RM 36 telah diturunkan harga dan dijual pada harga RM
30. Dapatkan turun harga dan kadar turun harga.

Jawapan:

C’ RM 30 Kadar
10C’ 83.33 %

+ M’ RM 6 Kadar M’ 16.67 %

S’ RM 36 Kadar S’ 100 %
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

Contoh 10

Sebuah beg pada asalnya dijual pada harga RM 12 dan telah diturunkan harganya sebanyak 25%.
Dapatkan turun harga dan harga jualan baru (harga murah).

Jawapan:

C’ RM 9 Kadar C’ 75 %

+ M’ RM 3 Kadar M’ 25 %

S’ RM 12 11S’
Kadar 100 %

Jalan kerja:
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

1.3 Siri tokok dan turun harga

Kadangkala harga barangan diturun harga atau ditokok harga beberapa kali pada sepanjang tempoh
proses jual beli barangan tersebut. Umpamanya, sesuatu barang yang baru diterima daripada
pembekal selalunya akan ditokok harganya. Barangan tersebut juga mungkin diturunkan harga untuk
tujuan promosi atau jualan murah dan ditokok semula harganya selepas tempoh jualan murah tamat.
Dalam kes sebegini, kita lazimnya ingin mengetahui harga jualan akhir sesuatu barangan setelah satu
siri tokok dan siri turun harga dilakukan.

12
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

Contoh 11

Sebuah komputer yang dibeli daripada pembekal pada harga RM 1,200 telah ditokok harga sebanyak
20% berasaskan kos. Selepas tiga bulan, akibat permintaan yang menggalakkan penjual telah menokok
harga komputer tersebut sebanyak 5% daripada harga jualan. Dapatkan harga jualan akhir komputer
tersebut.

Jawapan:

(i) Siri tokok harga yang pertama

C RM 1 200 Kadar C 100 %

+ M RM 240 Kadar M 20 %

S RM 1 440 Kadar S 120 %

(ii) Siri tokok harga yang kedua

C RM 1 440 Kadar C 95 %

+ M RM 75.79 Kadar M 5 %

S RM 1 515.79 Kadar S 100 %

Contoh 12

Sepasang kasut yang asalnya dijual pada harga RM 150 telah diturunkan harga sebanyak 10% sempena
promosi jualan akhir tahun. Penurunan harga 25% kemudiannya ditawarkan sempena dengan promosi
jualan tahun baru. Dapatkan harga jualan akhir kasut tersebut.

Jawapan:

(i) Siri turun harga yang pertama

C’ RM 135 Kadar C’ 90 %

+ M’ RM 15 Kadar M’ 10%

S’ RM 150 Kadar S’ 100 %

(ii) Siri turun harga yang kedua


13
C’ RM 101.25 Kadar C’ 75 %

+ M’ RM 33.75 Kadar M’ 25 %
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

Daripada pengiraan seperti yang diringkaskan dalam jadual, jelas menunjukkan harga jualan baru
(harga murah) selepas siri turun harga yang pertama ialah RM 135. Harga jualan murah ini akan
menjadi harga asal untuk pengiraan siri turun harga yang berikutnya. Dengan demikian, harga jualan
selepas siri turun harga yang kedua ialah RM 101.25.

Contoh 13

Kedai Siti membayar RM 950 untuk setu set meja makan yang dibekalkan oleh syarikat perabot AZI.
Pada 1 Oktober, Siti telah tokok harga set tersebut sebanyak 30% daripada kos. Manakala, pada 10
November dia telah menurunkan harga set tersebut sebanyak 15% untuk tujuan promosi selama 10 hari.
Setelah tempoh promosi tamat, Siti telah menokok harga set tersebut sebanyak 10% berasaskan kos. Set
tersebut diturunkan pula harganya sebanyak 40% untuk jualan musim perayaan. Dapatkan harga jualan
akhir set meja makan tersebut.

Jawapan:

(i) 1 Oktober: Menokok harga sebanyak 30% berdasarkan kos

C RM 950 Kadar C 100 %

+ M RM 285 Kadar M 30 %

S RM 1 235 Kadar S 130 %

(ii) 10 November: Menurunkan harga 15% berasaskan harga jualan

C’ RM 1 049.75 Kadar C’ 85 %
14
+ M’ RM 185.25 Kadar M’ 15 %

S’ RM 1 235 Kadar S’ 100 %


MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

2.0 Penentuan Harga

Kebanyakkan peniaga selalunya menjangkakan barangan tak tahan lama dan barangan bermusim
tidak akan dapat dijual kesemuanya kerana rosak atau tidak lagi diingini oleh pembeli. Umpamanya,
penjual durian mengetahui bahawa tidak kesemua duriannya boleh dijual dalam tempoh tertentu pada
harga yang ditetapkan. Sebahagian daripada durian mungkin tidak dapat dijual dan akan rosak.
Penjual cenderamata SUKOM98 juga menjangkakan barang keluarannya mungkin tidak laku lagi
setelah musim Komenwel tamat. Dengan demikian, harganya perlu diturunkan daripada harga asal
selepas tempoh atau musim tersebut tamat bagi menggalakkan pembelian.
Dengan demikian, peniaga selalunya menentukan tokok harga barangannya berdasarkan jangkaan
jumlah barang yang boleh dijual pada tingkat harga asal dan juga tingkat keuntungan yang
dikehendakinya. Dengan kata lain, untuk memperoleh keuntungan yang dikehendaki, peniaga
mestilah menokok harga barangannya setinggi mungkin dengan mengambil kira kemungkinan turun
harga yang akan dilakukan dan juga jumlah barang yang akan rosak atau tak laku.

Contoh 14

Pak Ali mempunyai gerai menjual ketupat. Dia tahu bahawa sebahagian daripada ketupat yang dijualnya
mesti diturunkan harga supaya dapat dijual dengan segera dan sebahagian lagi terpaksa dibuang kerana
basi. Pak Ali menerima 500 biji ketupat daripada
15 pembekal pada harga RM 0.15 sebiji. Secara purata
7% daripada ketupat akan basi. Dapatkan harga jualan sebiji ketupat yang perlu dikenakan oleh Pak Ali
untuk mendapatkan keuntungan 150% daripada kos.
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

Contoh 14 ( sambungan )

Jawapan:

Tingkat keuntungan yang dikehendaki oleh Pak Ali ialah 150% daripada kos.

Jumlah Kos (C) = RM 0.15 X 500 biji = RM 75

Jumlah tokok harga (M) = 150% x RM 75 = RM 112.50

Jumlah harga jualan (S) = C + M = RM 187.50

Diketahui juga 7% daripada ketupat dijangka tidak boleh dijual.

Peratus ketupat dijangka tidak boleh dijual ialah 100% - 7 % = 93%

Jumlahnya pula iaitu 93% x 500 biji = 465 biji

Harga sebij ketupat = Jumlah harga jualan

Jumlah ketupat yang dijangka boleh dijual

= RM 187.50 ÷ 465 biji

= RM 0.40

16
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

Dengan demikian, Pak Ali mesti menjual ketupatnya dengan harga RM 0.40 sebiji untuk
mendapatkan keuntungan yang dikehendakinya, iaitu 150% daripada kos. Sekiranya Pak Ali Berjaya
menjual lebih daripada 465 biji ketupat dalam tempoh tersebut, ini menjadikan keuntungan tambahan
kepada beliau. Jika selepas berjaya menjual 93% daripada ketupatnya dengan harga RM 0.40, Pak Ali
menurunkan harga ketupatnya ini juga merupakan keuntungan tambahan kepada Pak Ali.

LATIHAN PENGUKUHAN 1

1. Syarikat ABC membeli meja dari kilang perabot pada harga RM 75 dan menjualnya pada tokok
harga 25% daripada kos. Berapakah harga jualan meja tersebut?

2. Sebuah kerusi dijual pada harga RM 250 setelah ditokok harga sebanyak 35% daripada kos.
Dapatkan kos kerusi tersebut.

3. Seorang penjual telah menokok harga sebuah buku sebanyak 23% daripada harga jualan.
Sekiranya kos buku tersebut ialah RM 15.50, berapakah harga jualannya?

4. Sebuah pencetak pada asalnya dijual pada harga RM 450 telah diturunkan harganya kepada RM
398. Dapatkan kadar turun harganya.

5. Sehelai baju ada asalnya dijual pada harga RM 205. Oleh sebab kurang permintaan, baju tersebut
telah diturunkan harga sebanyak tiga kali. Turun harga pertama sebanyak 25%, kedua 15% dan
ketiga 12%. Dapatkan harga jualan akhir baju tersebut.

6. Telefon bimbit yang diterima daripada pembekal pada harga RM 550 pada awalnya telah ditokok
harga sebanyak 35% daripada kos. Telefon bimbit tersebut telah ditokok harga sekali lagi
sebanyak 12% daripada harga jualan. Berapakah harga jualan akhir selepas siri tokok harga
tersebut?

7. Dapatkan kadar tokok harga berasaskan kos yang setara dengan kadar tokok harga berasaskan
harga jualan yang berikut:
i. 23%
ii. 44%
iii. 124%

17
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

8. Dapatkan kadar tokok harga berasaskan harga jualan yang setara dengan kadar tokok harga
berasaskan kos seperti berikut:
i. 22%
ii. 54%
iii. 236%

9. Sebatang pen pada asalnya dijual pada harga RM 123 telah diturunkan harganya sebanyak
12% sempena promosi jualan ulang tahun kedai A. Selepas tempoh jualan promosi tamat,
kedai A telah menurunkan lagi harga pen berkenaan sebanyak 5%. Harga yang murah telah
mendorong permintaan terhadap pen tersebut. Dengan demikian, sebulan selepas itu, Kedai A
telah menaikkan harga pen tersebut sebanyak 20% daripada kos. Dapatkan harga jualan akhir
pen berkenaan.

LATIHAN TAMBAHAN 1

18
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

1. Kedai Azira menjual tudung pada harga RM 45. Kadar tokok harga ialah 55% daripada kos.
Dapatkan kos tudung tersebut dan juga tokok harganya.

2. Kos sebuah kalkulator ialah RM 48 dan dijual pada harga RM 52. Dapatkan kadar tokok harga
berdasarkan harga jualan.

3. Sebuah almari telah ditokok sebanyak 21% daripada harga jualannya. Dapatkan kadar tokok harga
berasaskan kos yang setara dengan kadar tokok harga berkenaan.

4. Sebuah peti ais telah ditokok harga sebanyak 40% daripada kos. Dapatkan peratus tokok harga
berasaskan harga jualan yang setara dengan tokok harga kos.

5. Sebuah meja pada asalnya dijual pada harga RM 70 telah diturunkan harga dan dijual pada harga
RM 50. Dapatkan turun harga dan kadar turun harga.

6. Sebuah meja tulis yang dibeli daripada pembekal pada harga RM 850 telah ditokok harga
sebanyak 15% berasaskan kos. Selepas 6 bulan, akibat permintaan yang baik, penjual telah
menokok harga meja tulis tersebut sebanyak 7% daripada harga jualan. Dapatkan harga jualan
akhir meja tulis itu.

7. Sehelai baju yang asalnya dijual pada harga RM 290 telah diturunkan harga sebanyak 12%
sempena promosi Hari Raya Aidilfitri. Penurunan harga 5% ditawarkan kemudian sempena Hari
Raya Aidiladha. Dapatkan harga jualan akhir baju itu.

8. Amir mempunyai gerai buah-buahan yang menjual buah durian. Dia tahu bahawa sebahagian
daripada buah durian yang dijualnya mesti diturunkan harga supaya dapat dijual segera dan
sebahagian lagi akan dibuang kerana busuk.
Amir menerima 1500 biji buah durian daripada Pembekal Arimi pada harga RM 1.50 sebiji. Amir
menjangkakan 3% daripada duriannya akan busuk. Dapatkan harga jualan sebiji durian yang perlu
dikenakan oleh Amir untuk mendapatkan keuntungan 180% daripada kos.

19
MATEMATIK PENGURUSAN (SPP 1042) TOPIK 3: MATEMATIK PERUNCIT

20

You might also like