You are on page 1of 22

DEPARTMENT OF BUILT ENVIRONMENT STUDIES & TECHNOLOGY

BACHELOR OF SCIENCE (HONOURS) CONSTRUCTION TECHNOLOGY


AP2663A

CTU552

TAJUK : FAHAMAN ATEIS MENYALAHI RUKUN NEGARA MALAYSIA


KUMPULAN 2

DISEDIAKAN OLEH :

NO. NAMA MATRIC NO. KUMPULAN


1. AIMAN HAQIMIE BIN ABDUL MALEK 2023126585 AP2663A
2. FAUZAN AIZAT BIN AZRI 2023165207 AP2663A
3. MUHAMMAD IDLAN HARITH BIN HAIDIR 2023198953 AP2663A
4. MUHAMMAD NUR AIMAN HAKIMI BIN 2023169161 AP2663A
MOHD HANAFIAH
5. NURIN AFRINA BINTI MUHAMMAD 2023169073 AP2663A
RUSLAN

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. AHMAD ROZAINI BIN ALI HASAN

TARIKH PENYERAHAN:

12 MEI 2023
ISI KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN MUKASURAT

1.0 PENGENALAN 1

2.0 OBJEKTIF KAJIAN 4

3.0 KAJIAN LITERATUR 5

4.0 FAKTA DAN PEMBENTANGAN KAJIAN

• 4.1 METODOLOGI 6
• 4.2 SEJARAH KEMUNCULAN ATHEIS &
7
PERKEMBANGAN IDEOLOGI
• 4.3 FAKTOR KEMUNCULAN ATHEISM 8

• 4.4 DAPATAN KAJIAN 9


• 4.5 KESAN BURUK ATHEISME
4.5.1 KERESAHAN DAN KONFLIK PSIKOLOGI 12
4.5.2 MENJADI SEORANG YANG 12
MEMENTINGKAN DIRI DAN BERSIKAP
INDIVIDUALISME
4.5.3 KERUNTUHAN AKHLAK DAN
13
KECERENDUNGAN MELAKUKAN JENAYAH
• 4.6 STATISTIK ATHEIS BERBANDING AGAMA LAIN
14
DI MALAYSIA

5.0 KESIMPULAN KAJIAN 18

6.0 RUJUKAN 19
1.0 PENGENALAN

Ateisme disifatkan sebagai fahaman dimana Tuhan tidak wujud dan tidak mempercayai
akan kewujudan Tuhan. (Dewan Bahasa dan Pustaka, n.d.). Selalunya fahaman ateisme ini
wujud berataskan niat ataupun ketidakupayaan untuk memahami satu ajaran agama yang
kelihatan luar biasa. Ramai yang mentafsirkan bahawa ateisme hanya berasaskan dari
kekurangan seseorang itu memahami ajaran agama dan juga ateisme itu menentang tuhan dan
agama, namun, dalam beberapa kes, ia tidak seperti begitu. Fahaman ateisme ini adalah sangat
bertentangan dengan fahaman Ateisme, iaitu mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat,
kepercayaan pada satu Tuhan semesta sebagai pencipta dan pemerintah alam. Secara
khususnya, ateisme ini tidak selari dan bercanggah dengan fahaman keagamaan yang
berasaskan Tuhan.

Prof. Dr. Amsal Bakhtiar menyokong pendapat mengenai atheism ini dalam buku berliau
bertajuk ‘Filsafat Agama’ yang menyatakan bahawa pengamal atheist ini memberi hujah
bahawa Tuhan mereka tidak percaya akan kewujudan Tuhan kerana tidak ada bukti secara
empirikal. Kewujudan Tuhan ini telah menjadi topik utama dalam perbincangan dan
pembantahan di antara ahli falsafah dan ilmuan. Sebahagian daripada ahli falsafah dan ilmuan
mempelajari Tuhan yang empirikal iaitu yang dapat dibuktikan dan dilihat, manakala
sebahagian yang lain menyatakan bahawa bukti empirikal itu tidak lagi diperlukan bagi semua
yang wujud kerana bukan semua yang wujud itu dapat dilihat dan perlu difikirkan. Kewujudan
Tuhan ini dapat membuktikan dan disokong melalui teori kewujudan Tuhan menurut Ibnu Sina
yang mengatakan kewujudan Tuhan ialah wajib al-wujud. Iaitu mesti wujud, zat tidak dapat
pisahkan dari kewujudan. Kedua-duanya adalah sama dan satu. Zat ini dimulai dari tidak ada
kemudian wujud, tetapi ia adalah wajib dan mesti wujud selama-lamanya (H. Sirajuddin Zar
2004:98)

Sama seperti ateisme wujud secara lintas dalam budaya, ia juga (seperti yang dikatakan
oleh Plato) wujud mengikut aliran zaman. (University of Cambridge, 2016). Ateisme sudah
lama bertapak di muka bumi termasuklah sebelum kewujudan agama-agama semitik seperti
Yahudi, Kristian dan Islam. Satu kajian menunjukkan bahawa orang-orang pada zaman kuno
tidak selalunya percaya atas kewujudan Tuhan - menimbulkan keraguan terhadap idea bahawa
kepercayaan agama adalah "keadaan asal" bagi manusia (University of Cambridge, 2016).

1
Lapisan masyarakat yang mempercayai dan mengamalkan atheism ini perlu menerima
kenyataan bahawa Tuhan yang maha Esa. Tahap keintelektual pengamal atheist pada abad ke-
19 ternyata lebih kompleks apabila dibandingkan dengan pengamal sebelumnya yang
menyebabkan pemikiran mereka tidak dapat memproses dan menerima sesuata fakta atau
informasi yang tidak dapat dilihat secara realiti. Apabila mereka tidak dapat melihat atau
sesuatu yang tidak mempunyai bukti yang jelas, mereka akan menganggap sesuatu itu adalah
perkara ghaib. Atheist tidak percaya akan perkara ghaib, walaupun atheism ini bukan satu
agama tetapi mereka mempunyai satu bentuk kepercayaan yang menolak kewujudan Tuhan.

Fahaman ateisme ini dilihat sebagai satu ketidakterimaan di dalam masyarakat Malaysia
namun, dengan zaman modenisasi yang kian berlalu, ateisme semakin berkembang di setiap
pelosok dunia. Secara khususnya, mereka ini dilihat sebagai satu kelompok individu yang tidak
lengkap dari segi rohani dan batin. Di Malaysia, kita mempunyai satu prinsip di dalam Rukun
Negara iaitu: Kepercayaan kepada Tuhan. Fahaman ateisme ini sememangnya bertentangan
prinsip Rukun Negara tersebut yang mempercayai bahawa kepercayaan kepada Tuhan dan
agama ini akan menjadikan negara Malaysia sebagai satu negara yang berdaulat. (Mohamed,
2018).

2
DALIL-DALIL ATHEISME

Atheism mempunya dalil-dalilnya sendiri untuk menafi kewujudan Tuhan dan untuk leboh
memahami perspektif mereka. Terdapat beberapa dalil-dalil Atheisme, termasuklah kewujudan
Tuhan tidak memenuhi kriteria sebagai satu kewujudan. Mereka berkata sedemikian kerana
Tuhan tidak mempunyai jasad yang dapat dilihat atau diterima oleh deria manusia dan tidak
pula dapat dikesan oleh mesin-mesin. Perasaan manusia mengenai kewujudan Tuhan dianggap
khayalan semata-mata. Seterusnya, masalah kesengsaraan di atas bumi. Kewujudan kejahatan
dan kesengsaraan di dunia menunjukkan kepada mereka bahawa Tuhan yang mempunyai
kuasa mutlak dan bersifat baik tidak wujud. Hal seperti ini membuat mereka mempersoalkan
kewujudan Tuhan, kerana sekiranya Tuhan yang berkuasa mutlakdan bersifat baik wujud,
mengapakah ia mengizinkan kejahatan dan kesengsaraan ini terus berlaku?

Masalah ogicm adalah antara dalil ogicm, ini membuat mereka sering mempersoalkan
kewujudan Tuhan dan sehingga mereka meyakinkan diri mereka bahawa Tuhan itu
sememangnya tidak wujud. Contoh soalan yang sering merekapersoalkan adalah “Adakah
Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang terlalu berat, yang tidak mampu diangkat
oleh dirinya sendiri?”. Soalan ini menunjukkan sifat Maha Berkuasa yang ada pada Tuhan
sukar melalui ujian ogic. Selain itu, Teori Penipuan-Sendiri atau Teori Pragmatisme juga
membuat manusia berfikir bahawa manusia mencipta tuhan untuk tujuan kawalan sosial dan
sebagai tongkat untuk menghadapi kematian ataupun kesusahan. Akhir sekali,
ketidaksinambungan. Terdapat beribu-ribu agama di dunia ini dan masing-masing mempunyai
imej Tuhan tersendiridan bercanggah antara satu sama lain. Jika wujudnya satu Tuhan yang
Maha Adil dan Maha Mengetahui, keadaan ini tidak mungkin berlaku.

3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian mengenai pengaruh ateisme di Malaysia ini dijalankan adalah untuk mencapai
beberapa objektif kajian. Antaranya adalah untuk mengenal pasti fahaman atheisme dalam
kriteria kewujudan tuhan di muka bumi. Pengertian ini disokong dengan pertanyaan yang
diungkapkan oleh penganut ateisme di Malaysia dan seluruh dunia.

Selain itu, mengkaji perkembangan fahaman ateisme yang berlaku secara berperingkat
sejak dahulu sehingga pada zaman moden ini daripada tokoh-tokoh ateis yang terkenal seperti
Friedrich Nietzsche, Ludwig Feurbach dan Karl Max. Dengan adanya kajian ini, kami dapat
mengenal pasti pandangan ateisme daripada tokoh ateis ini dengan lebih mendalam dan dapat
memahami segala isu yang terjadi semasa pembentukan ateis di Malaysia.

Akhir sekali, dapat menganalisa penolakan Islam terhadap atheisme kepada


pembangunan masyarakat dan negara Malaysia. Melalu kajian ini, kami dapat melihat dan
menerangkan kesan - kesan dan implikasi pengaruh atheisme dari segi masyarakat, negara,
undang - undang dan perlembagaan di Malaysia.

4
3.0 KAJIAN LITERATUR

Pengaruh ateisme dalam Malaysia semakin berkembang pesat di kalangan rakyat


Malaysia. Disebabkan itu sudah tercatat di dalam rukun negara yang pertama iaitu kepercayaan
kepada tuhan. Setiap rakyat haruslah berpegang teguh dengan rukun negara yang pertama iaitu
kepercayaan kepada Tuhan supaya setiap rakyat mempunyai pegangan yang kukuh terhadap
Tuhan. Bangsa dan negara yang berdaulat dapat terbentuk melalui kepercayaan beragama di
kalangan bangsa. Agama Islam sudah diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan sebagai
Agama Rasmi Perseketuan tetapi agama dan kepercayaan kepercayaan lain juga boleh
diamalkan dengan aman dan tenteram di dalam negara. Seseorang warganegara yang membeza
bezakan ataupun menyindir perbuatan daripada bangsa yang berlainan agama adalah dilarang
sama sekali. Ketiadaan agama dalam diri seseorang boleh meruntuhkan keperibadian
seseorang dan boleh memecah belahkan bangsa dan negara. (Fahezah Nor Mohamed, 2018)

Pakar Rujuk Perlembagaan, Profesor Madya Dr Shamrahayu Abd. Aziz mengeluarkan


kenyataan masyarakat Malaysia yang hidup dalam berbilang kaum boleh menyebabkan
ketidakselesaan disebabkan oleh fahaman ateisme yang semakin terkenal. Fahaman yang
menolak konsep ketuhanan atau ateisme adalah satu penyebaran yang mampu menganggu
ketenteraman awam (Professor Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz, 2017, Astro Awani). Oleh
itu, Jawatankuasa penggubal Rukun Negara menyedari bahawa pentingnya agama dan
kepercayaan kepada tuhan dalam kehidupan seseorang. Menyedari betapa pentingnya
keteguhan pegangan anggota masyarakat terhadap ajaran agama masing-masing, prinsip ini
telah dipilih sebagai prinsip pertama dalam Rukun Negara (Fahezah Nor Mohamed, 2018).

Ketidaksefahaman ini timbul disebabkan berlakunya kegagalan mengenali antara satu


sama lain serta kurangnya persefahaman dalam banyak aspek seperti agama (Nurul Fauzana
Bt. Yaacob, 2006: 3). Akhir sekali, ketidak sefahaman juga membuatkan golongan atheis jahil.
Mereka percaya bahawa sekiranya sesuatu bercana alam berlaku, ianya disebabkan oleh
golongan beragama. Justeru, mereka memandang rendah terhadap mereka yang mempunyai
agama (DeStefano, 2018).

5
4.0 FAKTA DAN PERBENTANGAN KAJIAN

4.1 METODOLOGI

Metodologi kajian adalah amat penting supaya penyelidikan yang dijalankan mempunyai
kaedah yang paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian. Oleh itu
kumpulan kami menggunakan dua jenis kaedah kajian iaitu kajian pengumpulan data dan
kajian perpustakaan.

Kumpulan kami lebih suka memilih untuk menggunakan cara ini, salah satunya adalah kerana
ia tidak memerlukan wang yang banyak dan juga menjimatkan masa. Walaupun begitu,
pendekatan ini mempunyai banyak batasan kerana kajian hanya menggunakan buku rujukan
perpustakaan. Namun demikian, metodologi ini sangat sesuai untuk kajian kami. Selain itu,
kami menggunakan internet dan laman web yang boleh dipercayai untuk mencari lebih banyak
maklumat dan memastikan laman web yang dirujuk adalah laman web yang berkualiti,
memastikan maklumat yang diperolehi adalah benar dan tidak mempunyai aspek tambahan.
Ini adalah kerana tidak semua bahan di internet adalah sah (benar) dan boleh dipercayai.

6
4.2 SEJARAH KEMUNCULAN ATHEIS & PERKEMBANGAN IDEOLOGI

Perkataan "atheisme" berasal daripada perkataan Yunani atheos, di mana "a" membawa
maksud tiada dan "theos" bermaksud tuhan. Teisme, atau sinonim dengan keyakinan bahawa
Tuhan wujud, adalah antithesis ateisme. Istilah "ateis" pada asalnya banyak digunakan dalam
perbahasan serta perdebatan antara penganut Kristian awal dan penganut Yunani sehingga satu
pihak menuduh yang lain sebagai ateis. Atheist ditakrifkan sebagai orang yang tidak
mempercayai atau mengakui kewujudan Tuhan (Kamus Pelajar Edisi Kedua).

Di Eropah dan Asia, falsafah ateisme pertama kali muncul pada abad keenam atau
kelima SM. Menurut The Story of Civilization karya Will Durant, suku kerdil tertentu di Afrika
dinyatakan tidak mempunyai sebarang ritual atau adat yang dikenali. Dewa, roh, dan totem
tidak wujud. Orang mati mereka dikebumikan tanpa sebarang upacara atau perhiasan tertentu,
dan mereka tidak mendapat penjagaan lagi. Menurut cerita dari pengembara, mereka seolah-
olah bebas daripada kepercayaan karut asas.

Dalam sejarah Islam, ateisme dalam dunia Islam tidak menimbulkan cabaran yang
ketara dari sudut sosial dan intelektual sehingga kebangkitan aliran Dahriyyun pada abad ke-
8. Mereka adalah ahli empiris yang berpendapat hanya pancaindera sahaja yang boleh
memberikan akses kepada semua maklumat. Mereka berpendapat bahawa alam semesta terdiri
daripada empat unsur abadi yang menjadi punca kepada segala yang ada. Bagi mereka, tidak
ada yang namanya pencipta; semuanya dicipta sendiri.

7
4.3 FAKTOR KEMUNCULAN ATHEISME

Golongan atheis terbahagi kepada beberapa kumpulan. Antaranya ialah atheis terbuka
atau juga dikenali sebagai New Atheists. Golongan ini terdiri daripada kalangan penulis buku
abad ke-21 yang mempromosikan atheisme. Gelaran New atheism diberi untuk
membezakannya dengan atheist lama yang berkembang dalam tradisi falsafah. Ciri utama
gerakan atheis baru adalah keyakinan para pendokongnya bahawa sains mampu menjawab
persoalan-persoalan dasar termasuk pertanyaan tentang kewujudan Tuhan.

Golongan lain ialah atheis pragmatis. Ini adalah kerana pada dasarnya seorang atheis
pragmatis akan tetap menjalankan ritual keagamaannya meskipun mereka tidak mempercayai
kewujudan tuhan. Menurut mereka, alam semesta dan kehidupan boleh berfungsi tanpa tuhan.
Namun atheis pragmatis tidak menganggap agama sebagai sesuatu yang harus dimusuhi.
Sebaliknya agama harus didekati dan dimanfaatkan. Kemunculan ateisme merupakan satu
fenomena sosial yang berlaku di dalam masyarakat moden, terdapat beberapa faktor
kemuculannya.

Perkembangan Teknologi dan Sains adalah faktor yang memainkan peranan dalam
kemunculan Atheisme. Dengan adanya kuasa teknologi, manusia tidak lagi bergantung kepada
kuasa ghaib seperti Tuhan untuk menghadapi waktu genting dalam hidup. Kemajuan dalam
teknologi dan pengetahuan dalam bidang Sains juga membolehkan manusia menjawab
kebanyakan misteri alam semesta yang dulunya memerlukan Tuhan sebagai medium jawapan.

Akhir sekali, fahaman sosial - progresif, fahaman ini menganggap adat dan norma
dalam masyarakat merupakan satu pemboleh ubah yang akan berubah-ubah mengikut
peredaran masa. Lebih-lebih lagi, masyarakat ini menyanjung nilai pembaharuan dan mengkeji
nilai lama. Dengan anggapan agama satu pemboleh ubah dalam masyarakat, orang yang kuat
berpegang kepada ajaran agama, akan dianggap sebagai "konservatif" satu nilai negatif dalam
masyarakat ini. Faktor yang terakhir adalah moraliti. Ateis percaya bahawa moral tidak perlu
wujud daripada rasa takut terhadap neraka ataupun ganjaran daripada syurga. Mereka
menganggap bahawa kebolehan manusia untuk berlaku baik atau sebaliknya tidak memerlukan
kewujudan tuhan dan syaitan.

8
4.4 DAPATAN KAJIAN

AHLI-AHLI FALSAFAH ATEISME

Orang yang menolak doktrin Kristian dan agama yang diinstitusikan sebagai ateis, dan
mereka mempunyai sejarah yang panjang di Barat. Antara tokoh yang terkenal ialah Friedrich
Nietzsche.

Ahli falsafah dan ateis Friedrich Nietzsche (1844–1900) sangat terkenal untuk ini.
Nietzsche mengkritik dan menolak kepercayaan agama tradisional sepanjang karyanya,
terutamanya agama Kristian. Pandangan beliau ialah agama adalah manifestasi kelemahan
manusia dan penghalang kepada potensi dan kreativiti manusia. Ateisme Nietzsche telah
dikaitkan dengan ideanya tentang "will to power." Beliau menekankan pencarian kekuatan
individu, mengatasi diri, dan merealisasikan potensi individu, melihat kehendak ini untuk
berkuasa sebagai daya motivasi asas dalam sifat manusia. Nietzsche berpendapat bahawa
agama menghalang kemunculan dorongan untuk berkuasa dan mencekik kehebatan manusia
kerana ia meletakkan premium pada ganjaran dari akhirat dan kewajipan moral. Tambahan
juga, dia mengisytiharkan bahawa "Tuhan sudah mati" dalam petikan terkenal dari "Thus
Spoke Zarathustra,"

9
Rajah 4.3.1: Gambar Ahli Falsafah Ateism Friedrich Nietzsche

Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Friedrich_Nietzsche

Seterusnya adalah Ludwig Andreas Feuerbach, seorang ahli falsafah yang dilahirkan
pada 28 Julai 1804, di Landshut, Jerman, dan meneruskan pengajian dalam bidang teologi dan
falsafah di Heidelberg dan Berlin. Beliau menunjukkan kecenderungan terhadap agama Ketika
mempelajari Hebrew dan seterusnya mempelajari falsafah Friedrich Nietzsche.

10
Rajah 4.3.2: Gambar Ahli Falsafah Ateism Ludwig Andreas Feuerbach

Rujukan: https://en.wikipedia.org/wiki/Ludwig_Feuerbach

Pemikiran Feuerbach ini dipetik melalui karya-karya tulisannya, sehingga ada satu
tulisan dimana beliau menunjukkan sikap atheisnya dengan menganggap tuhan sebagai
‘sebuah objek dan hanya boleh diakses oleh sebab atau kecerdasan’ dan juga menyatakan
bahawa ‘Tuhan tidak lain hanyalah intipati akal itu sendiri’ dalam jurnal beliau ‘Principles of
the Philosophy of the Future’.

Namun, Feuerbach merasakan hidup beragama ini memiliki nilai positif kerana
meyakini kepercayaan demi hakikat manusia. Inilah pendapat Feuerbach yang bercanggah
dengan para atheis yang lain yang mengikuti teori fahaman beliau. Walau bagaimanapun
Feuerbach tetap menolak kewujudan Tuhan.

11
4.5 KESAN BURUK ATEISME

4.5.1 Keresahan dan Konflik Psikologi

Kesan pertama ateisme ialah ia membuatkan individu berasa cemas, keliru, gangguan
dan psikologi dan mencetuskan konflik, Hal ini kerana manusia menghadapi banyak keadaan
dan kejadian yang menyebabkan dia memikirkan isu-isu ini, termasuk musibah yang
menyebabkan kita manusia merenung nasib dan masa depan kita sendiri serta wabak, bencana,
kehilangan ahli keluarga atau orang tersayang. Memandangkan ateisme adalah doktrin yang
dibina atas premis bahawa tidak ada Tuhan dan tidak ada kerohanian, ia tidak menawarkan
apa-apa untuk membantu orang dalam menghadapi kebingungan, kebimbangan, dan
ketidakjelasan mereka. Akibatnya, mereka ini terus mencari misteri kehidupan yang
membingungkan.

4.5.2 Menjadi Seorang Yang Mementingkan diri dan Bersikap Individualisme

Kerana ateisme, individu kehilangan perhatian terhadap orang lain kerana mereka
secara beransur-ansur kehilangan perhatian terhadap ibu bapa, pasangan, anak, dan individu
yang memerlukan. Individu yang biasa dengan situasi dalam komuniti ateistik mungkin
memerhatikan bagaimana individu materialistik dan mementingkan diri sendiri, hanya
mengambil berat untuk diri sendiri dan orang lain jika ia akan menguntungkan mereka.
Kebendaan dan sifat mementingkan diri ini meningkatkan kecenderungan manusia terhadap
keseronokan dan keinginan dan menjadikan mereka sah di bawah undang-undang ateistik,
yang hanya berdasarkan kehidupan akhirat dan menganggap kehidupan peribadi manusia
sebagai milik mereka sahaja.

12
4.5.3 Keruntuhan Akhlak dan Kecenderungan Melakukan Jenayah

Kerana ateisme tidak mengajarkan manusia tentang ketakwaan kepada Tuhan yang
berkuasa dan maha melihat perbuatan dan percakapan hambaNya, membuatkan golongan
Atheis hilang rasa pedoman dalam diri, hilang sensitiviti dan kemunduran akhlak seseorang
Disebabkan itu, fahaman ateisme membuatkan mereka hilang rasa kemanusiaan dalam diri,
dan lebih cenderung untuk melakukan jenayah dan kemungkaran untuk membuktikan
kekejaman mereka. Tambahan pula, ateisme mengajar penganutnya bahawa kehidupan mereka
di dunia ini adalah satu kebetulan, sama ada dicipta sendiri membuatkan penganutnya percaya
yang mereka tidak memerlukan tuhan untuk membimbing mereka
Antara kesan fahaman ateisme adalah peningkatan jenayah secara mendadak. Hal ini kerana
setiap hari media massa seperti radio dan media berita lain sering melaporkan tentang jenayah
kejam yang melibatkan keganasan, penyelewengan, dan kesenangan menyeksa orang lain serta
menikmati ketika melihat tangisan dan rayuan seseorang. Hal ini berpunca daripada mereka
yang tidak mempunyai agama tidak mempunya pedoman yang berasakan agama untuk menjadi
panduan kepada kehidupan seharian. Jika dibiarkan, ia akan menyebabkan perpecahan antara
kaum di dalam Malaysia dan situasi akan menjadi kacau-bilau.

13
4.6 Statistik Aties Berbanding Agama Lain di Malaysia

Rajah 4.5.1: Kadar Penganut Agama di Malaysia

Menurut “Agama Di Malaysia.” Wikipedia, 8 June 2020, Pengagihan Agama, statistik


menunjukkan bahawa 61.3% daripada penduduk di Malaysia beragama Islam, 19.8%
beragama Buddhisme, 9.2% agama Kristian, 6.3% Hinduisme, dan 1.3% agama tradisional
China. Selebihnya dipertanggungjawabkan oleh agama lain, termasuk Animisme, Sikh, Bahá'í
dan sistem kepercayaan lain. Bilangan orang yang mengakui diri sebagai ateis di Malaysia
adalah sedikit. Negara Malaysia ini telah mendapat kritikan dari pertubuhan hak asasi manusia
kerana diskriminasi terhadap ateis. Berikut merujuk kepada kadar penduduk yang mengikuti
agama-agama ini menurut banci penduduk.

Majoriti orang Cina di Malaysia mengamalkan Buddhisme Mahayana atau kepercayaan


tradisional Cina yang lain, seperti Taoisme, Konfusianisme, penyembahan nenek moyang, atau
aliran yang lebih baru. Perangkaan dari Banci 2010 menunjukkan bahawa 83.6% daripada
kaum etnik Malaysia mengenal pasti Buddha, dengan sejumlah besar pengikut mengikuti
Kristian (11.1%) dan Taoisme (3.4%). Bilangan peratusan penganut agama bagi kaum Cina
mungkin akan meningkat, kerana lebih ramai kaum cina lebih gemar mengamalkan agama
Buddha dan agama rakyat.

Majoriti Bumiputera bukan Melayu (46.5%) dikenal pasti sebagai Kristian, manakala
40.4% juga dikenal pasti sebagai Islam. Namun terdapat juga beberapa suku kaum asli di
Malaysia Timur telah menjadi Kristian.

14
Rajah 4.5.2 Statistik Carta Bilangan Penganut Agama di Malaysia

Selain itu, WIN-Gallup International juga melantik TNS Malaysia sebagai wakil
mereka di Malaysia bagi melakukan kajian pada tahun 2014. Berdasarkan data yang dikumpul
daripada 500 responden Malaysia, kajian mendapati 20% tidak menganut sebarang agama dan
3% mengaku diri sebagai ateis. Julat umur orang yang terlibat adalah seperti berikut: 18–34
tahun, 7%, 35–54 tahun, sebanyak 6%; bekerja 3%; pelajar 5%, pendidikan tinggi 4%, dan
sekolah menengah sebanyak 3%.

Menurut laporan tersebut, 72% responden di Malaysia dikenal pasti sebagai penganut
agama tertentu, manakala 6% tidak pasti tentang pegangan agama mereka. Peratusan ateis di
Malaysia pada masa ini adalah sangat rendah menurut data, namun ia sangat membimbangkan
dan boleh meningkat jika tiada sesiapa yang memberi perhatian serius terhadap isu ini.

15
Berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia yang dikeluarkan pada tahun 2010,
daripada keseluruhan rakyat Malaysia yang berjumlah 28,334,135 orang, seramai 202,763
orang atau 0.7 peratus dikategorikan sebagai tiada agama. Berikut jumlah terperinci tiada
agama bagi negeri-negeri seluruh Malaysia: Johor seramai 11,239 orang, Kedah seramai 1,001
orang, Kelantan seramai 5,008 orang, Melaka seramai 1,745 orang, Negeri Sembilan seramai
8,565 orang, Pahang seramai 39,959 orang, Perak seramai 21,387 orang, Perlis seramai 432
orang, Pulau Pinang seramai 5,588 orang, Sabah seramai 9,850 orang, Sarawak seramai 65,056
orang, Selangor seramai 23,804 orang, Terengganu seramai 269 orang, Wilayah Kuala Lumpur
seramai 8,725 orang, Wilayah Labuan seramai 111 orang dan Wilayah Putrajaya seramai 24
orang.

16
4.5.3 Jadual statistik kadar atheism di Malaysia

Berdasarkan jadual di atas, walaupun tiada bangsa Melayu Islam direkodkan dalam
kategori tiada agama, namun ia tetap perlu diberikan perhatian. Hal ini kerana, realiti yang
kelihatan dalam media sosial khususnya, menunjukkan bahawa terdapat bangsa Melayu yang
beragama Islam telah menjadi ateis. Perkembangan ini sangat membimbangkan
memandangkan jumlah ateis diramal akan terus meningkat dari semasa ke semasa, dan mereka
dijangka menjadi bilangan majoriti menjelang tahun 2038. Jangkaan ini secara tidak langsung
memperlihatkan cabaran yang akan dihadapi oleh Malaysia pada masa akan datang.

17
5.0 KESIMPULAN KAJIAN

Kesimpulannya, atheism ini adalah ajaran yang bercanggah dengan agama dan tidak
sesuai untuk dipraktikkan di Malaysia. Hal ini termaktub di dalam prinsip rukun negara kita
iaitu kepercayaan kepada tuhan dimana kita percaya kepada kewujudan tuhan sebagai pencipta
kita.

Agama merupakan tunjang kehidupan bagi setiap individu kerana agama menjadikan
nilai - nilai murni sebagai asas kehidupan. Hal ini bercanggah dengan ateism yang menolak
agama lantas menolak nilai - nilai murni tersebut. Tanpa agama seseorang individu akan
kurang berakhlak dan tidak mempunyai arah tuju hidup yang jelas. Bukan itu sahaja, atheism
ini jelasnya mempunyai perbezaan pandangan dan ajaran dengan agama - agama yang lain
sebagai contoh agama Islam. Pemikiran yang tidak sependapat inilah yang menyebabkan
timbulnya kesan - kesan yang tidak baik khususnya di kalangan golongan generasi muda.

Akhir sekali, fitrah kehidupan kita sebagai manusia tidak akan dapat lari dari perlunya
pergantungan hidup daripada satu kuasa yang agung agar kehidupan sentiasa dapat diurus
dengan baik dan teratur. Oleh itu, penggunaan akal yang rasional haruslah difahamkan secara
jelas dan percayalah kepada adanya Tuhan yang Maha kuasa kerana Dialah yang mengatur
segalanya di atas muka bumi.

18
6.0 RUJUKAN

- Definisi Atheisme, Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 15 April
2020 https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/696-bayan-linnas-siri-ke-107-
menilai-fahamannew-atheism

- Amsal Bakhtiar, 2009.Dewan Bahasa dan Pustaka.

- Amirahhani. (n.d.). Disebalik makna prinsip rukun negara. Utama.


Https://agri.upm.edu.my/artikel/disebalik_makna_prinsip_rukun_negara-43449

- Astroawani.com. (n.d.). Https://www.astroawani.com/berita-malaysia/ateisme-perlu-


dicegah-dr-shamrahayu-161170

- Mohamad razif. (2017, august 17). Bayan linnas siri ke- 107: menilai fahaman new
atheism. Pejabat mufti wilayah persekutuan.
Https://muftiwp.gov.my/perkhidmatan/artikel-soal-jawab/696-bayan-linnas-siri-ke-
107

- To, c. (2003, november 8). Ateisme. Wikipedia.org; wikimedia foundation, inc.


Https://ms.wikipedia.org/wiki/ateisme

- Hendricks, s. (2016). ‘god is dead’: what nietzsche really meant. Retrieved 11 march,
2020 https://bigthink.com/scotty-hendricks/what-nietzsche-really-meant-by-god-is-
dead

- Alfaleh, e. (n.d.). The conception of atheism and its negative impacts on mankind and
community. Https://www.westeastinstitute.com/wp-content/uploads/2014/12/ebtisam-
alfaleh.pdf

- Principles of the philosophy of the future. (2023). Marxists.org.


Https://www.marxists.org/reference/archive/feuerbach/works/future/future0.htm

19
- Jabatan perangkaan malaysia. 2011. Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik,
agama, jantina dan negeri, malaysia, 2010. https://www.statistics.
Gov.my/censusatlas/images/religionen.pdf

- Laporan taburan penduduk dan ciri-ciri asas demografi 2010 (kemas kini:
05/08/2011). Dlm. Https://www.dosm.gov.my

- Win-gallup international. 2014. End of survey year 2014: regional & country result -
malaysia. Switzerland: win-gallup international. Hlm. 10. Dlm. Http://www.wingia.
Com/web/files/richeditor/filemanager

20

You might also like